Followers

Saturday, September 12, 2009

Dr Lo' Lo' kata, kerana fahaman Islam UMNO maka berkecai Altantuya

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Sept: Kerana fahaman Islam Umno hanya untuk pembangunan ekonomi sahajalah maka berkecainya badan wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu, kata Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali.

Bagi beliau, Umno hanya memalukan umat Islam di seluruh dunia sahaja jika terus mendakwa mereka adalah parti Islam.

"Kalau Umno mengaku parti Islam maknanya bagi Umno Islam ini untuk pembangunan ekonomi sahajalah. Yang lain seperti aqidah, keadilan, akhlak dan moral, Umno tidak terimalah," kata anggota Parlimen Titiwangsa itu.

Lo' Lo' yang juga AJK PAS Pusat mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.

"Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lepas berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?," kata beliau ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini semalam.

"Kita tidak perlu label "membangun bersama Islam" kerana kita telah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana kita tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan," kata Najib.

Bagi Lo' Lo', kerana sikap Presiden Umno begitulah maka Umno penuh dengan amalan yang tidak baik seperti rasuah, kebocoran wang negara dan tidak amanah berleluasa di negara ini.

"Kerana anggapan Islam Umno itulah maka berkecainya nyawa Altantuya Shariibuu dan matinya Teoh Beng Hock di pejabat SPRM," kata Lo' Lo' kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, apa yang dibuat oleh Umno ketika menganggap Islam hanya membangunkan ekonomi pun hanya membangunkan ekonomi untuk golongan tertentu sahaja bukan untuk umat Islam semuanya kerana ramai umat Islam sendiri yang terus terbiar papa kedana.

"Hanya untuk Umno dan BN serta kroni mereka sahaja," kata beliau menambah hujjahnya.

Bagi beliau, Umno hanya mengambil Islam yang sesuai dan untuk kepentingan mereka sahaja tetapi meninggalkan ajaran dan akhlak yang dibawa oleh Islam.

Jenayah dan keselamatan rakyat terancam. Pimpinan Pakatan Rakyat tergugat. Semua ini UMNO tidak pentingkan kerana fahaman UMNO, Islam adalah untuk kemajuan ekonomi sahaja," katanya._

Sebenarnya banyak lagi yang 'berkecai', bukan Altantuya saja !!!

Perak berkecai !!

Peranan Speaker berkecai !!

Beck Hock berkecai !!

Lembu berkecai !! (Putus kepala)

Bahasa Melayu berkecai !!

Keluhuran Perlembagaan berkecai !!

Kedaulatan Undang-undang berkecai !!

Ekonomi negara pun berkecai !!

Kerana apa ? Kerana fahaman Islam UMNO !!



Friday, September 11, 2009

Pak Jib dah mula kena kutuk....!!

Sehari dua ni gegak gempita kaki tangan kerajaan dan golongan-golongan bukan kaki tangan kerajaan yang tertentu kerana apa yang disebut bantuan raya.

Antara sembang yang kedengaran antaranya;

Dulu masa Pak Lah PM ada orang UMNO kata Pak Lah patut letak jawatan kerana Pak Lah tak pandai urus ekonomi. Pak Lah bukan pakar ekonomi. Yang pakar ekonomi ialah Pak Jib kata mereka. Tapi dalam tak pandai Pak Lah boleh jugak bagi bonus sebulan gaji.

Pak Jib yang katanya bijak ekonomi akhirnya lebih pandir dari Pak Lah. Pak Jib tak mampu nak buat macam Pak Lah, walaupun Pak Jib selalu sebut " our economy is on the right track". Kaki tangan kerajaan, kumpulan sokongan sahaja yang dapat bantuan raya, itu pun RM500. Kumpulan yang lain tersengeh !

Yang kelakarnya kedengaran dalam sembang-sembang itu, RM250 bagi sebelum raya yang sebahagian lagi bagi bulan Disember. Empat bulan kemudian ! Kata seorang penjaga dari kumpulan sokongan , " Aku ni nampaknya lebih kurang taraf dengan pelajar yang dapat bantuan KWAMP RM240(Kumpulan Wang Amanah Murid Miskin).

Nampaknya Pak Jib dah mula dikutuk.

Thursday, September 10, 2009

Berita tergempar !!

Satu keputusan mahkamah memutuskan bahawa mahkamah tidak boleh campur tangan dalam keputusan DUN bimbang melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan.

Ini adalah perkara dalaman dan apa sahaja perkara yang timbul perlu dibincang dan diselesaikan dalam DUN bukan dalam mahkamah tahu !

Tetapi awas, SPR 1Malaysia boleh campur tangan urusan Speaker di DUN? Jelas !

Jangan tak percaya, lihat di Perak dan di Kedah.

Proses menutup pekung dari pecah, kalau pecah.....

Kabinet melantik pasukan pemantau dan penyiasat kes PKFZ. Pasukan ini akan melaporkan kepada kabinet apa-apa maklumat dan dapatan. Lepas itu kabinet akan .......... tau-tau sendirilah !!

Lima pegawai SPRM termasuk yang bernama Asraf itu telah membuat laporan polis menafikan mendera orang yang di siasat semasa membuat soal siasat. Bila laporan polis dibuat maka polis akan buat siasatan, lepas itu tau-tau sahajalah, ini Malaysia 1Malaysiakan !!

Dua orang yang aktif dalam demonstrasi kepala lembu berdarah yang telah dilihat oleh ramai orang akan mereka itu dalam video diinternet, tidak didakwa. Tidak didakwa kerana tidak mahu pekung parti itu pecah, kalau pecah.......

Tuesday, September 08, 2009

Salahudin jawab Najib, apa analisis media ampu UMNO selepas ini ?

PAS tidak akan bersama UMNO pertahankan perkauman


KUALA LUMPUR, 8 Sept: PAS menyifatkan, perlawaan Umno bertalu-talu kepada PAS agar bekerjasama dengan parti yang kini terjebak dengan isu perkauman sebagai satu tindakan tersepit.

Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, Umno kini terlalu tertekan dengan isu perkauman ini dan sangat memerlukan PAS untuk mengesahkan tindakan mereka.

Jika PAS tidak menyokong tindakan Umno maka masyarakat akan menganggap tindakan Umno sebagai berdasarkan perkauman dan bukannya berasaskan Islam.

Salahudin mengulas ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Manek Urai semalam.

Dalam ucapan itu sekali lagi pemimpin Umno mempelawa PAS berunding dengan mereka demi kepentingan ummah dan Islam tetapi menegaskan "tidak rela Umno dihina".

Ini adalah huluran tangan yang kesekian kalinya oleh pemimpin Umno agar PAS bersama-sama dengan mereka sejak pilihan raya umum 2008 lalu.

Bagi Salahudin, Umno hanya akan menghulurkan tangan ketika mereka tersepit tetapi selepas selesai masalah mereka, PAS akan ditendang sebagaimana yang dialami oleh PAS sebelum ini.

"Ketika negara hadapi isu perkauman 1969, PAS diajak bersatu demi Melayu dan Islam. Tetapi apa berlaku selepas Umno kuat kembali?" soal Salahudin.

Bagi beliau, Umno tersepit sekali lagi kini. Selepas kalah teruk dalam pilihan raya 2008, Umno menjadikan isu perkauman sebagai pendekatan untuk mengikat sokongan orang Melayu kepada mereka. Kononnya bangsa Melayu tertekan kini.

"Yang tertekan bukan bangsa Melayu tetapi Umno," kata beliau.

Apabila aktivis-aktivis Umno di Seksyen 23, Shah Alam memainkan isu perkauman dan agama sempit sehingga sanggup membawa kepala lembu yang masih berdarah ke Pejabat SUK Selangor, Umno sekali lagi tersepit.

"Mereka ingat PAS akan menyokong mereka atas dasar mereka memperjuangkan Islam dan Melayu dan melawan agama Hindu.

"PAS berpendirian tidak menyokong mereka kerana Islam tidak mengajar begitu. Hampir kesemua pemimpin PAS mengambil pendekatan yang diajar Al Quran iaitu jangan kamu menghina tuhan-tuhan mereka kerana dibimbangi mereka juga akan menghina Allah," kata Salahudin.

Kini, katanya Umno tersepit dan mengharapkan PAS bersama-sama mereka. " Umno kini telah menjadikan perkauman sebagai makanan ruji mereka. Kita tidak akan bersama dengan mereka" kata Salahudin._

Harakahdaily.

Kali ini Najib yang mulakan bukan Muhyiddin lagi !

Untuk Permatang Pasir, Muhyiddin mulakan di Johor dengan isu 'Anwar Pengkhianat Bangsa'. Akhirnya isu yang dilaungkan Muhyiddin makan diri.

Nampaknya untuk PRK Bagan Pinang, Najib memulakannya sendiri di Kelantan tanpa lagi mengharapkan Timbalannya, dengan membawa isu yang sebenarnya sudah tidak relevan kepada PAS, "UMNO sedia berunding dengan PAS demi kepentingan Islam". Macam isu Kerajaan Perpaduanlah tu!

Mulai hari ini media massa akan mula menyiarkan komen-komen pengampu lapuk dari pelbagai bidang. Dan ramailah juga para 'cendik pandai' UMNO/BN akan diminta mengulas dan konon menganalisis dalam rancangan analisis politik untuk berusaha membentuk public opinion kononnya 'PASlah yang sebenarnya tidak mahu perpaduan bukan UMNO.' Tak percaya tunggu dan lihat !

UMNO kian panik di Bagan Pinang setelah mampu mengelak di Kota Seputih. Nampaknya UMNO merancang tetapi perancangan Tuhan lebih tepat. Ke mana UMNO nak lari lagi ?

Monday, September 07, 2009

Fahami Quran pacu utuhkan bangsa kata Najib !!

Datuk Seri Najib kata fahami dengan jelas inti pati Al-Quran penting dalam membantu usaha kerajaan membina sebuah negara yang utuh dan disegani melalui gagasan 1Malaysia.

Kata Datuk Seri Najib itu betul tapi Datuk Seri Najib sedar atau tidak apa yang dia cakap? Faham atau tidak apa yang dia kata ? Atau hanya untuk sedap berkata-kata ?

Tengok kiri tengok kanan, isteri sendiri tidak menutup aurat. Isteri sendiri bersentuh pipi dengan lelaki India. Akhlak anak macam mana ?

Alangkah bahagianya 1Malaysia kalau Najib dulu yang faham inti pati Al-Quran kerana:

Orang yang faham inti pati Al Quran tidak akan pecah amanah atau makan komesyen kapal selam. Orang faham inti pati Al Quran akan mengarahkan pembicaraan altantuya secara telus. Orang faham inti pati Al-Quran tidak akan buat khianat kepada kerajaan Pakatan Rakyat baik di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah apatah lagi di Perak. Orang yang faham inti pati Al-Quran akan menghukum ahli parti yang buat demontrasi provokasi kepala lembu berdarah. Orang yang faham inti pati Al Quran tidak membela SPRM dalam kes Beng Hock. Orang yang faham inti pati Al-Quran tidak akan membiarkan SPR menyeleweng kuasa seperti dalam kes Kota Seputih. Orang yang faham inti pati Al-Quran tidak akan terlibat sama sekali dalam rasuah pilihanraya. Dan orang yang faham inti pati Al-Quran MESTILAH CAKAP SERUPA BIKIN ! CAKAP BENAR DAN JANGAN GEMAR BERBOHONG !

Masalahnya Najib faham ke inti pati Al Quran bila Allah berfirman dalam Surah Al Maidah ayat 2 bermaksud: "Bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perbuatan dosa dan permusuhan" ?


Sunday, September 06, 2009

Wajah, gaya dan suara 'pejuang'....

Pejuang Islam hadhari tarbiyah 1Malaysia dari apa yang dipanggil
United Malay National Organisation !


Antara kata-kata hikmat pejuang :

"Woi, kaulah pengkhianat...pengkhianat agamalah pukimak !"

"Hoi Khalid (Samad), kau duduk. Kau belum kenal aku siapa? Selepas ini, kau jangan turun Seksyen 23, kalau tidak, kau mati. Ini kawasan majoriti Melayu!"

Semoga selamatlah Melayu dengan pejuang yang sehebat ini !!!