Followers

Sunday, May 30, 2010

Antara dua pilihan: Bodoh dicucuk hidung atau bijak dan merdeka !

Seorang menteri kerajaan pentadbiran gabungan Najib-Rosmah yang bernama Idris Jala telah memberi pandangan bahawa kerajaan Malaysia akan bankrap dalam tempoh 9 tahun lagi. Satu pandangan yang memeranjatkan dan cukup membimbangkan rakyat yang prihatin.

Pandangan Idris Jala tidak seharusnya diambil mudah kerana Idris adalah menteri yang pakar dalam urusan KPI pentadbiran Najib Rosmah. Kerana KPI-lah dia diambil menjadi Menteri. Sudah pasti pandangan yang dihamburkan Idris Jala berdasarkan angka-angka KPI yang sukar dipertikaikan.

Jika begitu, maka seluruh rakyat perlu bertindak untuk menyelamatkan negara Malaysia. Rakyat tidak boleh lagi mengharapkan pemerintahan gabungan Najib-Rosmah menyelamatkan negara ini dari bankrap. Bagaimana mereka boleh menyelamatkan negara ini, jika negara ini mempunyai wanita pertama mirip Imelda Marcos?

Oleh yang demikian, rakyat mempunyai dua pilihan untuk menyelamatkan negara Malaysia dari bankrap dalam tempoh 9 tahun lagi. Pilihan buat rakyat:

1. Pilihan pertama disebut sendiri oleh Idris Jala hasil idea pemerintahan gabungan Najib-Rosmah iaitu HAPUSKAN semua subsidi untuk rakyat. Penghapusan subsidi akan memberi tekanan yang berat kepada kehidupan harian rakyat marhain, kakitangan kerajaan dan swasta termasuk semua ahli-ahli parti politik tidak terkecuali pengundi-pengundi dan ahli-ahli totok UMNO di kampung-kampung dan FELDA yang tidak tahu berfikir cerdik.

2. Pilihan kedua ialah HAPUSKAN pemerintahan UMNO/BN pentadbiran gabungan Najib-Rosman dalam pilihanraya ke 13 nanti. Serahkan pemerintahan kerajaan Malaysia kepada kepimpinan Pakatan Rakyat yang berintegriti, telus dan lebih bermoral.

Jadinya rakyat Malaysia kini benar-benar mempunyai dua pilihan untuk menyelamatkan negara ini dari bankrap, iaitu hapuskan semua subsidi dan menyuburkan rasuah yang akan memiskinkan mereka ATAU hapuskan pemerintahan UMNO/BN yang korup dan tidak bermoral dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Antara dua pilihan; menjadi bodoh dan sentiasa dicucuk hidung seperti lembu dan kerbau ATAU menjadi rakyat yang bijak dan merdeka !! Kini pilihan di tangan rakyat !

No comments: