Followers

Saturday, August 29, 2009

ADUN lompat parti jijik, betul !!

".....ADUN lompat jijik", kata Datuk Harun Taib. Memang setuju. Jijiknya itu bukan sejijik gerombolan yang menconteng nama Khalid Samad dan Radziah exco Selangor di merata Shah Alam atau sejijik gerombolan tidak berakal, yang buat demonstasi kepala lembu malah ianya lebih jijik dari itu.

Sejijik tahi ! Hodoh, 'busuk', khianat dan mungkin 'hati berulat' ! Nak tengok pun tak sanggup.

Kalau adun-adun atau ahli-ahli parlimen suka melompat maka tiada ADUN lagi dalam Malaysia yang boleh dipercayai nanti. Buat apa mengundi seorang wakil rakyat yang akhirnya melompat ke sana ke mari macam Raja Katak !?

Bayangkanlah kalau ADUN-ADUN itu melompat ke PKR atau PAS atau DAP, apakah jaminan (?) apabila mereka menghadapi masalah dalam parti baru, mereka tidak akan melompat balik ke UMNO atau mana-mana?

ADUN atau Ahli Parlimen yang suka melompat adalah ahli politik yang tidak ada ketahanan diri, tiada prinsip perjuangan dan sebenarnya pengkhianat. Ada masalah lompat...ada masalah lompat.....asyik melompat sahaja.

Jika mereka telah ada satu prinsip perjuangan yang baru yang bertentangan dengan parti mereka, berjuanglah mengikut prinsip perjuangan baru mereka, sehingga mereka dibuang parti. Barulah mereka memilih tapak baru ! Barulah tidak jijik !!

Budaya melompat parti harus dihapuskan sama sekali dalam politik Malaysia kerana ianya memang benar, jijik dan menjijikkan.

Friday, August 28, 2009

Pelik, Najib lantik menteri bantu menteri - Mahfuz

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak melantik Dato' Seri Idris Jala sebagai menteri bagi membantu Koh Tsu Koon, yang juga seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri dilihat pelik dan mengelirukan.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar berpendapat bukan satu keperluan untuk melantik seorang pembantu bertaraf menteri kepada seorang menteri yang lain. Ini kerana tindakan seorang menteri melapor kepada bosnya yang juga menteri adalah sesuatu yang agak pelik.

"Saya tak faham kenapa Najib lantik menteri untuk 'report' kepada menteri. Kalau lantik sebagai CEO saya tak hairan la. Seorang menteri saya rasa dah cukup. saya tak faham dan tak nampak apa keperluan Koh Tsu Koon lagi disitu," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Perdana Menteri semalam mengumumkan pelantikan Idris Jala sebagai Menteri tanpa portfolio di Jabatan Perdana Menteri.

Idris juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) iaitu organisasi yang mengawal pelaksanaan insiatif Indeks Prestasi Utama (KPI).

Dengan jawatan menteri yang baru disandang itu, Idris akan membantu dan melaporkan kepada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan nasional dan pengurusan prestasi.

Dia juga akan menjadi timbalan kepada Koh dalam lembaga pemandu dan akan bertanggungjawab untuk sub khusus N-KRA dan KPI Nasional (N-KPI) dan menasihat di KRA peringkat menteri (M-KRAs) dan M-KPI.

Mengulas perkara itu juga, Mahfuz berkata ianya seolah-olah menunjukkan kecelaruan dalam pentadbiran Najib. Pada awal Najib menjadi Perdana Menteri, dia dilihat berusaha mengecilkan kabinet barunya namun pelantikan Idris dilihat sebaliknya.

"Ini kecelaruan dalam kabinet Najib, bagaimana nak capai KPI kalau yang ini pun bercelaru. Dulu kata nak kecilkan kabinet, tapi sekarang tambah lagi seorang menteri," ujar Naib Presiden PAS itu lagi.

Idris adalah Pengarah Urusan dan CEO, Malaysia Airlines yang dilantik pada Disember 2005, selepas syarikat itu mengalami kerugian paling besar dalam sejarah korporatnya.

Sebelum menyertai Malaysia Airlines, Idris berkhidmat selama 23 tahun dengan Shell. Antara 2002 dan 2005, Idris adalah Pengarah Urusan, Shell MDS (Malaysia) dan Naib Presiden, Shell Malaysia Gas & Power (Malaysia).

Mahfuz yang mengakui kredibiliti Idris khususnya kepakaran dalam bidang sumber manusia sewaktu di Shell bagaimanapun mempertikai kemampuan Idris khususnya sewaktu memulihkan keadaan ekonomi MAS.

"Sewaktu dia ambil alih MAS, dia hanya menjual bangunan MAS sahaja, tapi pada tahun 2008, 2009 MAS juga masih mengalami kerugian akibat kenaikan harga bahan bakar," ujarnya. - mks._

Sumber: Harakahdaily

Berbohong dan paksa langgar prosedur lagi ?

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) berkata tidak benar negara ini tidak mempunyai kemahiran melaksanakan hukuman sebat seperti kehendak syariah. PGSM berkata hukuman seumpama itu pernah dilaksanakan di Kelantan.

Kalau benarlah dakwaan PGSM itu, maknanya Menteri yang menguruskan KDN berbohong! Takkanlah tidak mahu melihat hukuman yang mendekati syariah dilaksanakan sampai sanggup berbohong. Atau perangai membohongi fakta menteri berkenaan terbawak-bawak ke KDN?

Sepatutnya pihak kerajaan pusat sentiasa berusaha membantu memperbaiki enakmen syariah di negeri-negeri secara serius bukan mengambil jalan 'ambush' enakmen syariah apabila sesuatu keputusan penghakiman telah dibuat.

Itu baru hukuman 6 kali sebatan secara syarie, jauh dari hukuman hudud yang dinaskan kepada mereka yang minum arak iatu 40 atau 80 sebatan.

Sepatutnya sudah sampai masanya pihak pemimpin kerajaan pusat itu berfikiran secara islamik bukan berasaskan kepada pemikiran hak asasi manusia barat semata-mata. Kita sedar bahawa enakmen syariah negeri-negeri masih banyak kelemahan yang boleh diperbaiki terutama misalnya dalam urusan perceraian tetapi usaha memperbaiki kelemahan tersebut perlu berjalan segera dalam kerangka yang besar agar dapat dilihat seperti cmahu melaksanakannya bersungguh-sungguh.

Persoalannya kini kenapa pemimpin kerajaan pusat yang tertentu yang merasakan diri itu terlalu pandai dan terlalu berperikemanusiaan, terlalu panik dan gubra dengan penghakiman mahkamah syariah sehingga setiap keputusan yang seumpama ini sering menjadi kontroversi yang tidak perlu dan kemudian akan di'ambush' dari segenap penjuru sehingga heruk-pekuk dan punah-ranah segala prosedur yang telah ditetapkan.

Perangai berbohong, suka ambush enakmen syariah dan suka melanggar prosedur ini nampaknya telah menjadi budaya pemimpin-pemimpin tertentu kerajaan pusat.

Apakah ini dasar dari konsep 1Malaysia ?

Thursday, August 27, 2009

Sebat aje lah !!

Isu hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno adalah hukuman biasa mengikut urusan mahkamah syariah.

Mufti Perak kata sebat sajalah mengikut yang dihukum. Presiden PAS kata sebatan dalam hukum Islam bukan sebatan yang mendera dan mencederakan. Kata Presiden PAS lagi, penyebat tidak boleh nampak ketiak sewaktu menyebat. Kiasnya. rasa-rasanya macam suami dibenarkan pukul isterilah...bukan penampar, pelempang, penerajang...ambil sapu tangan pukul...alahai !!

Kartika pula sedar dan redha dengan hukuman yang diterima dan sehingga kini Kartika tidak mahu merayu walau digesa oleh PM Najib sekali pun. Jadi apa masalahnya dalam keadaan pesalah itu sendiri telah redha dengan hukuman tersebut? Sepatutnya hukuman tersebut dapat berjalan dengan baik dan lancar.

Tak semena-mena Peguam Negara katanya masuk campur (atas arahanlah gamaknya tu) hingga hukuman tertangguh. Hishamuddin pula kata tiada penyebat terlatih. Inilah kartunnya pengurusan syariah Islam di bawah pentadbiran kerajaan UMNO/BN. Undang-undang syariah ada, tukang sebat terlatih tak ada!! Buat malu je! Esuk cakap rotan tak ada ruas pulak tak ada! Ada juga pihak pula mendakwa hukuman mahkamah syariah itu melanggar hak asasi manusia !!

Nampaknya kekecuhan hukuman syariah terhadap Kartika yang sepatutnya tidak kecuh itu benar-benar menggambarkan kecelaruan pemikiran Islam lantas menyerlahkan, itulah tarafnya pengurusan Islam oleh pentadbiran kerajaan pimpinan UMNO/BN ! Kelam-kabut..... dek kerana ramai sangat hendak tunjuk pandai 'Islam' dan 'pejuang hak asasi'.

Betullah tulis Dr Mohd Nur Manutty dari PKR: Isu ini....bukan berpunca dari keraguan kepada keadilan syariah Islam, tetapi ia lebih disebabkan oleh lunturnya kepercayaan ke atas integriti sistem pentadbiran dan pelaksanaan syariah itu sendiri. Sebagaimana integriti sistem kehakiman negara yang terhakis lantaran pelbagai gejala skandal, maka perkara yang hampir sama jugalah terjadi kepada pelaksanaan hukum syariah kita..

Kita bukan suka sangat hendak menyebat Kartika ataupun orang lain. Tetapi hakim mahkamah syariah telah membuat keputusan penghakiman berdasar hukuman mahkamah syariah Pahang yang tidak berlebihan pun daripada apa yang diperuntukkan. Dan kebetulannya Kartika menerima hukuman dan tak mahu merayu. Sebat aje lah....kan sebat banyak caranya, sebat bagi sakit, sebat tak bagi sakit...sebat aje lah ! 6 kali aje bukan 40 atau 80 pun! Apa kecuh-kecuh !!?

2M muncul kembali ?

Kalau dulu 2M begitu popular hingga diuar-uarkan sebagai pasukan kepimpinan terbaik Malaysia. Mahathir-Musa! Pasukan ini akhirnya terbarai dijalanan gara-gara gaya kediktatoran Mahathir sendiri.

Kini pasukan 2M, Mahathir -Musa yang telah tiada, seperti akan wujud kembali namun dalam bentuk berbeza. Seorang duduk di luar, yang seorang lagi duduk di dalam, bukan 2M Mahathir-Musa tetapi 2M Mahathir-Muhyiddin.

Dalam blognya, Mahathir mengakui Muhyiddin bercakap benar mengenai desakannya (Mahathir) kepada Muhyiddin untuk membekal air kepada Singapura tetapi Mahathir berkata, beliau tidak mengetahui mengenai penjualan tanah kepada Singapura, tetapi kerana telah dipersetujui bahawa loji rawatan air akan dibina oleh Singapura di Johor, maka tanah perlu disediakan.

Begitulah selalunya ayat pemimpin dunia ketiga..... "tak tahu mengenai penjualan tanah kepada Singapura....tetapi tanah perlu disediakan !"

Nampaknya 2M timbul kembali. Semakin resahlah RN (Rosmah-Najib)!!

Wednesday, August 26, 2009

Jangan gopoh laksana hukuman sebat - Presiden PAS



Zulkifli Sulong

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.

"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.

Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.

Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.

Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.

"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.

Mengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.

Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.

"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 80 rotan jumlahnya, kata beliau.

Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Bagi beliau juga menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibuarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi !

Sumber: Harakah daily

Akhirnya pengkhianat Melayulah yang tewas !

Sebaik berlakunya kekosongan DUN Permatang Pasir, UMNO melalui Muhyiddin Yasin mula melaungkan isu Pengkhianat Melayu. Dijajanya isu pengkhianat Melayu di mana-mana. Sarat media pengampu dengan paparan isu Pengkhianat Melayu. Pelbagai pandangan dari pelbagai pihak dikutip untuk 'mengesahkan' pengkhianat Melayu yang Muhyiddin laungkan itu betul.

Dalam kempen di Permatang Pasir, UMNO terus ghairah dengan dedangan sumbangnya iaitu Anwar 'Pengkhianat Melayu', Tok Guru Nik Aziz 'ulamak plastik lagi ektrimis yang menyempang dari Islam' !

Itulah cara UMNO berpolitik. Cara politik basi yang tidak habis-habis hendak memperbodohkan orang Melayu. UMNO seolah-olah masih menganggap orang Melayu bodoh dan tidak tahu befikir.

Akibatnya pengundi Permatang Pasir yang mewakili majoriti Melayu yang cerdik memberi hukuman bahawa, Pengkhianat Melayu yang sebenar-benarnya tewas !

Keputusan PRK Permatang Pasir:

Ustaz Salleh Man ( PAS ) mendapat 9618 undi

Rohaizat Othman (UMNO/BN) mendapat 5067 undi.

Tuesday, August 25, 2009

Perang Ong - Tiong bergerantangan

Ramai pemimpin UMNO terlibat jika skandal PKFZ didedah - Chua Jui Meng

Zulkifli Sulong

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Bekas Naib Presiden MCA yang kini menyertai PKR, Datuk Chua Jui Meng mendakwa ramai pemimpin Umno yang terlibat jika didedahkan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Umno, dakwanya lagi, tidak puas hati dengan dengan cara Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat mendedahkan skandal tersebut.

Bekas Menteri Kesihatan itu juga membayangkan apa yang dihadapi oleh Ong kini sebagai konspirasi Umno untuk menjatuhkannya.

Dakwaan Chua itu tampil selepas dakwaan Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Tee Lian Ker baru-baru ini bahawa ramai tokoh Umno dan MCA berada dalam "payroll" Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Datuk Seri Tiong King Sing.

KDSB ialah pemaju PKFZ.

Sejak Ong bergelut dengan pendedahan Tiong yang mendakwa memberikan RM10 juta kepada Presiden MCA itu, tidak ada pemimpin Umno yang kelihatan bersimpati kepadanya.

"Pernahkah anda melihat Perdana Menteri tampil mempertahankan Ong? Pernahkah anda dengar Timbalan Perdana Menteri mempertahankan Ong berkaitan skandal PKFZ?

"Atau di mana para pemimpin Umno lain untuk mempertahankan Ong mengenai isu itu? Tidak ada".

Perkara sedemikian, katanya, tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Dahulu, wujud keakraban yang kukuh di mana para pemimpin BN akan mempertahankan satu sama lain tetapi perkara sedemikian tidak berlaku.

"Presiden parti komponen yang kedua terbesar dalam BN diserang dan tidak ada sesiapa pun dari Umno yang tampil mempertahankannya," kata Chua ketika bercakap kepada para pemberita selepas majlis makan malam yang dihadiri oleh kira-kira 2,000 orang di Bukit Mertajam Ahad lalu.

Menurut beliau lagi, apa yang berlaku itu, ditambah pula khabar angin yang tersebar luas di dalam BN yang mendakwa bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berpuas hati melihat Ong menjadi Presiden MCA dan lebih suka Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek memimpin parti itu, telah melemahkan kedudukan Ong.

"Kesemua ini menunjukkan dakwaan Ong bahawa beliau diserang dari dalam dan luar adalah benar," kata Chua.

Semalam, Ong hari ini menfailkan saman dengan tuntutan RM500 juta terhadap Tiong, tetapi apa yang popular sebagai kehendak hatinya yang mahu dilihat bersih dan telus telah banyak tercemar.

12 Ogos lalu, Tiong mendakwa beliau memberikan RM10 juta kepada Ong.

Menurut Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

"Saya tawarkan cek tetapi Ong mahu (dalam bentuk) tunai kerana ia lebih cepat," kata Ahli Parlimen Bintulu itu yang juga bendahari Parti Demokratik Sarawak (SPDP).

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah pula berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000bagi perkhidmatan tersebut.

Faizal juga ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian Kapar.

Ketika menafikan dakwaan Tiong itu dalam perjumpaan MCA Selangor, Ong berkata: "Kalau saya mengambil duit, saya sepatutnya menjadi kawan baik beliau tetapi mengapa saya menjalankan siasatan ke atas Tiong dan syarikatnya, KDSB?

"Kalau saya mahu, anda fikir dia tidak akan beri lebih banyak lagi?"

Walaupun sebelum ini Ong memberi amaran kepada Tiong bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang, tetapi Tiong berkeras tidak mahu menarik balik kenyataannya.

Beliau malah mengalu-alukan laporan polis yang dibuat oleh Ong.

"Beliau boleh teruskan dan saman saya," tegas Tiong.

Tidak cukup dengan itu, beliau mencabar Ong bersemuka serta mendedahkan akaun bank beliau dan isterinya kepada umum.

"Saya mempunyai saksi rahsia yang boleh mendedahkan niat sebenar Ong apabila beliau mengarahkan siasatan ke atas isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)," kata Tiong.

Beliau mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat jumlah wang dalam akaun bank peribadi Ong dan isterinya.

Ong pula tidak kelihatan memberikan jawapan yang meyakinkan kepada cabaran Tiong itu.

"Dia boleh cakap apa sahaja, tetapi saya rasa apa yang penting ialah keadilan dan kebenaran akan mengatasi segala-galanya dan bukan berasaskan cakap dengar oleh individu yang kredibilitinya dipersoalkan," katanya.

Muhyiddin pula kelihatan seolah-olah mahu isu pemberian RM10 juta itu disembunyikan apabila menyatakan, pertengkaran terbuka Ong dan Tiong itu telah mencemarkan imej kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

"Mereka sepatutnya faham kesan percakaran seumpama itu terhadap kerajaan," katanya._

Sumber: Harakahdaily.

Apakah kerja-kerja 'menelan' FELDA, FELCRA dan RISDA sudah bermula ?

Dalam usaha memperkasakan ekonomi Melayu, orang Melayu 'hilang' 3 buah syarikat konglomerat Melayu, Sime Darby, Golden Hope dan Guthrie menjadi Sinergy Drive. Kalau Sinergy Drive runtuh maka terkulat-kulat sekali lagi orang Melayu.

Beberapa tahun duhulu Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) telah hilang 'DARA' ‘diperkosa’ oleh TDK (Trust Dara Konsotium). Cadangan siapa ini ?

Hari ini apa berlaku kepada kawasan Pahang Tenggara? Kemakmuran kawasan Pahang Tenggara hanya ditelan dan dibazirkan oleh seorang dua manusia rakus. Habuk dan hampas cuma untuk rakyat yang berada di kawasan Pahang Tenggara. Itulah hebatnya konsotium cadangan kerajaan UMNO/BN.

Syarikat kenderaan Bas MARA juga pernah ‘ditelan’, sehingga MARA terpaksa menghidupkan kembali syarikat kenderaan bas barunya.

Kelmarin Perdana Menteri Datuk Seri Najib sekali lagi mencadangkan agar FELDA, FELCRA dan RISDA dikonsotiumkan . Apakah erti semua ini ?

Apakah nasib 3 agensi ini nanti akan menjadi seperti Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) yang dikonsotium menjadi Trust Dara Konsotium (TDK)? Tanya JJ apa telah terjadi kepada TDK dan tanya orang-orang di Pahang Tenggara apakah yang mereka dapat dari TDK ?

Nampaknya usaha 'menelan' FELDA, FELCRA dan RISDA akan bermula (?)


Sunday, August 23, 2009

Tok Guru berkata...

Inilah kata-kata Tok Guru Nik Aziz yang diputarbelitkan oleh wartawan media arus perdana sehingga ramai orang termasuk Mufti Perak dan Majlis Fatwa terbelit:

Setelah didesak, media pro-BN menyiarkan transkripsi kenyataan Tok Guru dan terbukti kenyataan beliau tidak dilaporkan dengan betul.

Dalam transkripsi kenyataannya, Tok Guru berkata:

"Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh Umno ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa Umno.

"Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar."

Aku yang sekolah atap pun reti maksud Tok Guru tu....orang U boleh tak faham ? Koman !!!