Followers

Wednesday, April 21, 2010

Pengundi Hulu Selangor jangan bersubahat...

Pengundi-pengundi Melayu Hulu Selangor wajar merenung hakikat bahawa telah sampai masa untuk mereka memikirkan betapa hipokrit dan curangnya pemerintahan UMNO/BN pada hari ini. Mereka wajar bersama dengan kesedaran politik massa mengenai usaha reformasi dan demokrasi yang berintegriti ke arah Malaysia yang selamat.

Hakikat 52 tahun pemerintahan UMNO/BN, Malaysia semakin tidak selamat dan hilang integriti dalam pelbagai bidang.

Perjuangan Islam UMNO/BN hanyalah palsu semata-mata. UMNO terus mencipta konsep Islam yang tidak munasabah seperti Islam Hadhari dan Islam 1Malaysia.

Kerajaan UMNO/BN kelihatan begitu lunak dalam sokongannya kepada perjuangan rakyat Palestin dan perjuangan Islam terhadap kota suci Baitulmuqaddis tetapi dalam hal-hal yang diharapkan, UMNO begitu malas, sambil lewa, tidak konsisten dan sangat tidak cerdik.

Pengundi-pengundi Melayu di Hulu Selangor wajar menginsafi hipokrasi UMNO apabila UMNO memperbesarkan isu, Anwar Ibrahim meraih sokongan orang luar kerana kes liwat keduanya. Gesaan-gesaan pihak luar agar kes itu dibatalkan atau dibicara secara adil dianggap oleh Muhyiddin Yasin Timbalan Presiden UMNO sebagai ancaman Anwar terhadap kestabilan politik negara. Hanya orang yang bodoh akan termakan suapan basi Muhyiddin ini. Jangan kita diperbodohkan untuk terus menjadi bodoh.

Fikirkanlah betapa kusutnya fikiran pemimpin UMNO ini. Apakah sekiranya Muhyiddin Yasin berada di tempat Anwar sekarang, beliau yang merasa dianiaya, tidak akan meraih sokongan dari mana-mana pihak dalam dunia ini, walaupun merasai layanan kehakiman terhadapnya tidak adil ? Alimnya Muhyiddin !!

Anwar yang mahukan keadilan terhadap dirinya dengan meraih sokongan dari pelbagai pihak yang dia mampu, dianggap pengganggu kestabilan politik negara. Apakah Muhyiddin menganggap pihak yang memberi sokongan kepada Anwar itu bodoh dan bacul seperti mana bodohnya katak-katak yang melompat itu?

Para pengundi Melayu Hulu Selangor harus sedar bahawa para pemimpin UMNO/BN bertindak dan berfikir macam orang buta akal rasional. Kerajaan UMNO/BN yang kelihatan selama ini menyokong perjuangan Palestin, rupa-rupanya munafik semata-mata. Jika mereka begitu kuat menyokong perjuangan Palestin masakan mereka sanggup mengupah APCO -Yahudi Israel menjadi penasihat kepada Perdana Menteri dan meletakkan pakar Zionis rejim Israel dari Asiasoft dulu di Bukit Aman?

Rejim Zionis Yahudi-Israel begitu banyak dan terlalu lama membunuh berjuta-juta rakyat Palestin yang tidak berdosa. Para pemimpin UMNO termasuk Muhyiddin sangat tahu hal ini tetapi terus membuntuti Najib dan Rosmah untuk membawa APCO Israel menjadi penasihat. Apakah ertinya ini ? Faham akan perangai buruk dan zalim Zionis-Israel tetapi pakar Zionis Israel juga yang diambil sebagai Penasihat PM.

Sekali lagi betapa tergamaknya Perdana Menteri menghentikan bekalan minyak ke Iran sebuah negera Islam yang berintegriti dalam perjuangan kemanusiaan dan Islam. Apakah dasar pemerintahan UMNO/BN di bawah Najib dan Rosmah hari ini, lebih rela bertindak terhadap Iran dari bertindak terhadap rejim ganas Israel laknatullah ?

Maknanya demi nafsu dan kuasa, apa sahaja akan mereka lakukan.

Persoalannya sanggupkah pengundi-pengundi Melayu Hulu Selangor terus mengekalkan ego dan bodoh sombong para pemimpin UMNO/BN ini ? Janganlah kita turut mendapat saham kejahatan dan kezaliman Zionis Israel terhadap Pelestin dan Islam.

Para pengundi Melayu Hulu Selangor, jangan undi UMNO/BN atau Kamalanathan, you will get nothing except worst integrity !

No comments: