Followers

Tuesday, March 23, 2010

Raja katak yang kepala tak betol !!

Dari satu sudut pandangan nampak kreatif sekali si raja katak sehingga mampu memberi cadangan yang bernas agar si shaifool pergi bersumpah di hadapan Dr Yusoff Al-Qardhawi bahawa si shaifool benar-benar diliwat.

Dari satu sudut pandangan lain nampak pula bodoh dan jahilnya si raja katak sebaik membuat cadangan begitu. Baginya bersumpahnya shaifool maka selesailah masalah. Itulah ketololan si raja katak.

Dan bagi si raja katak apabila si shaifool bersumpah dihadapan Dr Yusof Qardhawi maka akan angguk kepalalah Dr Yusof Qardhawi. Agaknya Raja Katak ingat Yusof Qardhawi tidak berintegriti macam dia juga yang dari spesis katak.

Dr Yusof Qardhawi seorang ulamak yang berintegriti tinggi bukan macam raja katak. Silap-silap hari bulan akan tertanya-tanya Dr Yusof Qardhawi akan spesis apakah si shaifool ini sampai sanggup bersumpah begini ? Gilakah ? Atau sewelkah dia ni ...??

Betapa kuatnya ampu-an raja katak kepada Najib dan Rosmah apabila mengatakan Anwar begitu membahayakan keselamatan negara!

Anwar yang mempertahankan dirinya dari dimalukan oleh puak-puak kerajaan UMNO/BN, membahaya kepada keselamatan negara? Mempertahankan diri dari fitnah kerana yakin dirinya dizalimi dan semua tuduhan ke atas dirinya diyakini umum satu konspirasi, membahayakan keselamatan negara ?

Patutlah UMNO Najib-Rusmah masih tidak ingin ambil raja katak masuk ke rumahnya sehingga kini, kerana pemikiran raja katak sudah tidak betul ! Kalau dia dijemput kembali ke dalam UMNO mungkin aliran pemikiran tidak betulnya itu akan bertambah huru-hara UMNO yang telah huru hara itu...!!

Anwar mempertahankan dirinya dengan yakin, mengancam keselamatan negara tapi yang ini kegagalan kerajaan UMNO/BN ini tidak bahaya kepada keselamatan negara ? :

1. Terlalu banyak rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh para pemimpin negara.
2. Kerusakan integriti sistem kehakiman negara sehingga menjauhkan para pelabur dari melabur di negara ini.
3. Ekonomi negara masih gagal dipulihkan dan terus merudum,
4. Terlepasnya Pulau Batu Putih ke tangan Singapura
5. Beli kapalselam yang rusak.
6. Alatan pertahanan negara yang rapuh.
7. Tanah rezab Melayu yang semakin berkurangan.
8. Ekonomi orang Melayu semakin layu.
9. Semakin ramai anak-anak haram lahir dari gadis-gadis Melayu.
10.Semakin ramai anak-anak Melayu gagal mendapat pekerjaan.
11.Semakin ramai penagih dadah dalam negara.
11. Orang Melayu masih terlalu ramai miskin. Ramai yang hidup bukan kerana harta sendiri tetapi semata-mata kerana gaji bulanan. Zaman serba mahal hari ini, orang-orang melayu habis bulan habis gaji...!! Menyimpan ?...yelle'k !!

Raja katak jugak yang kaya! Lompat sana kaya, lompat sini kaya !!

No comments: