Followers

Saturday, May 29, 2010

Kisah Pari


Pari spesis makhluk yang lembut dengan pergerakan yang lemah gemalai dan macam 'slow motion'. Di Australia dulu dengar ceritanya pari telah menamatkan riwayat hidup seorang yang digelar 'crocodile hunter'. Itulah pari di Australia ! Membunuh akan crocodile hunter dia!

Di Malaysia sehari dua ini orang yang ikut perkembangan politik terdengar kisah pari. Pari di Malaysia hebat wajahnya macam hero, bermisai tebal ...tapi pari di Malaysia tidak konsisten walaupun pergerakannya tidak lembut. Nampak macam garang dan bengkeng tapi sekali kena 'tengkeng', terkerluk batang leher pari.

Sepatutnya orang segan hendak 'tengkeng' pari sebab pari masih ada bapak pari. Tapi tidak rupanya... Agaknya bagi 'orang itu',tengkeng pari lebih kurang macam tengkeng bapak pari jugak !

Jadinya bapak pari macam sudah mula 'ditengkeng' orang sebelah ? Maka selepas ini apakah akan semakin ramai dan bersemangatlah orang 'tengkeng' pari ! Kerana 'tengkeng' pari ertinya sam macam 'tengkeng' bapak pari ! Atau orang sebelah 'direct' je akan tengkeng bapak pari selepas bapak pari lemas kena GAS ?

"Minta maaf...minta maaf jugak !!" kata pari...huhuhu !!! Pari...pari.. !!

No comments: