Followers

Tuesday, February 16, 2010

Untung jadi bos !!

Sesungguhnya 1Malaysia boleh. Boleh berlaku apa sahaja yang pada orang ramai pelik tetapi sebenarnya dalam konteks 1Malaysia yang ada ini, tidak pelik pun!

Kalau dulu seorang MB yang katanya tak pandai berbahasa Inggeris ditahan di Australia dengan wang berguni, kini seorang Setiausaha yang memang kerjanya sentiasa setia kepada bos telah diserkup dengan longgokan wang 2 juta.

Wang siapa ? Wang setiausaha atau wang bos ? Dalam konteks 1 Malaysia, Setiausaha yang pegang so boleh jadi wang setiausaha-lah !?

Apakah hukuman kepada sang setiausaha ? Letak jawatan ! Bos yang mempunyai setiausaha itu, boleh terus berkerja dan cari setiausaha lain.

Untung jadi bos !!

No comments: