Followers

Saturday, October 24, 2009

Saat kehancuran PAS kian hampir !

Sebagai insan kecil yang tidak banyak berjasa kepada parti namun sangat menyanjungi dan mendokong perjuangan parti yang mahu menegakkan agama Allah yang mulia saya sesak dan kadang-kadang terasa malu dengan apa yang berlaku di atas.

Mengapa sekecuh itu jadinya dengan hanya sebutir kekalahan di Bagan Pinang. Dengan satu kekalahan yang memang telah diduga, ramai orang menjadi gedebe terhadap Presiden PAS. Saya sedih dengan pandangan yang tidak seronok yang ditalakan kepada kepimpinan Presiden yang memang saya tahu tidak maksum tapi apalah salahnya beliau jika hendak dibandingkan dengan Presiden UMNO.

Nampaknya orang-orang PAS perlu belajar dengan orang-orang UMNO yang pandai menghurmati presidennya walaupun siapalah Presiden UMNO itu berbanding Presiden PAS. Menunjukkan sikap mahu Presiden PAS diganti disaat ini adalah satu perbuatan yang melampau. Sekali lagi saya katakan Presiden dan Mursyidul Am PAS tidak maksum. Tapi kalau hendak guling Presiden PAS pun buatlah cara beradab. Lebih baik tunggu pemilihan parti bukan sampai 10 tahun pun.

Tak kiralah cadangan siapapun....apa tujuan melaksanakan EGM? Untuk membuat pemilihan baru? Untuk undi tidak percaya kepada presiden? Untuk undi tidak percaya kepada kepimpinan Presiden? Sakit hati kerana Presiden bersikap mendiam diri dalam banyak isu? Betulkah? Kalaupun betul tidak bolehkah yang dikatakan Jemaah Islam bersabar. Konon kata orang Islam ni kesabarannya tinggi? Tak kanlah kerana hanya hendak menang pilihanraya ke 13 semua telah hilang sabar dan menjadi gedebe.

Nak kejar pilihanraya ke 13 apa....apakah pasti jika hasrat agar Presiden PAS dan kepimpinannya diguling, PAS dan Pakatan akan pasti menang ? Bolehkah orang-orang PAS berfikir begini? Kalau orang di luar PAS lantaklah.

Saya sama sekali tidak bersetuju dengan konsep Kerajaan Perpaduan namun saya sebagai ahli kecil di bawah sana, saya juga tidak suka cara penyelesaian yang hendak dilaksanakan seolah-olah mahu mengguling Presiden PAS yang ada. Semua pemimpin di atas alim-alim belaka, profesional belaka tapi masih lagi bertengkar, menekan dan medesak sesama sendiri. Apa ni!

Nampaknya kita asyik berprasangka bahawa dikeliling Presiden PAS ada virus yang merosakkan parti. Apakah virus seumpama itu tidak ada disekeliling Mursyidul Am PAS ? Jika prasangkalah cara bekerja PAS maka PAS akan hancur tidak lama lagi. Untuk mengelak PAS hancur bukan virus sekeliling presiden sahaja yang perlu dibuang tetapi virus disekeliling Mursyidul Am juga harus dibuang.


Thursday, October 22, 2009

Berambus !

Dasar manusia yang tidak mengenang budi memang ada disekitar kehidupan lebih-lebih lagi dalam politik. Dia hampir kojol, hampir kojol politiknya. Di saat hampir dengan kekojolannya, dia yang menggelarkan dirinya adi jagat melolong-lolong menghentam puak-puak dia, yang membuangnya. Tiada siapa yang peduli akan dia dengan lolongannya.

Melihat keadaannya yang hampir nazak itu, dia semacam mahu bertaubat dari kegiatannya yang lalu. Melihat hal itu, seorang Tok Guru memberi ihsan kepadanya mudah-mudahan dia kehendak Allah jua dia berada dalam perjuangan Islam.

Malang, dia yang hanya mahu duduk di tepi tangga PAS, kian lupa diri dan lupa Tok Guru yang banyak memberi simpati kepadanya. Semakin tua politiknya, semakin kelihatan lebih nyanyuk dia. Pelik, Tok Guru lebih tua darinya tapi tak nyanyuk pun malah idea-idea Tok Guru masih segar dan relevan.

Semalam dia bersuara, katanya perjuangannya lebih sesuai dengan parti yang penah meludahnya dulu. UMNO telah berubah semakin boleh menerima kritikan. Tidak seperti PAS tak boleh ditegur dan dikritik sedikit pun. Itulah kata dia. Maka dia pun buat keputusan putuslah hubungan dia dengan PAS. Itlah dia !

Kepada dia selamat .............................

Monday, October 19, 2009

UMNO kian lelah dan semput untuk berubah

Orang tua-tua ada mengatakan kalau hendak berubah menjadi baik hendaklah sebelum berumur 40 tahun. Jika sudah melebihi usia tersebut maka payah berubah. UMNO! Bolehkah UMNO berubah?

Realitinya selepas usia 40 tahun UMNO tidak pernah berubah, mudahkah UMNO berubah selepas menghampiri usia 60 tahun? Usia UMNO yang telah mencapai usia emas mampukah untuk memungkinkan berlakuya sebarang transfomasi di dalam dan dasar UMNO yang usang itu?

UMNO kelihatan begitu tua dan mengikut hukum akal UMNO telah mencapai usia 'rumah kata pergi, kubur kata mari' ! Sempatkah UMNO berubah sebelum ianya menemui kematian? 3 tahun lagi UMNO akan menghadi pilihanraya. Apakah pilihanraya ke 13 nanti akan menjadi kubur besar buat UMNO?

Sesiapapun boleh buat perubahan atau transfomasi tetapi perubahan di usia tua memerlukan pemimpin yang berintegriti untuk mencapai apa yang diuar-uarkan. Apakah pemimpin-pemimpin UMNO yang ada hari ini masih berintegriti untuk membuat sebarang perubahan?

Sekilas pandang kepada pemimpin UMNO, memang rasa hendak ketawa dan loya tekak bila mendengar mereka bercakap mahu berubah untuk menjadi semakin berintegriti dalam menguruskan parti mereka apatah lagi negara ini. Pilihanraya Bagan Pinang peristiwa yang terhampir membuktikan betapa tidak berintegriti kerajaan UMNO/BN.

Memang pemimpin UMNO akan berubah, bukan berubah menjadi semakin berintegriti tetapi terus berubah menjadi pemimpin pakar untuk berubah menjadi semakin beretorik dengan slogan-slogan baru. Slogan bersih, cekap dan amanah telah dibakul sampahkan. Slogan Islam Hadhari lenyap entah ke mana. Kini slogan 1Malaysia masih tak tahu hujung pangkal.

Itulah perubahan, transfomasi gaya dan cara UMNO yang dilaung-laungkan dalam perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. UMNO kini lelah, semput dan penat !