Followers

Friday, October 09, 2009

Menggila-sawan kelaku mereka !

Apabila dia sibuk mengatakan PAS/PR tertekan, sebenarnya dialah (UMNO/BN) yang nampaknya benar-benar tertekan. Perangai, tingkahlaku dan percakapannya menampakkan memang dialah yang tertekan. Malah bukan hanya tertekan tetapi juga kelihatan terdesak. Itulah BN khususnya UMNO Najib.

Makin hampir hari mengundi makin mengila-sawan kelaku mereka. Seperti orang mabuk yang tidak sedar. Hak dan tempat orang diserang, dikacau dan diroboh. Orang yang dianggap musuhnya ditebas dengan pedang samurai. Masya Allah jahat sungguh parti ini. Patutlah Tok Guru sanggup menyumpah parti jahat ini, " pergi jahanamlah UMNO !". Wajar benar sumpah Tok Guru. Parti ini jahat !!

Bila gerombolan parti ini bercakap, jarang sangat tidak berbohong. Berbohong tak habis-habis. Boleh dibuktikan seulas-seulas pembohongan mereka. Nampaknya hidup parti ini banyak dengan berbohong dan menipu. Masya Allah, ada lagi orang Melayu nak memangkah parti seperti ini ? Terookk !!

Tadi dalam Astro Awani, SU UMNO kata parti pembangkang berpolitik kerana gila kuasa. Heh...orang gila kuasa, awak yang sampai belasah orang, samuraikan orang tu, gila apa ? Gila Altanthuya ?

Satu lagi, sekarang ni menonton Astro Awani pun macam menonton TV 3 suku. Astro Awani dah dijangkiti virus 3ST3 ( 3 Suku TV 3) dalam melaporkan PRK Bagan Pinang.

Bekas Mufti Dr Asri kata, pilih calon yang baik pada nilaian agama.

Azamin Amin (Harakahdaily)

TELOK KEMANG, 9 Okt:"Lihat kualiti calon, bukan lihat jenama parti. Pilih calon yang baik pada nilaian agama dan berkemampuan pada nilaian politik.Jika sekadar berkemampuan sahaja, tapi tidak amanah, maka penyelewengan akan berlaku."

Demikian pandangan sisi agama oleh bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin kepada Harakahdaily pagi ini bagi memilih ciri-ciri pemimpin yang wajar dipilih oleh para pengundi Bagan Pinang yang akan membuang undi Ahad ini (11 Oktober)

Beliau yang masih tetap dengan pendirian bahawa para pengundi mestilah memilih calon dan bukannya parti yang bertanding sekaligus merujuk istilah siyasah syariyyah yang disebut al-Quwwah dan al-Amanah iaitu yang ada kekuatan atau kemampuan atau ketangkasan melaksanakan tugas serta amanah terhadap tugasan tersebut.

Dua ciri yang disebut dalam al-Quran ini katanya bermaksud: Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah (Surah al-Qasas:26).

Gabungan dua ciri ini kata Asri penting dalam apa tugasan yang dihendak diserahkan kepada seseorang.

"Jika sekadar berkemampuan sahaja, tapi tidak amanah, maka penyelewengan akan berlaku.

"Jika sekadar amanah sahaja tetapi tidak berkemampuan atau tangkas dalam tugasnya, maka tanggungjawab akan terbengkalai," katanya tegas.

Bagi Pengundi Bagan Pinang katanya hendaklah dengan teliti menilai perkara ini dan kesimpulannya ialah memilih yang berkemampuan dan amanah kerana ianya memenuhi tuntutan Islam.

Beliau di samping itu turut menasihati penyokong kedua-dua parti yang bertanding agar sentiasa memikirkan kesan tindakan mereka pada nilaian agama, tanpa dipengaruhi emosi atau semangat yang tidak terkawal.

"Jika kita sesama muslim bergaduh dan berperang antara satu sama lain, apa yang akan terjadi kepada masa depan umat Islam dalam negara ini?"

Bekas pensyarah itu juga tidak mahu menyeru kepada parti kerana parti hanya nama yang dicipta yang perjalanannya ditentukan oleh insan-insan yang mendokongnya justeru menyeru kepada individu-individu yang menyokong atau mendokong kedua-dua parti bahawa tanggungjawab yang lebih utama dalam hidup adalah tanggungjawab terhadap Islam

"Maka mereka dalam apapun tindakan hendaklah memastikan masa depan Islam tidak tercalar dengan apa yang mereka lakukan.

"Mereka hendaklah selalu ingat amaran Nabi s.a.w: "Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu ( untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini ( hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah)....(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)," katanya merujuk insiden pergaduhan dan provokasi yang berlaku di Bagan Pinang baru-baru ini.


Wednesday, October 07, 2009

PPSMI juga merugikan anak-anak tentera

PPSMI; Pengajaran Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Golongan tentera, baik pengundi biasa mahupun pengundi Pos di DUN Bagan Pinang harus memikirkan implikasi buruk PPSMI terhadap masa depan anak-anak mereka. Janji pihak kerajaan mahu memansuhkan PPSMI tidak begitu meyakinkan. Tempoh pemansuhan PPSMI yang terlalu perlahan ini bagaikan mengandungi muslihat yang sukar diduga.

Golongan tentera harus memikirkan bahawa golongan rakyat marhain yang ramai telah tidak sanggup lagi melihat anak-anak mereka termasuk anak-anak golongan tentera sendiri menjadi mangsa PPSMI. Pihak Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran sentiasa berdolak-dalih untuk memansuhkan PPSMI serta merta seperti mana dituntut oleh rakyat khususnya orang-orang Melayu.

Oleh yang demikian, rakyat terutama golongan tentera seharusnya turun mendengar hujah oleh Pak Samad Said yang sedang berada di Bagan Pinang untuk menjelaskan isu yang merugikan anak-anak Melayu ini.

Golongan tentera yang sedar akan ancaman PPSMI yang tidak dimansuhkan segera, terhadap masa depan anak-anak mereka, harus turut bersama dengan masyarakat awam untuk memberi pengajaran kepada kerajaan UMNO/BN melalui peti undi dengan mengundi calon Pakatan Rakyat dari PAS di Bagan Pinang.

PPSMI banyak memberi masalah kepada para pelajar Melayu termasuk anak-anak para tentera sendiri. Jom kita protes sikap berlengah dan tidak serius kerajaan UMNO/BN dalam memansuhkan PPSMI segera, dengan tidak memberi undi kepada calon Barisan Nasional, Tan Sri Isa Samad dalam PRK Bagan Pinang ini.

Isa bukan segala-galanya buat pengundi Bagan Pinang !

Nampaknya Isa Samad yang dikatakan UMNO/BN calon popular di Bagan Pinang mulai panik dan terdesak. Isa mulai meraban apabila 'ditembak' oleh peluru PAS melalui Naib Presiden Salahuddin Ayub.

Isa telah panik kerana bimbang orang Melayu luar bandar di Bagan Pinang telah mulai nampak dan kenal siapa Isa dan faham cara poltik UMNO yang sebenarnya, setelah kempen penerangan PAS mulai difahami oleh rakyat. Nampaknya pengundi-pengundi Melayu di Bagan Pinang mulai berani untuk menerima pemikiran politik yang lebih terbuka dan realistik dari mendengar cakap-cakap yang berdegar-degar tetapi tiada memberi makna kepada kemajuan dan tamadun bangsa Melayu.

Dalam keadaan panik Isa mulai marah-marah kepada Salahuddin Ayub lalu cuba 'menembak 'Salahuddin dengar peluru kosong yang hanya kuat bunyinya tetapi tidak menepati sasaran. Isa kata Kubang Krian kawasan Salahuddin lebih mundur dari Teluk Kemang. Itulah kebanggaan Isa yang langsung tidak berasas dan bukan hujah yang mampu mempertahankan kerusakan integriti dirinya.

Sama ada di Kubang Krian atau di mana-mana di Kelantan inilah jawapan buat Isa dan mana-mana pemimpin UMNO yang masih kekal berlagak 'sombong' dan 'bangga diri' tidak bertempat. Semoga jawapan ini menyedarkan seluruh rakyat bahawa Isa bukan segala-galanya untuk penduduk di Bagan Pinang. Isa sebenarnya tiada apa-apa melainkan kes rasuah politik wang dalam UMNO yang beliau pernah terlibat.

Monday, October 05, 2009

Apakah orang Negeri masih sanjung Isa Samad ?

Dengan menggayakan diri popular, apakah Isa sedar bahawa zamannya telah berlalu ? Apakah Isa masih fikir bahawa orang Negeri masih menyanjungi beliau?

ISA nampaknya masih tidak sedar bahawa orang Negeri sembilan termasuk orang di Bagan Pinang tahu bahawa:

1. Zaman Isa-lah munculnya kes babi sehingga Negeri Sembilan hampir digelar Negeri Sembilan Darul Khinzir. Apakah Isa ingat orang negeri suka dan gemar dengan peristiwa ini ? Orang negeri Sembilan tahu bahawa Isa sangat lemah dan tidak telus dalam menguruskan permasalahan ternakan babi di negeri yang dia menjadi Menteri Besar waktu itu.

2. Zaman Isa menjadi Menteri Besarlah beliau katanya 'mengarahkan' pihak berkuasa agama Islam Negeri Sembilan menutup kes khawat seorang ahli politik berpengaruh dengan seorang artis.

3. Sewaktu Isa menjadi Menteri Besar, Isa diketahui seluruh dunia bahawa dia telah terlibat dalam rasuah politik wang yang menyebabkan UMNO sendiri menghukumnya selama 3 tahun. Najib kata Isa telah dihukum berat oleh UMNO. Lagipun kata Najib, Isa hanya bersalah dari segi tekniksal sahaja dan bukan salah dari segi undang-undang. Nampaknya UMNO memang memunahkan tamadun bangsa kerana memberi wang kepada perwakilan UMNO agar menyokongnya hanyalah satu kesalahan teknikal bayangkan kalau salah dari segi undang-undang, banyak manakah wang yang digunakan ?

4. ISA Samad seorang yang perasan popular sedangkan orang Bagan Pinang tidak mendapati Isa seorang yang popular.

Kalau tidak ada undi POS, Isa berkemungkinan besar akan kalah teruk. Jadi 'nyawa' politik ISA sekarang hanya bergantung kepada undi POS.

Soalnya sekarang apakah askar-askar yang mengundi POS akan berperanan besar meletakkan seorang yang pernah dihukum rasuah menang?

Kita saksi kan nanti, apakah orang nogori masih menyanjungi perasuah ?

Strategi licik Umno-BN terhadap undi pos di Bagan Pinang


Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi


1. Perhatian utama pilihan raya kecil N.31 Bagan Pinang kali ini ialah undi pos . Bilangan undi pos 4,604 [ yang berdaftar ] di Bagan Pinang adalah antara jumlah undi pos terbesar bagi sebuah DUN .

2. Kemenangan Umno dan BN dalam pilihan raya umum pada Mac 2008 di DUN Bagan Pinang dengan majoriti sebanyak 2333 , telah dibantu oleh undi pos apabila mereka berjaya memperolehi 3080 undi pos sedang PAS hanya memperolehi 1189 undi sahaja .

3. Umno dan BN yang jelas mengalami trauma akibat kekalahan demi kekalahan dalam siri pilihanraya kecil pasca pilihan raya umum 2008 yang lalu , tiba - tiba menggantung harapan untuk kembali memulih maruah mereka yang tercalar teruk kali ini berikutan adanya undi pos yang tinggi di DUN Bagan Pinang .

4. Terlalu yakin mereka boleh menguasai undi pos sekali gus memenangi kerusi DUN Bagan Pinang , Umno dan BN sanggup melupakan janji dan komitmen mereka untuk meletakkan calon yang bersih , berwibawa dan berintegriti . Adanya undi pos , Umno dan BN sangat yakin bahawa mereka boleh menang walau siapa calon mereka . Rasuah dan integriti bukan lagi persoalan yang menjadi timbang tara mereka dalam perjuangan dan peletakkan calon , sebaliknya mereka hanya memburu kemenangan semata - mata .

5. Bahasa lain yang mudah difahami ialah " rasuah pun rasuah lah asal boleh menang ! " Saya percaya perkembangan ini didorong oleh keyakinan mereka yang tinggi untuk menang lantaran dilihat undi pos akan berpihak kepada mereka sebagaimana sebelumnya .

6. Sebagaimana yang telah saya tegaskan berulangkali , bahawa hadhirnya PAS bersama rakan - rakan Pakatan Rakyat yang lain ialah untuk membawa pulang tropi kemenangan , bukan lagi sekadar mencongak peluang untuk mengurangkan majoriti Umno dan BN .

7. Justeru itulah , buat pertama kalinya Dewan Pemuda PAS Pusat menubuhkan satu Jawatan kuasa Khas Undi Pos yang dipengerusikan oleh Suhaizan Kaiat [ Ketua Penerangan DPPP ] . Ianya menunjukkan keprihatinan tinggi DPPP terhadap undi pos dan kini DPPP akan memastikan undi pos ini tidak lagi berpihak kepada Umno dan BN .

8. Undi pos di Bagan Pinang umumnya adalah undi Angkatan tentera , pahlawan gagah berani yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara . Tidak mungkin pengundi kelas ini takut kepada ugutan dan ancaman sebagaimana yang sering berlaku kepada pengundi - pengundi di kampung - kampung tradisi .

9. Apa yang menjadi masaalah ialah kertas undi tidak sampai kepada mereka dan lebih malang ada orang lain yang mengundi bagi pihak mereka . Perkara ini pernah didedahkan oleh Kapten Major (B) Abu Kassim di hadapan Suruhanjaya SPR baru - baru ini bahawa dialah antara yang diarahkan untuk memangkah [ mengundi ] dacing bagi pihak anggota tentera yang lain .

10. Undi Pos sememangnya tidak relevan lagi buat zaman ini malah ia dilihat mengancam ketelusan demokrasi . Andai ianya terus dikekalkan , DPPP mencadangkan supaya :

a] Sistem menggunakan borang 2 dan sampul 1 dan 2 itu dihapuskan kerana borang 2 itu mengandungi maklumat peribadi pengundinya

b] Calon dan wakil calon dibenarkan berkempen dalam kem sekaligus membenarkan agent parti memantau proses pengundian dan karung undi .

c] Undi pos tidak disimpan di Balai polis tetapi di simpan di bawah pengawasan SPR sendiri di mana - mana tempat dan dipantau oleh agent dari kedua - dua parti .

11. DPPP melihat terlalu banyak ruang yang memungkinkan undi pos ini dimanipulasi oleh pihak tertentu sekaligus ia mencemar ketelusan dan merosakkan demokrasi . Sebagai contoh ruang dimaksudkan itu ialah :

a] Bagaimana Umno dan BN boleh turun berkempen ke kawasan tentera [ Kem ] sedang PAS atau Pakatan Rakyat tidak boleh . Berikut adalah jadual kempen Umno dan BN .

- 2.10.09 : Proses Culaan Jentera BN di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED), Kem Kg Sawah. Ada 847 Undi Pos di sana.

- 5.10.09 : Menteri Pertahanan akan berkempen ke Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala. Ada 1,130 Pengundi Pos Tentera

- 6.10.09 : Menteri Pertahanan akan berkempen ke Institut Pengurusan Tentera Darat (IPDA), Kem Si Rusa. Ada 407 Pengundi Pos Tentera

b] Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala, Port Dickson akan mengadakan latihan menembak di Melaka pada 7hb, 8hb, 9hb Oktober 2009. Sedangkan pada tarikh tersebut adalah hari pengundi. Kem ini menempatkan 1,130 orang pengundi pos. Kem ini merupakan kem ke-2 teramai dalam kem-kem di PD. Bagaimana pengundi pos di kem tersebut mahu mengundi? Adakah ini muslihatnya untuk mempastikan Sampul Keutamaan hanya dipos sahaja ? Bila dipos akan memudahkan penipuan.

Jadual adalah seperti berikut :

- 7.10.09 : Pengeluaran Undi Pos

- 8.10.10 : Pengundian

- 9.10.10 : Pengundian

- 10.10.10 : Kertas Undi dipos. (Disinilah ahli kem Kor Armor baru balik daripada Melaka)

Antara kemungkinan penipuan yang boleh berlaku akibat tiada pengawasan ialah :

- 7.10.09 : Pengeluaran undi pos (Borang 2,sampul A & kertas undi akan dimasukkan dalam Sampul Keutamaan)

- 8.10.09 : Pengundian hari pertama

- 9.10.09 : Pengundian hari kedua

- 10.10.09 : Baki kertas undi yang tidak diambil akan dipos

- 11.10.09 : Kertas yang dipos akan sampai di Majlis Daerah PD. Pada hari pengundian pada 8 dan 9 Oktober BN tidak dapat menipu kerana dikawal oleh ejen-ejen PAS. Tetapi kertas-kertas undi yang dipos pada 10.10.09 akan diambil oleh pihak tertentu untuk DIPANGKAH DENGAN BN.

12. Perkara ini terjadi kerana kertas undi yang dipos tidak dapat dikawal oleh ejen-ejen PAS. Logiknya mudah: Kertas yang dipos boleh diambil oleh sesiapa sahaja. Termasuk ejen BN. Ejen BN akan ambil dan pangkah BN. Kemudian hantar ke Pusat Penjumlahan di Majlis Daerah PD. Maknanya ejen-ejen Umno akan mengambil alih tugas pengundi dan pejabat pos sekaligus.

13. Umno dan BN kelihatan tertekan menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang ini lantaran mereka mesti membuktikan bahawa mereka mampu menguasai undi rakyat dan tidak hanya bergantung hayat kepada undi pos , kelak jika mereka menang , mereka bukan dipanggil wakil rakyat tetapi wakil pos .

14. Insya-Allah , tanggungjawab yang digalaskan kepada DPPP untuk memastikan undi pos tidak lagi menjadi milik Umno dan BN akan diusahakan sebaik mungkin bersama Pemuda Pakatan Rakyat . DPPP akan memantau malah mengejar undi pos ini ke serata ceruk Insya-Allah , semoga Allah SWT memberi petunjuk dan kekuatan kepada kita.

15. Akhirnya saya menyeru agar semua pemuda berkerja keras. Jangan terlalu yakin serta selesa dan jangan pula terlalu lemah. Laksanakan tanggungjawab mengikut gerakerja dan tindakan yang telah diatur dan diarah. Semoga kita benar-benar merealisasikan impian rakyat yang kini sedang membilang hari menanti khabar kemenangan dari selatan negara setelah timur dan utara berjaya dikuasai.


Pemuda PAS lancar tabung bantuan mangsa gempa


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Lajnah Antarabangsa, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) melahirkan rasa simpati ke atas bencana yang berlaku di Sumatera, Indonesia.

Menurut Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad, pihak DPPP turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga kepada mangsa kejadian gempa dan tsunami tersebut.

"Berdasarkan maklumat yang diperoleh oleh DPPP daripada Kedutaan Indonesia, jumlah korban dijangka mencecah hampir 1000 orang keseluruhannya. Gegaran yang berlaku di Sumatera itu turut dirasai di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia.

"Atas dasar keprihatinan ini, DPPP komited untuk menghulurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa kejadian gempa dan tsunami tersebut,"jelasnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Tambahnya,berdasarkan semangat serumpun Malaysia-Indonesia, DPPP turut menyeru rakyat Malaysia untuk meringankan bebanan rakyat Sumatera yang terlibat di dalam kejadian yang tidak diingini itu.

"Maka, dengan ini DPPP melancarkan 'Tabung Bencana Alam Keprihatinan Sumatera' bagi membantu mendapatkan sumbangan daripada rakyat Malaysia untuk disalurkan ke sana.

Justeru, sebarang sumbangan daripada rakyat Malaysia yang prihatin, bolehlah disalurkan ke akaun MICFF DPP PUSAT, AKAUN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bernombor 14014010026320," katanya._.

Sunday, October 04, 2009

Salahuddin kata dia bohong!! Dah tahu dah!!

Naib Presiden PAS Saudara Salahuddin Ayub memberitahu bahawa Abdul Azeez bohong dakwa dipukul penyokong PAS. Salahuddin Ayub juga mendakwa Abdul Azeez sengaja mencetuskan provokasi dan mencari publisiti murahan sedangkan beliau sebenarnya tidak dipukul.

Kata Salahuddin, Abdul Azeez sebenarnya berbohong.

Sebenarnya kalau Salahuddin Ayub tak bagitahu pun, semua manusia dah tahu memang pun Putera UMNO tu berbohong dan pembohong. Yang muka dia nampak macam lebam tu bukan kerana dipukul penyokong PAS tetapi kerana kuat berbohong !

Sudahlah dunia sudah tahu siapa itu UMNO dan putera-puterinya!!!

Selanjutnya baca di sini


Demonstrasi : NO TO ISA !!

Seluruh rakyat tolak ISA ! Semua bangsa tolak ISA !

Rakyat turun ke jalanraya kerana tak suka ISA. Rakyat tolak ISA ! ISA dah lapok !

ISA tidak Islamik! ISA kerjanya menuduh tanpa bukti. Tanpa bicara. Tanpa belas kesian!

ISA menyusahkan ramai orang. ISA 'menyakitkan'....menyakitkan mata memandang dan telinga mendengar !

ISA kerja hendak pertahan dan menyerang. ISA menyusahkan. ISA kini lapok !

ISA tidak adil. ISA tak suka bicara orang. Keputusan ISA itulah bicara!

ISA menyiksa jiwa dan batin! ISA barang lama. ISA sudah tidak sesuai lagi. Tolak ISA !

ISA dah lapuk tapi digunakan untuk kepentingan politik ! ISA digunakan untuk selamatkan orang-orang tertentu, parti dan kroni !

Seluruh rakyat telah tolak ISA! Rakyat sudah lama tolak ISA dan akan terus tolak ISA.

Rakyat Bagan Pinang juga perlu tolak ISA. Mereka perlu sokong calon PAS, Saudara Zulkifli Mohamad Umar sebagai tanda bantah ISA:

NO TO ISA ! NO TO ISA ! NO TO ISA !!!


UNDILAH CALON PAS. NO TO ISA !!