Followers

Monday, May 24, 2010

Fenomena gejala sosial membimbangkan

Harakahdaily

SHAH ALAM, 24 Mei: Yang Dipertua Jamaah Islah Malaysia (Jim) Negeri Selangor, Mohd Kamal Mohd Rathi (gambar) melahirkan kebimbangan dengan fenomena gejala sosial yang berlaku pada masa ini.

Ini, katanya kes remaja wanita yang mengandungkan anak luar nikah, kelahiran anak luar nikah, pembuangan bayi yang baru dilahirkan, bersekedudukan pasangan lelaki dan wanita yang bukan muhrim, remaja lari dari rumah mengikut teman lelaki, salah guna dadah dan minum arak di kalangan remaja muslim adalah antara contoh-contoh yang ingin disebutkan.

Beliau merujuk kepada statistik oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim berkenaan kelahiran anak luar nikah dan tidak sah taraf yang mencatatkan peningkatan ketara iaitu pada 2007 sebanyak 16,100 orang, 2008 (16,541) dan 2009 (17,303).

Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh lima tahun daripada tahun 2005 hinga 2009, JPN telah mencatatkan sejumlah 74,723 orang anak luar nikah yang membabitkan orang Melayu beragama Islam, tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mohd kamal berkata, gejala sosial di atas belum termasuk kes-kes keruntuhan institusi keluarga dengan kadar perceraian yang semakin meningkat serta kes anak ‘membuang’ bapa atau ibunya sendiri dan sebagainya.

“Persoalannya apakah punca utama masalah-masalah ini dan tidak adakah jalan keluar atau penyelesaian bagi mengatasinya?” ujarnya kepada media di sini, semalam.

Justeru, menurutnya ad-deen Islam yang datang daripada Allah SWT yang disampaikan oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kepada seluruh manusia sesungguhnya membawa bersamanya bukan sahaja ajaran mentauhidkan Allah sebagai rabb sekalian alam.

Jelasnya, ia juga tentang pembinaan akhlak dan budi pekerti luhur manusia serta syariah yakni peraturan-peraturan dan hukum yang perlu diguna pakai bagi memelihara martabat, kesejahteraan dan kemuliaan manusia.

[ Satu lagi bukti jelas kegagalan sistem pendidikan yang digubal oleh UMNO/BN . Kegagalan ini berlanjutan dan lebih parah di zaman pemerintahan Najib-Rosmah yang baru-bari ini tergamak dengan angkuh dan selambanya meluluskan judi bolasepak. Tiada seorang pun pemimpin APCOUMNO/ BN yang risau dan sensitif akan hal ini. Mereka tidak kisah sangat lahirnya 74,723 anak luar nikah yang sudah pasti bermula dari perzinaan di merata tempat berbanding buntut Saifool yang lebih 'berharga' yang konon diliwat oleh seorang tua yang hendak berdiripun terpaksa berpapah !]

No comments: