Followers

Thursday, April 29, 2010

Bilalah Musa Hasan tu nak pencen ? Serabut !!

Begitulah PDRM, semakin tidak diyakini rakyat. PDRM semakin tidak disukai bukan sangat kerana anggota-anggota PDRM tetapi kerana pemimpin utamanya Musa Hasan. Tengok muka polis nampak muka gedebe Musa Hasan. Ternampak polis terbayang muka kacip gigi Musa Hasan. Menyampah betul !

Bila Aminurrashid budak 15 tahun itu ditembak, terbayang jugak muka Musa Hasan. Serabut sungguhlah !! Pelajar 15 penyamun ke apa ! Kalau penyamun pun tak kan lah belemtum di baginya...mudah benar !

Itulah PDRM. Semakin hari semakin tidak diyakini. Kini rakyat semakin tertanya-tanya, bolehkah PDRM menjaga keselamatan rakyat dalam keadaan ada rakyat yang mati kerana pistol polis ? Selamanya rakyat menganggap polis itu pagar. Nampaknya kalau begitulah tindakan polis, harapkan pagar, pagar makan padi !

Imej polis terus tercalar selagi Musa Hasan menjadi ketua. Adakah kalau Musa Hasan masih lagi KPM, dia akan upah APCO jugak atau adik beradik APCO untuk memperbaiki imej nya dan PDRM ?

Agaknya bilalah Musa Hasan nak pencen ? Lambatnyeee !!!

No comments: