Followers

Thursday, March 25, 2010

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong kalau masuk UMNO tak lama lagi jadi menteri ?

Asalnya UMNO tapi di Bukit Bintang. Semasa dalam UMNO dia mungkin dapat perhatikan falsasah "Siakap Senohong Gelama Ikan Duri..." melata dalam parti itu. Tapi diperasan kalau lama kat situ, kat Bukit Bintang, amal falsafah macam mana pun dia tak akan naik, sebab situ Bukit Bintang, jangankan bintang, tahi bintang pun mungkin tak merasa! Lalu dia mencari platform lain.

Maka sibuklah dia dengan pembongkaran isu Melayu Murtad, bersembur air liur dia marah dan 'sumpahkan' mamak bendahara. Macam tak lengkap ceramah dia kalau tak sumpah mamak bendahara. Katanya Melayu murtad kerana kerajaan mamak lemah dalam urusan agama Islam ! Ramai orang setuju dan berkenan kat dia dengan isu itu pada masa itu!

Masuklah dia dalam PAS kerana dia nampaknya 'macam' orang PAS.

Berceramah jugak dia untuk cepat naik dalam parti dan mahu menjadi calon dia. Disangkanya falsafah "Siakap Senohong Gelama Ikan Duri ..." boleh diaplikasikan dalam PAS tapi malang bagi dia, Almarhum Ustaz Fadhil tahu, dia memang kuat membohong. Tak terpilih dia menjadi calon PAS ! Tak boleh hidup dia dalam PAS !!

Maka dia menyendeng pula senyap-senyap dengan PKR, hingga akhirnya ahli PKR dia. Tiba-tiba dalam PRU 12, terjongol dia menjadi calon PKR-PR di Kulim dan menang dia. Orang PAS ingat dia dah berubah bila masuk PKR. Mungkin jiwa dia lebih sesuai dengan PKR maka tak apalah, dia PR jugak !

Tapi malang, dia sangka dalam PKR dia boleh aplikasikan falsafah "Siakap Senohong Gelama Ikan Duri...". Rupa-rupanyanya tidak !

Maka dia mula mencari alasan untuk cabut dari PKR -PR dan alasan yang terbaik isu kalimah Allah untuk bertentang dengan PKR dan di samannya YB Khalid Samad YB PAS. Alasan yang dicari sesuai bagi dia, maka tertendanglah dia dengan tendangan yang memang dinanti-nantinya !

Jadi YB Bebas dia. Sangkakan YB Bebas, dia bebas sungguh tapi rupanya 'wajah' dia yang sebenar telah terserlah hari kelmarin di Parlimen. Rupa-rupanya 'wajah' sebenar dia saling tak tumpah wajah puak-puak gerombolan, "siakap senohong gelama ikan duri....". Sidikit masa lagi akan jelaslah satu lagi bohong dia, konon dia tidak akan masuk UMNO! Eleh pigi dah ...!!

Di situ nasibnya diyakini lebih cerah kerana falsafah "Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, bercakap bohong lama-lama boleh jadi menteri !", ramai yang aplikasikan dan dia memang suka begitu....berbohong !!

No comments: