Followers

Wednesday, October 14, 2009

Antara Cina di Cina dengan Melayu di Bagan Pinang

Rasuah memang bahaya. Rasuah boleh meruntuhkan tamadun apa juga bangsa dalam dunia. Rasuah ibarat barah yang boleh membunuh hayat sesebuah kuasa. Rasuah ini busuk ibarat bau bangkai. Dan perasuah dianggap 'memang jahat, jahat sungguh!'

Pendek kata, semua bangsa yang ada integriti dan maruah serta harga diri benci dan tolak rasuah. Mereka tak mahu rasuah. Macam-macam mereka buat untuk tidak berlaku rasuah dalam tamadun mereka kerana rasuah bahaya, rasuah celaka !!

Masalahnya ramai orang di Bagan Pinang, yang mengundi baru-baru ini lain pulak persepsi terhadap perasuah. Macam rasuah tidak bahaya, tidak 'busuk macam bangkai '! Sebaliknya orang yang pernah buat rasuah bagi mereka, orang baik. Orang yang pernah rasuah dan terbukti rasuah bagi orang-orang Bagan Pinang boleh diberi amanah lagi, bagi banyak-banyak lagi amanah !

Memang lain sungguh antara Cina di Cina dengan kita di Malaysia. Tak percaya tengok di sini dan fikirlah sendiri, siapa lebih berintegriti!

Setuju sangat dengan Tok Guru, belajarlah berpolitik dari puak-puak ini! Banyak yang perlu dipelajari oleh orang-orang Melayu khususnya di Bagan Pinang, kalau tak mahu tamadun runtuhlah !

Tuesday, October 13, 2009

Banyak lagi kerja yang PAS mesti lakukan kerana 'Bagan Pinang' masih banyak !

Percaya atau tidak, realitinya banyak lagi kawasan yang seperti Bagan Pinang. Penduduk dari jenis tidak bercara (tidak ambil kisah) soal politik. Golongan ini tidak kisah apa yang berlaku dari sudut politik dan jika pun mereka memikirkan soal politik, pemikiran mereka begitu mudah, kekal status quo. Pangkah BN !

( Hhhooouuuuu....mujur ada UMNO...!!!!)

Golongan ini juga adalah golongan yang tidak suka politik dan tidak suka orang berpolitik, lantaran itu golongan ini amat jahil akan erti dan pentingnya berpolitik. Jika ternampak orang berpolitik secara bersemangat, orang ini akan menyampah lalu mereka akan memekakkan telinga kepada sebarang isu politik.

Mereka ini sangat seronok jika orang penting-penting mendekatinya, berborak dengannya, bermesra dengannya, tepuk-tepuk bahunya. Kalau orang penting-penting buat begitu kepadanya, mereka akan puji, "bagusnya, baiknya, rendah diri dia!" Politik Melayu kampung!!

Satu golongan lagi, golongan UMNO totok, kentut Isa Samad pun dikatakan mampu mengaurakan Isa Samad atau pemimpin UMNO 1Malaysia!

Hal ini seharusnya menyedarkan PAS bahawa banyak lagi kerja yang PAS mesti lakukan untuk memenangi kawasan seperti Bagan Pinang.

Sesungguhnya banyak lagi kawasan yang seperti Bagan Pinang yang tidak kisah anak-anak mereka yang masuk IPT, keluar nanti jadi penghutang! PPSMI masih belum dimansuhkan! Dan macam-macam lagi isu yang membelit moral dan akhlaq remaja Islam. Mereka tak kisahpun kerana bagi mereka "mujur ada UMNO/BN, kalau tidak kebulur kita!"

Monday, October 12, 2009

Isa Samad pujaan tentera dan orang-orang Bagan Pinang !

Tahniah Tan Sri Isa kerana menjadi wakil rakyat semula. Alangkah bertuahnya Tan Sri kerana hanya dihukum UMNO bukan oleh mahkamah!

Pada pengamatan saya, kemenangan BN di Bagan Pinang dengan majoriti yang begitu besar bukanlah kemenangan UMNO/BN tetapi kemenangan Tan Sri Isa Samad sebenarnya.

Nampaknya terbukti walau bagaimanapun Isa Samad, dia memang seorang tokoh popular di Bagan Pinang yang terdiri dari pengundi-pengundi yang realitinya bukan mempunyai pemikiran politik atau pengundi yang tidak kisah hal politik. Gaya mesra Isa yang santai menjadikan pengundi-pengundi Melayu lebih berminat walaupun maruah tercalar.

Itulah cara sebahagian besar orang Melayu sejak dari dahulu lagi. Tak kira bagaimana calon itu hitam atau putih, asalkan calon itu sanggup belanja minum di gerai, boleh bergelak ketawa, bertempuk tampar dan bergurau senda, calon itu akan menang. Orang Melayu suka sangat kalau orang macam Isa Samad datang tepuk bahu dia! Satu kampung dia akan bercerita!

Jadi jelaslah kemenangan di Bagan Pinang adalah kemenangan peribadi Isa Samad sebagai pujaan orang-orang Bagan Pinang bukan kemenangan UMNO/BN. Jadi tak payahlah Perdana Menteri mendakwa kemenangan itu sebagai tanda penerimaan rakyat kepada UMNO dan terhadap kononnya perubahan dasar dan gaya kepimpinannya selagi Perdana Menteri tidak berani 'mengarahkan' pembubaran DUN Perak !!

Sunday, October 11, 2009

Semangat terus membara - perjuangan semakin bersemarak !

Nampaknya orang-orang Bagan Pinang lebih memilih calon yang pernah tercemar rasuah politik wang berbanding calon bersih dan berintegriti. Gaya mesra calon itu telah menutup segala kekotoran politiknya. Perkiraan politik tradisi bangsa Melayu lebih senang dengan orang yang pandai menyapa mesra berbanding dengan persoalan prinsip Islam dan integriti calon.

Jika beginilah corak pemikiran politik bangsa ini, bermakna jalan kemusnahan tamadun bangsa sedang diteroka. Jika terus berfikiran politik seperti ini, bangsa Melayu akan hilang daya saing dan menuju kepada keruntuhan kualiti.

Apakah corak pengundian Bagan Pinang mewakili pemikiran politik tradisi orang-orang Melayu yang menganggap UMNO adalah segala-galanya walaupun parti itu bukan lagi alat yang mampu menjadikan bangsa ini hebat dan berkualiti? Pilihanraya ke 13 nanti akan memberi jawapan.

Keputusan PRK Bagan Pinang ini akan terus menyemarakkan perjuangan kita untuk meletakkan Islam sebagai pentadbir segalanya di negara tercinta ini. Kita akan tetap teruskan perjuangan yang tidak mudah ini. Allahu Akbar !!

Calon PAS sudah menang....

Tidak sampaipun satu jam lagi, semua pusat pengundian akan ditutup. Selepas itu keputusan PRK N31 Bagan Pinang akan diketahui bila-bila masa. Sudah pasti ada yang akan menang dan ada yang kalah.

Dapat diramal bahawa majoriti rakyat di luar Bagan Pinang mengharapkan calon PAS Zulkefli Mohamad Omar menang atas alasan moral dan integriti. Sudah pasti mereka tidak mahu kecewa jika calon UMNO yang korup itu menang.

Persoalannya apakah mood rakyat umum ini juga mampu dihayati oleh pengundi-pengundi Bagan Pinang yang 70 peratus adalah pengundi Melayu. PRK Bagan Pinang akan mampu menaikkan maruah bangsa Melayu sebagai bangsa yang belum tercemar integritinya. Tetapi bagaimana dan apakah yang hendak dikatakan jika pengundi-pengundi Bagan Pinang memenangkan Isa Samad yang pernah terlibat rasuah politik wang dalam UMNO ? Sedangkan Tengku Razaleigh sendiri tidak mahu Isa Samad menang !

Keputusan PRK Bagan Pinang pasti menjadi nilaian maruah pemikiran politik orang Melayu kerana mereka sudah kenal dan amat tahu siapa Isa Samad dengan rasuah ! Mereka memilih kemesraan Isa Samad tetapi pernah berpalit rasuah atau memilih calon bersih dan integriti.

Petang ini segala-galanya akan terjawab apakah calon PAS yang sudah menang integriti akan menang PRK Bagan Pinang ?