Followers

Monday, February 15, 2010

'Ikatlah' wakil rakyat mu wahai PKR !

'Bercelaru' sungguh Parti Keadilan Rakyat waktu ini. Sibuk ketua mereka di mahkamah, sibuk pula wakil rakyat berkira-kira nak keluar parti. Inilah dia yang selalu bermain di mulut pengikut kepada pemimpin, " Teruskan perjuangan tuan, kami bersama tuan, kami sentiasa di belakang tuan !!" Belakang sungguh lepas tu cabut lari...tinggallah tuan seorang diri !!

Apabila ditakdirkan Allah, tuan berjaya melepasi halangan itu dan berjaya dalam perjuangannya, maka datang golongan-golongan 'haramjadah' yang sanggup buat apa sahaja untuk tuan ! Masa ini biar tuan 'mampos' seorang diri kalau takdirnya 'mampos' lah !

Desas-desus kononnya ada empat lima orang lagi Ahli Parlimen PKR akan ikut Si Zahrain bertiup kencang hinggakan MB Selangor mencabar mereka ini, kalau sungguh nak keluar, keluarlah.... Kata MB Selangor yang juga Bendahari PKR itu, organisasi yang penting bukan individu.

Betul, saya bersetuju!

PKR wajar memikirkan makanisma tertentu sebelum memilih calon mereka untuk pilihanraya ke 13 nanti. Pilihlah calon yang bukan dari jenis katak atau yang tidak mempunyai ciri-ciri kekatakkan.

Sejak dua tahun ini kita berserabut dengan lompat parti atau keluar parti wakil-wakil PKR. Tengok, robohnya kerajaan Pakatan Rakyat Perak kerana dua ekor 'katak' dari PKR dan seekor dari DAP. Maknanya yang lebih ramai keluar ialah dari PKR lah berbanding DAP. Baru-baru ini ditambah pula dengan Si Zahrain, PKR juga ! Dulu kat Sarawak ada seorang keluar !

Agak-agaknya ini ujian langsung kepada Anwar yang pernah menganjurkan lompat parti untuk membentuk kerajaan Pakatan Rakyat dulu ?

Walau apa pun Anwar dan kepimpinan PKR perlu memikirkan cara bagaimana untuk mengelak wakil-wakil rakyat mereka terus melompat parti selepas pilihanraya ke 13 nanti. Kalau PAS dengan bai'ahnya. DAP dengan idealisme Malaysian Malaysianya. UMNO dengan 'fail kes' calon-calonnya ? Ha..engkau keluarlah...keluar !!.

PKR pula perlu 'ikat' wakil-wakil rakyatnya dengan sesuatu. Apa dia ? Entah... fikirlah sendiri....

Tengok PAS...agaknya kalau Khalid Samad dengan Hassan Ali duduk dalam parti lain, rasanya melompat dah kot ? Lompatlah kalau nak tahu akibatnya !! Tak berani punya !

So, PKR perlu belajar semua itu .

No comments: