Followers

Friday, December 31, 2010

Tak perlu perbesarkan masalah pakaian Nie Ching di perkarangan masjid.

Sekali lagi Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching menjadi isu hangat yang begitu heboh di media perdana. Pakaian senamrobik Nie Ching menjadi teguran kerana ia berlaku katanya di perkarangan masjid. Berahi sungguh puak-puak UMNO/BN meng-isu-kan Nie Ching. Nakhaie Ahmad bising, Pak Lah pun turut sama bising di samping begitu ramai puak-puak gerombolang memberi ulasan, komentar yang 'warak-warak' belaka dan di suarakan riuh rendah di muka dan corong media.

Aku bukan mahu menyokong pakaian Nie Ching sewaktu bersenamrobik di pekarangan masjid itu, tapi aku tidak pelik Nie Ching berpakaian ketat begitu kerana Nie Ching bukan Islam. Mungkin dia tidak tahu bagaimana pakaian yang dikatakan menutup aurat menurut Islam. Mungkin NIe Ching menyangkakan menutup aurat hanyalah tidak menampakkan kulit anggota badan yang tertentu, pakai ketat tidak!

Tidak marah aku kalau Nie Ching berfahaman begitu kerana itulah kefahaman yang diperolehi oleh Nie Ching dari kebanyakan fenomena pakaian gadis-gadis yang dikatakan Islam di Malaysia ini. Kalau tak percaya, duduklah sekerat hari di pusat-pusat membelih-belah, maka akan terlihat pakaian ketat-ketat malah kalau 'bernasib baik' banyaklah kelihatan tersembul pusat-pusat dalam kalangan pakaian gadis-gadis Melayu Islam !

Tidak terkejut juga aku kerana mungkin inilah padanya Nie Ching belajar mengenai pakaian Islam dari Festival Fesyen Islam dari idea 'canggih lagi islamik' dan dinaungi oleh isteri Perdana Menteri Malaysia ! Mungkin !

Mungkin ada orang berkata, "ah...apalah gadis-gadis Melayu dan Festival Fesyen Islam itu bukan berpakaian begitu di di perkarangan Masjid! Jangan alih isu!"

Woi...ini bukan alih isu!

Inilah masalahnya dengan pemahaman Islam para pemimpin UMNO. Bagi mereka Islam hanya di tempat-tempat tertentu sahaja, Islam bukan satu cara hidup. Dalam pemahaman Islam para pemimpin UMNO, Islam hanya di masjid, Islam hanya di waktu majlis tahlil dan baca yasin. Islam hanya di malam nisfu. Islam hanya di waktu berarak maulid. Islam hanya di bulan puasa. Islam hanya waktu hari asyura. Dan Islam hanya di waktu hendak mati dan dah waktu mati!

Hanya itukah Islam?

Pada aku, kalau di masjid tidak boleh berpakaian tidak syarie, begitu juga di tempat lain, malah lebih penting lagi di kyalayak ramai yang kita tidak tahu berbagai jenis orang, baik atau orang jahat seperti di pusat-pusat membeli-belah, panggung wayang, kaki lima bandar, perhentian bas dan lain-lain. Sepatutnya jika para pemimpin UMNO begitu sensitif dengan pakaian menutup aurat (tidak terdedah dan tidak ketat), arahkan dulu isteri-isteri Menteri Melayu terutama isteri Perdana menteri dan isteri Rais Yatim serta para pemimpin UMNO yang lain menutup aurat terutama bertudung dan jangan berpakaian sendat. Hapuskan pakaian sendat dan tudung bahu di kalangan kamu juga! Para ustaz UMNO bisingkan hal ini dahulu.

Kembali kepada isu Nie Ching. Nie Ching bukan orang Islam. Maka sudah pasti banyak ilmu Islam yang Nie Ching tidak tahu. Sepatutnya isu pakaian Nie Ching ini perlu dijadikan satu kesempatan untuk kerja-kerja dakwah yang berhikmah kepada Nie Ching bukan menghebuhkannya dengan menjadikan isu besar (isu politik murahan!) seolah-olah buruk benar Islam terhadap bukan Islam terutama Nie Ching yang pastinya banyak tidak tahu tentang Islam.

Bagi aku sikap Nie Ching yang mahu mendekati masjid adalah satu rahmat. Kenapa sekali lagi mesti dijauhkan Nie Ching dari rumah Allah? Bagaimana nanti kalau Nie Ching dan orang-orang bukan Islam bersikap tidak mahu lagi mendekati masjid kerana menganggap Islam tidak sukakan dia dan mereka ke masjid? Alangkah ruginya Islam kerana Nie Ching semakin jauh dari mengenali Islam sebagai agama Allah.

Apa yang sepatutnya berlaku dalam isu Nie Ching ini ialah mendekati Nie Ching dengan memberitahu ilmu pakaian Islam kepadanya dengan baik. Uslub dakwah dengan berhikmah adalah jalan terbaik buat orang seperti Nie Ching yang begitu berminat mendekati masjid. Bukan menghukum nazir masjid malah sebaliknya mengucapkan tahniah kepadanya kerana mendekatkan Nie Ching dengan rumah Allah. Jauh sekali dari menjadikan isu Nie Ching ini sebagai isu politik murahan.

MAIS, Pak Lah dan para pemimpin UMNO sepatutnya tidak perlu bimbang dengan isu pakaian Nie Ching di perkarangan masjid hanya bagitahu Nie Ching secara baik, sebaliknya bimbanglah dengan pakaian isteri-isteri para pemimpin UMNO, ilmu sesat dari penganjuran festival fesyen Islam, anak-anak gadis Islam yang berpakaian begitu berleluasa menjolok mata di desa dan kota sehingga meningkatkan kes zina dan rogol serta bimbanglah akan ketidak-adilan , pengkhianatan dan kejahatan yang berlaku dalam isu perlantikan SUK Selangor.


Thursday, December 30, 2010

Najib campak 'ular raksaksa'di Selangor.

Perlantikan Khusrin sebagai SUK Selangor semakin menjadi isu hangat di Selangor. Khusrin seorang yang berperangai khaddam kepada parti pemerintah pusat di Putrajaya iaitu UMNO telah dilantik dalam keadaan Menteri Besar dari Pakatan Rakyat tidak diberitahu langsung akan perlantikan itu.

Walaupun MB Selangor pilihan rakyat, yang menang dalam pilihanraya umum yang lalu yang dikendalikan oleh SPR, mempunyai pilihan lain, tetapi siapa pedulikan MB pilihan rakyat Selangor itu. MB Selangor itu 'berkelana' sekarang dalam usaha menyelesaikan konflik perlantikan Kushrin yang tidak layak itu.

Mahu mengadu kepada Kerajaan Persekutuan yang dinasihat PMnya oleh APCO, kalau itulah Kerajaan Persekutuan rasanya menangis airmata darah sekalipun MB Selangor tidak akan dilayan.

Mahu mengadu kepada KSN, nampaknya KSN juga telah menjadi balaci yang berkelapa dua. KSN sering menyeru kakitangan awam agar berintegriti dan beramanah tapi kali ini KSN itu tiba-tiba menjadi KSN taik kucing! Nampaknya KSN perkhidmatan awam Malaysia telah dijangkiti pennyakit yang dihidapi oleh Speaker pandir Dewan Rakyat.

Menteri Besar Selangor mahu mengadu kepada siapa lagi? Siapa yang pedulikan MB pilihan rakyat yang menang dalam pilihanyara demokrasi yang UMNO sendiri akui yang terbaik dikendalikan oleh SPR. Rakyat Selangor dihina macam paria. Pilihan majoriti rakyat Selangor hanya layak menjadi alas punggung mereka yang berkuasa di Putrajaya dan dikayangan, agaknya?

Dengan terjongolnya Kusrin di pejabat SUK Selangor nanti jelas menunjukkan, Najib Rosmah kian 'mengganas' di Selangor. Najib telah mencampakkan 'ular raksasa' untuk membelit dan seterusnya menjatuhkan dan 'membunuh' kerajaan pilihan rakyat Selangor.

Mahu mengadu kepada siapa lagi MB dan rakyat Selangor ? Nampaknya semakin hampir 1 Januari, tiada siapa lagi yang boleh diharap untuk membatalkan perlantikan Khusrin. Sedih...kini bukan pilihan rakyat yang dibela tetapi pilihan pengkhianat rakyat!

Ya...mengadulah kepada Allah SWT, serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Memberi Pertolongan. Marilah kita bersolat hajat di seluruh Selangor, sambil terus memberi sokongan padu kepada Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor yang dikasihi.

Wednesday, December 29, 2010

Sesungguhnya UMNO memang jahat !

PAS gesa Umno hentikan 'perdaya' Raja Melayu

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Umno hendaklah menghentikan serta-merta tindakannya memperdayakan Raja-Raja Melayu bagi kepentingan kuasanya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Umno kini dilaporkan begitu bernafsu menghasut Raja-Raja Melayu kononnya kuasa Raja-Raja terancam setelah mereka merasa berjaya menipu rakyat termasuk sebahagian ahli politik kononnya kuasa dan kepentingan Melayu akan terancam tanpa parti perasuah itu.

"Kita sentiasa mendapat laporan dari sumber dalaman yang tidak senang dengan tindak-tanduk Umno cuba memperdayakan Raja-Raja Melayu itu. Tidak semua boleh menerima apa yang dilakukan oleh Umno itu," katanya.

Malah, katanya lagi, semakin ramai orang-orang Melayu yang berfikiran waras yang sedar bahawa yang sebenarnya terancam ialah Umno dan bukan orang-orang Melayu.

"Orang-orang Melayu tidak akan terancam selagi mereka memperjuangkan perintah Allah dan tidak membiarkan diri mereka diperdayakan oleh Umno yang terang-terangan menghina hukum Allah," tegas beliau.

Mahfuz menggesa orang-orang Melayu menyedari tabiat jahat Umno dan segera menghukum parti itu.

"Ketika mereka kuat dan mendapat kemenangan besar dalamn pilihan raya, mereka menelanjangkan Raja-Raja Melayu seperti yang berlaku ketika Perlembagaan dipinda untuk mengurangkan imuniti Raja-Raja dahulu.

"Hari ini, apabila kuasa mereka terancam, parti yang busuk hingga ke usus itu menghasut dan memperdayakan Raja-Raja Melayu supaya mempertahankan kuasa mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau berharap Raja-Raja Melayu tidak lupa bahawa perlembagaan negara sudah mencukupi untuk menjamin sistem raja berperlembagaan.

"Sistem yang terpakai dalam negara ini seperti yang termaktub dalam perlembagaan tidak memerlukan Umno sama sekali untuk mempertahankannya.

"Malah, (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sendiri menyatakan dalam perhimpunan Umno yang lalu bahawa hak Melayu terkunci kemas dalam perlembagaan tanpa dapat digugat lagi.

"Oleh sebab itulah, Umno yang menggelupur kerana takut kehilangan kuasa sebenarnya tidak relevan dan tidak diperlukan sama sekali," tegas beliau.

Mahfuz menegaskan, pihaknya akan berkempen secara ofensif dan habis-habisan ke seluruh negara untuk mendedahkan pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu.

Menurut beliau, pihaknya akan mendedahkan kepada seluruh rakyat bahawa Umno sering dibuktikan menggadai kepentingan bangsa sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingannya.

"Bukan sahaja bangsa sendiri yang digadaikan, agama Islam pun sanggup digadaikan oleh Umno apabila ia mencantas bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat (SAR).

"Bukan setakat mencantas bantuan sahaja, para pemimpin Umno termasuk Najib malah melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah tidak berasas kepada SAR apabila mereka memberi gambaran seolah-olah SAR menjadi tempat melahirkan pengganas," katanya.

Mahfuz berkata, antara pengkhianatan terbesar Umno terhadap orang-orang Melayu sepanjang lebih 50 tahun memerintah negara ini ialah apabila tanah-tanah rizab Melayu semakin pupus.

"Akibat perbuatan Umno menggadai bangsa sendiri, kini hanya tinggal sekitar 1.7 juta hektar sahaja tanah rizab Melayu, sedangkan waktu negara menyambut kemerdekaan dulu, terdapat kira-kira tiga juta hektar tanah-tanah tersebut.

"Bohong sama sekali dakwaan kononnya Umno membela kepentingan Melayu. Umnolah yang memusnahkan kepentingan Melayu," katanya.

Antara kemuncak pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu, kata beliau lagi, ialah apabila kerajaan Najib kini mengambil firma Yahudi Zionis, Apco Worldwide, sebagai penasihat dan pemberi petunjuk kepadanya.


[Sesungguhnya spesis kepimpinan UMNO di bawah pimpinan yang ada ini memang dari baka kejahatan. Selamanya membuat kejahatan masih tidak puas melakukan kejahatan. Menipu, memutarbelit, bermanis mulut, bermuka-muka, memperdaya, memperbodohkan orang terutama orang-orang melayu yang kurang maklumat itulah ciri-ciri peribadi pimpinan UMNO ini. Tetapi malang masih ada dari kalangan Melayu yang memandang leceh perangai jahat UMNO dan ada yang tidak menyedari hal ini malah menyokong pula kejahatan dan ketidak-adilan kepimpinan UMNO yang bermuka-muka itu. Apakah orang Melayu yang membenarkan kepimpinan UMNO melakukan kejahatan dan ketidak-adilan itu bukan orang Islam atau yang tidak yakin akan adanya dosa dan neraka sebagai balasan kejahatan? Masya Allah, tak kan kewujudan balasan Tuhan kepada perkara kejahatan tidak diyakini? Bilalah Melayu nak maju dunia dan akhirat jika kepimpinan yang konon menjaga ketuanan Melayu Islam begini berterusan. ]

Tuesday, December 28, 2010

Renungan buat chegu Bard dan Gobala dari aku di ceruk ini.

Chegu Bard dan Gobala. Dua orang pendekar Pakatan Rakyat yang sangat bernilai untuk perjuangan rakyat.

Betul mereka kata mereka menegakkan prinsip dan menuntut apa yang mereka panggil keadilan tetapi nampaknya dalam tuntutan mereka itu lebih banyak masalah berbangkit daripada menyelesaikan masalah. Mereka telah mendedah diri mereka untuk dijadikan 'tuba' oleh musuh bagi meracun Parti Keadilan Rakyat mereka sendiri, yang mana sedikit sebanyak akan mengganggu fokus yang lebih besar Pakatan Rakyat.

Jika mereka terlalu berprinsip dan menganggap PKR boleh menggoyah prinsip kudus mereka, apakah mereka akan keluar dari PKR jika desakan mereka itu jawapannya tidak memuaskan hati mereka nanti?

Jika mereka keluar PKR, ke manakah hala tuju mereka ? Masuk UMNO ? Heh!

Tubuh parti baru macam Zaid ? Lebih baik tak usah buat kerja mengarut begitu, buang masa! Di Malaysia tak ada orang pandang parti kecil begitu.

Masuk parti Zaid? Ini mungkin lebih munasabah. Sekurang-kurang boleh membantu Zaid. Tetapi seperti yang dikatakan tadi, setakat mana parti kecil begini boleh pergi untuk mereka yang berjiwa besar seperti chegu Bard dan Gobala? Parti kecil seperti parti Zaid jika tidak bersama dengan Barisan Nasional hanya akan mengulang sejarah PSRM atau PRM dulu sahaja. Jika pun bersama BN mungkin akan hanya menjadi setaraf PPP! Ada layanlah, tak ada lagi bagus!

Jadi lebih eloklah chegu Bard yang begitu dedikasi dan berbakat besar dan Gobala, berjiwa besar. Sama ada terus berjuang isu-isu besar untuk rakyat dan chegu Bard menerima perlantikan sebagai Penolong SUA PKR yang banyak boleh dilakukannya untuk PKR dalam pemilihan akan datang atau tanpa banyak celoteh dan senyap-senyap ambil keputusan keluar parti memohon masuk DAP atau PAS! Itu lebih baik kalau masih tidak puas hati dengan PKR. Lantaklah PKR itu ! Setiausaha Agung PKR sendiri pun senyap-senyap tinggalkan PAS untuk PKR!!

Chegu Bard adalah seorang pemimpin muda yang baik dan berguna untuk Pakatan Rakyat. Begitu juga Gobala. Rugi jika PR kehilangan tenaga dan semangat perjuangan mereka. Jika tidak berpuashati dengan PKR bersegeralah memohon untuk bersama DAP atau PAS. Rasanya tidak ada masalah.

Tapi chegu Bard dan Gobala perlu juga menerima hakikat bahawa DAP dan PAS malah mana-mana parti politikpun ada ragam dan kaedah penyelesaian masalahnya sendiri agar apabila menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak. Mungkin inilah agaknya yang cuba dilakukan oleh PKR, sebab itulah SUA PKR kata sabar jangan buat bukan-bukan!

Namun keputusan terakhir sama ada ke kiri atau ke kanan tetap pada chegu Bard dan Gobala. Tapi janganlah menjadi duri dalam daging walaupun apa alasan dan prinsip anda. Sesungguhnya Pakatan Rakyat yang anda berdua antara orang kuatnya mempunyai visi dan misi politik untuk membela generasi muda dan rakyat keseluruhannya dalam PRU ke 13 nanti.

Kus Semangat...Kushrin dilantik jadi SUK Selangor?

Kerja pelik tapi tidak mustahil di negara 'bolehland' ini, telah nampaknya macam hendak berlaku di negeri Selangor. Kushrin dengar ceritanya dilantik menjadi SUK Selangor?

Bukan masalah perlantikan yang bernama Kushrin sebagai SUK itu yang pelik. Tapi Kushrin yang itu tu, yang dilantik, itulah yang pelik! Tanpa memaklumkan kepada MB Selangor pulak tu. Kus semangat.....!

Macam-macam dan memang macam-macam. Walaupun sudah hampir sangat dengan pilihanraya, namun semacam ada usaha terus-terusan mahu merobohkan kerajaan PR Selangor diteruskan sebagaimana berlaku kepada kerajaan PR di Perak.

Logiknya nak lantik SUK mintalah dulu pandangan MB negeri tersebut yang mentadbir negeri tapi oleh kerana MB negeri tersebut MB PR maka tak payahlah tanya MB. Boleh begitu pulak ?

Inilah undang-undang cara mak bapak dia ia itu wujudkan pertembungan demi pertembungan dalam organisasi pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat. Biarlah kusrin yang kusam itu kucar-lanakan pentadbiran negeri itu dan kerja 'khianat' kepada matlamat kerajaan PR membela rakyat marhaen dapat disemarakkan di negeri itu demi nafsu dan kuasa gerombolan.

Kalau begitu seluruh rakyat di seluruh negara wajib 'ubah sekarang' kepada Pakatan Rakyat demi tertegaknya ihsan, kesaksamaan, keadilan, integriti, maruah dan amanah dalam pentadbiran negara.

Monday, December 27, 2010

Peneroka wajib bertanya layahkah Tan Sri Isa menjadi Pengerusi FELDA ?

Tan Sri Isa Samad Adun Bagan Pinang yang juga bekas MB Negeri Sembilan telah dilantik menjadi Pengerusi FELDA mengganti Tan Sri Yusof Nor. Aku tertanya-tanya kenapa Isa Samad yang dilantik? Tidak ada orang lainkah yang lebih layak dari Isa Samad untuk menjadi Pengerusi FELDA?

Bagi aku Isa Samad lebih dari 100% tidak layak untuk menduduki kerusi Pengerusi FELDA. Beliau telah hilang integriti untuk memegang jawatan sepenting itu disaat-saat FELDA sedang menghadapi masalah dengan peneroka.

Seluruh peneroka FELDA yang ada maruah, harga diri dan nilai-nilai integriti yang tinggi harus bertanya selantangnya, apakah layak orang yang pernah dihukum bersalah walaupun hanya oleh partinya sendiri atas kes rasuah politik, boleh menjadi begitu amanah untuk memegang jawatan sebagai Pengerusi FELDA?

Walaupun Isa Samad hanya dihukum partinya kerana rasuah politik wang , perkara yang dilakukan itu tetap rasuah. Rasuah tetap rasuah!

Dalam senario begini, apakah melampau jika seluruh rakyat dan peneroka bertanya, apakah kucing yang memang suka makan ikan boleh diharap untuk menjaga ikan-ikan dengan selamat. Tentu tidak salah dan tentu tidak melampau!

Oleh yang demikian, Tan Sri Isa Samad memang tidak layak dari segi akauntabiliti dan integriti untuk menjadi Pengerusi FELDA melainkan perlantikannya itu adalah untuk kepentingan kuasa UMNO/BN semata-mata. Sudah dapat dijangka perlantikan Isa Samad adalah lanjutan kepada program untuk mellebong terus-terusan para peneroka FELDA. Isa Samad seorang yang petah bercakap dan berpidato untuk masyarakat luar bandar, akan menggunakan segala kemahiran itu untuk mellebong peneroka hidup-hidup! Tak percaya, tengok !!

Dalam keadaan sekarang FELDA memerlukan seorang Pengerusi yang pandai mellebong tidak seperti Yusuf Nor yang hanya pandai bergaya namun kelu dan kaku !! Isunya layakkah Isa Samad ?

Ahh...UMNO bukan kira itu semua.....!!!

Sunday, December 26, 2010

APA ?? ADA MENTERI MEROGOL ?

LAAA.....heboh pulak dah ada menteri merogol. Merogol amah? Amah Indon, Bangla? Yang pasti ini bukan amoi sebab amah! Biar betol !!

Menteri mana agaknya ? Chu ? Heh...mana ada Chu....Tak ada Chuu. Dah, sapa?

Dulu aku ada dengar tapi bukan rogol cuma jamah......hehe.... Itu bukan menterilah yang jamah tu.....yang tak dapat jadi menteri semula! Ini rogol ni, jangan main-main !!

Macam-macam hal dalam kabinet UMNO/BN ni . Puas menuduh orang, akhirnya tertuduh diri sendiri!

Kalau tak betol...okaylah. Tapi kalau betol, tak ada ke Ketua Polis Negara nak angkat tilam lagi? Apakah akan timbul kembali hakim gula hacks yang tak relevan itu? Atau khabar ini akan ditiup angin lalu oleh media-media balaci !

"Aaah...khabar angin itu adalah perkara kecil yang tak perlu difikirkan oleh rakyat, kita ada kerja yang lebih penting !".

Macam biasa dengar je ayat tu !!

Walau apapun aku ingin tegaskan bahawa, kalau kesnya hanya melarang penggunaan logo 1Malaysia di Selangor dikatakan melanggar peruntukan perlembagaan Malaysia (itupun entah ya entah tidak melanggar undang-undang), ini merogol , rogol amah pulak tu, lebih dahsyat tarafnya dalam melanggar undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Amacam ?

Cukuplah kepada yang bengong dan sasau itu...cukup!

UMNO/BN yang memerintah sekarang memang bengong dan mungkin jugak sasau! Kalau boleh diibarat guru, UMNO/BN ini bagaikan "buat apa yang cikgu suruh tapi jangan buat apa yang cikgu buat" atau bagai "ketam mengajar anaknya berjalan betul" tapi dia sendiri berjalan herot!

Kalau UMNO/BN ajar banyak "ilmu" kepada 'anak muridnya,' rupa-rupanya ilmu yang dia ajar itu, anak muridnya tak boleh amal, dia sahaja yang boleh. Kalau 'anak murid' amal maka terjadilah 'anak murid' itu "tidak patriotik", "melanggar peruntukan perlembagaan, "menderhaka", "menghina" dan bagai-bagai istilah lagi yang UMNO/BN cipta.

Dalam kes kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tak iktiraf logo 1Malaysia di Selangor, (arahan tak iktiraf logo 1Malaysia di Selangor telah ditangguh sementara) riuh satu dunia sampailah ke APCO. Macam-macam kecaman kepada kerajaan PR Selangor, paling hebat dan grand, apabila ada seorang anak Yatim kata melanggar peruntukan perembagaan negara! Fuh!!!

Amboi....amboi...bilalah kerajaan UMNO/BN agaknya, tak langgar peruntukan perlembagaan? Di Pejabat Ghani Pak Tail - langgar, terutama dalam kes liwat 2! Di persidangan Parlimen - langgar! Royalti minyak Trengganu dan Kelantan, langgar, dijadikan wang ihsan! Biasiswa jadi PTPTN, langgar jugak. Kalau nak di senarai bersepah-hawah. Bilanya UMNO/BN tak langgar?

Itulah cara Tok Guru UMNO/BN ini ajar. Dia boleh buat, anak murid tak boleh ! Ini kaedah ajaran sesat! Tok guru boleh, kamu tak boleh!!!

Di Kedah apabila Kerajaan Pakatan Rakyat menang, adakah munasabah Kerajaan pusat UMNO/BN tak benarkan gambar Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan, digantung di sekolah-sekolah KPM? Sepatutnya tak kiralah dari parti mana pun gambar Menteri Besar, ketua pentadbiran negeri mestilah boleh dikenali oleh para pelajar. Tapi bagi UMNO tidak, orang boleh kenal pemimpin UMNO sahaja, pemimpin lain kalau memerintah tak boleh. Habis Malaysia ini hak mak bapak hang seorang kah? Ha...kasaq dah tu!! Tapi kerajaan PR Kedah begitu gentleman senyap sahaja, tidak pula menjadi sasau sebagaimana UMNO di Selangor.

UMNO ni memang mudah sasau apabila terkena kepada dia. Sebab itu yang asyik dok ikut UMNO, dah..dah lah, nanti hangpa sama jadi sasau macam UMNO.

Masa UMNO/BN perintah Selangor, Trengganu dan Pulau Pinang, dia bukan main lagi guna bangunan kerajaan seperti balairaya sebagai tempat mesyuarat UMNO. Orang bising atau orang tak bising UMNO steady saja guna. Itulah UMNO. Apabila mereka kalah di Selangor, Pulau Pinang dan Trengganu (dulu sekejap), kerajaan Pakatan Rakyat tidak benar gunakan balairaya sebagai markas dan tempat mesyuarat UMNO, waduh UMNO melaung konon kerajaan PR menghalang kebebasan rakyat dari menggunakan kemudahan yang disediakan untuk rakyat..maka kerajaan PR zalim! Amboi...kena kat hang...zalim!!!!

Dulu ada lagi satu kes...tersalah sahaja, tak sengajapun, orang tak perasanpun kecuali UMNO yang sasau, lambang Petronas berwarna putih disebelah dalam, hijau disebelah luar, UMNO sasau macam orang gila! Sanggup membazirkan wang rakyat untuk hanya menukar warna putih letak sebelah luar, warna hijau sebelah dalam. Apa punya kelapa hotak tak tahulah UMNO ni!! Pun begitu sampai sekarang akibat dari itu, rakyat nampak lambang Petronas itu macam lambang PAS juga. Jangan, nanti UMNO akan sasau lagi!

Oleh itu kepada seluruh rakyat Malaysia terutama orang Melayu di luar bandar dan Felda cukuplah kita memberi sokongan kepada UMNO/BN dalam PRU ke13 nanti yang akan 'bermula' dengan DUN Tenang, kita sudah banyak diperalatkan dalam manis mereka. Kita sudah banyak diperbodohkan dalam sopannya kita kepada mereka. Kita bakal menjadi sasau selagi kita terus berguru dengan UMNO/BN yang semakin sasau dan bengong itu! Cukuplah untuk UMNO/BN...Cukup!

Saturday, December 25, 2010

Program insentif 'mellebong' peneroka diteruskan ?

Program 'mellebong' dan 'meng-ayamdaging-kan' peneroka felda diteruskan konon bagi menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara selain insentif kerana menghantar hasil melalui Felda. Waduh...waduh !!

Baru sehari dua ini lah nak hargai, kalau tidak peneroka kena tipu memanjang! Kes-kes mahkamah terhadap felda membuktikannya. Dan banyak lagi kes-kes saman kepada felda yang akan membuktikannya.

Pakatan Rakyat nak hargai jasa guru-guru jika memerintah, riuh senegara hingga ulasan-ulasan bodohpun timbul! Bangkraplah...takut penjawat awam lain marahlah..macam-macam. Yang jelas rakyat marah kerana membazir dan boleh membangkrapkan iaitu pembinaan Menara Warisan dan subsidi kepada IPP kepunyaan tokeh-tokeh kaya, dan perlindungan kepada Razali Ismail di SYABAS, tidak pula mahu dibatalkan

Bonus insentif RM100.9 juta pasti diberikan untuk mententeramkan 'kekecuhan' para peneroka yang kian nampak penipuan, penindasan dan manipulasi felda terhadap mereka. Dengan program ini diharap kesilapan menipu gred sawit atau apa-apa yang peneroka terasa hati agak dapat dilupakan oleh peneroka menjelang PRK di Tenang. Sekurang-kurangnya bonus insentif RM100.9 juta dapat diterima oleh peneroka sebagai alat pemujuk untuk ganti rugi dari keterlanjuran felda yang lampau. Maka akan sejuklah hati peneroka, hasratnya mungkin itu dan begitulah !!!

Soalnya dengan insentif itu, mampukah peneroka felda dillebong dalam saat-saat semakin ramai peneroka tahu, faham dan sedar bahawa mereka sering ditindas felda?

Peneroka dapat RM100.9 juta berbahagi sesama sendiri seramai 94,281 orang, tapi ada orang yang 'bertuah' mungkin dapat untuk seorang diri atau paling-paling untuk sekeluarga atau berbahagi dengan beberapa orang kawan, RM111 juta atau RM500 juta. Agaknyalah !

Semoga peneroka felda tidak tertipu dengan insentif itu tapi apa yang diberi itu..SAPU!!!

Friday, December 24, 2010

Nazri Aziz 'meyakinkan' rakyat tuduhan Anwar Ibrahim terhadap APCO adalah betul !

Apabila Nazri Aziz berkata, surat APCO menafikan keterlibatannya dengan 1 Israel sudah cukup membuktikan Anwar penipu, maka itulah antara perkara yang paling malang mengenai sikap para pemimpin Malaysia terutama dari puak-puak yang konon menjaga 'Ketuanan Melayu" ini. Saksi dari kuncu regim haram Zionis Israel lebih SAH dari saksi dalam kalangan rakyat sendiri yang berada di bawah apa yang didakwa kerajaan 'Ketuanan Melayu' .

Nazri Aziz terus merosakkan reputasi kerajaan pimpinan UMNO/BN dan merosakkan reputasi dirinya sendiri sebagai seorang Menteri yang menjaga undang-undang dan parlimen yang beragama Islam. Baru-baru ini dengan celuparnya, mulut busuk beliau 'memaki' ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat bodoh dan gila apabila berhasrat membawa Speaker pendek ke mahkamah. Kini demi menyelamatkan 'nyawa politik' bos maka tidak menjadi masalah bagi beliau menerima saksi sebagai sah dari musuh Islam dengan hanya sekeping surat dari APCO yahudi itu.

Itulah gambaran sebenar wajah UMNO dan kepimpinannya. UMNO akan melakukan apa sahaja dan menerima siapa sahaja yang boleh membantunya menyelamatkan sisa 'nyawanya' di arena politik tanah air. Betullah kalau UMNO dikatakan semakin nazak!

Begitu mudah bagi pemimpin UMNO/BN dalam kes APCO berbanding dalam kes liwat Anwar Ibrahim. Dengan sekeping surat penafian orang yang dituduh (APCO), maka UMNO tanpa membuang masa menghukum orang yang mendakwa (Anwar) APCO itu agen 1 Israel sebagai penipu maka justru itu orang yang mendakwa itu BERSALAH! Begitu mudah keputusan penghakiman bagi para VVIP UMNO/BN, semudah mereka serahkan Pulau Batu Putih dan Tanjung Pagar kepada Singapura dan dua Pelantar minyak kepada negara lain!!

Betullah kalau dikatakan Malaysia di bawah kepimpinan UMNO/BN bermula dari zaman Mahathir lagi mempunyai dua tafsiran undang-undang yang berbeza. Satu tafsiran untuk apa yang UMNO/BN suka, dan satu lagi tafsiran ialah untuk apa yang UMNO/BN tak suka !!

Isunya benarkah prinsip Rukun Negara iaitu kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan membolehkan perlembagaan Malaysia ditafsirkan mengikut selera dan nafsu serakah UMNO/BN begitu ?

Apakah UMNO/BN sedar atau masih lagi bermimpi di siang hari bahawa program memandirkan rakyat tidak lagi bekesan untuk kesemua rakyat kecuali kepada segelintir golongan rakyat 'katak di bawah tempurung' dan 'pemuja' yang bertaraf 'ayam daging'!

Jelas di kalangan rakyat yang suka berfikir, Nazri Aziz tidak menyelesaikan masalah APCO perancang 1Malaysia adalah juga perancang 1Israel, sebaliknya menyemarakkan lagi untuk mengesahkan tuduhan Anwar Ibrahim itu sebagai benar.

Wednesday, December 22, 2010

Alah....Rosmah berbelanja bukan banyak...juta je ...juta je !!

Alahhh...asyik salahkan Rosmah Mansurrrr je ! Membazirlah ! Boroslah ! Bermewah-mewahlah ! Serba tak kena !

Rosmah bukan belanja banyak mana pun!

1. Sidang Wanita Pertama HANYA RM 4.5 juta bukan RM 4.7 juta !
2. Ubahsuai Seri Perdana Putrajaya BARU RM65 juta bukan RM66 juta !
3. Peruntukan untuk Permata, RM111 juta JE lah. Kalau RM112 juta sungguhlah banyak!
4. Perjalanan PM Najib ke luar negara bawa Rosmah BARU RM9juta....
5. Belanja buat Festival Fesyen Islam bukan mahal sebab itu pilih Monte Carlo...kat situ paling murah ! JUTA saje !!

Apalah..... Rosmah berbelanja secermat macam tu pun bising. Kesian kat Rosmah, dahlah teruk memerah idea untuk Najib, kena marah pulak ! Kalau campur-campur semua tu bukannya banyak lah bodoh wahai pengundi-pengundi totok UMNO ! Sikit je...juta je ! Juta je tau tak !!!!!

Tu yang pengundi-pengundi UMNO totok, makan beras AAA Sukahati..., tu mahal tu! Membazirkan duit...jimat sedikitlah. Kenapa beli beras mahal? Beli beras hancur...buat bubur, berjimat! Nak berjimat pun bodoh ! Ikut contoh Rosmah Najib, kan pandai berjimat ! Dia berbelanja ke sana ke mari, beli itu ini, bukan duit oranglah, duit mak bapak dia! Harta Pesaka tok nyang dia! Itu pun dia berjimat !

Tu pengundi-pengundi UMNO, demam sikit nak ubat mahal, beli Panadol je! Bersepah Panadol kat kedai runcit. Telan je Panadol banyak-banyak. Demam sikit-sikit jangan mengada-ada. Orang kampung kena lasak...survival...survival lah !!!

Tu pengundi UMNO jangan merungut tak mampu beli ikan mahal. Beli je ikan selar kuning atau ikan tamban...boleh makan jugak apa? Jangan membazir. Ayam, beli ayam pencen je. Berjimat !

Minyak mahal, barang keperluan dapur mahal, belanja sekolah anak memeningkan, jangan merungut. UMNO dah tolong banyak pengundi-pengundi totok UMNO. Bagi kain pasang rm10 sepasang. Kain pelekat setiap tahun sehelai. Peruntukan buat bubur asyura pun dah diberi. Nak pergi haji pun bagi duit rm100. Anak nak masuk U pun dah dapat RM200 sekali seumur hidup! Duduk atas tanah tol sudah 25 tahun tak berterima kasih lagi pada UMNO? Buat sekolah batu, jalan tar, balai raya batu, padang bola, masih nak salahkan Rosmah lagi? Rosmah berbelanja bukan banyak..juta je bodoh ! Dasar pengundi-pengundi UMNO tak tahu bersyukur !! Lapar sikit bersabar....makan ala kadar je tau! Rosman Najib makan kat hotel tu, bukan dia keluar duit dia, dia berjimat! Itu orang belanja ! Orang belanja pun salah jugak ?

So pengundi-pengundi totok UMNO kena bersyukur, walaupun papa kedana, berselepat hutang tak apa, alahhh kena tolong Rosmah ! Dia perlu wang yang banyak kerana dia banyak projek. Pengundi-pengundi totok UMNO susah sikit tak apa, sebab kamu rakyat, kamu mana ada idea canggih macam Rosmah ! Kamu bodoh ! Ikut Rosmah maju ! Ikut kamu...heh ?

So aku menyeru kamu pengundi-pengundi UMNO, pangkah lagi UMNO, pangkah betul-betul, agar Rosmah Mansur boleh berbelanja ratusan juta je....juta je, selepas PRU ke 13 nanti. Itupun duit mak bapak dia, bukan duit mak bapak kamu!!! Mak bapak kamu bukannya ada duit !

So kepada pengundi-pengundi totok UMNO, kalau UMNO kalah tak ada pembangunan, kalau UMNO kalah tak ada pelabur, kalau UMNO kalah sekolah semua akan runtuh dengan sendirinya, kalau UMNO kalah jalanraya akan berlubang dan pecah-pecah, kalau UMNO kalau jambatan akan putus, kalau UMNO kalah kena makan ubi kayu, kalau UMNO kalah Jepun akan masuk semula (bodohnya lah!!), kalau UMNO kalah tiada lagi Rosmah Mansur, so pangkah lah UMNO...pangkah...pangkah !!

Tak ada hal punye selepas PRU ke 13 nanti kalau UMNO menang, Rosmah boleh berbelanja juta lagi...juta lagi...juta lagi !!! Kerana rakyat kena jaga Rosmah maka Rosmah boleh terus berbelanja demi Rakyat untuk Rosmah !!!

A'ah semenjak 53 tahun Anwar Ibrahim jadi Perdana Menterilah banyak kedaulatan negara tergadai !

Kalau tahun-tahun 60an dan 70an dahulu zaman kerajaan UMNO/Perikatan, anasir komunis adalah musuh utama kerajaan UMNO/Perikatan tetapi sekarang Anwar Ibrahim secara peribadi duduk di rangking pertama sebagai musuh utama UMNO/BN pula.

Ketua Pemuda UMNO yang hingga kini masih tidak layak menjadi menteri itu telah tampil sekali lagi sebagai broker kerajaan 'Ketuanan Melayu' UMNO/BN dengan mengatakan bahawa kedaulatan negara akan tergadai sekiranya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menjadi Perdana Menteri kerana kes liwat beliau yang sedang dibicarakan di mahkamah akan digunakan oleh pihak luar yang mempunyai agenda tertentu.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) yang juga Ketuat Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, hubungan negara dengan negara luar juga akan terjejas sekiranya Ketua Pembangkang berkenaan menerajui negara ini.

"Sekiranya hal-hal peribadi telah diketahui umum, ia merupakan sesuatu yang berbahaya dan hanya memberikan kesempatan kepada pihak luar untuk memperbodoh-bodohkan kita.

"Seterusnya maruah dan imej negara ini menjadi pertaruhan yang akhirnya rakyat sendiri akan rugi kerana mengikut telunjuk dan arahan pihak tertentu," katanya....

A'ah dalam bodoh-bodoh dan bangang-bangang, KJ betul juga...... sejak 53 tahun Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia lah maka Malaysia hilang kedaulatan:

1. ke atas Singapura kepada Lee Kuan Yew.
2. ke atas Pulau Batu Putih
3. Ke atas Tanjung Pagar (Tanah pusaka KTM )
4. Bukit takungan air Singapura di Johor.
5. Air sendiri jual murah kepada Singapura dan beli semula air sendiri itu dengan harga yang mahal dari Singapura...bodohnyaaa... ini semua kerana selama 53 tahun ini Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysialah ini.
6. Dan baru-baru melalui pendedahan WikiLeaks, Lee Kuan Yew katanya kata kepada Anwar Ibrahim seorang Perdana Menteri 'opportunist" dan sedang terancam dengan satu kes pembunuhan !! Hai...Anwar....Anwar...teruknya engkau jadi Perdana Menteri Malaysia selama ini !!!!!!!

Tuesday, December 21, 2010

10 perkara asas 100 hari Pakatan Rakyat

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 21 Dis: Rakyat negara ini tidak perlu teragak-agak untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang kerana jika peluang itu diberikan, semua pihak boleh melihat sendiri perubahan yang akan dilakukan hanya dalam masa 100 hari pemerintahannya dengan perubahan awalnya tertumpu kepada 10 perkara asas bagi kepentingan semua pihak.

Sebaik sahaja Pakatan Rakyat diberikan peluang memerintah negara, perkara pertama yang akan dilakukan dengan mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan, bagi membersihkan negara dari amalan rasuah yang akan merosakkan masyarakat dalam pelbagai aspek.

Setelah itu, ia akan disusuli dengan langkah kedua iaitu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ternyata merupakan akta zalim dan tidak menepati kehendak Islam, manakala langkah ketiganya pula menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan, selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menyusun langkah keempat yang melibatkan dasar media dengan memperkenalkan akta kebebasan maklumat iaitu dengan melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah atau media yang kini ternyata amat ketat.

Menurut beliau, sekiaranya rakyat negara ini memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negara, setiap pihak turut berpeluang melihat kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negara dengan lebih baik berbanding Kerajaan BN dalam pelbagai perkara lain termasuk yang melibatkan kebajikan kepada warga emas.

"Kita tidak akan cakap kosong. Sesiapa pun boleh melihatnya. Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara, langkah kelima yang akan kita lakukan dengan memberikan keutamaan kepada kebajikan kepada warga emas, iaitu dengan menaikkan kadar bantuan kepada golongan warga emas kepada kadar yang boleh melegakan kehidupan mereka berbanding kadar sekarang yang tidak seberapa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selain itu, katanya, langkah keenam yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan memperkenalkan dasar kemudahan kebajikan WiFi kepada seluruh rakyat negara ini secara percuma, bagi membolehkan orang ramai mengakses internet dengan lebih mudah.

"Langkah ketujuh pula yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang boleh dilihat oleh orang ramai dalam tempoh 100 hari pemerintahannya berupa janji kita kepada orang ramai untuk mempertingkatkan pendapatan seisi rumah sebanyak RM4,000 sebulan.

"Manakala langkah kelapan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pula ialah dengan memperkukuhkan institusi agama selaras dengan artikel 3 Perlembagaan Persekutuan," jelasnya.

Tidak sudah dengan itu, Karajaan Pakatan Rakyat turut berjanji akan melaksanakan langkahnya yang kesembilan dengan memperbanyakkan dialog-dialog agama bagi mewujudkan persefahaman dan mengelakkan ketegangan agama di antara pelbagai penganut agama di negara ini.

"Langkah kesepuluh yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan menjadikan polis, SPRM dan SPR sebagai badan yang betul-betul bebas dan tidak berpihak kepada sebarang pihak," tegasnya.

Menurut beliau, kesemua perkara yang digariskan itu bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberi peluang memerintah negara kerana ia sememangnya berada di bawah kerajaan pusat.

"Lebih jauh dari itu, sebahagian daripadanya sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, sejajar dengan bidang kuasa kerajaan negeri.

"Antaranya termasuklah kebajikan kepada warga emas yang sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat termasuk Pulau Pinang, Kedah, Selangor, manakala Kelantan pula yang berada di bawah pemerintahan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama melaksanakannya.

"Begitu juga dengan langkah-langkah membasmikan kemiskinan. Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang berada di bawah Lim Guan Eng kini sudah pun berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dengan program-program yang diadakan selaraskan dengan manifestonya.

"Hal yang sama turut giat dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan sejak dulu. Begitu juga dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Kedah yang sedang berusaha keras ke arah itu yang juga boleh dilihat hasilnya oleh orang ramai dari semasa ke semasa, menerusi program-program yang diadakan secara berterusan," katanya.

Menjelaskan perkara itu, beliau mengambil contoh dasar telus, kompitensi dan bertanggungjawab yang dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam usaha menjimatkan perbelanjaan awam sehingga tertubuhnya C.A.T. (Competency, Accountability, Transparency) di Pulau Pinang, Selcat di Selangor, dasar penjimatan oleh Kerajaan Kelantan yang berada di bawah pemerintahan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga berkemampuan membayar hutang kepada Kerajaan Persekutuan.

Selain itu, beliau turut memberikan contoh bagaimana bijaknya Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang berada di bawah pemerintahan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam perkara itu dengan mengemukakan bajet yang cukup membanggakan orang ramai bagi tahun ini.

"Hasilnya, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah menerusi dasar berjimatnya, berhemahnya berjaya menyelamatkan pendapatan balak bagi kepentingan rakyat negeri itu sendiri," jelasnya.

Selain itu, beliau turut memberikan contoh tentang kemampuan dan usaha-usaha yang telah dilakukan kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam mengukuhkan institusi agama, dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memperuntukkan RM36 juta dalam bajetnya tahun ini.

Manakala Kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan, Kedah dan Selangor, juga turut memberikan peruntukan yang besar dalam hal itu dan ia pasti akan terus diperkemaskan dari semasa ke semasa.

Mengenai dialog-dialog agama, walaupun kini belum berjaya memerintah negara, tetapi kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, selaras dengan bidang kuasanya, telah pun mengadakannya dari semasa ke semasa termasuk di Kelantan dan ia ternyata berjaya mengelakkan berlakunya ketegangan agama dan memberikan persefahaman yang baik di kalangan penganut-penganut pelbagai agama di negara ini.

"Tentang dasar media, menghapuskan ISA dan perkara-perkara lain yang berada di bawah kerajaan pusat, kerajaan negeri tak bolehlah buat. Jadi kalau Pakatan Rakyat yang diberikan peluang oleh rakyat negara ini untuk memerintah negara, bolehlah kita buat dan orang ramai bolehlah melihat perubahan yang akan kita lakukan itu," tegasnya.

Sumber: Harakahdaily

Pandangan aku:

( Seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat mahu tidak mahu harus membuat roadshow ke seluruh kawasan Parlimen terpilih di luar bandar dan Felda untuk membentangkan 10 perkara asas ini kepada rakyat yang sedang terkepung oleh media talibarut UMNO/BN yang menyesatkan minda rasional mereka khususnya kepada kaum ibu dan ibu tunggal. Mereka ini sering ditipu dengan kain pasang yang murah-murah, makan-makan di majlis-majlis yasin dan marhaban dan lawatan 'menghirup' angin ke Langkawi - sambil membeli pinggan mangkuk dengan menggunakan duit sendiri - sampai ke rumah garu kepala !

Hari ini Najib telah 'tembak' 10 perkara asas 100 hari PR ini dengan melaungkan kepada rakyat bahawa 'TIDAK BERPAKSI KEMAMPUAN SEBENAR'. Ada kemungkinan besar agak ramai pengundi di luar bandar dan di Felda terutama kamu ibu dan ibu tunggal yang masih percaya cakap-cakap Najib ini. Golongan ini kebanyakannya tidak membaca media baru / blog dan media PR tetapi saban hari asyik mengadap Utusan dan Berita serta mengadap TV 3 suku dan yang lain-lain )

Alahai....ada orang PAS yang syok sendiri mengatakan Karpal Singh terima konsep Negara Islam !!

Matlamat utama Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) ialah mengalahkan UMNO/BN dalam PRU ke 13 nanti dan seterusnya mengambil alih pusat pentadbiran negara, Putrajaya untuk keadilan dan kesejahteraan rakyat.

Oleh yang demikian Pakatan Rakyat harus fokus kepada matlamat tersebut. Justru itu sebelum menghadapi PRU 13, Pakatan Rakyat wajar sekali mengurangkan atau menghapuskan sama sekali isu-isu yang mengakibatkan mereka terpaksa berbalah sesama sendiri.

Sehubungan dengan itu aku yang berada di ceruk ini dan dicelah-celah kehidupan yang hingar-bingar ini berharap para pemimpin Pakatan Rakyat, ahli-ahli parti Pakatan Rakyat dan media-media utama parti-parti Pakatan Rakyat berhati-hati dan cermat dalam mengulas pandangan dan komen-komen para pemimpin parti-parti Pakatan Rakyat.

Dalam isu negara Islam. Aku ada terbaca tulisan-tulisan yang melaporkan pendapat-pendapat bahawa Karpal Singh telah menerima konsep negara Islam. Aku tidak mendengar ucapan Karpal Singh di Konvensyen Pakatan Rakyat hari itu, cuma aku ada terbaca apa yang dilaporkan dikatakan oleh Karpal Singh. Dari apa yang aku baca, rasanya cukup mudah untuk memahami apa yang dikatakan oleh Karpal.

Soalnya ada ulasan mengatakan Karpal telah menerima konsep negara Islam. Betulkah begitu ? Dan betulkan apa yang Karpal kata maksudnya begitu ?

Aku bimbang jika ada para pemimpin pusat PAS (setakat ini belum ada rasanya) yang membuat andaian konon Karpal telah menerima konsep negara Islam maka andaian seumpama itu pasti akan menimbul perbalahan yang cukup tegar di saat-saat PRU semakin hampir.

Mengapa aku kata begitu ? Dari apa yang dilaporkan, cukup mudah untuk memahami apa yang Karpal kata. Kalau tak silap pemahaman aku Karpal kata, dia "terima Agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan kaum-kaum lain bebas dengan agama masing-masing" dan Karpal juga ada berkata "isu negara Islam perlu diselesaikan segera dan dia mahu berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi untuk berbincang agar pihak UMNO/BN tidak menimbulkan salah faham yang mengelirukan lagi" dan dia berkata lagi " PAS juga perlu jaga muka kami (mungkin maksudnya air muka)". Dari apa yang Karpal kata, kalau betul itu yang dilaporkan, rasanya tidak sukar untuk difahami.

Pada pandangan aku, Karpal tidak kata dia telah terima konsep negara Islam, dia cuma kata dia terima Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Janganlah ada orang-orang PAS membuat andaian yang berlebihan jika tidak mahu berbalah sesama sendiri disaat-saat PRU ke 13 semakin hampir ini. Sikap mengundang perbalahan ini adalah sikap tidak bijak.

Jangan anggap Karpal Singh orang yang tidak membaca media baru dan media PAS. Nanti Karpal Singh mungkin akan berkata dalam hatinya " tak reti bahasa sungguh puak-puak ni, aku cakap lain, dia kata aku kata lain - basa bingung sungguhlah...ni yang aku geramm nni !".

Kita bukan takut Karpal Singh, tapi apa yang akan berlaku kepada visi dan misi PAS menyertai Pakatan Rakyat, jika Karpal Singh menjawab balik ? Tidakkah itu namanya mencari 'bala' ? Siapa yang akan bertepuk kaki dan tangan nanti ?

Tapi kalau ada orang-orang PAS kata, tak apa kalau Karpal jawab balik., bimbang apa kat Karpal tu..... Hah, silakanlah buat andaian yang Karpal Singh telah terima konsep negara Islam. Teruskan buat andaian dan hebuh-hebuhkan !!! Kita tengok siapa yang kena ....

Ingat kita Parti Islam, jangan 'twist' apa yang orang kata...tak baik.....imej kita tu !

Karpal mahu berbincang segera dengan 2 orang Tok Guru PAS merupakan isu baik yang perlu disegerakan oleh PAS sendiri bukan mengheboh-hebohkan bahawa Karpal kononnya telah terima konsep negara Islam.

Sunday, December 19, 2010

Tindakan pembangkang gugat kehadiran pelabur asing ....kah...kah...kah !!

Di dalam negara ini adalah menjadi kesalahan jika orang-orang Melayu menjadi cerdik, bijak, dan berprinsip. Maka itu usaha untuk mengekalkan orang-orang Melayu menjadi bodoh dan pandir harus terus diprogramkan ! Hanya dengan bodoh dan pandir sahaja orang-orang Melayu akan mengekalkan 'Ketuanan Melayu' ini ! Jika tidak mampuslah 'Ketuanan Melayu' kita. Maka miss soru lah kita !!

Semalam seorang lagi menteri dari 'Ketuanan Melayu' berusaha gigih membodohkan orang-orang Melayu terutama yang berada di kampung-kampung. Sama ada orang-orang Melayu menjadi bodoh dan pandir sungguh kerana menteri Melayu itu, tidak dapat dipastikan.

Semalam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata rakyat perlu menolak pemimpin pembangkang (mungkin maksudnya pemimpin Pakatan Rakyat) yang cuba merosakkan iklim pelaburan negara ekoran pelbagai tindakan mereka sejak kebelakangan ini yang boleh menggugat kehadiran pelabur asing ke dalam negara.

KOTA BAHRU 18 Dis. - Rakyat perlu menolak pemimpin pembangkang yang cuba merosakkan iklim pelaburan negara ekoran pelbagai tindakan mereka sejak kebelakangan ini yang boleh menggugat kehadiran pelabur asing ke dalam negara, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Katanya, tindakan mana-mana pemimpin yang sengaja memburukkan negara dengan cuba mencetus keadaan huru-hara di samping menabur pelbagai fitnah, adalah suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Seminar, Pameran dan Klinik Usahawan anjuran Gabungan Muda Berjaya di sini, hari ini beliau berkata, seluruh rakyat tidak mahu negara luar menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak selamat ekoran perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.

Beliau berkata, hasil pelbagai pembaharuan yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kini rakyat Malaysia sudah mula menunjukkan semangat untuk bekerjasama berganding bahu bagi memajukan negara.

"Perdana Menteri sudah bawa banyak transformasi bagi memajukan negara dan kita perlu bersama membantu beliau agar iklim pelaburan negara tidak terjejas, seterusnya negara dapat melahirkan rakyat berpendapatan tinggi di masa depan," katanya. - Bernama

sumber berita : utusan M

Betulkah Mustapa Muhamed ni ?

Beginilah usaha memandirkan rakyat dari seorang Menteri 'Ketuanan Melayu'. Gagal menarik pelabur asing dan menjaga ekonomi negara, maka kesalahan segalanya diletak kepada pembangkang:

1. Anwar Ibrahim berhempas-pulas membela dirinya di mahkamah hanya sekadar menuntut dibicarakan secara adil- kerana Anwar bersungguh-sungguh membela dirinya maka menggugat kehadiran pelabur asing ? Habis Anwar tak perlu mendapat keadilan untuk dirinya ? Ikutlah orang nak buat macam mana pun kepada dia ?

2. Anwar Ibrahim mendedahkan apa dan siapa APCO kepada kerajaan 'Ketuanan Melayu' di parlimen - pendedahan Anwar itu menggugat kehadiran pelabur asing atau menggugat kerajaan 'ketuanan'? Habis sebagai Ketua Pembangkang kalau Anwar tahu apa itu APCO yang dia rasa boleh merosakkan negara, Anwar perlu mendiamkan diri sahaja ? Apa kejadahnya menjadi Ketua Pembangkang kalau begitu? Ketua pembangkang untuk hanya bersetuju dengan kerajaan yang dia bangkang ?

3. Di parlimen, Anwar Ibrahim memohon prosedur biasa untuk membela diri sebelum digantung 6 bulan kerana kes APCOUMNO-yahudi - memohon membela dirinya dari digantung parlimen menggugat kehadiran pelabur asing? Habis, salah bagi Anwar membela dan menuntut pembelaan terhadap hukuman yang hendak dikenakan ke atasnya di Parlimen ? Tamadun apa 'Ketuanan Melayu ' ini ?

4. Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat protes Speaker 'pendek' Pandikar di atas kediktatorannya di parlimen, pun tidak boleh ? Biarlah apa pun speaker hendak lakukan ke atas ahli-ahli parlimen pembangkang - tindakan menuntut keadilan gugat pelabur asing? Sepatutnya keadilan bukan mengikut kepala hotak speaker berat sebelah, tetapi mengikut perlembagaan dan semangat perlembagaan itu sendiri !

5. Rakyat berhimpun secara aman menyokong memorandum air kepada Agong menentang SYABAS si pencekik darah - disembur air gatal, dimaki, dipukul dan dibelasah, - yang mana gugat kehadiran pelabur asing, rakyat yang berhimpun aman atau yang membelasah rakyat yang behimpun aman itu ? Siapa sebenarnya yang menggerunkan pelabur ni?

Kalau tindakan pembangkang itu menggugat kehadiran pelabur asing memang sepatutnya kerajaan 'Ketuanan Melayu taik kucing' UMNO/BN, merasa malu, kerana itu membuktikan kelemahan kepimpinan kerajaan UMNO/BN yang tidak mampu menarik pelabur asing dengan keupayaan dan kualiti diri sendiri. Apakah kerajaan UMNO mahu memberitahu dunia bahawa Anwar Ibrahim dan PR jangan menentang 'kerajaan UMNO/BN kami' kerana 'pengaruh kamu' terlalu hebat dalam kalangan pelabur asing?

Malu, selama ini hanya cakap berdegar-degar 'kepimpinan kami' terdiri dari ahli-ahli politik yang bijak, berwasasan dan cerdik! Kalau bijak, berwawasan dan cerdik kenapa pelabur asing tak mahu masuk? Kenapa FDI kalah kepada Filipina ?

Hakikat yang sebenarnya yang menggugat kemasukan pelabur asing ke Malaysia ialah sikap kamu sendiri (kerajaan UMNO/BN) :

1. Terdapat penghakiman mahkamah yang berbelit dan dilihat sangat tidak adil.

2. Telatah yang merobekkan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan Malaysia.

3. Rasuah ikan jerung dahsyat dalam kalangan para kroni pemerintah UMNO/BN dan pembaziran serta ketirisan dalam pengurusan kewangan negara keterlaluan.

4. Pengurusan pilihanraya oleh SPR yang jahat dan tidak adil.

5. Cara pengadilan kes Liwat 2 Anwar Ibrahim.

6. Cara penghakiman kes Althantuya Sharibu.

7. Cara pengadilan kes Teoh Beng Hock.

8. Telatah pendakwaan yang dibuat oleh Pejabat Peguam Negara.

9. Kes rampasan kuasa terhadap kerajaan PR Perak dan DUN Perak.

10.Dan yang terkini perangai berat sebelah Speaker Pandikar yang merosakkan kemuliaan institusi parlimen.

Para pelabur asing tidak buta, tidak bodoh dan tidak jumud. Semua ini dilihat oleh mereka dan mereka menilainya sebagai 'teruknya Malaysia". Nak melaburkah di Malaysia kalau macam itu ?

Saturday, December 18, 2010

Kisah 'Ketuanan Melayu' yang cuba MEMANDIRKAN orang Melayu dan ada segelintir orang Melayu yang menjadi PANDIR sungguh!

Sebahagian Pengkhianatan UMNO Terhadap Tanah Rizab Melayu.

UMNO menghilangkan 3 juta hektar tanah rizab Melayu pada 1957 kepada 1.7 juta hektar pada tahun 1995, bermakna 44 peratus tanah rizab tinggalan penjajah susut pada kadar 1.2 peratus setahun.

1. 22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

2. 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjong (kini YTL) di Padang Rengas, Kuala Kangsar, asalnya ialah tanah rizab Melayu.

3. 9,000 hektar tanah rizab Melayu di Selangor ditukar status kepada bukan rizab Melayu. Hanya 1/3 bersamaan 3,000 hektar sahaja diganti.

4. Pada 1990, seramai 80 penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang menetap di tanah rizab Melayu, dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

5. Pada 1990, sebanyak 930 hektar tanah rizab Melayu Kampung Mambau, Negeri Sembilan yang didiami 600 penduduk, dijadikan projek Seremban 2.

6. 26,000 hektar tanah rizab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Piai Johor diambil alih untuk membangunkan New Township dan diusahakan Kuok Brother Collaboration UEM.

7. 300 ekar tanah rizab Melayu di Pulau Redang, Trengganu diserah kepada Vincent Tan untuk projek pelancongan.

8. Pada 1993, 1,000 ekar tanah rizab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

9. Permohonan penduduk Kota Tinggi selama 20 tahun untuk mendapat tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor, ditolak tetapi diberikan kepada syarikat bukan bumiputera.

10. Sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi di kampung Chu Badak, Sentul Kuala Lumpur dijadikan pembangunan mega hingga menyebabkan 160 keluarga dihalau.

11. Tanah rizab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun dikorbankan untuk melaksanakan projek Penchala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.

12. Sebanyak 840 hektar tanah rizab Melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor Ekonomi Pantai Timur) dilaksanakan.

13. Tanah seluas 2,500 ekar ladang kelapa sawit di Jalong Tinggi Sungai Siput Perak dijual kepada rakyat Singapura.

(Dipetik dari Warkah Keadilan 8 Disember dari sumber: Penerangan PAS Pusat)

Tambahan aku:

14. Berekar-ekar tanah-tanah orang Melayu miskin di kampung-kampung tradisional dan pinggir bandar serta pekan, termasuk tanah pusaka dijual murah-murah kepada golongan kapitalis bukan bumiputra yang berwang untuk taukeh-taukeh tersebut menjayakan projek-projek pembangunan hartanah, pertanian dan projek sarang burung walid. Orang-orang Melayu di kampung-kampung sentiasa perlukan wang demi menyara kehidupan yang tidak berharta dan papa kedana walaupun dikatakan sudah merdeka 53 tahun di bawah apa yang dipanggil 'Ketuanan Melayu". Wang jual tanah pusaka itu digunakan untuk membiayai pembelajaran anak-anak di sekolah-sekolah dan di IPT dan ada juga yang mengguna wang itu untuk kahwinkan anak dan membayar hutang pinjaman kerana kehidupan mereka memang 'diprogramkan' gerombolan agar berselirat dengan hutang. Lebih 'membanggakan' ada di kalangan broker tanah yang menjual tanah-tanah orang melayu kepada bukan Melayu adalah dari kalangan orang kuat parti 'Ketuanan Melayu" itu sendiri.

Demikianlah kisah 'Ketuanan Melayu' taik kucing !

Friday, December 17, 2010

Betoi ka FELDA tak bankrap ? Boleh percaya ka ? Atau peneroka memang dah kena tipu ?

Felda bankrap bukan main2 tapi inilah realiti

"Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang di bawah YAB Sdra. Lim Guan Eng telah menyahut cabaran untuk mendedahkan perincian tender yang diberi kepada kontrator Bumiputra di negeri itu. Sekarang kita ingin melihat samada kerajaan Umno/BN berani atau bacul untuk menyahut cabaran Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Dr Tan Cabar Kewangan 43 Anak Syarikat Felda Diaudit Badan Bebas

Bekas Timbalan Menteri Kemajuan Tanah dan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong mencabar Lembaga Pembangunan tanah Persekutuan (Felda) menjalankan siasatan audit oleh badan bebas ke atas ke semua 43 anak syarikat agensi itu dan mendedahkannya untuk tatapan rakyat.

Kata Dr Tan langkah ini perlu bagi membersihkan imej 'bankrap' yang didakwa dihadapi Felda setelah rezab tunainya menjunam kepada RM1.2 bilion walaupun harga pasaran antarabangsa minyal sawit mentah berada pada paras tinggi sejak tiga tahun berturut-turut.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Ahad lalu di Putrajaya yang mengatakan pihak yang mendakwa Felda bankrap adalahpengkhianat.

"Malangnya apa andalah (Najib) yang menjadi petualang sebenar yang telah merompak wang simpanan kepunyaan golongan peneroka. Saya yakin pada pilihan raya umum ke-13 nanti rakyat akan menentukan nasib 60 kerusi parlimen yang berada di dalam tanah-tanah rancangan Fekda di seluruh negara.

"Daripada maklum balas lawatan saya ke beberapa kawasan Felda, para peneroka kini amat marah dengan dengan kerajaan kerana mereka telah dieksploitasi dan dipergunakan oleh Felda. Mengapa kini secara tiba-tiba mahu beri wang tunai kepada peneroka setelah isu bankrap di bongkar?" kata Dr Tan dalam kenyataannya.

Seterusnya Dr Tan menyenaraikan beberapa isu bersangkutan Felda yang perlu dijawab oleh agensi itu:


1. Pada tahun 2001, rizab tunai Felda adalah RM4.5 bilion TANPA sebarang bebanan hutang. Baru-baru ini seorang Timbalan Menteri mengatakan rizab tunainya telah menjunam kepada RM1.2 bilion. Berdasarkan harga tinggi minyak kelapa sawit mentah sejak tiga tahun lalu Felda sepatutnya mempunyai rizab tunai sekurabg-kurangnya sebanyak RM8 bilion.


2. Ibu pejabat baru Felda di KLCC dikatakan berharga RM662 juta. Jelaskan bagaimana bangunan bertaraf enam bintang inbi akan membantu peneroka Fekda yang muiskin yang hanya berpendapatan bersih kira-kira RM500 sebulan. Mengapa wang pendahuluan sebanyak RM235 juta dibayar kepada pemaju sebelum pembinaan bermula? Mengapa keputusan pembinaan ibu pejabat baru dibuat secara rahsia di pejabat Timbalan Perdana Menteri tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah Felda?


Baru-baru ini Datuk Ahmad Maslan berkata pembinaan itu merupakan keputusan pelaburan yang bijak kerana telah memperolehi keuntungan atas kertas sebanyak RM300 juta. Bagaimana beliau boleh membuat rumusan itu apabila bangunan itu masih dalam pembinaan dan masih belum dijual.


3. Felda telah melabur sekurang-kurangnya RM3 bilion dalam projek Felda Global Ventures dan sehingga kini telah mengalami kerugian sebanyak RM300 juta. Ini termasuk pelaburan dalam Twin Rivers Project di Amerika Syarikat sebanyak RM500 juta serta projek membela lembu RM600 juta million.


Sekiranya Felda telus dedahkan apa sebenarnya terjadi kepada projek ini.


Malah peneroka Felda Keratong berhampiran Segamat ketawa besar apabila lembu yang diimpot bagi tujuan projet itu terpaksa di tempatkan di dalam kandang berhawa dingin 24 sehari!


4. Mengapa Felda perlu buat pinjaman dari Tabung Simpanan Pekerja (EPF) untuk projek di bawah Felda Global Ventures? Felda tidak pernah sebelum ini meminjam dari EPF. Adakah pinjaman ini selamat? Kepada semua pencarum EPF perlu diingatkan wang anda telah digunakan untuk membiayai semua projek yang dimulakan oleh Najib dan kini dipertikaikan.


5. Saya melawat satu skim felda dekat Kemaman pada Ogis lalu dan bercakap dengan beberapa peneroka yang mahu menyaman Felda berhubung Tabung Tanam Semula. Setiap daripada mereka telah menyumbang kepada tabung tersebut sejak 17 tahun dan kini berjumlah RM17,000. Apabila mereka menanam semula, wang peribadi digunakan tanpa menyentuh simpanan dalam tabung itu. Sudah tiga tahun mereka menunggu tetapi masih dinafikan oleh pengurusan Felda.


Jika Felda mengatakan ia tidak bankrap mengapa payah sangat untuk mengembalikan wang peneroka yang jumlahnya tidak seberapa? sumber

Tujuan menyebar maklumat untuk difikirkan dari sumber: http://briged-akhdor.blogspot.com/

Bawa Speaker ke mahkamah: Speaker Perak boleh, Speaker Pandir tak boleh, kepala hotak hang!

Puak-puak UMNO/BN ni bila-bila pun perangai macam PERAON. Sedap-sedap kata kat orang bodohlah...gilalah! Tak sedar diri sendiri tu sentiasa GILA BABI !

Perlembagaan Malaysia dan undang-undang macam hak mak bapak dia. Itulah yang Malaysia ni jadi tunggang-langgang. Pelabur sentiasa takut, tak hingin dan menyampah sakan. Bukan kerana apa, kerana pemerintahan UMNO/BN ini memang GILA BABI. Addakaa....dia bawa speaker ke mahkamah boleh, orang nak hadap speaker haramjadah ke mahkamah tak boleh! Ini dah macam standard PERAON !! Aku boleh hang tak boleh !!

Menteri yang konon jaga undang-undang maki pemimpin PR bodoh dan gila. Perdana Menteri yang takut bini pula mengaku konon ahli politik yang memerintah Malaysia sekarang bijak.

Bijak apa aku tak tahu, tapi kalau bijak penipu, rasuah, menindas (macam yang berlaku di Parlimen tu) tak ada orang yang tak tahu....semut, biawak, mengkarung semua tahu!!!

'Bodoh dan gila' pemimpin Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim teguh secara terbuka membela diri dalam mahkamah. 'Bodoh dan gila' pemimpin Pakatan Rakyat, kepimpinan Tok Guru Nik Aziz di Kelantan membuka 24 jam pintu kepada SPRM dan baru-baru ini Tok Guru Nik Aziz antara pemimpin PR dan kerajaan Kelantan didapati bersih dari sebarang rasuah seperti yang tak habis-habis para pemimpin GILA BABI UMNO tuduh! 'Bodoh dan gila ' pemimpin PR Tan Sri Khalid di Selangor, berbilion pelabur mahu melabur di Selangor. 'Bodoh dan gila' pemimpin PR Lim Guan Eng di Pulau Pinang, mendapat pujian dari Audit Negara. 'Bodoh dan gila' pemimpin PR Ustaz Azizan di Kedah rakyat tak ada yang kebulur! 'Bodoh dan gila' pemimpin Pakatan Rakyat Datuk Seri Nizar di Perak, anak-anak beliau ramai yang hafal Quran. Konon yang tak bodoh dan tak gila macam Nazrii Aziz....cermin sikit anak hang macam mana !!????.

Konon tak bodoh dan tak gila pemimpin UMNO/BN, berhempas pulas takut masuk mahkamah kes Altanthuya. Takut pendedahan Anwar Ibrahim di Parlimen bahawa 1Malaysia adalah dari idea APCO sama 1 Israel. Takut nak bagi dokumen kesihatan Saiful. Takut nak dedah kepada umum wang tunai FELDA. Takut nak melalui pilihanraya tanpa bantuan SPR dan PDRM. Itulah UMNO/BN yang sering disanjung oleh ayam-ayam daging !

Mereka sibuk meminta rakyat menghafal dan mengamal RUKUN NEGARA tetapi mereka pula yang letakkan RUKUN NEGARA sebagai 'alas buntot politik' mereka. Hancur Kedaulatan Undang-undang dan Keluhuran Perlembagaan !!!!

Thursday, December 16, 2010

Antara yang PANDIR dan PANDIKAR...mana lebih busuk ?

Semua institusi negara kian mengalami kerosakan teruk. Tapi dengan segala kerosakan itu ,apa UMNO/BN peduli? Dasar mereka selama ini adalah dasar tidak tahu malu lantas mereka tidak akan peduli akan segala institusi yang dirosakkan selagi nadi kuasa mereka berdenyut. Demi memastikan kuasa itu mereka akan perkakaskan semua institusi seperti SPR, SPRM, PDRM, IPTA tertentu, Mahkamah, Pejabat Peguam Negara dan hari ini Speaker Parlimen DR !

Jelas bagi rakyat yang cerdik dan bermaklumat dengan sedikit keazaman untuk berfikir, akan pasti menolak segala perbuatan jahat dan diktator UMNO/BN yang demi kuasa merosakkan institusi penting negara kerana akhirnya rakyat marhaen sendiri akan menjadi mangsa.

Namun demikian, bagi segelintir rakyat yang PANDIR bertaraf ayam daging, apa yang berlaku hari ini di Bangunan Parlimen bukan perkara penting bagi mereka malah mereka tidak tahupun. Selagi tembolok mereka kenyang dan selagi mereka mampu berak setiap hari untuk akhirnya duduk dan tidur di atas taik sendiri, mereka tidak ambil tahu untuk fikirkan itu semua. Rakyat yang PANDIR ini, setiap tempoh kempen pilihanraya akan dibeli borong dan murah-murah dengan wang dari pelbagai punca seperti judi bola, pusat perjudian, rasuah projek dan sebagainya, untuk akhirnya 'disembelih' sebaik UMNO/BN menang!

Hari ini rakyat yang PANDIR, yang dulunya mengundi UMNO/BN sedang 'disembelih' dengan kenaikan harga petrol, harga barang, harga pelajaran anak-anak dan sebagainya namun mereka terus PANDIR bagaikan ayam daging yang tidak akan lari untuk disembelihkan.

Hari ini antara hari malang bagi demokrasi di Malaysia. Ingatkan rakyat yang PANDIR sudah cukup menyeksa nama baik demokrasi di Malaysia, tetapi rupanya lebih dahsyat lagi rosaknya nama baik Malaysia, apabila Parlimen Malaysia mempunyai Speaker PANDIKAR. Rupa-rupanya Speaker PANDIKAR lebih kurang sama dengan rakyat yang PANDIR malah pada hari ini lebih teruk dan haramjadah dari rakyat yang PANDIR dalam menjadi perkakas kepada UMNO/BN yang busuk kohong itu! Nampaknya walau bagaimanapun namanya PANDIKAR telah menjadi busuk dan kohong seperti mana tuannya juga.


Wikileaks: Rakyat jangan lupa harga barang naik !

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 16 Dis: Walaupun isu Wikileaks menjadi panas dalam politik Malaysia, namun PAS mengingatkan rakyat jangan pula lupa bahawa ia juga sebahagian daripada agenda media Barisan Nasional (BN) untuk mengalihkan isu kenaikan harga petrol, diesel, gas dan tepung pada 4 Disember lalu.

“Isu harga barang telah menimbulkan kemarahan rakyat, kerana mereka sudah mula terasa dengan kenaikan harga barang-barang keperluan harian,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, kerajaan BN semakin takut dengan kemarahan rakyat terhadap isu kenaikan harga barang.

Malahan, ujarnya perkara ini telah menjadi bualan di kalangan rakyat peringkat bawah termasuk di kalangan penyokong tegar Umno.

Ini, tambahnya apabila minyak naik, ia memang akan melibatkan keperluan rakyat terus meningkat kerana kebanyakan barang dibawa menggunakan minyak.

“Isu Wikileaks telah memberi peluang kepada media untuk mengalihkan isu kenaikan harga barang pada ketika ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Sebelumnya, kata beliau banyak jawapan pak pandir oleh pemimpin BN yang bertaraf menteri untuk dijadikan halwa telinga, supaya rakyat jangan marah, antaranya harga petrol lebih murah daripada Singapura, bukan kenaikan tetapi penyelarasan, bukan kenaikan tetapi subsidi dikurangkan, kerajaan kena naik harga minyak kerana mengelak daripada diseludup ke negara jiran.

Media pula, katanya diarahkan jangan meletakkan tajuk petrol naik, sebaliknya guna istilah penyelarasan.

Justeru, tegasnya PAS mengingatkan kepada jentera penerangan di peringat akar umbi mesti menaikkan kain rentang dan gunakan media baru seperti face book, twitter, blog untuk menaikkan amarah rakyat kepada BN yang tidak bijak menguruskan negara.

“Mesti garapkan isu ini supaya rakyat bangkit menolak kerajaan BN dalam PRU 13 akan datang,” ujarnya.


(Benar sekali. Rakyat marhaen di bawah sedang kepedihan menahan kesusahan. Susah mendapat wang. Banyak berhutang. Ayah berhutang, mak berhutang malah anak yang baru keluar U belum dapat kerja, bukan seorang pula tu juga berhutang. Ayah berhutang dengan Felda atau mungkin Bank Rakyat, Mak berhutang dengan amanah ikhtiar atau along. Anak berhutang dengan PTPTN atau Bank Rakyat juga. Makin Malaysia dikatakan makmur di bawah pemerintahan Ketuanan UMNO makin rakyat sarat dengan hutang. Belum lagi hutang makan di kedai runcit Ah Chong! Tak lama lagi nak bukan sekolah, anak bukan seorang yang perlu di tanggung, duit buku, duit alatan dan yuran asrama, keperluan kokurikulum, tambang bas dan berbagai-bagai. Siapa kisah hal ini. Pemimpin yang menerintah asyik berarak makan free di hotel-hotel, malis-majlis perasmian dan keraian. Rakyat di bawah terpaksa bergegas ke dapur sendiri melimbang itu ini mencari apa yang hendak di masak hari ini...harga barangan makan semakin mahal ! Orang kampung hanya mampu mengeluh namun bila pemimpin datang pemimpin yang kaya raya terus dijamu terutamapenyokong taik UMNO. Semakin kuat dan totok penduduk kampung sokong UMNO semakin lama kampung itu bergelap, balai raya penuh taik kambing, jalan kampung berlubang, penuh belukar...pemimin kampung berbut jadi JKKK atau Ketua Kampung, rakyat kampung terus menjadi pandir sambil melaung.."Hidup Najib...Hidup UMNO!!!" Ketuanan yang membodohkan orang Melayu.)

Wednesday, December 15, 2010

Pembunuhan karektor Anwar Ibrahim keterlaluan

Pembunuhan karektor yang cuba dilakukan terhadap Anwar Ibrahim memang keterlaluan. Satu perbuatan yang terkeluar dari amalan Islam yang mulia. Tidak ada mana-mana ahli politik di Malaysia sebelum dan selepas merdeka, yang diperlakukan seperti itu kecuali manusia yang bernama Anwar Ibrahim.

Kelihatannya beliau 'dihenyak' dari serata penjuru. Aku pelik apakah salah manusia ini, dihenyak sebegitu rupa ? Hanya sekadar Anwar DITUDUH meliwat maka Anwar Ibrahim diperlakukan begitu keterlaluan. Apakah perundangan dan perlembagaan di negara ini telah hilang kedaulatan dan keluhuran dan ahli-ahli politik yang memusuhi Anwar sudah hilang pegangan agama, nilai moral dan tamaddun ?

Ahli-ahli politik yang bermusuh dengan Anwar Ibrahim nampaknya semakin merosakkan reputasi masing-masing dan tidak layak untuk bercakap soal moral dan integriti selagi Anwar Ibrahim diperlakukan secara keterlaluan seperti itu. Gambaran ketakutan para pemimpin UMNO khususnya kepada Anwar Ibrahim begitu dahsyat sekali. Apakah sebagai Ketua Pembangkang menjadi kesalahan kepada Anwar Ibrahim membentang hujah-hujahnya kepada rakyat untuk menewaskan pemerintahanUMNO/BN? Memang kerjanya sebagai ketua pembangkang, maka membangkanglah dia dalam hal-hal yang dia rasakan merugikan rakyat. Agaknya hanya kerana itu maka Anwar Ibrahim perlu dihenyak dari serata penjuru untuk didapati bersalah ! Inilah rupa bentuk 1Malaysia.

Jika soal moral maka Anwar Ibrahim perlu dihenyak sebegitu rupa, sejak bilakah para pemimpin UMNO begitu prihatin dan cakna dalam persoalan moral dan akhlak ? Bagaimanakah dengan moral dan akhlak Najib dan Mahathir sebagai contoh ? Okay kah akhlak mereka itu?

Lagi pun bukankah Anwar Ibrahim telah didakwa di mahkamah. Sepatut proses mahkamah sudah cukup untuk meletakkan Anwar Ibrahim di mana. Tapi nampaknya para pemimpin UMNO dengan busuk hati merasakan tidak cukup Anwar Ibrahim 'dihapuskan' dengan proses mahkamah! Bagi para pemimpin UMNO ini, Anwar Ibrahim perlu 'dihapuskan' dengan APA CARA sekali pun. Masya Allah!

Soal Anwar membela dan mempertahankan dirinya di mahkamah dan di mana-mana sahaja itu telah menjadi haknya. Najib dan orang lainpun akan buat begitu jika dituduh! Salahkah juga Anwar Ibrahim jika pembelaan dirinya meyakinkan rakyat bahawa apa yang dituduh tidak dilakukan? Sepatutnya tidak salah, tapi bagi para pemimpin UMNO, rakyat yakin dengan Anwar Ibrahim adalah menjadi kesalahan kepada Anwar Ibrahim. Inilah yang peliknya dengan pemikiran para pemimpin UMNO ini. Macam berfikiran songsang atau sewel?

Contoh betapa 'sewelnya' pemikiran para pemimpin UMNO ialah apabila Anwar Ibrahim membawa kes kazaf terhadap sailful, Jamil Khir pula yang menghalang kes kazaf daripada di bawa ke Mahkamah Syariah. Adalah logik jika sailful yang menghalang tetapi apa kena mengena dengan Jamil Khir kalau tidak hanya sebagai barua politik!

Aku bukan sokong Anwar Ibrahim membabi buta kerana aku ada akal dan fikiran yang waras. Soalnya jika sesiapapun yang diperlakukan seperti Anwar Ibrahim sebagai orang Islam aku berpendapat apa yang dilakukan itu tidak Islamik dan tidak kena sama sekali. Keterlaluan !

Sepatutnya biarkan mahkamah yang adil (bukan yang dilihat tidak adil , kianat dan jahat ) menentukan nasib Anwar Ibrahim dan biarkan Anwar menggunakan segala upayanya untuk mempertahankan maruah dirinya. Tetapi itu semua nampaknya tidak berlaku. Para pemimpin UMNO terus berusaha kotor membunuh karektor Anwar Ibrahim secara tidak bermoral. Akibatnya pembicaraan di mahkamah penuh ketidakadilan, media massa tali barut musuh politik Anwar Ibrahim menjadi begitu jahat, para pemimpin utama UMNO terus menjadi kering hati dan tidak takut berdosa, Dr Mahathir dalam usia terlalu tua terus membuat fitnah, APCO terus merancang untuk menjahanamkan Anwar Ibrahim demi Najib dan Rosmah, Lee Kuan Yew yang suka Malaysia diperintah oleh pemimpin yang boleh dicucuk hidung turut masuk campur.

Dengan spa cara Anwar Ibrahim terus menjadi sasaran oleh mereka yang 'menghuni' lubuk busuk UMNO! Agaknya mereka ini tidak bertemu dengan mahkamah Allah nantinya? Masya Allah !


Tuesday, December 14, 2010

Isu pendedahan Wikileaks

Nampaknya Wikileaks menjadi medan baru pendedahan pelbagai isu sama ada isu berfakta mahupun isu yang hanya dari 'hearsay' yang tidak mempunyai sumber yang berintegriti dan juga dari sumber yang mencurigakan. Banyak negara akan semakin berkecamuk dengan timbulnya pelbagai dakwaan dari Wikileaks. Sedikit lagi apa sahaja perbuatan dalam bilik mandi sesesorang akan menjadi bahan untuk di buat pendedahan.

Pendedahan yang katanya didapati dari sumber perisikan Singapura bahawa PM Najib seorang yang lemah dan pemerintahannya terancam dengan satu kes pembunuhan disepikan oleh media tali barut UMNO/BN. Dan PM Najib sendiri tidak mengulas apa-apa. Dr Mahathir sendiri sebagai seorang pakar dalam bidang memberi ulasan tentang orang lain juga menjadi benak untuk mengulas dakwaan yang dikatakan berpunca dari perisikan Singapura itu. Begitu juga dengan kepimpinan UMNO yang lain.

Namun sebaliknya berlaku kepada Anwar Ibrahim, pendedahan perisikan Singapura yang mengatakan Lee Kuan Yew mengatakan Anwar melakukan perbuatan yang dia didakwa menjadi riuh rendah. Lee Kuan Ye naik taraf menjadi seorang yang' maksum'.

Akhbar dari media perdana melaporkan bersungguh-sungguh pendedahan Wikileaks berkaitan Anwar Ibrahim. Dr Mahathir yang 'pakar' dalam memberi ulasan dan mengata orang tidak mengambil masa yang lama untuk terus 'menindih' Anwar bertalu-talu. Nasihat Dr Mohd Nor Manuty agar Dr Mahathir taubat nasuha hanya diletak di bawah 'punggung' oleh Mahathir. Dalam keadaan rumah kata pergi kubur kata mari, Dr Mahathir tidak pernah gentar untuk membuat tuduhan 'hearsay' terhadap Anwar Ibrahim. Orang panggil ke mahkamah untuk membawa bukti dan saksi, Mahathir takut dan kecut. Itulah sang Mahathir.

Anwar Ibrahim pula berhempas pulas menepis serangan dari pelbagai sudut. Sambil meminta bukti dan fakta dikemukakan ke atas pendedahan Wikileaks itu, Anwar Ibrahim terus menafikan pendedahan dari cakap 'heaysay' Lee Kuan Yew 'Mahathir' Singapura itu. Anwar Ibrahim menjelajah ke seluruh negara untuk membela diri di hadapan rakyat dalam keadaan dia diserang tanpa senjata (dokumen kesihatan Syafool) di mahkamah.

Itulah Malaysia di bawah pemerintahan UMNO/BN yang lemah. Begitu mudah Singapura menggegarkan Malaysia. Dan Lee Kuan Yew mana yang mahu orang cerdik memerintah Malaysia kerana hanya orang bodoh yang mudah diugut boleh menjadi perkakas kepada Singapura. Nampaknya kisah politik di Malaysia bagaikan cerita binatang dalam buku berjodol "Animal Farm" karya George Orwel pada tahun 1945.