Followers

Sunday, April 18, 2010

Heyy...penyokong-penyokong UMNO Hulu Selangor, dengar sini !!


Memang kamu semua sekapal dengan MIC, kapal Barisan Nasional. Tapi kamu pasti sedar apa yang kamu gah sangat dengan semangat BN kamu semenjak Hulu Selangor dari dulu menjadi hak bertanding MIC. Palanivel pernah menjadi wakil rakyat kamu selama 4 penggal, banyak mana kemajuan harta benda dan keadilan hidup yang kamu dapat ?

Lantas dengan kesedaran kamu itu, kamu sendiri nampaknya tidak mahu calon MIC bertanding dalam PRK ini kerana kerja-kerja Palanivel selama ini sangat kamu tidak puashati. Tetapi protes kamu, cium tangan kamu, Hulu Selangor untuk UMNO, pemimpin kamu sendiri tidak layan...bo layan !

Dengar sini, kamu memang mahu kerusi Hulu Selangor diberikan kepada UMNO kamu. Apakah kamu rasa jika Kamalanathan kesayangan Muhyiddin Yasin itu menang, harapan kamu semakin cerah untuk mendapat hak bertanding di Hulu Selangor dalam pilihanraya kebangsaan akan datang ? Pasti kalau Kamalanathan memang, kamu akan terus berputih mata, harapkan menjerit sahajalah kamu !

Benar....benar, tuntutan kamu UMNO, akan mempunyai alasan yang kukuh dan diberi peluang untuk bertanding di Hulu Selangor dalam pilihanraya kebangsaan akan datang ,jika Kamalanathan kalah. Kamal kalah bermakna alasan kamu semakin kukuh dan Najib terutama Muhyiddin tidak boleh lagi bersikap pekak badak terhadap tuntutan kamu. Sebaliknya jika Kamalanathan menang, tokoh-tokoh UMNO kamu itu, akan terus diperap oleh Muhyiddin Yasin !

Pilihan di tangan kamu; Kamalanathan atau UMNO kamu mendapat hak bertanding dalam pilhanraya akan datang !

Oleh yang demikian pangkahlah Zaid Ibrahim PKR dari Pakatan Rakyat kerana ia akan tambah menguatkan alasan kamu menuntut Hulu Selangor sebagai hak kamu di pilihanraya akan datang!

No comments: