Followers

Monday, February 01, 2010

Biarkan mereka pergi: Pergilah cepat-cepat !

Nampaknya PKR sedang mengharungi gelora yang dicipta sendiri oleh segelintir YB-YBnya macam PAS jugak, di saat-saat Penasihat Partinya sedang berjuang menentang fitnah terhadap dirinya di mahkamah.

Kerana mengamalkan kebebasan bersuara kononnya maka ada YB Pakatan Rakyat berusaha bersuara walaupun suara-suara yang kedengaran itu ada yang kurang cerdik bunyinya. Ada yang berusaha tunjuk alim, lebih alim dari Yusof Al-Qardhawi dan ada yang lebih laser dari sepatutnya tanpa memikirkan apakah kesannya terhadap Pakatan Rakyat khususnya kepada partinya sendiri maka setiap jolok latah UMNO perlu dilatahkan secara beria-ia bagaikan orang tak sedar diri terhadap Pakatan Rakyat. Kerana latah maka tak mengapa jika londehkan semua seluar dan baju sampai berbogel. Tak apa, kerana hanya latah.

Tahukah YB-YB Pakatan yang suka melatah itu bahawa setiap latahan mereka akan memberi kesan yang negatif terhadap diri mereka sendiri sehingga kelihatan bagai tak sedar diri, menjadi terasuk, menjadi popular murahan, menjadi bahan ketawa orang dan macam-macam.

Lebih malang lagi Pakatan Rakyat khususnya PKR, kerana ada YB-nya yang bertanding dan menang dalam pilihanraya lepas menyertai PKR kerana katanya "Anwar Yang Jemput ". Perjuangannya kerana Anwar yang jemput ? Ertinya bukan dia hendak masuk sangat PKR tu . Dasar YB tidak ada pendirian.

YB-YB yang berlagak dan yang degil ini, kita mohon untuk mereka keluar dari Pakatan Rakyat! Biarlah kalau dia nak masuk parti lompat Ibrahim Ali atau parti 'kelabu tahi anjing". Biarkan...

No comments: