Followers

Friday, May 21, 2010

Memberi lesen kepada dosa besar: Tidak malukah menjadi ahli UMNO?

Apabila ditanya wartawan, Perdana Menteri Malaysia terkini enggan menjawab isu judi. Sebagai Menteri kewangan apakah maksud enggan menjawab Najib itu? Mengapa Najib mesti membiarkan tanggapan umum terhadap beliau bahawa beliaulah yang meluluskan lesen judi bola sepak itu dan beliau ditanggap umum sebenarnya seorang pemimpin UMNO yang suka kepada judi ?

Tidakkah buruk jika rakyat mempunyai tanggapan sedemikian. Atau Najib memeng tak kisah pun....

Jika Najib tidak kisah apapun tanggapan sesiapa termasuk rakyat terhadap beliau kerana meluluskan judi, ini bermakna bahawa itulah budaya kepimpinan Najib sebenarnya. Sebuah kepimpinan yang suka maksiat ?

Ingatlah apakah ertinya amal ibadah kepada Allah sedangkan dalam waktu yang sama pemimpin yang diundi meransang maksiat dan judi !?

Jika begitu maka seluruh ahli UMNO yang meletakkan Najib ditempatnya kini akan di soal di Padang Masyar nanti. Tidak takutkah ahli-ahli UMNO yang mencintai Islam kepada apa yang dilakukan oleh kempimpinan UMNO zaman Najib- Rosmah ini ?

Oleh yang demikian seluruh ahli UMNO yang sangat mencintai kesucian Islam patut, malah wajib keluar UMNO beramai-ramai untuk tidak terjerumus dalam kancah subahat dalam hal maksiat besar itu. Jika tidak, tidak malukah anda menjadi ahli UMNO ?

3 comments:

Anonymous said...

tak malu kah mengaku penegak islam,sedangkan lesen arak di kelantan diperbahurui setiap tahun.
begitu juga di selangor,p.p...

kalau aku lagi malu sebab PAS sebuah pati islam konon nye...

Anonymous said...

takut kat DAP KE TAKUT PADA ALLAH ,

MAKA LESEN ARAK JUDI DI SEL,PP MASIH DI BERI...

Anonymous said...

``MEMBERI LESEN KEPADA DOSA BESAR:

TAK MALUKAH MENJADI AHLI PAS?``