Followers

Wednesday, February 17, 2010

Oh...Zulkifli Nordin, 'ketiak' mu berbau UMNO yang Mahathir kata busuk sampai ke....

Arena politik Malaysia terlalu mengenali sepak terajang politik seorang yang bernama Ibrahim Ali (IA). Dia mencuba berbagai platform politik tapi semuanya tidak menjadi kerana 'ketiak busuk'nya tetap 'ketiak busuk' UMNO. Ke mana dia pergi dan di mana dia berada terlalu sukar untuknya menghilangkan bau ketiak busuk UMNO.

Kini IA boleh 'berbangga' kerana dia sudah mula berteman seorang yang semacam sama spesis dengannya, Zulkifli Nordin (ZN). Asal usul ZN ini ialah UMNO. Katanya UMNO Bukit Bintang yang entah ramai manalah orang Melayu di situ !

Nampaknya, dalam apa yang dikatakan perjuangannya, ZN mempunyai gaya dan cara perjuangan yang saling tidak tumpah macam amalan politik lapuk UMNO yang sukar ditinggalnya. ZN juga sama seperti IA, gagal membuang bau busuk 'ketiak busuk' UMNO padanya.

Sebelum terlibat dengan pengurusan pembelaan kes Anwar Ibrahim dulu, dia hebuh dengan kes murtad orang Melayu. Ceramah sana ceramah sini....baguslah tu! Lepas itu dia mulailah marah kepada Mahathir maka di kesempatan kes Anwar yang pertama, dia mulai terus berjauhan dengan UMNOnya.

Beberapa tahun selepas itu dia pernah dilihat aktif dalam perjuangan pemuda PAS. Masa inilah pemuda-pemuda PAS mulai kenal siapa Zulkifli Nordin. Pemuda PAS sudah mulai terasa kata-katanya dan tingkahlaku politiknya sukar dikawal. Ikut dan dia nak cakap apa, sampai ada yang tertanya-tanya sendirian, "iya ke dia ni ....?"

Sup sap sup sap...tiba-tiba dia muncul sebagai calon Parlimen parti Keadilan Kulim Bandar Baru.

Dari jauh saya dan kawan-kawan hanya tersenyum apabila melihat dia menjadi calon. Kami tertanya-tanya, "boleh pakai ke dia ni ?".

Kini, melihat kepada keletah dan tindakan politiknya, sah-lah sangkaan kami bahawa ZN bukan seorang yang oleh berorganisasi (kalau sebut berjemaahkan ramai pula orang marah nanti..!!).

Yakinlah kalau ZN dipecat dari PKR, sudah pasti dia tak akan masuk PAS. Isyarat mudah yang dia tidak akan masuk PAS ialah kecamannya terhadap teguran Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz baru-baru ini kepada mereka yang keluar parti.

Parti yang akan galak dan tersenyum lebar mempelawanya nanti pastilah UMNO, parti lamanya!

Maka kalau itu berlaku, akan jadilah ZN pejuang UMNO tulin!?

Persoalannya, apakah masih ada pejuang Melayu atau pejuang Islam tulin dalam UMNO ? Dan apakah orang yang suka 'menggigit' seperti ini boleh berada dalam UMNO tanpa 'menggigit' sesiapa dalam UMNO? Kalau berlaku 'gigitan' ZN, apakah UMNO akan membiarkan ZN 'menggigitnya'? Atau 'gigi' ZN akan dirongokkan dan dia akan didiamkan seperti diamnya tikus yang jatuh ke beras atau seperti Ezam jatuh ke UMNO ?

Boleh jadi juga ZN akan terus menjadi Ahli Parlimen bebas kerana itulah organisasi atau jemaah yang sesuai untuk poli-tikus sepertinya. Kalau begitu 'panjangkah lagi umur politik" ZN selepas ini, tanpa berpaut kepada dahan rapuh UMNO?.

Kalau pula ZN berpakat dengan IA menubuhkan parti baru, siapakah yang akan menjadi presiden-nya? Kerana kedua-duanya, nampaknya, rasanya, gayanya tidak mampu atau tidak mahu menjadi pengikut ....!?

No comments: