Followers

Sunday, January 10, 2010

Mmbek...Mbek !!


Kambing ialah spesis binatang yang istimewa dan unik. Kualiti dagingnya untuk kesihatan memang baik. Tapi ramai juga orang takut kepada kambing terutama mereka yang mengidap penyakit darah tinggi. Kata mereka daging kambing boleh membahayakan sesiapa yang mengida darah tinggi. Begitulah tanggapan mereka. Tapi rasanya tanggapan itu salah kerana itu hanya persepsi semata-mata.

Namun kambing adalah binatang yang banyak di Semenanjung Malaysia, di kampung-kampung di tepi-tepi jalan. Bagusnya kambing ini dia makan semua benda, plastik pun dia sapu. Pergerakannya lincah, senyumnya senyum kambing ! Walaupun tidak alim namun jantan betina berjanggut, sejemput je ! Semasa mengurat, tak kira yang jantan mahupun yang betina, memang kreatif dan begitu gatal sekali kelihatannya. Itulah kambing !

Tapi tak semua kambing bahagia dan ceria terutama di Malaysia. Ada juga yang menderita dan terduga. Kalau di Malaysia, kambing yang selalu bernasib malang ialah 'KAMBING HITAM'. Tak habis-habis 'KAMBING HITAM' yang kena. Kalau rujuk dalam Kamus Dewan, 'Kambing Hitam' maksudnya, sering dipersalahkan. Banyak sudah 'KAMBING HITAM' dipersalahkan di Malaysia, nak sebutpun takut!

Terbaru 2 enjin General Electric j85-21A turbo jet yang katanya bernilai RM100 mililion hilang, KAMBING HITAM jugak yang kena..... Maka 2 dikambinghitamkan dan menjadilah 2 itu 'KAMBING HITAM' ! Mmbeekk !!





No comments: