Followers

Sunday, June 06, 2010

Cakap berdegar-degar namun tahi....

Dalam menyambut dan melayani wira-wira negara yang terbabit dalam tragedi serangan ganas Zionis Israel dalam Kapal Mavi Marmara, pemimpin tertinggi UMNO sambil berselendang Palestin bercakap macam-macam.

Antaranya, Israel tak patut kerana melanggar hak asasi manusia, Isreal langgar undang-undang antarabangsa, Israel perlu menyampaikan bekalan yang dirampas ke Gaza, Isreal tidak patut menghalang Kapal Rachel Corrie, Israel perlu menghurmat undang-undang antarabangsa, Israel jangan bertindak kasar dan ganas kepada rombongan dalam kapal Rachel Corrie dan macam-macam yang pemimpin UMNO cakap dan kutuk.

Bagus sangatlah begitu, namun para pemimpin tertinggi UMNO terus bisu dan kelu tentang APCO yang berasal dari jenama Israel.

Konon kutuk dan marahkan Israel tetapi dalam waktu yang sama terus membelai APCO dari jenama Israel. Nampaknya cakap tidak serupa bikin. Dan Ketua Pemudanya cakap berdegar-degar namun tahi....Begitulah yang bernama UMNO ini.

Semakin hari semakin tidak meyakinkan sikap mereka kepada rakyat jelata. Cakap dengan manis muka di hadapan rakyat. Tetapi dalam pertadbiran tetap tegar dan sombong. Buktinya bila APCO Yahudi mahu ditendang ? Bila judi bola hendak ditarik balik lesen yang dibenarkan? Bila perbicaraan mengarut lagi pengotor Liwat Shitfool mahu diberhentikan ? Bila mahu melaksanakan kempen boikot barang Yahudi ?

Semua di atas tidak ada langsung dalam pemikiran pemimpin tertinggi UMNO itu. Tiada langsung !! Ahli-ahli UMNO dan para pengundi UMNO yang mencintai integriti terus tertunggu dan tertipu! Sampai bila mahu begitu ! Hidup tertipu dan diperbodohkan !


No comments: