Followers

Saturday, December 26, 2009

Dr Hassan Ali join UMNO ?

Katanya esok akan berlaku satu perhimpunan untuk menghantar memorandum kepada PAS Selangor bagi mendesak PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat demi kepentingan bangsa Melayu. Dan katanya juga orang yang akan menerima memorandum tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Selangor iaitu Datuk Dr Hassan Ali. Betul atau tidak hal ini akan berlaku hanya dapat dipasti esok. Kalau betul, betullah dan kalau tidak, tidaklah.

Yang menariknya, katanya penggerak penghantaran memorandum itu ialah UMNO. Betul atau tidak, tak pasti. Tapi berdasarkan pengalaman lalu di mana-mana pun kerja-kerja menghasut, melaga, menculik, menghilang dan memprovok ini, memang kerja UMNO!

Kalau penghantaran memo itu digerakkan oleh PAS Selangor, memang tak logik. Tak logik mengikut peraturan jemaah. PAS Pusat dalam Pakatan Rakyat, PAS Selangor pulak di luar Pakatan. Tak munasabah langsung walaupun tidak mustahil berlaku. Tapi dalam PAS benda-benda begitu tidak biasa berlaku.

Kalau penghantaran memo itu digerakkan oleh penyokong-penyokong Dr Hassan Ali, munasabah, tapi ramai ke penyokong Dr Hassan Ali secara peribadi ? Kot-kot ada sebelah tangan je !

Katalah mereka ini buat juga, dua kemungkinan akan berlaku. Satu kemungkinan akan dikenakan tindakan disiplin oleh parti, maka akan berputih biji mata. Kalau terkeluar parti ke mana mereka hendak pergi, nak masuk UMNO ? Orang semakin ramai keluar UMNO, kita pulak nak masuk UMNO ! Sudahnya jadilah macam Ezam senyap di bawah tempurung !

Kemungkinan yang kedua penyokong-penyokong Dr Hassan Ali semuanya YB PAS (Ye ke?) . Mereka ini pun tidak akan terlepas dari tindakan disiplin. Katakan mereka keluar ramai-ramai dari PAS, maka mereka hanya dapat UMNO sahajalah. Pakatan Rakyat tak dapat, perjuangan Islam pun melepas kerana UMNO bukan parti Islam tapi parti Rosmah. Masalahnya tergamakkah YB-YB PAS Selangor keluar PAS sedangkan PAS disebut oleh Dr Yusof Qardhawi sebagai sebuah jemaah yang meneruskan perjuangan Islam Rasulullah SAW ? Senario kedua ini macam tak akan berlaku je !

Katakan pula Dr Hassan Ali seorang diri gagah-gagah keluar menerima memorandum, sudah pasti akan kena tindakan disiplin oleh parti kerana memorandum itu mendesak PAS Selangor keluar Pakatan! Berapa kali Dr Hassan Ali hendak kena tindakan disiplin? Katakanlah eleh ... Dr Hassan Ali tidak gentar langsung diambil tindakan kerana kalau diambil tindakan UMNOkan ada.... masuk UMNO. Dengan senang hati anytime Khir Toyo sudi menerima tetapi bagaimana pula dengan lafaz sumpah setia sewaktu menerima menjadi calon PAS dulu ? Tak tercerai ke isteri ? Talak berapa ?

Tergamak sampai ke situkah Dr Hassan Ali ?

Entahlah kerana dalam politik macam-macam boleh berlaku!! Dalam politik (jemaah) PAS pun macam-macam boleh berlaku? Macam UMNO je!

Apa-apapun tengoklah esok pukul 11.oo pagi diperkarangan Pejabat Perhubungan PAS Selangor.


Stres...stres !!


Stres...stres....!! Inilah resam dunia kita - memang stresspun! Malah akan semakin stres lagi nantinya.

Agaknya, inilah yang dikatakan stres yang dicari atau stres yang segaja ditempah, kot?

“Saya stres juga apabila fikirkan tentang persiapan perkahwinan Serina seperti hiasan, makanan dan banyak lagi.

“Semuanya tak boleh dibuat cincai dan perlu memenuhi tujuh darah keturunan yang diwarisi oleh keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya yang berdarah Jawa, Cina dan Jepun sementara bekas isterinya, Norhayati berketurunan Pakistan.

Hah engkau...perlu memenuhi tujuh darah keturunan....!!! Apa tak stres.....!!!!

Nampaknya kalau ikut nasihat Tok Guru Nik Aziz yang selalu disebutnya...kita ni semuanya keturunan Tok Adam !!

Maka tidak adalah stresnya....kan ?

Walau bagaimanapun tahniah buat Chef Wan kerana bakal dapat menantu !

Friday, December 25, 2009

Apa? Malaysia Darul Hilang ?

Katanya kertas siasatan kehilangan 2 enjin jet yang hilang dipulangkan kembali oleh Jabatan Peguam Negara kepada pihak polis untuk siasatan lebih lengkap.

Itulah cara kita 1Malaysia, tak lengkap, bagi lengkap. Dah lengkap, senyap atau kambing hitam akan di sembelih. Atau kertas siasatan yang lengkap benar-benar hilang!

Tak mustahil kertas siasatan hilang kerana apa sahaja boleh hilang sewaktu pemerintahan Najib di 1Malaysia Darul Hilang ini !

Thursday, December 24, 2009

Isu Ariffahmi sudah menjadi pertembungan antara keluarga dan jemaah ?

Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi saya sebagai orang kerdil dalam parti tetap ada rasa sayang kepada PAS yang disebut oleh Dr Yusof Qardawi, perjuangannya ada meneruskan perjuangan Rasulullah SAW. Saya sedar orang lain yang besar-besar jawatannya pasti rasanya lebih daripada saya terhadap PAS.

Dalam kes Ariffahmi, saya berpendapat keadaannya semakin mudah menjadi bahan spekulasi pelbagai pihak. Bagi pihak UMNO bukan lagi bahan spekulasi tetapi telah dijadikan senjata untuk dihunuskan kepada PAS. UMNO kian mencari peluang untuk itu.

Kenapa kes perletakan jawatan Ariffahmi ini menjadi bahan pertengkaran lagi di mana-mana, di sidang media, di blog, sesama orang PAS sendiri. Nampaknya kini isu ini menjadi isu pertembungan antara kumpulan ahli keluarga Tok Guru Nik Aziz dengan beberapa orang kepimpinan PAS Pusat. Saling mengeluarkan kenyataan yang bukan menyelesaikan segala-galanya tetapi semakin rencam dan tajam. Dua kumpulan ini sering mengeluarkan kenyataan.

Soalnya, apakah itu tindakan wajar ?

Dalam soal ini saya lebih bersetuju dengan pandangan YB Datuk Mahfuz. Saya berpendapat jika Tok Guru menerima pandangan itu, isu ini mungkin tidak berpanjangan. Tidak salah menerima pandangan Datuk Mahfuz walaupun siapalah Datuk Mahfuz berbanding Tok Guru Nik Aziz.

Kita tidak mengatakan Ariffahmi bersalah dan saya rasa PAS akan mempertahankan Arifahmi jika beliau difitnah. Tetapi dalam keadaan setiap apa yang kita buat, dipandang orang, ditafsir orang, terutama oleh pihak musuh kita, maka ruang-ruang untuk musuh mencipta isu kronisme harus ditutup segera, walaupun kita memang tidak begitu.

Saya berharap isu ini harus diselesaikan segera tanpa ada mana-mana pihak berasa kecil hati. Dalam perjuangan menegakkan integriti Islam mana boleh kita layan perasaan kecil hati ! Itu kecil hati, ini kecil hati, maka akan serupalah kita dengan orang yang kita kata itu.

Pihak keluarga Tok Guru juga harus memahami banyak pihak serba salah dalam hal ini kerana Tok Guru cukup dikasihi dan disayangi oleh kita semua. Setiap pandangan yang menasihati Arifahmi letak jawatan segera bukan bermakna kita tidak kasih dan sayangkan Tok Guru. Kerana insan semulia dan sehebat Tok Gurulah maka kita semua mendapat nikmat berjuang dalam PAS seperti hari ini.

Semoga Saudara Ariffahmi dapat meletakkan jawatan segera.

Wednesday, December 23, 2009

Apa lagi agaknya akan hilang ?

Melalui Ketua Penerangan Ustaz Idris Ahmad, PAS mahu Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri serta merta berhubung kes kehilangan dua enjin pesawat pemintas F5E pada 2007 iaitu semasa beliau memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri.

Kata Ustaz Idris Ahmad, Najib patut letak jawayan sejak tahun 2008 tatkala kehilangan itu dikesan. Kes kehilangan ini juga jelasnya tidak boleh dianggap remeh kerana ia adalah simbolik sebaik kegagalan sisten pertahanan negara di bawah Najib.

Ustas Idris memberitahu, di bawah petadbiran Najib, orang ramai sudah lali mendengar kisah ruang uadara negara diceroboh, helikopter nuri terhempas, kapal terbang terhempas dan juga kisah-kisah perbelanjaan Kementerian Pertahanan yang dihalang untuk di Audit oleh Jabatan Audit negara. Tambah membimbangkan PAS ialah jika 2 enjin pesawat yang besar boleh hilang dari kawalan pasukan keselamatan negara, esok lusa apa pula yang hilang jika Najib masih kekal menjadi Perdana Menteri.

Kebimbangan PAS melalui kenyataan Ustaz Idris sangat berasas. Altanthuya hilang walaupun dijumpai dalam bentuk lain. Bala hilang walaupun sudah ditemui. ADUN Pakatan Rakyat pernah hilang di Perak. Banyak mana wang hilang, tak usah kiralah.

Tapi bagi spesis UMNO perkara seumpama ini tidak menjadi kerisauan mereka asalkan tembolok masing-masing kenyang.

Apakah mereka ini risau sekadar 2 enjin jet tentera hilang? Kalau Najib dan spesis UMNOnya kata, mereka risau, mereka sebenarnya bohong. Hilang Pulau Batu Putih dapat pulau lebih kecil dari kangkang kera, pun spesis UMNO masih kata 'keputusan menang-menang' !

Pendek kata kalau Ustaz Idris tertanya-tanya, kalau Najib terus jadi Perdana Menteri ,apa pula lah lagi yang akan hilang? Jawabnya, mungkin selepas ini yang akan hilang ialah Malaysia ini sendiri. Dan selepas Malaysia hilang mungkin Batu spesis UMNO pula akan hilang seperti mana 'hilangnya' Pulau Batu Putih !

Eleh....dua enjin jet hilang....Batu Putih hilang tak kisah pun !!! Tak ada apa-apanya...releklah...di negara lain pun hilang juga !! Zahid....Zahid !!!
Justify Full