Followers

Sunday, January 17, 2010

Antara 'kejayaan' Sistem Pendidikan 1Malaysia !

36 ghairah ‘pesta dadah’ ditahan. 36 oi...bukan 3 bukan 6 !

Para pemimpin UMNO/BN sibuk berpolitik, beriya-iya mencipta pelbagai isu untuk menarik sokongan rakyat, anak-anak muda terus-terusan bergelumang dengan dadah....mungkin juga seks !

Itulah agaknya antara 'kejayaan' Sistem Pendidikan 1Malaysia ?

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
uma.ramayah@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Keghairahan sekumpulan 36 belia termasuk enam pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) mengadakan ‘pesta dadah’ di sebuah pangsapuri di tingkat 18 bangunan PGRM, Cheras, di sini awal pagi ini, berakhir di dalam lokap, apabila semua mereka ditahan polis.

Pemeriksaan ujian air kencing ke atas semua mereka mendapati 31 daripada mereka positif dadah. Enam pelajar termasuk empat perempuan adalah antara yang disahkan positif dadah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abdul Rahim Othman berkata, ketika serbuan dilakukan kira-kira pukul 4 pagi, kesemua mereka sedang menari dengan iringan muzik yang sangat kuat.

Menurutnya, malah akibat terlalu asyik menari dan khayal, ada di antara mereka yang tidak menyedari serbuan itu.

“Ketika serbuan, kesemua mereka dalam berpakaian lengkap,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kumpulan itu melakukan aktiviti seks sebelum ditahan polis.

Abdul Rahim menambah, pemeriksaan awal di apartmen itu, polis menemui tiga paket ketamin seberat enam gram di bilik pertama, empat papan eramin 5 dan 21 biji pil ekstasi di bilik kedua.

Di ruang tamu pula kata beliau, polis menemui 30 gram ketamin, satu bungkusan ganja dan syabu seberat 7.5 gram.

“Kita turut menemui beberapa botol minuman keras di lokasi serbuan,” katanya.

Beliau berkata, kini pihaknya sedang menyiasat dalang utama penganjur pesta liar itu.

Katanya, kesemua mereka yang berusia 18 hingga 30 tahun itu dan berasal dari Lembah Klang ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini mengikut Seksyen 39 (a)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Saya benar-benar sedih lebih-lebih lagi melibatkan pelajar. Perkara ini bukan saja menjahanamkan diri malah membantutkan pembangunan negara,” jelasnya.

No comments: