Followers

Saturday, December 12, 2009

Merudumnya keuntungan Petronas rakyat perlu penjelasan : Anwar


SHAH ALAM – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat berhubung kesan merudumnya keuntungan Petronas terhadap prestasi ekonomi negara.

Beliau berkata, berdasarkan laporan prestasi separuh tahun kewangan yang akan berakhir 31 Mac 2010, Petronas akan mencatatkan kejatuhan RM59 bilion, bermakna cukai yang sepatutnya diperolehi negara berkurangan sekitar 57 peratus daripada syarikat terbabit tahun depan.

Sepanjang lima tahun ini, katanya, Petronas adalah entiti yang memberi sumbangan terbesar kepada pendapatan negara kerana pada tahun kewangan 2008 sahaja, sumbangan Petronas adalah 44.9 peratus daripada pendapatan keseluruhan negara.

“Kebergantungan terhadap Petronas ini mengaburi kita daripada kedudukan sebenar ekonomi akibat dasar kerajaan yang terus menerus bergantung kepada syarikat tersebut untuk menampung kegagalan memulihkan kewangan negara semenjak krisis kewangan Asia 1997 dan 1998.

“Sepanjang 5 tahun ini, penggunaan sumber dan dana daripada Petronas oleh kerajaan telah ‘membengkak’ sekitar 21 peratus setiap tahun. Ini bermakna setiap tahun, peratusan penggunaan sumber Petronas oleh kerajaan bertambah sebanyak 21 peratus daripada apa yang digunakan pada tahun sebelumnya. Sepanjang 5 tahun ini, wang yang ‘disedut’ oleh kerajaan telah meningkat lebih daripada dua kali ganda,” katanya dipetik dari blognya, semalam.

Beliau berkata, pada tahun 2005, Petronas menyumbang sebanyak RM31.2 bilion daripada jumlah keseluruhan belanjawan negara namun pada tahun 2008, jumlah wang Petronas yang menyumbang belanjawan negara adalah RM74 bilion - peningkatan sebanyak 130 peratus sepanjang 5 tahun ini.

“Akibat daripada ketagihan menggunakan sumber Petronas, syarikat ini tidak lagi mampu menampung ketirisan dan keborosan oleh Kerajaan Pusat, keupayaan Petronas hanya berkembang pada tahap sekitar 16 peratus sahaja berbanding penggunaan oleh kerajaan bertambah 21 peratus setiap tahun.

“Jelas kerajaan Barisan Nasional (BN) memerah lebih dari apa yang termampu dilakukan oleh Petronas,” katanya.

Anwar juga mahu Menteri Kewangan menjelaskan secara terperinci dalam Dewan Rakyat semakan semula unjuran pendapatan dan perbelanjaan negara tahun 2010 kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Beliau turut mencadangkan kerajaan tidak lagi bergantung kepada sumber petroleum dan gas semata-mata tetapi industri pembuatan yang bernilai serta berdaya tinggi serta perkhidmatan perlu dijadikan sector utama memacu pertumbuhan ekonomi.

“Kerajaan perlu memastikan penggunaan dana Petronas telus untuk penelitian umum agar pembaziran serta ketagihan yang sama tidak berulang sepertimana yang berlaku dari tahun 2005-2009," katanya.

Sumber: sinarharian.


Menteri 'gagah' UMNO

Sehari dua ini Nazri Aziz lah menteri 'gagah'. Boleh dipanggil panglima-lah bagi kabinet Najib. Siapa masuk dia hentam, tak kira siapa ! Cakap dengan Nazri, sila cakap elok-elok. Nak kata kepada Nazri jangan kata sembarangan. Ada faktakah atau tak ada faktakah Nazri tak kira. Kalau dia rasa tak betul dia lesing balik.

Dr Mahathir. Siapa itu Mahathir ? M Nasir cuba bertanya Siapa itu Mahathir, M Nasir yang kena. Tapi Nazri tidak... Nazri boleh kata, kenapa Mahathir sibuk-sibuk, dia sudah bukan PM. Zaman dia PM, orang kacau dia marah, marah Nazri. Nazri marah Mahathir ! Berani Najib dan Muhyiddin macam Nazri, rasanya jauh....jauh....!!

Nazri belasah lagi Mahathir.... Tak tergamak orang UMNO lain nak kata begitu kepada Mahathir; Mahathir 'bapa segala perkauman' (rasis). Nazri kata begitu kerana Mahathir suruh dia letak jawatan kerana dia mempertahankan hasrat bos dia hendak meminda BTN selaras dengan konsep 1Malaysianya.

Kena belasah dek Nazri, Mahtahir terkedu, kelu ! 'Lembik' Mahathir sehari dua ini. Tak menjawab..... atau Mahathir tunggu masa untuk 'ambush' Nazri ?

Ya...Nazri memang berani, juga pasti berani menghadapi 'serangan' balas! Kerana itulah Nazri demi bosnya. Maklumlah bekerja untuk bos ! Dulu dia hentam juga Mahathir bila Mahathir kacau Pak Lah. Tapi waktu itu bila Nazri 'belasah' Mahathir bukan Mahathir yang lembik tapi Pak Lah ! 'Ke air' Pak Lah .....

Alkisahnya, Nazri hentam Mahathir, Muhyidin rasa gemuruh ! Sebak Muhyidin menasihati Nazri janganlah begitu kepada yang banyak jasa kepada UMNO itu ! Negarawan itu !

Semalam Nazri 'belasah' lagi ! Belasah perkhidmatan teksi. Macam 'tandas' sergah Nazri ! Perkhidmatan teksi macam 'tandas'..hehe..!! Terbeliak biji mata pengusaha teksi. Akan ber-memorandum mereka itu kepada PM katanya.

Itulah Nazri UMNO....dia 'belasah' bukan macam Hisham UMNO, tak ada lembut-lembut punya !

Friday, December 11, 2009

Thursday, December 10, 2009

Ooo....ini rupanya !

Semasa menjawab kenyataan balas Dr Mahathir semasa mencabarnya meletak jawatan dari UMNO, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata antaranya oleh kerana Dr Mahathir telah mengesahkan bahawa Umno sebuah parti rasis, maka beliau (Dr Mahathir) adalah 'bapa segala perkauman' kerana menjadi presidennya selama 22 tahun.

Nazri Aziz yang bagitahu ! Kan ?


Oo....ini rupanya !!

Wednesday, December 09, 2009

Muhyidin main lagu lama tentang PAS

Subky Latif (harakahdaily)

TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin menempelak PAS dan Mursyidul Amnya Tok Guru Nik Abdul Aziz memperalatkan agama Islam untuk politik sebagai reaksinya kepada doa khutbah hari raya haji Tuan Guru itu.

Doa MB Kelantan itu memohon Allah membukakan pintu hati Perdana Menteri supaya memulangkan royalti gas dan minyak yang menjadi hak Kelantan kepada Kelantan. Kiranya Perdana Menteri enggan, maka beliau mohon pula supaya diturun balasan buruk setimpal dengan sikapnya itu.

Maka reaksi Timbalan Perdana Menteri, dikecamnya MB itu dan parti kononnya memperalatkan agama Islam dalam berpolitik.

Apa yang dicakapkan oleh Tan Sri Muhyiddin itu bukan benda baru bagi pemimpin Umno. Sejak sebelum merdeka lagi, apabila Umno berhadapan dengan PAS, maka Tunku Abdul Rahman Putra pun berkata PAS memperalatkan agama dalam berpolitik.

Tun Razak kata begitu, Dr. Ismail kata begitu dan begitulah sekalian pemimpin Umno pada masa itu. Apabila datang pula pemimpin baru Umno, begitu jugalah tohmah mereka pada parti Islam itu.

Sesudah 52 tahun merdeka, jadilah Muhyidin Yasin sebagai Timbalan Presiden Umno. Maka dia juga memainkan lagu lama pimpinan Umno dulu kala.

Sebelum TV datang ke Malaysia, semua panggung wayang setiap pagi Ahad menayang filem lama dengan bayaran murah. Filem-filem lama yang TV tayang semula sekarang dipanggil filem klasik. Maka kenyataan TPM itu adalah ulang siar lagu lama, ulang tayang filem mudah dan filem klasik.

Berbuih mulut pemimpin-pemimpin dari semasa ke semasa, tiada banyak yang menakutkan orang tentang PAS dan perjuangan Islamnya.

Dapatlah dibodohkan orang ramai pada satu masa, tetapi tidaklah dapat dibodohkan mereka pada semua masa.

Bukan bertambah layu PAS dengan ‘wirid’ pimpinan itu bahkan ia bertambah menarik perhatian.

Apabila pimpinan Umno berkenaan berdepan dengan masalah dengan Umno, maka datang mereka menumpang tepias politik PAS yang mereka kata memperalat agama untuk tujuan politik.

Tiadalah orang Umno yang lebih layak dijadikan lagenda Umno selain dari Tunku Abdul Rahman. Tiada yang betul PAS padanya. Tetapi apabila Umno diharamkan, Tunku naik ke pentas PAS di Dun Pantai Merdeka, Kedah memberi nasihat kepada pengundi supaya menyokong calon PAS, Datuk Muslim Othman, sedang Tunku sebelumnya menempelak PAS memperalat agama dalam berpolitik.

Almarhum berasional masa itu, PAS percaya kepada perjuangan berasaskan Islam, maka biarlah dan beri kebebasan padanya memperjuangkan kepercayaannya.

Sebelum itu ketika Tun Razak mengepalai kerajaan Mageran berikut peristiwa 13 Mei, 1969, dijemputnya PAS menyertai politiknya dan kerajaan yang dipimpinnya. Ditukarnya Perikatan kepada Barisan Nasional bagi memungkinkan PAS menyertainya sedang dia tahu PAS berpolitik atas asas Islam.

Dulu Tun Razak kata, PAS peralat agama untuk berpolitik. Kemudian dia bertenggek atas politik Islam PAS yang pernah dikatanya memperalatkan agama.

Semua itu adalah kisah orang Umno yang sudah mati. Orang Umno yang masih hidup seperti Dr. Rais Yatim. Dia mengikut Tengku Razaleigh Hamzah bermuafakat dengan PAS untuk menumbangkan Umno dan kalau berjaya akan membentuk kerajaan bersama PAS.

Dia tahu PAS memperjuangkan Islam. Dia tumpang semangkuk menyangka PAS berpolitik dengan peralat agama. Tetapi boleh pula menumpang politik PAS yang dituduhnya peralat agama.

Tun Ghafar Baba ketika tersingkir dari Umno pimpinan Mahathir cuba mendekati PAS. Tetapi dia mengkaji pengalaman Tengku Razaleigh dan Rais Yatim. Dia takut mengulangi pengalaman Rais itu lalu dia membatalkannya. Dia membatalkan bukan kerana politik PAS dan Islam tetapi dia takut mengulangi pengalaman Rais dan Ku Li.

Dr. Mahathir pula guna Anwar Ibrahim untuk perkenalkan politik penerapan nilai-nilai Islam. Nilai Islam apa yang dia terap? Malaysia bertambah Islam di bawahnya atau bertambah jauh dari Islam? Tidak terfikirkan politik penerapan nilai-nilai Islam itu sebenarnya politik peralat agama?

Semasa PM Hussein Onn ditanya wartawan asing, kenapa kerajaannya banyak membina masjid? Jawabnya, kalau dia tidak bina masjid, rakyat akan menyokong PAS. Tidakkah dia berpoliltik dengan memperalatkan masjid?

Datang pula PM Abdullah Badawi. Ke Thailand, ke Mekah, ke mana-mana saja dia menjajah Islam Hadhari. Islam Hadhari itulah projek politiknya. Muhyidin ikut menjaja Islam Hadhari. Apakah ia bukan suatu politik kering peralat Islam?

Politik PAS dan politik Tok Guru Nik Aziz tidak berubah. Yang berubah strateginya. Dalam strategi yang berubah itu mahu pula DAP bermuafakat dengannya. Macam-macam Umno burukkan PAS hingga orang bukan Melayu takut pada PAS. Tetapi sekarang mereka tidak takut lagi.

Bilakah Lee Kuan Yew bersangka baik tentang PAS? Tidak pernah. Takut Lee pada PAS mungkin melebihi takut Umno pada PAS.

Ketika Muhyidin menjaja lagu lama dan filem murah tentang PAS, Lee Kuan Yew pergi ke Kota Bharu menziarahi Tok Guru Nik Aziz. Dia membuka pintu hotelnya untuk didatangi oleh Ustaz Abdul Hadi Awang lepas bertemu Tok Guru Nik Aziz.


Muhyidin jajalah lagu lama Umno tentang PAS barang seribu tahun lagi, tiada dipeduli orang dan PAS mara juga dan mara juga.

Monday, December 07, 2009

Mohd Asri kata begini, Mohd Tamyes kata begitu !?

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin sedang mengatur program ulama turun padang bertujuan menyampaikan dakwah di pusat hiburan dan kelab malam yang menjadi tumpuan golongan muda Melayu termasuk kalangan artis tempatan. Katanya buat pemulaan program yang diatur bermula di Selangor kerana Selangor mempunyai majoriti penduduk Islam. Katanya lagi, sepatutnya dakwah perlu merata seperti yang dilakukan tokoh ilmuan Muslimin, Hasan al-Bana dan jemaah tabligh. Baca sini .

Respon terhadap apa yang hendak dilakukan oleh Dr Mohd Asri oleh Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid menyifatkan pendirian dan perancangan bekas Mufti Perlis itu tidak bersesuaian dengan matlamat berdakwah. Katanya pendekatan yang hendak dilakukan oleh Dr Mohd Asri itu tidak betul...akan mencemarkan imej dan pandangan
masyarakat terhadap pendakwah. Baca sini.

Mohd Asri dan Mohd Tamyes sudah 'berlaga'. Dua-dua alim dan dua-dua pandai. Kalau nanti Mohd Asri buat juga apa pula tindakan Mohd Tamyes. Berbalah lagi. Mu kata ke aku, aku kata ke mu. Mu berhujah,aku berhujah. Orang lain tengok, hodohnya !

Bagi aku pulak tertanya-tanya, tak bolehkah kalau orang macam Mohd Asri hendak pergi berdakwah ke pusat-pusat hiburan ? Orang macam Asri bukan calang-calang orang, hadith penuh dalam kepala, harus tak jatuh kopiah ! Kalau orang macam aku, fahamlah juga !

Dalam hal ini, aku tidak bersetuju dengan pandangan Mufti Selangor tu. Bolehkah begitu ? Boleh kot! Jangan kata aku wahabi pulak ! Aku pengikut parti pimpinan 2 Tok Guru.

Apa salahnya Mohd Asri hendak pergi berdakwah ke situ, dapat juga pengunjung-pengunjung di situ bersoal jawab dan berborak bersembang dengan ulama. Tak kan Mohd Asri hendak bagi tahu atau fatwakan, duit kerja pelacur boleh digunakan sebagai mata pencarian waktu darhurat! Kalau Mashitah, baik tak payah ! Bimbang makin ramai membuat hukum darurat sendiri-sendiri ! Asri bukan Mashitah kan ?

Maka ada peluang jugalah nampaknya pengunjung pusat hiburan berkenalan dan bersahabat dengan ulama, ustaz dan pendakwah. Bukankah itu bagus !

Pemuda PAS pernah melakukannya terutama sewaktu detik 12 malam 31 Ogos dan sewaktu penganjuran konsert-konsert bercanggah dengan syariat Islam walapun tak sampai masuk ke kelab-kelab malam. Kalau tak percaya tanya Salehuddin Ayub dan Nasruddin Tantawi. Kira-kiranya Mohd Asri ikut contoh Pemuda PAS lah tu! Tak apa...sekurang-kurangnya usaha pemuda PAS sudah ada yang sanggup meneruskannya, sehingga ke kelab malam dan pusat kareoke yang banyak kelihatan 'pusat-pusat' itu !

Semoga pertentangan pendapat antara Dr Mohd Asri dengan Datuk Seri Mohd Tamyes tidak 'menghodohkan' usaha dakwah Islamiah di Selangor !

Sunday, December 06, 2009

Pergi je lah dan tahniah Datuk Abu Kassim kerana keazaman itu !

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengatakan persaraan awalnya bukan kerana tekanan orang luar atau parti politik


KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan menafikan persaraan awal beliau daripada jawatan itu disebabkan oleh tekanan dan desakan orang luar atau parti politik.

Beliau berkata, persaraannya itu atas sebab peribadi dan kehendaknya setelah sekian lama berkhidmat dalam suruhanjaya itu dan bukannya kerana orang lain.

“Saya letak jawatan bukan sebab tertekan atas desakan sesiapa atau parti politik tetapi atas sebab peribadi dan kehendak saya sendiri. Lagi pun saya dah lama berkhidmat dalam SPRM,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


baca seterusnya

TAK KIRALAH KERANA TEKANAN KE , TIADA TEKANAN KE ...YANG PENTING DAH, CUKUPLAH MEROSAKKAN SPRM !! Kita tak mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjadi Suruhanjaya P............. Rakyat Malaysia !! Eloklah pergi tu !! Tak payah khabarlah pergi kerana apapun....PERGI JE LAH !!

TAHNIAH DATUK ABU KASSIM !

Kepada Datuk Abu Kassim Mohamed tahniahlah kerana berazam mengembalikan integriti SPRM. Tapi jangan azam sahaja Datuk, laksanakan dengan ikhlas dan sungguh-sungguh. Bukti pertama keazaman dan integriti Datuk ialah buka penyiasatan segera beratus-ratus laporan-laporan rasuah yang dibuat oleh pihak Pakatan Rakyat terhadap VVIP Malaysia dari puak-puak pemerintah. Jika tidak, janganlah sampai rakyat merayu .....Ala Kassieemm !! Kesian rakyat marhaen !

PULAU PINANG - Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed akan menyediakan beberapa perancangan bagi mengembalikan integriti suruhanjaya itu sebaik mengambil alih kepimpinan SPRM berkuatkuasa 1 Januari 2010.

"Saya akan menyusun beberapa perancangan bagi mengembalikan integriti dan kepercayaan orang awam terhadap SPRM," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan integriti 2009 di sini hari ini.


sinarharian