Followers

Thursday, June 03, 2010

Alangkah bertuah anak Chua Soi Lek, berkeupayaan dia !

Perdana Menteri berkata beliau melantik Chua Tee Yong anak kepada Chua Soi Lek Presiden MCA sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani adalah berdasarkan keupayaan. Maknanya berdasarkan merit.

Begitulah, dalam ramai-ramai, anak Chua Soi Lek juga yang dilihat berkeupayaan. Berkeupayaan untuk menjadi menteri. Alangkah bertuah menjadi anak Chua Soi Lek yang semua orang tahu betapa 'gagah'nya dia. Kerana ayah menjadi 'gagah' anak dilihat berkeupayaan menjadi Timbalan Menteri.

Yang terus menjadi polikus malang ialah anak menantu seorang yang tidak berapa 'gagah'. Sudah lama menjadi ketua namun tetap tidak dapat dilihat berkeupayaan. Oleh kerana ayah mentua tidak berapa 'gagah' maka dia juga dilihat tidak berkeupayaan atau tiada merit wapaupun banyak sudah dia menjerit ke hulu ke hilir minta orang mendengarnya.

Kata pemuda-pemuda di KK, bos pertimbangkanlah ketua kami... !!

Amboi..sampai begitu sekali ? Tidak sebertuah Chua Tee Yong dia rupanya !

No comments: