Followers

Wednesday, October 28, 2009

Dr Mahathir jangan sebok .

Dr Mahathir tidak perlu masuk campur

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan parti itu.

Beliau berkata, Pas adalah sebuah parti yang boleh menentukan kepimpinannya sendiri dan yakin Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mampu untuk memainkan peranannya selaku Mursyidul Am Pas.

"Kita tetap menganggap Mursyidul Am kita adalah pemimpin dalam parti mengikut landasan Majlis Syura Ulama. Kepimpinan kita adalah secara kolektif dan tidak ada dictatorship,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang meminta agar Nik Abdul Aziz Mat berundur bagi memberi laluan kepada pemimpin muda.

Abdul Hadi berkata, Nik Abdul Aziz juga tidak perlu meletak jawatan.

“Kita ada demokrasi dalam Pas. Semua pihak boleh mengeluarkan pandangan, di mana selama ini pun kita sudah mengamalkannya dan kita dapat menyelesaikan masalah dengan baik,” katanya.

sumber:di sini

Tuesday, October 27, 2009

'Pasukan Lumba 1 Malaysia ' tidak rasional, saat ekonomi tidak menentu

Azamin Amin (Harakahdaily)

KUALA LUMPUR, 26 Okt: Parlimen hari ini menyaksikan bidasan dan kritikan ahli parlimen berhubung penubuhan pasukan lumba kereta 'Formula 1' dengan nama '1Malaysia' yang mendapat sokongan daripada kerajaan.

Sungguhpun ianya adalah projek usahasama Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Permotoran Malaysia, Naza Motor dan Air Asia, namun kesediaan pihak kerajaan membantu sebuah pasukan lumba kereta yang biayanya mencecah jutaan ringgit dalam suasana ekonomi sekarang, mengundang keresahan rakyat.

Perkara ini disuarakan sendiri oleh Datuk Bung Mokhtar (BN-Kinabatangan) yang mengajukan soalan tambahan kepada Kementerian Belia dan Sukan berhubung projek Pasukan Lumba Kereta itu di Dewan Rakyat pagi tadi.

"Adakah Timbalan Menteri sedar bahawa Formula One ini bukanlah 'permainan' rakyat Malaysia. Apakah rasional ianya ditubuhkan?

"Rakyat secara realitinya tidak setuju dengan Formula One ini," katanya yang mendapat sokongan gemuruh daripada barisan pihak pembangkang.

Sebelum itu, Datuk Razali Ibrahim (BN-Muar) menjawab bagi pihak Kementeriannya menjelaskan bahawa projek tersebut adalah hasil usaha dan dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta.

Katanya kerajaan tidak mempunyai sebarang ekuiti atau pelaburan dalam projek tersebut ataupun dibuat melalui syarikat berkaiatan kerajaan GLC.

Namun kata Razali komitmen kerajaan terhadap projek ini lebih kepada kelengkapan infrastruktur seperti penyediaan tapak tanah untuk pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan akses kepada teknologi Proton yang dimiliki oleh kerajaan.

"Bagi mencapai matalamat penubuhannya '1 Malaysia F1 team' telah mengesahkan bahawa modal permulaannnya mereka sebanyak RM168 juta

"Dan menganggarkan bajet tahunan yang diperlukan adalah sebanyak RM308 juta bagi memastikan pasukan ini bersaing seperti yang dirancang," katanya

Beliau menjawab soaaln yang dikemukakan oleh Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah pelaburan kerajaan dalam projek Pasukan tersebut secara langsung dan tidak dan adakah ianya menguntungkan pihak kerajaan.

Lim dalam soalan tambahannya mahu jaminan daripada pihak kerajaan, supaya tidak melakukan 'bail-out' terhadap syarikat dan pasukan lumba kereta itu sekiranya ianya mengalami kegagalan seperti Sauber Petronas.

Sewaktu, perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010, tengah hari tadi, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyentuh dan kesal dengan tindakan kerajaan yang menyokong penubuhan pasukan Formula One ini di waktu, negara menghadapi ekonomi yang tidak menentu seiring dengan beban yang ditanggung rakyat atas kesan pembiayaan pasukan itu.

Bulan lalu, Penasihat Undang-Undang PKR Negeri Pahang Ahmad Nizam Hamid, mengkritik sikap tipikal kerajaan pimpinan Umno dan BN yang tidak telus dan tidak bertanggungjawab melalui tindakan penyertaan kerajaan dalam projek F1 yang hanya mengundang pembaziran dan tidak memberi manfaat kepada rakyat.

"Kenapa negara yang lebih maju industri automatifnya di sebelah rantau ini seperti Korea Selatan tidak pula beria-ria dan ghairah untuk sama terlibat dalam lumba kereta. Padahal dari segi keupayaan kejuruteraan dan teknologi, mereka jauh meninggalkan Malaysia.

"Inilah sifir ekonomi Najib, jika rugi sekalipun, rakyatlah yang akan menanggungnya, kerana wang yang dibelanjakan itu bukan milik Najib tetapi datang dari khazanah negara. " Dalam kes F1 ini, dari kocek Proton, Protonlah yang menjadi mangsa. Akhirnya 1Malaysaia terpaksa berjimat, 1Malaysia menganggung beban kos kehidupan yang tinggi," katanya.

Monday, October 26, 2009

Pasukan Tok Guru Nik Aziz 'bertempur' dengan Pasukan Tok Guru Haji Hadi ? - Malaysiakini

Walaupun hati ini tersentuh dengan 'amukan' Tok Guru Nik Aziz kepada jemaah ini, "nak pecah...pecah gi lah!", saya sebagai ahli kecil cawangan yang nun jauh di pedalaman, yang tak banyak jasa kepada parti, benar-benar berharap Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat yang akan diadakan pada hari Rabu ini, benar-benar digunakan untuk menyelesaikan segala kemelut yang berbangkit sehari dua ini. Gunakanlah platform mesyuarat itu sebagai mekanisma untuk menyatukan pemimpin-pemimpin PAS di atas sana.

Pemimpin-pemimpin yang akan bermesyuarat pada hari Rabu ini adalah para pemimpin yang telah mengajar saya untuk berusrah, bertamrin dan sebagainya serta wala' kepada perjuangan parti. Macam-macam mereka ajarkan saya untuk menjadi ahli jemaah yang baik, berkesan dan rasional dalam berpolitik. Apakah guru-guru saya di atas sana hanya tahu mengajar saya tetapi tidak mempraktikkan apa yang diajar apabila bertembung sesama sendiri?

Mesyuarat pada hari Rabu ini wajar memberi kata putus kepada segala jenis virus jika ada, disekeliling Presiden parti serta yang mungkin juga ada disekeliling Mursyidul Am dan ambil tindakan juga kepada mereka. Saya sudah muak melihat keputusannya hanya sekadar peluk-peluk, bersalam-salam, cium-cium selepas itu berantakan semula. Keputusan muktamat kepada permasalahan yang berbangkit perlu dicapai.

Jika keputusan yang jelas dan tegas tidak diambil maka sahlah PAS kini terdiri dari pasukan Tok Guru Nik Aziz dan Pasukan Tok Guru Haji Hadi Awang. Kedua-dua pasukan ulama dan Tuan Guru PAS ini sedang 'bertempur' kini. Itukah rupa PAS kini ?

Siapakah yang kami hendak pilih kerana kedua-duanya pemimpin dan Tok Guru kami. Dan kami juga sayang jemaah ini kerana perjuangan Islamnya.

Bermesyuaratlah dengan cermat dan jangan main-main.