Followers

Monday, May 31, 2010

Dalam sibuk meluluskan lesen judi, Abdullah Md Zin kata berhati-hati dengan JIL

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Md Zin telah mengingatkan umat Islam di negara ini agar berwaspada dengan Gerakan Islam Liberal (JIL). Katanya JIL boleh mengancam apa yang dikatakannya pendekatan 'sederhana' yang diamalkan diamalkan oleh Pemerintahan Najib- Rosmah.

Ingatan Penasihat Agama kepada PM ini memang wajar dan elok. Memang amalan JIL membahayakan anutan Islam kepada penganut Islam di Malaysia.

Namun begitu, adalah amat malang jika Penasihat Agama PM ini hanya melihat bahaya JIL tanpa melihat bahaya apa yang dikatakannya pendekatan sederhana yang diamalkan kepimpinan UMNO/BN itu sendiri.

Dengan mengamalkan apa yang dikataknannya pendekatan sederhana atau wasatiyyah, begitu banyak berlaku keruntuhan ahklaq, moral dan integriti umat Islam di negara ini. Amalan rasuah yang berleluasa dalam pemerintahan UMNO/BN, penyalahgunaan kuasa dalam pilihanraya, campurtangan ekskutif dalam bidang kehakiman dan parlimen, menggalakkan maksiat judi di kalangan rakyat, tidak langsung dinasihatkan oleh Penasihat Agama PM itu. Nampaknya Penasihat Agama PM hanya mampu melihat yang jauh sedangkan yang berselirat dikeliling beliau, tak nampak !

Kita tidak nafikan bahayanya JIL itu, tetapi apakah yang telah dilakukan oleh pemerintahan Najib-Rosmah dalam menguatkan akidah rakyat untuk berdepan dengan JIL ? Sehingga hari ini pemerintahan Najib- Rosmah hanya membiarkan sahaja rakyat sendirian berdepan dengan berbagai ancaman aqidah. Hanya sekadar mampu bercakap dan mengingat rakyat, berhati-hati dan berwaspada !Budak tadikapun tahu bercakap begitu !!

Katanya lagi ‘‘Paling ketara pendekatan itu mewujudkan sifat ekstrem dan umat Islam pula bersikap sambil lewa terhadap pelaksanaan Islam sehingga ia menjadi satu cabaran besar kepada mereka.’’

Siapakah yang bersikap sambil lewa terhadap pelaksanaan Islam ? Dalam usaha UMNO/BN membenarkan judi bolasepak, apakah pelaksanaan Islam yang mereka lakukan? Rakyat Islam yang bersikap sambil lewa atau pemerintahan UMNO/BN yang telah 52 tahun memerintah ?

Adalah amat dikesali, pentadbiran agama UMNO/BN hanya mampu bercakap....bercakap.... bercakap dan bercakap banyak ! Guru-guru KAFA mendapat elaun yang kecil telah mencerminkan pentadbiran dan sikap sebenar UMNO/BN terhadap Agama Islam di negara ini. Dan dengar ceritanya, peruntukan elaun untuk para imam masjidpun sedang ketandusan !!

Begitulah sikap pemerintahan UMNO/BN terhadap Islam .

Waspada Jaringan Islam Liberal

Oleh KAMARUDIN HAMZAH
pengarang@utusan.com.my

BESUT 30 Mei – Umat Islam di negara ini diminta lebih berwaspada dengan gerakan Jaringan Islam Liberal (JIL) yang boleh mengancam pendekatan sederhana yang diamalkan selama ini.

Penasihat Agama Kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Abdullah Md. Zin berkata, gerakan itu yang sudah bertapak dan berkembang di beberapa negara telah membawa banyak masalah kepada orang Islam.

‘‘Paling ketara pendekatan itu mewujudkan sifat ekstrem dan umat Islam pula bersikap sambil lewa terhadap pelaksanaan Islam sehingga ia menjadi satu cabaran besar kepada mereka,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) negeri Terengganu di sini hari ini.

Menurutnya, pendekatan sederhana atau wasatiyyah yang dilaksanakan oleh kerajaan telah dijelaskan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu dialog dengan ulama sebelum ini.

‘‘Pendekatan wasatiyyah ini tidak ekstrem dan tidak juga terlalu longgar,” katanya.

Sebanyak lapan guru KAFA menerima anugerah kecemerlangan pada majlis itu yang dianjurkan oleh Persatuan Guru-guru KAFA Negeri Terengganu (Perkat) dan turut dihadiri oleh lebih 1,000 guru Kafa di negeri ini.

Abdullah yang juga Ahli Parlimen Besut berkata, pendekatan sederhana itu dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah diharap dapat membendung JIL dan mampu membawa kemajuan kepada umat Islam dan negara.

Terdahulu dalam ucapannya beliau berkata, komitmen guru-guru KAFA seharusnya dipuji kerana walaupun menerima elaun yang kecil, mereka masih terus menyumbangkan khidmat tanpa jemu.

utusan.com.my


No comments: