Followers

Monday, January 11, 2010

Isu kalimah Allah: UMNO terlepok !

Jika isu kalimah Allah mahu dijadikan isu politik murahan demi meraih sokongan rakyat, maka parti yang berniat demikian perlu memikirkannya banyak kali. Dalam keadaan Malaysia yang sekian lama dibentuk oleh UMNO seperti hari ini, soal boleh atau tidak pihak agama samawi lain menggunakan nama Allah, bukanlah persoalan yang boleh diselesaikan semudah mengatakan "itu penggunaan eksklusif kami".

Langkah tangan-tangan ghaib yang mungkin berpunca dari sikap kepimpinan UMNO sendiri telah mencipta ruang yang malang bagi imej umat Islam di Malaysia sehari dua ini. Tujuh gereja cuba diletupkan mungkin hasil provokasi dari tindakan emosional yang tidak Islamik.

Apakah itu cara menyelesaikan masalah penggunaan nama Allah itu ? Tidak terlihatkah pihak-pihak itu panduan mengenai isu itu dari Al -Quran ? Di manakah JAKIM, IKIM, Menteri yang menjaga agama dalam menangani isu ini? Kenapa semuanya senyap kelu dan bisu? Apakah mereka ini sebenarnya bersetuju dengan pendirian PAS yang bepandukan Al-Quran tetapi kerana berada di bawah ketiak busuk UMNO, mereka lemas kerana sibuk menutup mulut dan hidung hingga tak dapat memberi nasihat yang Islamik.

Betapa munafiknya pendirian, apabila sewaktu demonstrasi Mansuhkan PPSMI, Datuk Hassan Ahmad dan Pak Samad bersama ratusan ribu rakyat, lemas dipancut air kimia yang menyesakkan nafas, memedihkan mata dan menggatalkan kulit. Tetapi dalam menghadapi demonstrasi isu kalimah Allah, ada mulut pemimpin berhujah, kita tidak boleh menghalang pandangan dan hasrat rakyat melahirkan bangkangan.

Nasib baik para pemimpin PAS yang berfikir berasaskan Al-Quran tampil mengatakan kebenaran dan menunjukkan cara yang betul menghadapi isu ini. Lawatan para pemimpin PAS ke gereja-gereja berkenaan bukan kerana mencari publisiti murahan tetapi merupakan pendidikan kepada seluruh umat dan rakyatbyang mencintai Islam bahawa Islam adalah agama seluruh manusia.

Nampaknya dengan tindakan yang betul para pemimpin Pakatan Rakyat dan tindakan istiqamah para pemimpin PAS, rakyat telah melihat dan mula memahami cara penyelesaian isu kalimah Allah. Jelas isu kalimah Allah kian menjadi senjata makan tuan. UMNO mula tejelepok lembik dengan senjata yang 'diciptanya' sendiri.

Undang-undang murtad yang berkali-kali dicadangkan oleh PAS di Parlimen masih gagal diambil tindakan oleh UMNO - sedangkan kini sibuk konon berjuang mempertahankan kalimah Allah dengan alasan kalimah itu eksklusif untuk orang Islam sahaja. Itulah dan begitulah UMNO !

No comments: