Followers

Wednesday, April 21, 2010

PRK Hulu Selangor: Hayat Politik Palanivel Vs Kamalanathan.

Palanivel adalah seorang Timbalan Presiden. Katanya bakal Presiden MIC. Kamalanathan seorang Ketua Penerangan. Untuk calon BN Hulu Selangor nampaknya Kamalanathan lebih bernasib baik. Kamalanathan terpilih menjadi calon bukan Palanivel Bakal Presiden MIC. Nasib baiknya Kamalanathan mungkin kerana Muhyiddin tafsirkan nama Kamalanathan; itulah nama berciri 1Malaysia!!

Dengan tunjuk ajar Muhyiddin barulah rakyat tahu bahawa kalau mahu nama yang mempunyai ciri-ciri 1Malaysia bagilah nama anak masing-masing antaranya, Kamalanathan. Kamalanathan bin Muhyiddin...cantikkah nama begitu ...? Hah !

Kerana ciri-ciri 1Malaysia pada nama Kamalanathan menurut Muihyiddin, maka Palanivel tertolak. Maknanya walaupun Palanivel Timbalan Presiden MIC, nama Palanivel tidak mempunyai ciri-ciri 1Malaysia. Kesian Palanivel !

Lagilah malangnya nasib Palanivel jika sekiranya calon 1Malaysia Muhyiddin itu ditakdirkan menang di Hulu Selangor. Palanivel akan menjadi bakal Presiden MIC yang paling malang. Palanivel menjadi bakal presiden yang tidak bertempat. Hendak bertanding di Hulu Selangor, jauh panggang dari api. Hendak bertanding di Sungai Siput, Samy Vellu pun kalah! Pendek kata dengan terpilihnya calon 1Malaysia dan menang pula calon itu, Palanivel terpaksa berkelana mungkin sampai akhir hayat politiknya ! Sungguh trajis!

Tetapi jika Kamalanathan kalah kepada calon Pakatan Rakyat Zaid Ibrahim, saham Palanivel akan kembali meningkat kerana walau apapun orang kata kepada Palanivel, Palanivel boleh terus berkata hanya saya calon MIC/BN yang pernah menang di Hulu Selangor ! See...Im still the best BN here !

Padankah Palanivel yang bakal menjadi Presiden MIC itu menjadi menteri atau Timbalan Menteri nanti dengan kerana berjawatan Senator ? Kalau begitulah Palanivel maka dia tidak akan menjadi sehebat Samy Vellu ! Dia pasti akan menjadi Presiden MIC yang paling lemah yang nyawa politik tidak terletak lagi kepada faktor tawar menawar politik. Atau kenyataan itu sebenarnya menunjukkan bahawa awal-awal bakal Presiden MIC telah dicampak oleh para pemimpin UMNO/BN ke tepi jalanan.

Nampaknya hayat politik kem Palanivel bergantung kepada menang- kalah Kamalanathan. kalau Kamalanathan menang, pengaruh dan hayat politik Palanivel menjunam. kalau sebaliknya Palanivel akan terus mantap dan gagah memimpin MIC. Semuanya ini terletak dalam tangan pengundi-pengundi di Hulu Selangor khusus ahli-ahli MIC yang mengundi di Hulu Selangor samada Palanivel Bakal Presiden MIC atau Kamalanathan !

No comments: