Followers

Wednesday, January 20, 2010

Rakyat terus disuruh berjimat , Parti dan Kerajaan parti yang kononnya Juara Rakyat terus membazir...

Kerajaan 1Malaysia yang yang kononnya rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan semakin mencipta kesusahan buat rakyat. Tidak ada siapa yang boleh menafikan bahawa rakyat semakin tertekan dengan kenaikan harga barangan.

Sama ada kenaikan yang diumumkan mahupun kenaikan secara senyap-senyap dan juga sendiri-sendiri dinaikkan, semuanya memberi kesan kepada perbelanjaan keperluan harian rakyat. Rakyat Malaysia terutama yang bependapatan sederhana dan rendah serta mereka yang susah semakin menjadi miskin dan tertekan.

Baru-baru ini rakyat kecuh dan masih kecuh kerana peruntukan asrama para pelajar sekolah dipotong sebanyak 50 hari. Pemotongan ini telah mengakibatkan para pelajar yang tinggal di asrama terpaksa balik setiap minggu. Namun setelah bantahan dari masyarakat peruntukan telah kembalikan katanya sebanyak 40 hari.

Ramai tertanya-tanya kenapa pihak kerajaan 1Malaysia potong jugak peruntukan untuk para pelajar yang tidak berdosa ini ?

Tidak lain tidak bukan ialah kerana polisi rakyat didahulukan - didahulukan untuk menderita. Isteri-isteri menteri yang berselirat dengan peruntukan solek perlu mungkin ditambah lagi peruntukan itu untuk tambah seksi dan bergetah demi selera sang suami lagi pun para isteri VVIP 1 Malaysia bukan rakyat marhaen tetapi isteri VVIP kerajaan 1Malaysia tercinta.

Itulah kerajaan 1Malaysia yang diperintah oleh kononnya parti Juara Rakyat. Rakyat marhean yang berbelanja sepuluh, dua puluh ringgit sehari disuruh berjimat tetapi kerajaan 1Malaysia terus membazir tanpa sedikit pun rasa prihatin kepada kesusahan rakyat.

Rakyat diminta berjimat sedangkan kerajaan membazir

KUALA LUMPUR, 19 Jan: PAS kesal dengan dasar kerajaan menaikkan 20 sen harga gula untuk penjimatan RM1.3 bilion subsidi negara sedangkan pada masa sama membazirkan RM 1 bilion untuk sukan Formula 1 yang manfaatnya bukan langsung kepada rakyat.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad memberitahu BN dilihat cuba melepaskan beban ekonomi kepada rakyat sekaligus membuktikan kerajaan sebenarnya sudah kehabisan wang kesan dari pelbagai pembaziran yang dilakukan.

"Walaupun kerajaan BN bangga mengatakan bahawa telah berjimat sebanyak RM 1.3 Bilion, namun rakyat sakit hati kerana dari penjimatan itu, kerajaan telah bazirkan RM 1 Bilion dalam bajet tahun 2010 untuk tujuan memajukan sukan F1 yang bukan melibatkan kepentingan atau faedah semua rakyat," katanya dalam satu kenyataan.

Dasar Kerajaan BN yang mahu mengurangkan beban subsidi juga jelasnya memang tidak digemari rakyat, apatah lagi jika dalam keadaan sekarang kerajaan BN juga mahu perkenalkan dasar GST untuk hampir semua jenis barangan serta kenaikan cukai-cukai lain.

Beliau tidak menolak kemungkinan barangan keperluan lain seperti tepung, beras dan minyak masak juga akan berlaku kenaikan.

"PAS memahami kesulitan Kerajaan dalam hal ini, namun sebarang kenaikan tidaklah wajar pada masa ini kerana negara masih mampu jika dasar berjimatnya betul," katanya lagi.

Sehubungan itu beliau mahu kerajaan lebih berintegriti dalam mengurus bajet negara agar tidak membebankan rakyat.

"Kerajaan seharusnya bijak untuk mengunakan wang cukai rakyat dan tidak meminta rakyat berjimat sedang kerajaan membazir," katanya.

No comments: