Followers

Thursday, January 14, 2010

Alahai SPR SPRM !

Semakin lama UMNO/BN memerintah, semakin banyak perkara-perkara mengarut berbangkit. Semuanya bukan menambahbaik pengurusan dan pentadbiran untuk rakyat , sebaliknya semakin menghilangkan integriti yang telah pun rusak teruk. Rakyat yang mampu berfikir, kian menyampah dengan kerenah 'integriti di mulut' pemerintahan UMNO/BN.

Hari ini Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf menafikan dakwaan PAS berhubung draf persempadanan semula bahagian pilihan raya yang dikemukakan melalui pejabat Perdana Menteri sebelum di bawa ke Parlimen.

Soalnya boleh percayakah kepada penafian tersebut ?

Bagi saya sendiri, saya tidak percaya kepada penafian itu. Saya bersikap sedemikian berdasarkan pengalaman yang dilalui dalam berhubung dengan SPR dalam menguruskan pilihanraya. Kerenah SPR yang 'menyakitkan' PAS sewaktu berpilihanraya terlalu banyak kalau hendak dibilang dengan jari.

Saya yakin Ketua Penerangan PAS mendakwa sedemikian mungkin akibat dari pengalaman yang PAS sering lalui dan temui sepanjang menyertai pilihanraya di negara ini.

Kita lihatlah nanti jika sekiranya ada persempadanan semula, dapat dijangkakan bahawa itu adalah projek 'memanjang nyawa' UMNO.

Kelmarin juga Pengerusi baru SPRM berhasrat melarang laporan kepada SPRM di dedahkan kepada media atas alasan menjaga kerahsiaan. Walaupun ada peruntukan undang-undang untuk itu namun jika pendedahan di media mampu memberi kesan positif kepada indeks rasuah dalam negara, mengapa peruntukan sedemikian mahu digunakan?

Mengapa SPRM bimbang sangat soal kerahsiaan ini kerana bukan SPRM yang membuat pendedahan. Bimbang terjejas penyiasatan? Selama ini tak terjejas pun. Dan yang membuat pendedahan sudah tentulah pihak yang membuat laporan. Jika sekiranya yang didakwa tidak puas hati atau terkesan dengan pendedahan itu, saman sahajalah pihak yang mendedahkan itu.

Isunya ialah kerahsiaan siapa sebenarnya yang hendak dijamin oleh SPRM ?

Alahai SPR SPRM !


No comments: