Followers

Thursday, December 03, 2009

GPMS: Pakar selar, lain tarak jugak !

GPMS ? Apa benda tu?

KUANTAN – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang menyelar tindakan kerajaan negeri Selangor berhubung isu pengharaman kursus Biro Tatanegara (BTN) kepada kakitangan dan pelajar di negeri itu.

Pengerusinya, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, sikap kurang matang pentadbiran negeri pembangkang itu disifatkan bankrap idea dan ketandusan modal untuk mencari kesilapan kerajaan.

Menurutnya, BTN adalah proses indoktrin ke arah menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara di samping menjadi teras pembinaan negara bangsa.

“Hubungan GPMS dan BTN ibarat ‘adik abang’. Saya terkejut dengan kenyataan pembangkang dan persepsi mereka terhadap BTN. Saya syorkan mereka menyertai kursus ini terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan.

“BTN dirangka golongan cendekiawan bersesuaian dengan masa dan keadaan bagi meningkatkan semangat sayangkan negara menerusi modul yang disediakan. Apa yang disuarakan pembangkang amat kurang matang,” katanya.

Wan Emril berkata, GPMS turut mencabar pembangkang membuktikan dengan fakta bahawa program BTN didakwa sekadar sesi membasuh otak yang sengaja diolah Barisan Nasional (BN) untuk meracuni pemikiran peserta bagi membenci pembangkang.

Menurutnya, tuduhan bahawa BTN dijadikan tempat memupuk semangat perkauman di kalangan peserta yang boleh memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum di negara ini, harus mempunyai bukti yang kukuh sebelum bersuara.

“Buktikan bahawa program BTN tidak baik. BTN sudah lama diwujudkan bagi menginstitusikan semangat kenegaraan dan menyemai patriotisme untuk semua kaum.

“Tindakan mengadakan kursus alternatif program kerohanian, fizikal, intelektual, emosi dan sosial (Spies) menggantikan BTN dilihat lebih bermotifkan politik,” katanya.

Inilah sebenarnya dari idea yang bankrap ...... :

- Haramkan BTN di Selangor - bankrap ideaaa...!

- Haramkan BTN di Selangor - sikap kurang matang...!

- Haramkan BTN di Selangor - ketandusan modal untuk mencari silap kerajaan BN...!

- BTN teras pembinaan negara bangsa.....( bangsa UMNO agaknya )...

- GPMS dan BTN ibarat adik abang ....(patutlah orang manyampah dengan benda tu !)

- GPMS cabar pembangkang buktikan dengan fakta BTN untuk BN....( Patutlah benda tu teruk, orang riuh-rendah dah buktikan, dia baru nak minta bukti -Tidur ka ?)

- Tindakan mengadakan kursus alternatif program kerohanian, fizikal, intelektual, emosi dan sosial (Spies) menggantikan BTN dilihat lebih bermotifkan politik.....(dia sajalah yang tidak politiknya, orang lain buat semuanya politik..chaitt!!)

Wednesday, December 02, 2009

Terima kasih Muhyiddin

Dengan nada putus asa, Muhyiddin Yassin akhirnya 'mengalah' dengan berkata " biarlah Nik Aziz lama dalam PAS ia berguna juga".

Tidak tahulah berguna kepada siapa yang dimaksudkan oleh Muhyiddin itu. Mungkin berguna kepada UMNO/BN. Yang pasti kepada PAS memanglah berguna.Tok Guru menyumbang kepada kemantapan dan kestabilan PAS.

Muhyiddin merungut lagi kalau pemimpin mereka timbulkan kucar-kacir rakyat khususnya orang Islam, tentu rasa tdak selesa dan bimbang kerana beliau buat pelbagai fatwa yang songsang yang bercanggah dengan agama."


Betulkah rakyat tidak selesa apabila Tok Guru mahu mendoakan orang yang menganiayai hak rakyat di bawah pimpinannya? Kot-kot rakyat Kelantan makin suka dan makin bersemangat. Kalau tidak masakan Ku Li pun bersemangat.

Tok Guru buat pelbagai fatwa songsang yang bercanggah dengan agama ? Yang mana satu fatwa songsang Tok Guru tu. Bukankah dalam mempertahankan tujuan doanya, Tok Guru tempoh hari menyatakan sanggup berdepan (berbahas/ berbincang) dengan mana-mana ulamak UMNO termasuk Datuk Harussani Perak ?

Kalau sudah Tok Guru menyatakan kesanggupannya berbincang tentang tujuan doanya itu kenapa pihak UMNO tidak menganjurkan perbincangan itu atau mungkin jemput Tok Guru dan Tok Perak menjadi Panel Forum Perdana Ehwal Islam di TV. Tak kanlah orang yang sesat sanggup berdebat dengan mana-mana sahaja ulamak UMNO. Maka dia yakin bukan ajaran sonsanglah tu yang menyebabkan dia berani berhujah.

Masalahnya orang yang dakwa dia songsang, tak dakwa dia macam dakwa 'Rasul Melayu'? Itu menunjukkan tidak akan ada keberanian mendakwa kerana tujuan doa Tok Guru itu tidak songsang dan tidak sesat pun.

Begitulah Tok Guru Nik Abdul Aziz, tak perlu menggunakan C4, hanya menggunakan doa, kelam-kabut UMNO dan mati akal Muhyiddin!

Mengapa BTN perlu diharamkan

Mazlan Alimin (sumber: harakahdaily )

Sebenarnya, pada awal tahun 2006, Dewan Pemuda PAS Pusat pernah menghantar satu memorandum kepada Biro Tatanegara (BTN) bagi menuntut satu pengubahsuaian besar terhadap kandungan kursus-kursus anjuran BTN yang sememangnya dipenuhi dengan propaganda politik dan perkauman sempit.

Elok juga disiarkan kembali memorandum ini sebagai mempertegaskan kembali bahawa PAS, sebagaimana parti-parti lain di dalam Pakatan Rakyat turut membantah penggunaan BTN untuk agenda politik sempit UMNO/BN.

Abdullah Karim
Dewan Pemuda PAS


MEMO Kepada Biro Tatanegara Oleh Dewan Pemuda PAS Pusat

BIRO TATANEGARA : AGEN PROVOKASI DAN PROPAGANDA ?

PENDAHULUAN ( PENDIRIAN DAN PRINSIP )

Secara prinsipnya Dewan Pemuda PAS Pusat ( DPPP ) menyokong pada setiap usaha dan tindakan yang mendorong kepada :-

1. Pemupukkan rasa cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa.
2. Pemupukkan dan penyemarakkan semangat patriotisme dikalangan rakyat negara ini.
3. Pembinaan masyarakat Melayu yang berdaya maju dan berdaya saing.

Ini adalah prinsip yang jelas dipegang teguh oleh DPPP. Malah kerana kejituan prinsip inilah juga DPPP kerap kali dengan beraninya bangkit secara vokal dan aksi dalam beberapa isu yang melanda negara ini, lebih-lebih lagi pada isu yang melibatkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pimpinan kerajaan. Malah kerana keberanian itulah juga bukan sedikit daripada pimpinan dan ahli DPPP di’rehat’kan samada di penjara mahupun di ‘Resort Kemunting’. Bagi DPPP ianya adalah cerminan kepada perasaan cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa. Ianya juga adalah kemuncak kepada semangat patriotisme, memberi yang terbaik untuk mempertahankan maruah agama, negara dan bangsa. Ini adalah prinsipnya. Bertitik tolak daripada inilah DPPP secara tegasnya menyatakan bahawa kenyataan memorandum ini :

1. Tidak menyentuh atau berbangkit tentang penolakan DPPP kepada usaha bagi memupuk semangat patriotisme dikalangan rakyat.

2. Ianya juga tidak menyentuh atau berbangkit tentang penolakan DPPP kepada usaha bagi menyemarakkan rasa cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa.

3. Kenyataan memorandum ini juga tidak menyentuh dan berbangkit tentang penolakan DPPP terhadap usaha untuk membangunkan masyarakat Melayu dinegara ini.

Malah secara simboliknya memorandum ini dengan sendirinya adalah cetusan daripada semangat patriotisme DPPP dan ianya juga luahan rasa cinta, kasih dan sayang DPPP kepada agama, negara dan bangsa.

ASAS KEPADA MEMORANDUM

Memorandum ini diasaskan atas laporan dan aduan ‘keterlanjuran terancang’ Biro Tatanegara ( BTN ) dalam penganjuran dan pengendalian kursus, latihan dan kem mereka. Keterlanjuran ini sesuatu yang menyentuh kepada :

1. Modul latihan yang dilihat dengan sengaja membangkitkan persoalan isu perkauman yang melampau dan tidak berasas. Kesannya timbul perasaan curiga dan ketidakpuashatian sesama kaum yang mampu menjadi “time bomb” kepada permasalahan yang lebih serius;ketegangan kaum.

ISU PERKAUMAN DALAM PROSES LATIHAN.

1. Petikan daripada salah satu modul sessi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang digunakan oleh Jurulatih (Fasilitator) Bertauliah BTN dalam satu Bengkel Kepimpinan &Pengurusan Persatuan Belia ( Peserta terdiri daripada pimpinan dan ahli persatuan belia sepenuhnya berbangsa Melayu ) :

Senario yang diberikan

a. Sepasang suami isteri – tinggal disebuah kampung – suatu petang bersiar-siar dipantai, jumpa orang tua – pinjam sampan – pergi ketengah laut – leka – sampan pecah dipukul ribut – Uda terdampar di pulau lain – Dara di pulau lain – sedih – Juragan Cina ( Ah Chong ) datang naik tongkang – simpati pada Dara – minta ganjaran iaitu menyerah kehormatan – cari Uda – jumpa – marah pada Dara – tolak Dara – kena batu – Ah Chong dan Uda bertengkar. Datang Muthu, bunuh kedua-duanya sekali.

Di dalam ulasan antara falsafah yang disampaikan oleh fasilitator ialah :

a. Terdapat watak manusia ( merujuk kepada watak Ah Chong ) yang pentingkan diri sendiri. Pertolongan yang diberi tidak ikhlas. Terdapat udang disebalik batu, lintah darat, mengambil kesempatan daripada kesusahan orang lain.

2. Di dalam satu sessi ceramah motivasi pada program Motivasi Kepimpinan ( melibatkan peserta pimpinan dan ahli persatuan belia ) penceramah yang merupakan Jurulatih ( Fasilitator ) Bertauliah BTN membangkitkan tentang bahawa satu hari nanti jika orang Melayu tidak bersatu ( pastinya merujuk kepada bersatu di dalam UMNO ) mereka akan diinjak oleh C_ _ _ .

3. Dalam satu program anjuran BTN diatas nama Kursus Kenegaraan yang diadakan disebuah kem BTN, khusus untuk pekerja sebuah agensi kerajaan ( kursus wajib dibawah Sistem Saraan Malaysia ) jurulatih atau fasilitator dalam satu sessi LDK mengaitkan orang-orang C_ _ _ sebagai komunis.

Jelas sekali di dalam contoh-contoh di atas satu gambaran buruk diberikan kepada suatu kaum. Gambaran buruk sebegini adalah sesuatu yang keterlaluan dan mampu mencetuskan permasalahan yang lebih serius dimasa hadapan.

JANGAN BERMAIN API !
Bagi DPPP ianya merupakan sesuatu yang amat dikesali, BTN sebagai sebuah agensi kerajaan yang diberikan peranan dan tanggungjawab yang begitu luas bagi menjalankan aktiviti dan program ke arah membentuk masyarakat yang berjiwa patriot, serta terpupuk rasa cinta, kasih dan sayang kepada agama, negara dan bangsa tetapi pada hakikatnya melihat perspektif patriotisme itu dari sudut yang amat sempit dan bias. Lebih menyedihkan BTN kini dilihat oleh sebahagian rakyat negara ini sebagai kelompok cauvinis Melayu yang diperkudakan oleh UMNO sebagai agen provokasi dan propaganda.

Tegas DPPP jangan bermain api ! Persoalan hubungan kaum adalah isu sensitif yang perlu ditangani secara matang dan berhati-hati. Persoalan hubungan kaum ini bersangkut secara terus kepada perpaduan dan keharmonian negara ini, maka adalah suatu tidakan yang tidak wajar sama sekali, di dalam apa cara sekali pun ianya dijadikan hujah retorik oleh mana-mana individu mahupun kumpulan, lebih-lebih lagi agensi di bawah kerajaan. Malah ianya menjadi satu polisi yang amat tegas diamalkan oleh kerajaan.

Persoalannya mengapa di dalam hal ini BTN dilihat begitu berani untuk menggunakan logik lucah dan dangkal ini dalam modul latihan mereka. Jelas sekali sudah sampai masanya BTN itu sendiri disemak dan dinilai semula kerelevanan fungsi dan peranannya. Untuk itu DPPP menggariskan perkara-perkara dibawah sebagai desakan yang perlu kepada tindakan segera :-

1. Penyemakan semula modul latihan BTN perlu dilakukan. Modul BTN perlu dibersihkan sepenuhnya daripada:

o Unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman
o Unsur-unsur propaganda UMNO.
o Penekanan modul latihan perlu menekankan kepada melahirkan individu yang mampu untuk membuat penilaian sendiri, tegas dalam pendirian, teguh semagat patriotisme dan mantap peribadinya.

2. Fungsi dan peranan BTN perlu dihadkan. Penghadan fungsi dan peranan BTN bertujuan untuk memastikan tidak berlaku sebarang bentuk penyelewengan fungsi dan peranan mereka. Di dalam situasi seperti yang ada ketika ini BTN dilihat begitu mudah diperalatkan sebagai alat politik dan agenda peribadi pihak tertentu.

3. Program wajib BTN untuk golongan mahasiswa perlu dimansuhkan kerana ianya tidak lagi relevan lagi dengan wujudnya Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ). Ianya juga sesuai dengan status universiti sebagai sebuah autonomi yang membentuk generasi intelektual.

4. Kaedah pemilihan, latihan dan pentauliahan jurulatih-jurulatih ( fasilitator ) BTN perlu di dedahkan dan dilakukan secara telus. Kepincangan BTN kini dilihat banyak berpunca daripada sistem pentauliahan jurulatih ( fasilitator ). Jurulatih tauliahan BTN dilihat bebas menggunakan modul latihan tanpa pemantauan, ini secara tidak langsung dilihat mendedahkan BTN untuk dijadikan alat untuk kepentingan UMNO.

Kedudukan BTN dibawah Jabatan Perdana Menteri dengan fungsi yang begitu luas, menjadikan BTN sebuah agensi yang penting. Penglibatan BTN dalam proses penilaian penjawat awam ( Kursus Kenegaraan ), mahasiswa ( Kursus Bina Negara Mahasiswa ), remaja ( Kursus Bina Sahsiah Remaja ) dan banyak lagi menjadikan ia sebuah agensi yang mudah terdedah kepada salah laku amalan. Bagi mengekang semua ini samada yang telah, sedang atau pun akan berlaku suatu tindakan konkrit dan tegas perlu dilakukan. DPPP mendesak sebelum keterlanjuran yang telah berlaku menjadi parah dan mengundang sesuatu yang buruk kepada rakyat dan negara maka proses penilaian semula terhadap fungsi dan peranan BTN perlu disegerakan. Sekiranya jelas kewujudan BTN ini lebih kepada menjadi perkakas politik dan agenda individu maka tindakan terbaik yang perlu dilakukan kerajaan ialah dengan sama sekali memansuhkannya.

Mazlan bin Aliman
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Tuesday, December 01, 2009

Mari kita 1Malaysia ameen-kan doa Tok Guru Nik Aziz

Memang jahat. Nampak jelas jahatnya. Habis kalau tak boleh kata jahat, hendak kata apa? Itu belum cakap soal pembicaraan tidak adil, buat zalim , aktiviti yang menyesatkan, cakap tak serupa bikin, hari-hari menipu dan memperbodohkan rakyat....macam-macam !

Berniat jahat atau tidak ? Ku Li kata perjanjian bab royalti jelas, menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang mudah. Ku Li orang yang terlibat dalam mendrafkan perjanjian mengakui, budak sekolah pun boleh faham dengan mudah ! Alih-alih PM dan kabinet tak boleh faham ?

Ku Li orang yang faham benar tentang perjanjian royalti minyak ini kata, Kelantan berhak dapat royalti bukan wang ihsan...alih-alih PM kata tak kiralah nama apapun, akan tetap diberi ihsan kepada rakyat Kelantan.....melalui siapa? UMNO dan JPP UMNO? Boleh percaya ke bende yang bernama UMNO sekarang ni ? Kenapa tak mahu bagi royalti yang berhak dimiliki oleh Kerajaan Kelantan? Jelas kerana PAS perintah Kelantan ! Jahat atau tidak ni ? JAHAT !!!

Niat jahat atau tidak ? Masa BN perintah Trengganu selamanya dulu, bagi royalti. Bila PAS menang dan perintah Trengganu, jadi wang ihsan. Dan bila BN perintah Trengganu semula, jadi wang royalti pulak dah! Amende ni kalau tak perangai busuk dan niat jahat !

Tapi yang peliknya semasa Sabah diperintah oleh PBS Pairin Kitingan, tidak pulak royalti jadi wang ihsan ? Rupa-rupanya lebih bertuah hidup di dunia ni menjadi Pairin daripada menjadi Tok Guru Haji Hadi dan Tok Guru Nik Aziz. Apa nak dikata tu....baiiiiikkkkk sangat !!

Kalau itulah antaranya, memang perangai itu perangai busuk dan niat jahat.

Marilah kita 1Malaysia ameen-kan doa Tok Guru Nik Aziz.

Monday, November 30, 2009

Zahid Hamidi mengada !

Dalam surat khabar UMNO hari ini, Zahir Hamidi kata dia sokong jika ada desakan agar Tok Guru Nik Aziz meletakkan jawatanya sebagai Menteri Besar Kelantan. Zahid membuat kenyataan itu kerana katanya Tok Guru Nik Aziz selalu berdoa dan membuat tohmahan terhadap dirinya dan pemimpin UMNO khususnya berdoa memusnahkan masa depan Perdana Menteri.

Tanpa sedar agaknya, Zahid yang tidak mahu campurtangan dalam, apa yang dia katakan konflik politik dalaman PAS, tiba-tiba menyarankan eloklah Tok Guru mula memikirkan supaya tidak lagi berada dalam kedudukan dalam politik pentadbiran kerana Zahid seolah-olah bermaksud dia bimbang kenyataan-kenyataan Tok Guru akan menyusahkan kepimpinan dsalam organisasi PAS.

Dulu Zahid sibuk dengan Yahudi sekarang sudah layak pula digelar menteri penyibuk kerana sibuk bimbang kepada parti orang. Sebenarnya Zahid cuba menipu dirinya sendiri bahawa kenyataan-kenyataan Tok Guru hakikatnya terlalu menyusahkan UMNO dan BN terutama Perdana Menteri Zahid !

Desak letak jawatan? Siapa yang desak Tok Guru letak jawatan yang Zahid hendak berikan sokongan? Tiada seorang pun dalam PAS yang membuat desakan seperti itu. Yang sibuk mendesak ialah orang UMNO dan kuncu-kuncu serta si Raja Katak. Itu biasalah....tak berdaya melawan karismatik Tok Guru, desak letak jawatan.

Saya sokong doa Tok Guru yang dikatakan kontraversi itu kerana saya juga akan mendoakan serupa malah lebih dahsyat dari itu jika 'hak saya diperkosa'....diperkosa dihadapan mata! Royalti minyak adalah hak rakyat Kelantan lah bangang !

NAJIB LETAK JAWATAN !!!