Followers

Thursday, April 22, 2010

Sebenarnya mereka ini terruk sangat !!

Bagi mereka yang berfikir secara rasional, adil dan logik, sudah pasti awal-awal lagi begitu mudah untuk membuat keputusan menolak mana-mana juga calon UMNO/BN dalam mana-mana pilihanraya sekali pun. Mereka tidak payah pergi mendengar ceramah-ceramah Pakatan Rakyat pun, dengan membaca akhbar-akhbar perdana dan menonton TV, mereka telah mampu untuk membuat pilihan menolak calon UMNO/BN tak terkecuali calon UMNO/BN di Hulu Selangor, Kamalanathan.

Cuba fikir secara rasional apakah patut dalam mana-mana pertandingan yang disertai oleh UMNO/BN, sikap mereka ialah lawan mereka lebih elok hanya bertaraf OKU berbanding dengan yang sama kuat dengan mereka. Kalau UMNO/BN bertanding melawan lawan yang bagaikan UKO, itu adalah satu pertandingan yang wajar dan adil bagi UMNO/BN.

Manakala kalau UMNO/BN terpaksa berentap dengan lawan yang sama kuat dengannya, bagi UMNO/BN itu satu sikap aggresif, melampau, tidak patuh undang-undang dan ganas lawannya itu, yang harus dilawan dengan peraturan dan cara yang mampu mengawal dan mengikat lawannya! UMNO/BN sejak dari dulu akan buat apa sahaja untuk mempengaruhi 'pengadil' dan 'pengawal keselamatan' bertindak untuk mereka. Maka UMNO/BN akan mula arahkan 'mengikat kedua-dua tangan' dan 'mentutup mata' lawan mereka itu untuk menjadikan lawan mereka bahan belasahan. Lebam mata lawan mereka yang 'diikat 'itu lebih baik kerana itulah integriti dan keadilan ! UMNO/BN akan tanya; "siapa suruh lawan?".

Orang yang berilmu yang suci yang tidak sesat, yang beragama, bermoral dan berakhlaq, rasional, mencintai keadilan dan integriti, pasti dapat melihat bagaimana UMNO/BN menggunakan seluruh media perdana mereka sebagai alat yang ampuh dalam kempen-kempen pilhanraya mereka. Jentera-jentera kerajaan juga menjadi bagaikan hak mak bapak UMNO/BN, berleluasa digunakan tanpa rasa malu sedikit pun. Sedangkan pihak lawan mereka 'diperosokkan dan dihenyak' ke sehabis ceruk dari didengari, didekati oleh para pengundi. Inilah keadilan dan integriti bagi makhluk yang hampir pupus ini! Anwar Ibrahim cabar untuk berdebat di Hulu Selangor, tiada dilayan langsung kerana berentap secara gentleman bukan cara puak-puak ini !

Dari pagi hingga ke petang sampai ke malam, berturut-turut, berkali-kali sampai naik muak dan loya, kisah Barak Obama minta tolong agar dijelaskan, apa ke bendanya Model Ekonomi Baru itu. Agaknya Barak Obama nak tiru benda itu untuk dibuat di Amerika? Hanya orang yang tidak cerdik dan lemah jiwa, yang terasa bangga dan teruja dengan 'minta tolong' Obama itu !

Naik menyampah dan muak berita, Parlimen melulus sebulat suara usul untuk menghadapkan Anwar Ibrahim kepada entah Jawatankuasa apa tak tahu, diulang-ulang ditayang-tayang. Kisah Anwar tapi gambar Anwar tak keluar ! Dua tiga orang nampak wakil PR bercakap tapi tak ada suara, harap ke tangan sahaja nampak bergerak-gerak dengan mulut kumat-kamit. Kalau suara bapak APCO, jelas sampai merah bibir! Itulah keadilan dan integriti versi baru yang diajar oleh UMNO/BN kepada generasi baru kita.

Terasa lucu tapi meluat dengan ucapan, "saya menteri kewangan...kalau tak cukup peruntukan saya akan llulusskan lagi". Sengih yang bernama Noh Omar sambil bertepuk lemah...agaknya bertanya dalam hati, " Ya ke... ada ke duit lagi ni?"

Heh...yang janji PRK dulu-dulu banyak lagi tak tertunai...!!

Pendek kata, Semua TV seminggu ini sangat berwajah hodoh - TV 1,2,3 dan Astro pun turut serta menjadi 'balaci'. Surat khabar apatah lagi ! Semua cerita Kamalanathan, UMNO/BN bagus, aktif, berjiwa rakyat, yang satu-satunya yang boleh membawa pembangunan orang lain tak boleh ! Berita positif, misi dan visi Pakatan Rakyat, tiada ! Semua berita negatif!

Pasti sekali, pengundi-pengundi Hulu Selangor dan di mana-mana, mahupun di Sibu , yang berilmu yang suci, yang tidak sesat, yang beragama, bermoral dan berakhlaq, yang rasional, yang mencintai keadilan dan integriti, serta yang cerdik lagi sedar diri , tidak akan lagi mengundi calon UMNO/BN sama ada Kamalanathan atau sesiapapun kerana terroak sangat mereka ini sebenarnya!!

No comments: