Followers

Thursday, May 06, 2010

Pos Malaysia rugi besar ?

M Faqih

KOTA BHARU, 6 Mei: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, akibat kecuaian pengurusan Pos Malaysia menyebabkan syarikat milik kerajaan itu terpaksa menanggung kerugian besar.

”Kerajaan seharusnya bertangungjawab di atas kerugian terbabit. Pos Malaysia sebagai sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) seharusnya diurus dengan berhemah.

“Bagaimanpun sikap pemimpin negara dan pengurusan Pos Malaysia yang cuai mengakibatkan kerugian besar terpaksa ditangung rakyat,” katanya di sini.

Kelmarin Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein menjelaskan kerugian yang ditanggung Pos Malaysia Berhad sebanyak RM227 juta dan bukannya RM546 juta.

Isu kerugian Pos Malaysia sebanyak RM546 juta tercetus berikutan pendedahan mantan Pengerusi Pos Malaysia & Services Holdings Bhd, Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business baru-baru ini.

Beliau mendakwa tindakan Khazanah Nasional yang mempengaruhi Pos Malaysia melambatkan penjualan sahamnya dalam syarikat pengendali kargo yang bermasalah, Transmile Group Bhd telah menyebabkan negara rugi bila mana sahamnya jatuh.

Ahmad Fadhli berkata, pengakuan timbalan menteri terbabit tidak boleh dipandang ringan.

”Biarpun jumlah kerugiannya RM227 juta, itu masih besar berbanding dakwaan kerugian asal sebanyak RM546 juta,” katanya.

Oleh itu katanya, kerajaan perlu menyiasat segera dan menghukum pihak yang bersalah memandangkan jumlah tersebut cukup besar ketika negara dilanda krisis kewangan sekarang.

Menurutnya juga, Pemuda PAS bimbang nasib yang serupa akan menimpa wang ihsan sebanyak RM20 juta sekiranya kekal di bawah pengurusan Umno Kelantan.

Ketika kerajaan membeli saham Transmile Group Bhd pada 2004 harga saham RM6.25 seunit. Namun sekarang harganya menjunam kepada 13 sen.

Kerajaan membeli sebanyak 40 juta saham melibatkan peruntukan sebanyak RM250 juta ketika itu.

Hari ini nilai saham Transmile Group Bhd hanya berharga 13 sen seunit dan jumlah pegangan keseluruhan Pos Malaysia hanya RM14 juta sedangkan kerugian yang akan ditanggung Pos Malaysia boleh dikurangkan sekiranya pihak terbabit mengambil tindakan bijak menjual saham Transmile Group ketika harganya di paras RM14.40 pada 3 Januari 2007.

Dan ia akan mendatangkan hasil sebanyak RM576 juta atau setidak-tidaknya saham terbabit boleh dijual pada 14 Jun 2007 ketika sahamnya berharga RM6.60 atau paling tidak pada 5 Jun 2009 semasa harganya RM1.24 seunit.

Sumber:

harakahdaily


(Yang bernama Pos Malaysia ni memang serabut....memang serabut!! Kalau anda seorang yang mementingkan masa, berurusan di Pos Malaysia memang akan memasukkan anda ke dalam golongan orang-orang yang rugi. Tengoklah...hari-hari orang ramai menderita berbaris berjam-jam di Pos Malaysia tiba-tiba kedengaran rugi, walaupun ia hanya katanya berkait dengan syarikat urusan kargonya. Manalah tak rugi hari-hari Pos Malaysia disumpah orang ramai ! Lagi pun mana ada syarikat yang diuruskan oleh puak-puak gerombolan 1Malaysia untung ? Tak ada...!!)

No comments: