Followers

Sunday, May 02, 2010

Peneroka berhutang hingga akhir hayat

Faizal Ezzany

Penubuhan Felda 54 tahun dahulu yang bermatlamat untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat Melayu miskin dan berpendapatan rendah melalui pemberian lot tanah, rumah dan ladang, kini dilihat menjadi alat korporat yang memiskinkan rakyat.

Felda kini menjadi konglomerat bertaraf dunia yang tersasar dari tujuan asal penubuhannya.

Menurut Pengerusi Biro Felda KEADILAN, Suhaimi Said, antara dasar yang memberi kesan yang mendalam kepada Felda ialah skim penanaman semula melalui sebuah anak syarikat bernama Felda Technoplant Sdn Bhd.

Di bawah dasar ini peneroka dihalang daripada menanam semula secara persendirian tanpa seliaan Felda Technoplant yang menyebabkan peneroka akhirnya terpaksa menanggung hutang tanoa kerelaan mereka sendiri.

Suhami berkata peneroka tidak ada pilihan melainkan menyerahkan tanggungjawab penanaman semula kepada Felda Technoplant.

Melalui rancangan ini peneroka diberi wang sara hidup setiap bulan bagi menampung kos tanaman mereka sebelum kelapa sawit mengeluarkan hasil.

"Dasar yang diguna pakai oleh Felda menyebabkan peneroka terus dihimpit kemiskinan dan hutang yang belum tentu dapat dibayar oleh mereka.

"Peneroka yang telah dipaksa untuk menanam semula kelapa sawit di bawah seliaan Felda Technoplant diberi wang sara diri setiap bulan yang bersifat hutang sebanyak RM1500 sehingga tanaman mereka berbuah. Biasanya kelapa sawit akan berbuah bila mencapai umur antara empat hingga enam tahun. keadaan ini menyebabkan hutang mereka semakin meningkat dan boleh mencecah sehingga RM60,000.

"Selain itu juga mereka ditawarkan bantuan perumahan bernilai RM40,000 dan ini menyebabkan jumlah hutang mereka meningkat sehingga RM100,000. Bagaimana peneroka hendak membayar hutang yang begini banyak. Kebanyakan mereka sudah berumur 60, 70, atau 80 tahun. Jika mereka tidak mampu membayarnya maka hutang tersebut akan diwarisi oleh anak mereka," jelas Suhaimi.

Suhami yang juga seorang peguam, yang telah memperjuangkan hak peneroka Felda sejak tahun 70-an lagi memberitahu, jika hutang yang diwarisi oleh anak merela jiga tidak dapat diselesaikan maka tanah tersebut akan menjadi milik Felda.

( Peneroka Felda terus dijajah dan terjajah di tanah air sendiri ... mungkin berketurunan..kalau tak begini tak menang APCOUMNO/BN )

Sumber: Suara Keadilan 27 April-04 Mei 2010.

No comments: