Followers

Wednesday, March 17, 2010

Orang Aslipun dah sedar sering kena tipu...

Hari ini orang-orang Asli mengotakan iltizam mereka dengan beramai beramai berdemonstrasi di Putrajaya. Mereka menuntut agar hak mereka selaku orang Asal perlu dihormati, juga menuntut agar pihak Kerajaan UMNO/BN jangan hapuskan akta mereka dan mengiktiraf wilayah adat mereka.

Nampaknya orang Asli pun sudah sedar mereka sering tertipu dan ditipu oleh kerajaan UMNO/BN. Maka bertindaklah mereka...

Yang peliknya orang-orang Melayu khususnya golongan wanita di kampung-kampung masih belum sedar-sedar yang mereka sering menjadi alat dan kerap ditipu oleh janji tak pernah tertunai UMNO/BN. Mereka sering ditipu hidup-hidup kadang-kadang diperlakukan begitu dalam setiap kegiatan perkumpulan mereka.

Golong wanita di kampung-kampung inilah yang sering merungut barangan keperluan dapur semakin mahal. Mereka sering merungut anak-anak mereka tak cukup belanja di IPT. Mereka merungut kenapalah anak-anak mereka tidak diberi pekerjaan sedangkan sudah dua tiga tahun keluar U. Mereka inilah golongan yang sering bersembang sesama mereka bahawa miskinnya mereka.

Begitulah golongan wanita di kampung-kampung atau di luar bandar. Namun walau apa pun rungutan dan bebelan mereka dalam kehidupan seharian mereka, mereka tetap menjadi 'kesayangan' UMNO kerana mereka menjadi teras kekuatan G10 wanita UMNO.

Gigihnya mereka berkerja untuk pemimpin dan kroni UMNO, nasib dan mentaliti mereka tetap tidak berubah. Kain pasang yang berharga murah, naik bas ramai-ramai mengikuti lawatan, bermarhaban berzanji di majlis-majlis perkahwinan dan bersibuk membuat persiapan lawatan pemimpin atasan UMNO ke balai raya kampung.... hanya itulah ber-ria-an mereka !

Kesian melihat golongan wanita di kampung-kampung ini, nampak macam cerdik tetapi entah sedar entah tidak bahawa mereka sering diperbodohkan dan sering ditipu dan rela menjadi alat politik....nampaknya mereka tidak seperti orang-orang asli yang berdemo di Putrajaya itu - ada jati diri !



No comments: