Followers

Monday, April 26, 2010

Jadi-jadilah menjadi bodoh kerana UMNO/BN !

Memang pendokong PR tidak akan lemah semangat juang dengan keputusan PRK Hulu Selangor itu walaupun sedikit sebanyak terpalit juga perasaan kecewa. Perjuangan mara ke Putrajaya wajib diteruskan tanpa banyak alasan lagi.

Kesepaduan gerakkerja dan penyampian maklumat, wajar terus diperbaiki terutama di kawasan-kawasan Felda dan perkampungan tradisional. Bukan senang untuk menyedarkan pengundi-pengundi Melayu di Felda dan kampung tradisional bahawa mereka sebenarnya bodoh kerana sering diperbodohkan oleh UMNO/BN.

Mereka memang tidak boleh menafikan kebodohan mereka kerana mereka menjadi bodoh kerana menyokong UMNO/BN yang membudayakan politik menjanjikan bulan bintang, rasuah, fitnah, projek pembangunan kilat yang tidak berkualiti. Selepas pilihanraya mereka sedar mereka tertipu dan berputih mata, tetapi kerana kebodohan mereka redha !

Betapa dangkalnya ilmu, sensitiviti agama dan maklumat pengundi-pengundi Melayu di kawasan-kawasan Felda dan luar bandar kerana air percuma yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pun dikatakan diberi oleh UMNO/BN. Bagi puak-puak lemah fikiran ini, kerajaan itu UMNO/BN, UMNO/BN itu kerajaan. Pakatan rakyat wajar terus mencerdikkan rakyat tentang siapa kerajaan sebenarnya atau apa beza kerajaan dengan UMNO/BN! Jika tidak, kebodohan pengundi seumpama ini akan terus dimanipulasi oleh UMNO/BN.

Pengundi-pengundi luar bandar dan di Felda walaupun bergitu aktif manganjurkan majlis maulud, ceramah israk mikraj, forum perdana, bacaan yasin dari rumah ke rumah, dan sambutan nisfu saaban tetapi mereka sebenarnya amat jahil tentang Islam yang sebenar. Mereka tak kisahpun untuk merenung sejenak akan darah dan airmata rakyat Palestin yang setiap hari dibunuh oleh regim ganas Israel. Mereka begitu bodoh untuk mengetahui apa itu APCO dan kesannya kepada umat Islam terutamanya di Malaysia ini. Mereka hanya mampu menjadi perkakas kepada kempen-kempen politik UMNO/BN. Mereka tidak peduli pun pengaruh Israel yang begitu aktif berlegar di Pejabat Perdana Menteri Malaysia !

Mahu tidak mahu Pakatan Rakyat wajar terus berjuang untuk mencedikkan pengundi-pengundi di Felda dan kawasan luar bandar. Wajar terus bagi tahu mereka, " jadi-jadilah menjadi bodoh kerana UMNO/BN!"

2 comments:

mazlanyasin said...

Memang orang melayu suka majlis membaca yasin tapi maksud dan tafsiranya jarang dijelaskan.

Sbb itulah semasa PRK di H.Selangor Dato Tuan Ibrahim tidak dibenarkan memberi tazkirah di Masjid Felda Soehato tapi hanya dibenarkan memimpin bacaan yasin oleha Imam Satu masjid itu yang UMNO totok.

Sangat kelakar Naib Presiden PAS dan seorang Ulama' bekas pensyarah kan UiTM tak dibenarkan beri tazkirah atas alasan malam itu mlm jumaat tak boleh tinggal baca yasin.

Baik sikit sami hindu , masa saya pergi beri bantuan beras ke sebuah kuil dengan En.Suria , Ketua DPPP sami kuil tu minta borang Dewan Perhimounan Penyokong PAS

mazlanyasin said...

Salam, Nak tanya adakah yang dimaksudkan dalam pandangan anta yang lebih sesuai tu "Natural Health and Healing"
tq