Followers

Saturday, September 26, 2009

Kerajaan UMNO/BN Pahang

Menurut laporan Suara Keadilan 1-8 September 2009, Kerajaan Pahang hadapi saman berjumlah RM5 billion.

Kerajaan Pahang yang diperintah UMNO/BN hasil dari amanah yang diberikan oleh rakyat melalui setiap pilihanraya, yang terpaksa menanggung dua saman berjumlah hampir RM300 juta sebelum ini, kini dibebankan dengan tiga lagi saman daripada dua buah syarikat dengan nilai yang sama.

Ini bermakna dalam tempoh antara April dan Ogos tahun ini sahaja kerajaan negeri Barisan Nasional pimpinan Adnan Yaakob yang diberi sokongan berterusan oleh rakyat Pahang disaman lebih RM600 juta oleh empat buah syarikat.

Menurut Suara Keadilan berkenaan, yang lebih menggemparkan, keseluruhan saman yang dihadapi kerajaan negeri UMNO/BN kini dalam lingkungan RM5 bilion, termasuk jumlah yang dituntut oleh pelbagai pihak ketika Pahang dipimpin oleh Tan Seri Khalil Yaakob.

Ketika mendedahkan perkara ini kepada Suara Keadilan, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata kerajaan BN telah mengambil sikap tidak bertanggungjawab sama sekali dengan menggadai masa depan Pahang dan rakyatnya.

"Kesemua kes saman terhadap kerajaan UMNO/BN Negeri Pahang adalah disebabkan amalan rasuah, kronisma, penyelewengan dana dan salah urus tadbir sepanjang sejarah negeri ini diperintah oleh UMNO/BN.

"Hak dan nasib rakyat Pahang diketepikan tetapi yang lebih penting bagi UMNO/N|BN ialah kekayaan yang dikaut melalui kontrak-kontrak yang diagih-agihkan sesama mereka. Apabila berlaku masalah, rakyat Pahang yang terpaksa menanggungnya," jelas Azan.

Menurut Suara Keadilan lagi, sekiranya jumlah saman RM5 bilion dibahagikan dengan jumlah penduduk Pahang yang seramai 1,483,600 orang setiap rakyat Pahang termasuk bayi yang baru lahir termasuk yang masih di dalam buaian terpaksa menanggung hutang sebanyak RM3,370.

Ini ialah antara 'kejayaan' mereka yang mengundi UMNO/BN ! Malu !!

Rasuah : Malaysia merudum lagi, negara Islam tercorot.

Abdul Aziz Mustafa (Harakahdaily)

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Ketika Pulau Pinang diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), Malaysia terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

Malah, kedudukan Malaysia lebih buruk dari Israel yang dilabel sebagai entiti haram pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.

Paling mendukacitakan ialah apabila indeks yang dikelaurkan oleh TI itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah.

Negara-negara seperti Somalia, Iraq, Afghanistan dan Sudan berada di tangga paling bawah. Somalia berada di kedudukan tercorot iaitu ke-180, Iraq ke-178, Afghanistan ke-176 dan Sudan ke-173.

Negara yang berada di tempat teratas ialah Denmark diikuti oleh New Zealand, Sweden dan Singapura.

Di Malaysia, negara menanggung kerugian sebesar RM10 bilion setahun akibat rasuah - iaitu jumlah yang mencukupi untuk membina lebih dari 150,000 kos rendah jika diambilkira permohonan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) kepada kerajaan untuk menaikkan harga rumah kos rendah kepada RM60,000.

Dalam laporannya, TI membangkitkan amalan keluar masuk yang berterusan di antara bidang politik dan perniagaan di mana pihak tertentu bertukar-tukar tempat dari kedudukan sebagai ahli politik kepada ahli perniagaan atau dari ahli perniagaan kepada ahli politik dan terus keluar masuk di antara kedua-dua bidang itu.

Keadaan itu, menurut TI, mengakibatkan pengaruh yang negatif kepada konsep semak dan imbang.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa hubungan serba kompleks antara politik, sektor awam dan sektor swasta itu mungkin mengakibatkan rasuah berlaku dengan bebas tanpa sebarang hukuman.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, usaha mencegah rasuah di negara ini tidak ubah seperti melepas batuk di tangga sahaja jika tidak dilaksanakan tindakan drastik untuk memisahkan hubungan selesa antara kerajaan, perniagaan dan politik.

Low berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula tidak memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.

Satu-satunya sisi yang positif dari laporan tersebut mengenai Malaysia ialah pengiktirafan yang diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang dalam memerangi rasuah.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pihaknya menerima pujian itu dengan rendah hati. Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang berjaya mengurangkan RM36 juta atau 12 peratus perbelanjaan operasi hasil usaha memerangi rasuah itu._

Friday, September 25, 2009

Sultan sukar mendapat jodoh

LONDON - Seorang lelaki Turki, Sultan Kosen disahkan manusia tertinggi di dunia selepas seorang lelaki Ukraine, Leonid Stadnyk enggan membenarkan ketinggiannya diperiksa.

Guinness World Records mengesahkan Sultan, yang memiliki ketinggian 2.47 meter, kini manusia tertinggi di dunia.

Stadnyk, 39, yang menjadi penyandang gelaran sebelum ini dilaporkan mempunyai ketinggian 2.57 meter.

Sultan, 27, memberitahu wartawan di London bahawa beliau mahu menggunakan status barunya untuk mencari jodoh.

“Sehingga kini sangat sukar bagi saya untuk mencari teman wanita,” kata Sultan.

“Saya tidak pernah mempunyai teman wanita. Saya harap dapat menemui ramai gadis dan mencari pasangan untuk berkahwin selepas menjadi terkenal,” katanya.

Menurutnya, memiliki ketinggian bukan satu kelebihan kerana ia menyukarkannya memasuki kereta biasa atau memilih pakaian sesuai.

Antara kelebihan berbadan tinggi ialah boleh melihat orang dari jauh, katanya.

Alahai....Tarian Pendet !


Siapalah nak mengaku tarian macam gini tarian Malaysia...? Nak mengakupun malu !

Tak payahlah !!

Thursday, September 24, 2009

Rasuah menjadi cara hidup di Malaysia ? Jadi YB peluang buat duit !

Jawatan wakil rakyat peluang buat duit, lapor TI

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Wakil-wakil rakyat dan penyokong-penyokong rapat mereka percaya bahawa jawatan tersebut adalah peluang untuk membuat duit bagi diri mereka sendiri, Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Datuk Paul Low.

Beliau menyifatkan rasuah telah menjadi cara hidup di Malaysia ketika rakyat negara ini merasa tidak berdaya dan kebanyakannya mengalah kepada rasuah yang menjadi-jadi akibat sikap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang enggan berbuat apa-apa walaupun terdapat tuduhan rasuah yang serius.

Beliau seterusnya mendedahkan, institusi dan badan penguatkuasa yang ada di negara ini tidak berkesan dan tidak bebas sepenuhnya.

"Masyarakat percaya tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan dan mereka yang diamanahkan dengan wewenang dan kuasa untuk merubah perkara yang berlaku tidak komited (untuk bertindak ke atas jenayah rasuah) atau tidak berdaya melakukannya," sebuah laman web memetik beliau berkata.

"Badan anti rasuah seringkali gagal menangkap 'ikan besar' yang dikatakan pihak yang sebenarnya terlibat di dalam kes-kes rasuah".

Low menyifatkan SPRM dan lain-lain reformasi yang dilakukan oleh kerajaan untuk membasmi rasuah masih belum menunjukkan hasil yang diharapkan.

"Terdapat rasa meluat yang begitu kuat terhadap keadaan yang tidak berubah-ubah itu," kata beliau dalam sidang akhbar mengenai 'Laporan Rasuah Sedunia 2009: Rasuah dan Sektor Swasta' yang antara lain mendedahkan bahawa indeks rasuah di Indonesia jauh lebih rendah dari Malaysia.

Menurut beliau, rasuah diterima, kalaupun tidak dibiar dan dimaafkan, sebagai cara hidup di negara ini kerana ketidakjujuran, rasuah dan mengabdikan diri kepada hawa nafsu telah menjadi nilai-nilai yang diterima malah dipuja-puja.

Usaha memerangi rasuah pula dihalang oleh sistem politik di dalam negara ini walaupun Malaysia mempunyai undang-undang dan polisi yang berkaitan serta institusi untuk melakukan perkara itu.

"Keadaan saling bergantung antara kerajaan, perkhidmatan awam dan sektor swasta menidakkan konsep check and balance," jelas beliau.

Mengenai skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), beliau berkata kes itu membabitkan isu penyaluran dana dari sektor swasta kepada parti-parti politik.

Parti-parti politik yang terlibat menerima dana itu akhirnya akan membalas jasa, katanya.

"Di sinilah munculnya tender tertutup yang bertentangan dengan pemerolehan secara terbuka di dalam perniagaan," katanya lagi.

Beliau menyifatkan skandal PKFZ sebagai peristiwa hitam dalam sejarah negara.

Low juga merupakan pengerusi Jawatankuasa Sementara Pentadbiran dan Tadbir Urus Korporat PKFZ.

"Saya berharap apa yang berlaku dalam PKFZ akan menjadi contoh baik apa yang sepatutnya dilakukan bagi agensi lain dan agensi berkaitan kerajaan.

"Kita tidak boleh membazirkan sumber kita," kata beliau dalam sidang akhbar di Petaling Jaya itu.

Menyifatkannya sebagai satu daripada skandal terbesar tahun ini, Low berkata jawatankuasa itu kini sedang mencari tiga pengarah bukan eksekutif bebas untuk menduduki lembaga.

Beliau berkata sifat-sifat peribadi akan menjadi kriteria pertama bagi pengarah, sebelum kecekapan.

"Mereka perlu mempunyai sikap bertanggungjawab dan tidak mempunyai kepentingan diri sendiri," katanya semasa ditanya mengenai kriteria pelantikan.

Calon-calon akan dipilih daripada mereka yang tidak mempunyai hubungan politik tetapi mahu membantu negara dan PKFZ serta mempunyai pengetahuan mengenai industri pelabuhan, katanya.

Mengenai sama ada tempoh beliau dalam jawatankuasa itu akan dilanjutkan, Low menjawab: "Jika perkara masih tidak selesai, saya mungkin meminta lanjutan."

Jawatankuasa itu dijangka mempunyai masa sehingga Januari 2010 untuk menyelesaikan tugasannya. Mengenai kontraversi videp Datuk VK Lingam yang mendedahkan manipulasi badan kehakiman, Low berkata isu yang melibatkan campur tangan pihak yang berkepentingan dalam perlantikan hakim-hakim tetap menjadi isu yang tidak dapat diselesaikan 2007._

http://www.harakahdaily.net



UMNO semakin rosak.

Sudah semestinya untuk menjadi pemimpin atau wakil rakyat, calon yang amanah dan berintegriti tinggi yang dalam erti kata lain calon bersih menjadi kriteria utama untuk dipilih. Mana-mana parti politik yang berintegriti pasti akan bersikap sedemikian.

Tetapi prinsip ini tidak bagi UMNO sebuah parti tua yang kian lesu dan rosak.

Kata Noh Omar seorang pemimpin tegar UMNO yang sangat seronok dengan 'kepala lembu' di Shah Alam, calon bersih tidak cukup menjamin kemenangan BN khususnya di Bagan Pinang. Pandangan Noh Omar sama dengan pandangan orang kuat penerangan UMNO Ahmad Maslan.

Pandangan dua orang kuat UMNO ini memberitahu bahawa Isa Samad berkemungkinan besar calon UMNO di Bagan Pinang. Dan ini terus menyanggah pandangan mantan Presiden UMNO Tun Mahathir Mohamed.

Nampaknya jika itulah calonnya dan menang, penduduk Bagan Pinang sengaja memilih nasib malang. Jika integriti dan bersih menjadi pilihan mereka, Isa Samad pasti kalah walaupun ada undi pos.

UMNO kini tengah pening kepala memilih calon kerana UMNO sudah kekeringan calon. Akhirnya calon rasuah politik wang akan dipilih !?

Tak percaya baca di sini