Followers

Wednesday, May 19, 2010

Pilihanraya tidak adil, BERSIH perlu diaktifkan segera

Para pemimpin Pakatan Rakyat perlu bertindak segera untuk mengaktifkan kembali BERSIH. BERSIH sebuah NGO untuk pilihanraya adil, berintegriti dan bersih perlu tampil untuk memastikan Suruhanrajaya Pilihan Raya tidak menjadi barua kepada parti pemerintah UMNO/BN.

Sehingga ke PRK Sibu yang lalu, nampaknya SPR tidak semakin baik dalam melaksanakan pilihanraya di negara ini. SPR bukan pengadil yang baik dan adil kepada semua pihak. Kenyataan SPR penuh dengan kata-kata yang manis di bibir mulut. Tindakan SPR begitu licik dan kadang-kala jahat terhadap parti pembangkang.

Setiap kali mengeluarkan kenyataan SPR kelihatan bertindak mahu memperbodohkan semua orang, sedang dalam negara hari ini sudah tidak ramai orang yang bodoh. Setiap patah kata-kata Pengerusi dan Setiausaha SPR sudah dapat dinilai wangi busuknya kata-kata mereka itu!

Apa ertinya kata-kata Pengerusi SPR apabila di malam sebelum PRK Hulu Selangor Pengerusi SPR sendiri memberi ulasan dalam berita TV bahawa 'penyokong pembangkang degil dan tidak ada disiplin' hanya kerana isu barung panas. Petugas Pakatan Rakyat dikatakan degil dan tidak berdisplin oleh Pengerusi SPR kerana hanya petugas-petugas tersebut menuntut keadilan dalam sebuah pilihanraya.

Adalah sangat diyakini tanpa peranan tidak senonoh SPR di Hulu Selangor, Pakatan Rakyat mudah dijangka menang di situ.

Dalam PRK Sibu keputusan yang dijangka sendiri oleh Pengerusi SPR akan cepat diketahui akhirnya tertunda agak lewat. Tiba-tiba kerana kelewatan itu Pengerusi SPR menyalahkan penyokong DAP !? Itulah akal seorang Pengerusi sebuah Suruhanjaya !

Apakah kerana UMNO/BN, Pengerusi SPR yang ini rela dibenci sebagaimana rakyat benci akan Rashid dulu ?

Maka itu Pakatan Rakyat perlu segera menghidupkan kembali BERSIH kerana dalam pilihanraya ke 13 nanti Pakatan Rakyat bukan sahaja bakal bertembung dengan UMNO/BN malah juga 'anggota baru BN' iaitu SPR dan PDRM !

Boleh menangkan PR jika pengadil pertandingan itu "anggota tidak rasmi BN" ? Jauh panggang dari api !

No comments: