Followers

Saturday, November 14, 2009

Tok Guru Nik Aziz, Pengerusi Pakatan Rakyat

Zulkifli Sulong

KUALA LUMPUR, 13 Nov: Cadangan Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim agar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi ketua atau pengerusi Pakatan Rakyat pertama mendapat sokongan dari Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa mengakui bahawa Nik Aziz adalah antara ikon penting yang mengikat parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan jika cadangan Zaid itu boleh diterima oleh lain-lain pimpinan Pakatan, beliau menyokong cadangan itu.

"Bagaimanapun ia hendaklah mendapat sokongan dari semua pimpinan Pakatan terlebih dahulu," kata Mustafa kepada Harakahdaily. Baca seterusnya


Thursday, November 12, 2009

Siapalah yang peduli ahli parti seperti itu ?

Sebagai orang yang terlalu kecil dalam PAS, rasa hati ini risau dan serabut apabila memikirkan cara berpolitik dan politiking yang berlaku dalam parti. Mungkin risau saya, tidak memberi impak apa-apa pun dalam parti ini berbanding risau seorang Tok Guru dan AJK Pusat.

Memang siapa akan peduli risau saya, hanya seorang ahli parti yang berusrah mingguan lima enam orang di dalam sebuah markaz kecil, yang bertaraf penampal poster dan pemaku papan banner sewaktu pilihanraya. Pedulikan kerisauan seorang ahli parti yang bertaraf seperti saya.

Parti ini kelihatan semakin ramai cerdik pandai dan alim ulama. Mereka semua bijak dan mahir segala, berbanding seorang penampal poster parti dan pengedar risalah pilihanraya. Banyak buah fikiran dan idea serta cakap-cakap yang canggih-cangih mampu dikeluarkan. Semuanya merasa betul belaka. Semua mengaku pendapat masing-masing bertaraf dunia, maka mesti didengari dan dipatuhi.

Kalau tidak didengari dan dipatuhi maka berbalah sesama sendiri pun sanggup. Konon itu tanda kebebasan bersuara yang tidak boleh dihalang oleh ketaataan kepada jemaah. Hari ini wala kepada jemaah hampir menjadi satu kehinaan, konservertif dan kolot.

Perangkap musuh yang mula menjerat mangsa yang sombong dan bongkak!

Nampaknya hari ini konsep kebebasan bersuara dengan isu-isu hangat parti, walaupun jemaah telah memutuskan keputusan, menjadi tanda kecerdikan pemikiran yang perlu ditonjolkan walaupun hakikat itu menggambarkan sikap 'bodoh sombong' terhadap jemaah sendiri.

Peraturan bersuara dalam jemaah menjadi kolot sekiranya tidak mampu didedahkan isu-isu yang mengharu-birukan parti. Musuh kita duduk sibuk siang malam menyerang kita, kita pula sibuk menyerang jemaah sendiri atau paling kurang menyediakan peluru untuk musuh. Musuh juga membunyikan irama, kita tanpa disuruh dengan 'gediknya', sibuk menari mengikut irama musuh. Akhirnya kita berserabut dan berbalah dengan isu UG lah, Tok Guru Haji Hadi pro UMNOlah, Tok Guru Nik Aziz kena sergahlah, EGM-lah, Selcat-lah, pecat pemimpin itu pemimpin inilah, dan kini isu bai'ah pulak dah !

Betapa bodoh kelihatannya kita. Kita sediakan peluru untuk musuh menembak kita lepas itu kita sibuk menepis peluru yang kita sediakan. Dari ceruk hulu ini saya merasakan ini politik bodoh! Saya pelik, orang-orang parti yang menyediakan peluru untuk musuh di hadapan khalayak adalah bukan sebarangan orang tetapi orang yang cerdik-cerdik belaka taraf pemimpin parti tetapi hampas politikingnya.

Kalau dulu hanya berpolitiking sewaktu bermuktamar tetapi kini setiap hari, sepanjang minggu dan masa, berpolitik secara bodoh di hadapan pelbagai jenis media musuh dan khalayak. Hari ini 'memijak' kepala rakan sejemaah kelihatan lebih 'aula' dari menghadapi musuh Islam secara bersama.

Nampaknya adab berjemaah telah semakin dihumban. Oleh siapa ? Oleh segelintir pemimpin kita sendiri yang bukan sebarangan orang! Macam ketam mengajar anak berjalan betul !

Saya sedih dan merasakan parti ini akan menghadapi masalah yang lebih besar dari apa yang ada hari ini jika peraturan dan adab berjemaah dihumban ke dalam 'bakul sampah" dan jika para pemimpin PAS mengamalkan 'politiking ghairah' dan 'politiking bodoh sombong' yang tidak beradab. Hanya peraturan dan adab berjemaah akan mampu menyelamatkan perjuangan PAS dari perangkap musuh yang berada di mana-mana.

Sedar dan insaf, rintihan seorang yang bertaraf penampal poster, siapa yang peduli kerana siapalah ahli parti seperti itu. Tidak pandai dan tiada harga rintihannya! Insaf !

Wednesday, November 11, 2009

Abu Hasan, Kota Seputih tidak diiktiraf

Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail tidak mengiktiraf Datuk Abu Hasan Sarif sebagai ADUN Kota Seputih. Justru itu beliau telah membatalkan surat jemputan kepada Abu Hasan Sarif. Ini bermakna Abu Hasan tidak boleh menghadiri sudang DUN Kedah Selasa ini kerana sidang DUN itu tidak kena mengena dengannya.

Speaker DUN Kedah tidak mengiktiraf Abu Hasan kerana beliau gagal hadir dua kali berturut-turut pada sesi DUN lalu tanpa kebenaran. Dalam maksud lain tanpa kebenaran; pontenglah !

Tegas Speaker DUN Kedah, pendiriannya mengenai hal itu jelas kerana berpendapat ia menyalahi Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah. Tegas Speaker lagi jika ADUN kerajaan Kedah juga terlibat dalam hal seperti itu, tindakan sama akan diambil.

YB UMNO ponteng dan itulah dia akibatnya jika ponteng macam segelintir budak sekolah. Dan psti Najib tidak akan menghukum YBnya yang ponteng ini. Untuk mempertahankan YB ponteng ini macam-macam alasan akan dikeluarkan sekejap lagi oleh pihak UMNO/BN. Tak percaya tunggu. Parti auta akan sentiasa mengauta alasan ponteng YB nya. SPR telah mula mengautakannya dulu.

Kepada UMNO, terima sahaja tindakan Speaker DUN Kedah dan arah SPR buat PRK Kota Seputih kerana saat ini 'PAS telah retak beribu' seperti didakwa media UMNO/BN dan oleh sebab itu UMNO akan berkemungkinan besar menang mudah! Suruh SPR buat PRK Kota Seputih segera !!!!!

Sunday, November 08, 2009

Tolak persepsi, Primitif

Itulah dua istilah yang sering terbaca sejak Sabtu lalu. Kedua-dua istilah tersebut dinasihatkan kepada PAS dan orang PAS. Yang menasihatkan PAS dan orang PAS itu ahli akademik, Prof lagi, yang berkolar baju John Travolta dan berbingkai cermin mata ranggi!

Tak pertikaipun, gaya dia dan pandangan dia, cuma saja nak fikir-fikir "tolak persepsi, primitif"?

Persepsi mungkin datang dari banyak pihak dan pastilah macam-macam persepsi yang ditimbul. Nampaknya kalau menolak persepsi, primitif, maka orang yang menolak persepsi yang mengatakan 'Tuan Guru Haji Hadi pro UMNO', primitif!

Nampaknya dari segi akademik agaknya termasuklah saya menjadi primitif kerana saya tak percaya Tuan Guru Presiden PAS pro UMNO. Bukan saya kata tidak boleh berlaku tetapi saya tak percaya! Kalau semata-mata hendak buat persepsi saya pun boleh buat persepsi Tok Guru Nik Aziz pro Najib bila Tok Guru berpegang-pegang kambing dengan Najib di Pekan. Kalau hendak buat persepsi! Tapi saya tak percaya persepsi itu kerana saya tahu Tok Guru Nik Aziz begitu juga dsaya tahu Tok Guru Haji Hadi ! Kalau Hassan Ali mungkin kerana sejarah Hassan Ali dalam kerjayanya tapi saya tak kata betul.

Kalau persepsi PAS menurun sedikit selepas Hassan Ali mengkritik Selcat saya mungkin boleh terima tetapi kalau Bagan Pinang dijadikan asas persepsi PAS telah merudum saya tak setuju. Saya pula setuju bahawa persepsi PAS sedikit jatuh apabila PAS menang tipis di Manik Urai dulu!

Namun demikian, saya setuju dengan pandang Prof itu bahawa para pemimpin PAS mesti menerima pandangan Dr Abdul Aziz Bari malah bukan pandangan beliau seorang sahaja, pandangan mana-mana pihak sekali pun, sebagai maklumat yang perlu dikaji dan diambil tindakan sewajarnya.

Dr Aziz Bari 'macam' agen UMNO. Persepsi ?

Tolak persepsi, primitif ?