Followers

Wednesday, April 21, 2010

Mata Pelajaran Shahrizat, Pendidikan Kesihatan dan Reproduktif Sosial untuk atasi masalah buang bayi !!

Inilah cara pemerintahan UMNO/BN buat kerja. Banyak kemalangan jalanraya buat pendidikan keselamatan jalanraya ! Banyak jenayah meningkat, buat kelab pendidikan jenayah! Banyak kes dadah, buat Pendidikan Pencegahan Dadah! Harga barang meningkat kerana dasar sendiri, buat mata pelajaran kepenggunaan! Ramai orang sokong pembangkang, buat Kelab Setia ! Banyak meningkatnya kes zina dan buang bayi, hendak dibuat pula Pendidikan Kesihatan Reproduktif Sosial !

Dasar UMNO yang tidak islamik, tidak berkualiti lagi haru-biru, cikgu-cikgu pula menjadi mangsa yang dipaksa menyelesaikan semua masalah -masalah itu di sekolah. Maka kurikulum sekolah menjadi tempat longgokan daki dan sampai dasar-dasar dan gaya pemerintahan yang tidak membentuk manusia itu.

Menteri yang tewas, Shahrizat Jalil, beriya-iya hendak mewujudkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif Sosial (PKRS) yang katanya akan di mulakan pada sesi 2011 nanti. Inilah cara UMNO/BN mahu selesaikan masalah akhlaq remaja, perzinaan dan buang bayi ! Aku pening dengan gelagat UMNO ini !

Isunya, boleh diharapkah menteri ini untuk selesaikan masalah ini dengan cara itu? Masalah akhlaq: perzinaan dan buang bayi !?

Apakah nanti mata pelajaran ini benar-benar mengatasi masalah yang difokuskan atau sebaliknya akan semakin meningkat kes-kes jenayah seks dan buang bayi ? Atau memang ada pihak yang akan mendapat kontrak lumayan dan menguntungkan dari penyediaan bahan-bahan untuk mata pelajaran tersebut ?

Walau apa yang dinamakan kepada mata pelajaran ini, Dr Mahathir sendiri tidak bersetuju jika mata pelajaran itu sebenarnya Pendidikan Seks. Dalam keadaan usia yang terlalu tua dan tidak boleh buat apa-apa lagi itu, Dr Mahathir sendiri mencadangkan agar segala masalah yang dinyatakan diselesaikan dengan memperkasakan Pendidikan Agama Islam.

Secara ikhlasnya aku tak yakin mata pelajaran Shahrizat ini akan dapat mengurangkan kes perzinaan maka kononnya akan berkurangan masalah buang bayi khususnya di kalangan remaja-remaja Melayu! Meningkat mungkin !

Dan kamu cikgu-cikgu di sekolah akan terus menjadi penyapu sampah masalah akibat dari dasar UMNO/BN. Buat je lah labu !

No comments: