Followers

Tuesday, June 29, 2010

Cara Malaysia UMNO/BN: Enjin Jet perang yang hilang guna semula.

Kata Menteri Pertahahan, 2 enjin pesawat F-5E milik TUDM yang hilang dulu telah di bawa pulang ke Malaysia dari Uruguay dan boleh dibaiki untuk digunakan semula. Dan Menteri Pertahanan juga meminta semua pihak tidak mempersoalkan hal keselamatan dan pertahanan termasuk aset serta peralatan kepunyaan negara dengan menjadikannya sebagai sindiran politik.

Inilah cara Malaysia:

1. Enjin yang dicuri penjenayah yang dijumpai semula nun jauh di Uruguay Amerika Selatan hendak digunakan semula untuk kegunaan F-5E TUDM. Bukan tak boleh, boleh tapi cukup memilukan! Buat malu je, entah apa-apa pencuri dan pembeli itu buat kepada enjin F5 itu ?

2.Jangan sindir politik kepada kehilangan itu dan hal-hal keselamatan dan pertahanan negara.

Orang ramai membuat teguran dan mengkritik dikatakan sindiran politik. Mungkin dengan setiap teguran dan kritikan rakyat, Menteri itu dan kerajaan UMNO/BN terasa sakit telinga dan hati.

Sebenarnya, sepatutnya bagus begitu agar tiada lagi enjin jet atau enjin kapal selam kena curi di masa-masa akan datang.

Tidakkah menteri itu sedar jika tiada sindiran dan kritikan, apakah ada kisah di pihak kerajaan untuk mencari dan mengembalikan enjin itu ? Atau apakah ada jaminan enjin-enjin jertyang lain tidak akan hilang di masa-masa kan datang. Boleh percayakah kepada puak-puak itu untuk menjaga harta negaraa ? Atau mungkin yang berlaku ialah senyap atau shhhh!!!!

Cara para pemimpin Malaysia ialah menutup mulut jika ada seasuatu kes yang tidak menguntungkan mereka. Jika begini,siapa sebenarnya yang permudahkan soalan keselamatan dan pertahanan negara; orang yang membuat sindirian politik atau orang yang gagal menjaga amanah kerahsiaan pertahanan negara (sampai enjin jet bukan enjin teksi, boleh hilang !)?







No comments: