Followers

Friday, September 04, 2009

Pilihanraya kecil lagi...di N9 !!

Dengan kematian ADUN UMNO Bagan Pinang, Negeri Sembilan YB Azman Mohd Nor, nampaknya Pilihanraya kecil seterusnya tak dapat dielakkan. SPR perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

SPR yang cuba mengelak UMNO dari terjebak dalam dilema PRK yang berterusan dengan menolak PRK di Kota Seputih Kedah, nampaknya tidak dapat menolak takdir Tuhan untuk membuat juga pilihanraya bagi menekan dan menguji UMNO sebuah parti yang terlalu megah, secara berterusan.

Apakah ada lagi 'putar belit' SPR di DUN Bagan Pinang untuk bersikap tidak adil demi menyelamatkan tuannya ? Kita saksikan !

Laporan Hakarahdaily:

KUALA LUMPUR, 4 Sept: Malaysia bakal menyaksikan pilihan raya kecil terbaharu ekoran kematian Adun Bagan Pinang, Negeri Sembilan, Azman Mohd Nor akibat sakit jantung di Seremban hari ini.


Ekoran kematian beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Azman menewaskan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi apabila memperolehi 6,430 undi berbanding Ramli yang mendapat 4,097 undi.

Dun Bagan Pinang yang mempunyai pengundi berdaftar sebanyak 14,192 ialah kawasan majoriti Melayu, sebanyak 66 peratus, dan pengundi Cina dan India masing-masing 10.5 dan 19.9 peratus.

Negeri Sembilan ialah negeri yang dikenali sebagai kubu terkuat Umno dan Barisan Nasional, tetapi pembangkang mula meningkatkan usaha menawan beberapa kerusi di negeri ini.

Kerajaan negeri pimpinan Umno di negeri ini telah menyaksikan pergolakan sejak Mac 2008 ekoran rasa kurang senang kepada Menteri Besar Datuk Mohamad Hasan oleh ahli-ahli Umno, sehingga timbul spekulasi lompat parti oleh Adun BN kepada Pakatan.

Pilihan raya kecil ini bakal menjadi yang kesembilan selepas pilihan raya umum yang lalu, yang menyaksikan Pakatan Rakyat memenangi lapan daripada pilihan raya tersebut.

Ketua Umno cawangan ini adalah Tan Sri Mohd Isa bin Abd Samad. Beliau juga adalah Ketua Umno Bahagian Telok Kemang. _

Antara berita yang memualkan.....

Antara berita yang memualkan bagi mereka yang berintegriti dan bermoral tinggi ialah:

Kontrak Musa disambung setahun

Walaupun dipertikaikan, kontrak Tan Sri Musa Hassan sebagai ketua polis negara dilanjutkan setahun lagi sehingga 12 Sept tahun depan.

Pengumuman itu dibuat dalam satu kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam hari ini.

Beliau berkata lanjutan kontrak itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin atas nasihat perdana menteri dengan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Musa memulakan kerjayanya dalam pasukan polis sebagai seorang inspektor pada 11 Nov 1969.

Jawatan yang pernah disandangnya termasuklah penolong pengarah Bahagian Narkotik Bukit Aman (1981), pensyarah Maktab Polis Kuala Kubu Baharu (1986), pegawai latihan di Bukit Aman (1991), timbalan penolong pengarah pendakwaan Bukit Aman (1995) dan timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman (2001).

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ketua polis Johor (2003), pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (2004) dan timbalan ketua polis negara (2005).

Musa, yang berkelulusan undang-undang, dilantik sebagai ketua poli negara pada 12 Sept 2006.

Kelmarin, PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya menolak pelantikan semula beliau dengan alasan peningkatan kadar jenayah yang gagal dibendung dan muncul dakwaan terbaru bahawa wujud penglibatan kongsi gelap dalam mengatur kenaikan pangkat pegawai polis.

Sementara Angkatan Muda PKR pula merancang menyerahkan memorandum membantah penyambungan kontrak Musa kepada menteri berkenaan esok.

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin akan menyerahkan memorandum itu di Putrajaya jam 2.30 petang

Thursday, September 03, 2009

Zambry Kadiq, bubar DUN Perak untuk rakyat membuat penilaian !

Dalam Buletin Awani petang tadi MB mahkamah Perak, Zambry Kadir mengulas tentang apa yang berlaku pada hari Rabu yang lalu iaitu persidangan DUN Perak yang dipanggil oleh Speaker yang masih sah DUN Perak, YB Sivakumar.

Kata Zambry, apa yang berlaku pada hari Rabu semalam, biarkan rakyat sendiri melihat dan menilai siapa YB-YB Pakatan Rakyat yang sebenarnya.

Zambry juga yakin peristiwa itu menambah lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan mahkamah Perak.

Sebenarnya apa yang berlaku adalah sebaliknya ia itu dari ulasan Zambry tadi, telah menambah keyakinan rakyat Perak bahawa Zambry sebenarnya hanyalah hero yang berdegar-degar di dalam sidang akhbar beliau sahaja. Lebih teruk lagi Zambry dengan gerombolan UMNO/BNnya adalah golongan ahli politik yang tidak yakin kepada kemampuan sendiri dan sering bercakap seolah-olah tidak sedar apa yang dia cakapkan.

Macam mana Zambry suruh rakyat Perak menilai, jika tanpa pembubaran DUN Perak ? Jika Zambry yakin beliau dan gerombolan UMNO/BNnya semakin diyakini rakyat Perak, bubar DUN Perak segera untuk mendapat kuasa yang lebih meyakinkan bagi memudahkan beliau mentadbir Perak tanpa gangguan. Kenapa Zambry kelihatan kecut perut untuk membubarkan DUN ?

Zambry sebenar merapu dalam keadaan seolah-olah tidak sedar apa yang dia cakapkan. Kalau dia sedar apa yang dia cakapkan, dia sudah tentu berani memohon bubar DUN Perak segera !

Tindakan Sivakumar panggil 'sidang' DUN sah - Anwar

Rabu September 2, 2009

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan Speaker Pakatan Rakyat, V. Sivakumar memanggil "Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak" hari ini adalah sah.

"Bagi kita Speaker yang sah adalah Speaker yang dilantik oleh DUN secara sah bukan speaker yang dilantik secara haram dari lantai.

"Soal negara ini hendak menjadi negara hukum kita kena ikut hukum. Kalau bila soal pembangkang sibuk bercakap soal hukum tapi bila Umno, dia langgar hukum pun diterima juga," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai tindakan Sivakumar mengadakan sidang DUN Perak hari ini.

Hari ini, Sivakumar yang juga ADUN Tronoh mengadakan "Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)" Perak di sebuah hotel di negeri itu hari ini selepas dihalang daripada memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang menempatkan DUN.

Mengulas lanjut mengenai Speaker yang dilantik Barisan Nasional (BN), Datuk R Ganesan, Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen berkata, MIC hanya diperkudakan sebagai Speaker dan mereka tiada apa-apa kuasa kerana kenyataan yang berlaku di Perak telah ditonton oleh jutaan orang melalui laman web.

"Kalau laporan media rasmi Umno dan kerajaan, liputan tidak diberikan. Tapi kita masih bertahan. Sidang sah hanya dipanggil oleh Speaker yang sah," katanya.

Selain memanggil sidang DUN, Sivakumar yang juga ADUN Tronoh memfailkan perintah injuksi di Mahkamah Tinggi Ipoh semalam bagi menghalang Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim daripada menghalang ADUN Pakatan memasuki bangunan SUK.

Wednesday, September 02, 2009

UMNO hanya cakap berdegar-degar tapi takut di Kota Seputih

UMNO kian teruk. UMNO sudah tidak mampu berfikir rasional melainkan mengikut hawa nafsu sahaja. Apa sahaja akan dipergunakan oleh parti ini demi mengekalkan kuasa dan menyambung talian hayat mereka yang kian nazak.

UMNO kini bukan sahaja mempunyai Wanita, Pemuda, Putra dan Putri tetapi juga mempunyai SPRM, PDRM, Segala Agensi Kerajaan dan SPR sebagai unit parti mereka. Nyawa UMNO tidak mampu lagi ditanggung oleh UMNO, Wanita, Pemuda, Putra dan Putri yang sudah nyawa-nyawa ikan.

Semalam SPR telah 'memberi' nyawa kepada UMNO untuk terus mengekalkan kerusi DUN Kota Seputih. Tanpa SPR bertindak demikian UMNO berkemungkinan sangat besar akan tersungkur dan tersembam lagi dalam PRK DUN Kota Seputih jika diadakan.

UMNO takut kalah sebab itu Muhyiddin awal-awal mengingatkan SPR agar tak payah buat PRK. Dengan tindakan SPR semalam apakah tidak benar bahawa SPR adalah salah sebuah 'sayap' baru parti tua itu ?

Monday, August 31, 2009

HARGA MINYAK NAIK ???

Katanya majoriti orang Melayu masih tegar menyokong UMNO kerana percaya hanya UMNO yang pandai memerintah, orang lain tak pandai !

Nah... hadiah dari orang yang pandai memerintah Malaysia:

1. H1N1 semakin mencemaskan. Tak tahu bila kesudahannya.
2. Gula semakin tak ada.
3. Lembu dizalimi, DAN
4. HARGA MINYAK NAIK BERMULA MALAM INI ?

Hadiah hari merdeka, harga minyak naik lagi?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini.

Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

PAS bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat serta NGO prihatin telah beberapa kali membantah kenaikan minyak sehingga ramai antara mereka terpaksa bermalam dalam lokap.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan debat khas dengan Menteri Penerangan sebelum ini, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak ini.

Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi.

Ini kerana, barangan keperluan harian sebagaimana biasa akan naik menjelang hari perayaan nanti

."Kenaikan harga minyak akan menambahkan lagi beban rakyat," kata Salahudin._

Sunday, August 30, 2009

ADUN Pakatan Perak tetap hadir sidang DUN Rabu ini

Oleh : Dzulfikar Mashoor

IPOH, 30 Ogos: Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Pakatan Rakyat Perak akan hadir ke Sidang Dun Rabu depan seperti notis panggilan yang telah dikeluarkan speaker V.Sivakumar kepada mereka.

Ianya sekaligus mengenepikan arahan Speaker Barisan Nasional, Datuk R. Ganesan agar ADUN mengabaikan jemputan yang dibuat Sivakumar itu.

Menteri Besar Pakatan Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pagi tadi menegaskan bahawa Ganesan tidak layak berbuat demikian kerana bekas Adun Sungkai itu bukanlah Speaker Dun yang sah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Adun Pasir Panjang turut berkata, mustahil Ganesan boleh mengakui dirinya Speaker Dun Perak, sedangkan jawatan itu masih disandang V. Sivakumar secara sah sehingga sekarang.

"Dia (Ganesan) bukan Speaker yang sah. Dia tidak berhak berbuat begitu (menghalang sidang Dun Rabu depan) kerana Sivakumar masih Speaker yang sah. Dalam laporan Aturan Mesyuarat (Standing Order) Dewan Undangan Negeri, selagi Speaker (merujuk pada Sivakumar) masih ada di kerusinya, tidak ada orang lain boleh mempengerusikan persidangan."

"Jadi, persidangan tidak bermula pun. Ini kerana Speaker Sivakumar telah menunggu semua yang diarahkan keluar dewan berdasarkan Perintah Tetap 11, keluar dewan (Dun)," ujarnya ketika dihubungi.

Jelas Nizar, Sivakumar telah mengarahkan 7 Adun BN (Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir, Hamidah Osman, Ramly Zahari, Dr. Mah Hang Soon, Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharuddin) yang digantungnya kerana menghina Dun Perak; tetapi mereka enggan mematuhi peraturan tetap Dun.

Sivakumar juga telah mengusir keluar 3 Adun Bebas iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt. (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) yang didakwanya sudah hilang kelayakan sebagai Adun disebabkan pengisytiharan kekosongan Dun, keluar dewan; tetapi mereka juga mengingkari perintah Speaker Sivakumar.

"Arahan Speaker (Sivakumar) waktu itu sah. Mereka (Adun BN) sedar, mereka sudang hilang majoriti (di dalam Dun). Jadi, mereka heret Sivakumar keluar secara paksa sebelum lantik Ganesan. Itu (Ganesan) Speaker haram namanya." ujarnya lagi.

Ditanya tentang sidang dun Rabu depan sudah mendapat perkenanan Tuanku Sultan atau tidak, Nizar menjelaskan bahawa bidang kuasa Tuanku Sultan untuk memanggil sidang Dun sebenarnya pada permulaan penggal kerajaan memerintah sahaja.

"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh diguna pakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama." tambahnya.

Beliau yang dikenali sebagai ikon 'Politik Baru Malaysia' sewaktu pilihanraya kecil Bukit Gantang, April lalu, turut memaklumkan bahawa persiapa Dun Perak kali ini telah dibuat lebih rapi, sejak enam bulan yang lalu.

Pihak Polis dan FRU tidak boleh lagi menghalang sidang Dun tersebut dari terus berlangsung, sebagaimana yang pernah mereka lakukan dalam peristiwa 'Perak Yang Gelita' (1Black Perak), 7 Mei lalu.

"Saya berasa ia (Perak Yang Gelita) tidak akan berlaku kerana Tuan Speaker (Sivakumar) telah membuat suatu persiapan yang lebih serius sejak enam bulan lalu. Sivakumar telah memohon daripada Mahkamah Tinggi Ipoh supaya ianya (sidang dun) tidak akan dihalang Polis dan FRU."

"Kami (Pakatan) merasakan kalaulah kemasukan kami (ke Dun) itu dihalang kerana mahkamah tidak memberikan pengisytiharan, maka ia sesuatu yang bertentangan dengan peraturan Panel Kod 124 Kanun Keseksaan. Polis dan FRU tidak boleh menghalang atau mengkasari kami. Sebab itu, kami (Pakatan Rakyat) meminta perintah Mahkamah supaya manghalang Ketua Polis Daerah dan FRU mengkasari kami dari menghadiri sidang dun depan," ujarnya lagi.

Nizar juga turut mempersoal kredibiliti Ganesan yang berani menganggap Sivakumar dan Pakatan Rakyat negeri seolah-olah menghina Tuanku Sultan Perak serta cuba merampas kuasa (kudeta) kerajaan negeri; sekiranya tetap mahu meneruskan sidang Dun Rabu depan.

"Yang menghina Sultan bukannya Sivakumar, Yang hina Sultan dan kemuliaan Dun Perak adalah Ganesan sendiri. Barisan Nasional lah yang kudeta (merampas kuasa) kerajaan negeri Perak dari Pakatan; yang sah mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya umum ke-12 lalu." katanya.

Tambah Nizar lagi, Ganesan juga boleh dianggap sebagai perampas kuasa speaker Dun, kerana perlantikannya meragukan.

"Merujuk Perkara 36(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Nizar menegaskan bahawa apa-apa perlantikan pun (termasuk melantik Ganesan), mestilah selepas titah Tuanku (Sultan Azlan Shah). Dia (Ganesan) dilantik dalam kalangan mereka (Adun-Adun BN) di dalam dewan, sebelum Tuanku bertitah (setelah) dengan merampas kerusi Speaker, sedangkan Speaker (Sivakumar) masih ada dikerusinya. Itu yang meragukan."

Semalam, sebuah akhbar arus perdana melaporkan, Ganesan mengarahkan semua Adun Perak tidak menghadiri sidang Dun Rabu depan.

Beliau mendakwa Sivakumar cuba menyamar sebagai Speaker Perak dan seolah-olah cuba merampas kerajaan negeri dari genggaman Umno Barisan Nasional.

Mei lalu, Sivakumar mengeluarkan Notis Panggilan Sidang Dun Tergempar 11 hari lebih awal sebagaimana sah di diperuntukkan undang-undang, Perintah Tetap Dewan Negeri (PT)8(1).

Bagaimana pun, ianya dihalang dan terpaksa mengadakan sidang di bawah pokok. Selepas kejayaan BN menghalang sidang Dun tergempar lalu, khalayak percaya Pakatan Rakyat akan berdepan cabaran yang lebih genting Rabu depan_mna_.

Pelik-pelik 1Malaysia.

Semenjak Tun Dr Mahathir memerintah sehingga ke Datuk Najib, Malaysia memang banyak benda pelik. Pelik yang rasanya jarang berlaku di dunia luar Malaysia.

Orang duduk dalam lokap tumbuk mata sendiri sampai lembam pengsan. Hahah!

Katanya 'liwat suka sama suka', orang yang meliwat didakwa, orang yang diliwat dipuja. Hahah!

Pulau Batu Putih hak Malaysia semenjak zaman tori lagi, senang-senang jadi hak Singapura.Hahah !

Kes duit lebih kurang RM2000, SPRM siasat sampai mati saksi. kerana jumlah yang besar 4 digit, mampu merugikan negara. Kes RM10 juta dan istana RM 24 juta bagi SPRM tak apa...jumlahnya tak banyak mana ! Hanya 2 digit!! Rupanya SPRM tak lulus matematik ....kelakar !!

Menteri jadi penolong kepada Menteri hanya di Malaysia. Hahah!

Pengajur Demontrasi Lembu kata Kepala Lembu yang sebesar itu wujud secara misteri. Maknanya nak bagi tahu, sepanjang demontrasi tu kepala lembu yang besar itu tak nampak. Dekat 'gate' baru nampak semasa dipijak. Hahahahah!!! Kelakar juga! Lembu misteri mana dibeli tu! Lembu yang misteri itu hanya ada di Malaysia tapi dah mati Jumaat kelmarin. Hahahahhah!!

INI CERITA KERAJAAN TAK SAH PERAK PULA:

SPEAKER TIDAK SAH KATA SIDANG DUN PERAK RABU INI TIDAK SAH..HAHAHHAH !!

SPEAKER TIDAK SAH BERPUNTAL-PUNTAL LIDAH, KATA SPEAKER SAH 'PENGKHIANAT'...HAHAHHAHAHAHAH !! CAKAP BAHASA KEBANGSAAN PUN PELAT TERUK...."PENGKHIANAKANG". HUHUHU!!!

SPEAKER TIDAK SAH PERAK BUAT LOYA BURUK..HAHAHAHAH..KELAKAR !!