Followers

Saturday, August 15, 2009

Wahai Ghani Othman siapa sebenarnya yang diperalat ?

Datuk Abdul Ghani Othman kata PAS punca pecah belah orang Melayu dan sedang diperalat oleh kuasa lain. Apa dan siapa kuasa lain tu tidak pulak Ghani sebut dengan jelas.

Itulah pemimpin UMNO, kalau orang semua diperalat.

Kalaupun PAS diperalat sudah pasti diperalatkan oleh kuasa keyakinan tinggi kepada Islam sebagai satu cara hidup. PAS sama sekali tidak diperalat oleh kuasa nafsu serakah yang seringkali menghalalkan yang haram dan zalim, dan mengharamkan yang halal.

Lebih malang lagi sesebuah parti itu jika parti itu sendiri memperalatkan ahli-ahli sehingga setiap hari ditipu. (Kes Beng Hock pun kita sudah nampak ke mana hendak dihalanya). Ahli-ahlinya tidak pernah diajar untuk berfikir dan menjadi cerdik supaya ahli-ahli mudah dicucuk hidung. Ahli-ahlinya hanya diajar untuk tunduk patuh walaupun perkara yang berlaku itu zalim, tidak adil dan menindas. Lebih malang lagi ada parti politik yang memperalat pula agensi-agensi kerajaan tertentu sebagai kuda tunggangan mereka.

Apakah PAS diperalatkan oleh kuasa yang Ghani kata itu sehingga :

Tanah rezab Melayu semakin berkurangan.

PPSMI membantutkan pencapaian anak Melayu dalam Sains dan Matematik.

Ramai anak-anak Melayu rosak akhlak dan moral. Dadah dedah rempit. Belajar Agama Islam sekadar batuk di tangga.

Biasiswa menjadi PTPTN. Anak-anak Melayu selepas belajar ramai jadi penghutang.

Wilayah Iskandar akan menenggelamkan orang Malayu.

Johor cuti hujung minggu berubah dari Jumaat Sabtu menjadi Sabtu Ahad. Siapa ubah?

Banyak tanah di Johor di jual kepada saudagar Singapura. Siapa jual?

Siapa jual tanah kepada Ananda ?

Pulau Batu Putih senang-senang dapat ke Singapura. Mana win win situationnya Rais?

Jelitawan Monggolia ditembak mati. Dah mati, letup hancur ! Oh Malaysia negara ku tercinta!

Apakah itu semua kerana PAS diperalat ?

Sebenarnya gambaran di atas memperlihatkan bahawa ada parti yang mendominasi pemerintahan sering diperalat oleh para pemimpin yang tidak sanggup menghadapi realiti dan berdepan dengan rakyat secara berperlembagaan.

Soalnya sekarang, siapakah sebenarnya yang diperalat ?

Siapakah sebenarnya yang memecahbelahkan orang Melayu?

Hanya orang Melayu bodoh dan malas berfikir sahaja yang bersetuju dengan Ghani!

Thursday, August 13, 2009

Hisham kan ada di situ...

Hahaha.....hahaha.....hahaha....

Undian KDN: Pro-ISA menang

Selepas dilanda kontroversi, akhirnya undian portal berita Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang berakhir tengah malam tadi, melegakan mereka yang pro-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sebanyak 58 peratus atau 23,850 respons mengundi menyokong ISA "diteruskan dengan semakan" seperti dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hanya 42 peratus atau 17,399 respons mahu akta kontroversi itu "dimansuhkan" bagi soalan keempat "Apa yang anda mahu dari ISA?" (lihat carta pertama), satu daripada dua soalan yang didakwa diseleweng akibat lonjakan mendadak dan luar biasa kelmarin.

Pada jam 4 petang 10 Ogos, hanya 1,333 respons mahu ISA disemak semula tetapi melonjak 1,069 peratus kepada 15,590 respons pada 1.45 petang semalam (lihat carta kedua).

http://malaysiakini.com/bm/

Keputusan undian ISA KDN dimenangi oleh apa yang dikatakan pro-ISA tidak memeranjatkan pun. Tidak memeranjatkan kerana Hishamuddin Hussin menterinya.

Siapa tak tahu Hishamudin Husin semasa di Kementerian Pelajaran dulu. Setiap tahun keputusan peperiksaan awam PMR, SPM dan STPM meningkat. Tak pernah turun kerana mantapnya PPSMI!

Sebaik Muhyiddin pegang Kementerian Pelajaran dipecahkan tembelang Hishamuddin, rupa-rupanya keputusan peperiksaan tersebut merosot setiap tahun kerana Dasar PPSMI.

Jadi tak usah peliklah keputusan undian itu begitu kerana Hisham keris kan ada di situ!!!

Permainan politik UMNO melemahkan orang Melayu

Itulah cara UMNO berpolitik. UMNO sering menasihati orang lain jangan asyik berpolitik tetapi UMNO bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan betul.

Sebaik pemergian Datuk Hamdan dan berlakukan PRK DUN Permatang Pasir salah sebuah DUN dalam parlimen Permatang Pauh, UMNO telah memulakan kempennya. Kempen UMNO yang bermula di Johor 'dirasmikan' oleh Timbalan Presiden UMNO yang biasanya akan mengetuai kempen-kempen pilihanraya kecil. Lontaran 'lembing' pengkhianat telah ditujukan kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh yang akan terlibat secara langsung dalam PRK Permatang Pasir nanti.

Tok Guru Nik Abdul Aziz kata UMNO serang peribadi yang merupakan satu bentuk kempen yang sangat tidak bermaruah. UMNO yang kononnya sering marah kalau orang menghina Islam telah menunjukkan akhlaq Islam yang terburuk setiap kali berkempen pilihanraya.

Nampaknya UMNO mengajar kempen seperti itu. Bagaimana kalau sekiranya Pakatan Rakyat sebutkan isu Altantuya dalam kempen mereka nanti dan menggelar Najib-Rosmah Kejam untuk mengimbangi isu Anwar Pengkhianat? Atau Pakatan Rakyat kempenkan isu Muhyidin Pengkhianat Johor untuk mengimbangi isu Anwar Pengkhianat ?

Jika itu dilakukan sudah pasti SPR akan bingkas bangkit menyelamatkan UMNO yang kian tenat. Tetapi tengoklah nanti, isu Anwar Pengkhianat akan menjadi antara isu utama kempen UMNO di Permatang Pasir. SPR pasti buta dan bisu jadinya.

Itulah UMNO/BN, adil hanya untuk mereka untuk orang lain persetankan !

Sesungguhnya permainan politik UMNO telah melemahkan Tamadun Melayu.

Wednesday, August 12, 2009

Isu arak di Selangor: Saya sokong Datuk Dr Hassan Ali.

Saya berpendirian menyokong penuh Datuk Dr Hassan Ali Pesuruhjaya PAS Selangor dalam isu arak di Selangor. Bagi saya itulah pendirian yang sepatutnya bagi PAS di Selangor. Tahniah PAS Selangor.

Saya sangat yakin Datuk Dr Hassan Ali sangat mendokong perjuangan Pakatan Rakyat dan tidak mahu Pakatan Rakyat roboh. Tetapi dalam usaha mempertahankan Pakatan Rakyat tidak boleh sekali-kali membiarkan pihak lain dalam pakatan rakyat bertindak menidakkan tindakan yang dibuat oleh MBSA itu.

PAS tidak menghalang arak untuk bukan Islam minumlah berapa tong pun yang mereka mahu tetapi para pemimpin lain dari pakatan rakyat dan bukan Islam bukan sahaja di Selangor malah di mana-mana harus memahami persoalan arak dengan orang Islam dan harus bertindak tidak melukakan hati orang Islam dan PAS Selangor yang saya rasa memang telah banyak bersabar dengan kerenah-kerenah seperti di Selangor ini.

Cadangan agar pemimpin Pakatan Rakyat mengambil tindakan disiplin kepada Datuk Dr Hassan Ali merupakan satu lagi tindakan melampau yang menganggap diri sendiri sahaja yang betul. Apakah tindakan seumpama ini wajar buat Pakatan Rakyat dalam menjaga sensitiviti rakyat yang ramai menyokong PAS Selangor.

Sepatutnya pihak DAP menjadikan isu ini sebagai pengajaran yang baik dalam malayani hati dan perasaan umat Islam dan begitu juga bagi PAS Selangor yang mungkin boleh memikirkan pendekatan yang lebih sesuai dalam mengatasi masalah arak di kawasan majoriti Melayu.

Forumkan isu "Pengkhianat Melayu"

Timbalan Presiden UMNO telah melaungkan Anwar Pengkhianat Melayu. Rentetan dari itu banyak UMNO-UMNO bahagian di Johor juga mengiringi laungan Muhyiddin. Media massa pengampu UMNO/BN saban hari menokok tambah isu pengkhianat Melayu itu.

Apakah sebenarnya yang dimahukan oleh UMNO khususnya Muhyiddin dengan mengobarkan isu pengkhianat Melayu ini. Apa yang dapat ditelah dengan prasangka baik, dari laungan ini hasrat mereka mungkin untuk memberi tahu orang Melayu siapakah Pengkhianat bangsa Melayu yang sebenar.

Kalau itulah hasrat yang mahu dipolimikkan ianya sangat baik. Tetapi apakah cukup memutuskan seseorang itu sebagai pengkhianat Melayu dengan hanya laungan Muhyiddin ? Kemudian UMNO lain pun turut melaung.

Pihak pakatan rakyat harus menyambut kehendak UMNO ini dengan menganjurkan forum "Siapa Pengkhianat Bangsa Melayu" di serata daerah berdasarkan fakta sejarah. Jika isu ini berjaya dikupas dengan baik dan cukup ilmiah maka orang Melayu akan tahu siapa sebenarnya Pengkhianat Bangsa Melayu! Anwar atau Muhyiddin, Pakatan Rakyat atau UMNO/BN !

Pemuda Keadilan dan Pakatan Rakyat harus segera bertindak mengajurkan forum ini. Mulakan forum "Siapa Pengkhianat" di Permatang Pasir.

Tuesday, August 11, 2009

Aku bermimpi.... huh !

Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendakwa ia "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera"



Dr Mohd Kari Zain Abadi berpendapat ia " tak apa-apa kerana tak berunsur keberhalaanlah.... lagipun berhala memang dah banyak kat situ, apa salahnya....UMNO tak apa !!!!"

Aku bermimpi....huh !



Monday, August 10, 2009

Hebat UMNO Johor melaungkan Anwar pengkhianat dalam keadaan Melayu Johor bakal tenggelam dan lemas dalam Wilayah Iskandar !

Puak-puak UMNO memang tidak habis-habis buat kerja membazir. Banyak lagi kerja yang patut dilakukan untuk mempejuangkan hak Melayu tetapi mereka masih dibuai mimpi. Kata orang asyik berpolitik, mereka sebenarnya ketuk dulang paku serpih.

Melaungkan Anwar sebagai 'pengkhianat bangsa' (traitor) sebenarnya kerja membazir dan mengampu amat. Kalau sudah awak dakwa Anwar tu pengkhianat, tangkap je Anwar tu! Ini tidak, melaung sana melaung sini macam orang tidak siuman. Apakah 'pengkhianat bangsa' masih boleh dibiarkan bebas? Nampak sangat parti yang mendakwa sebagai parti Melayu ini, asyik berpolitik sahaja kerjanya.

Lagi bodoh apabila mereka yang melaungkan 'Anwar pengkhianat', meminta Anwar menyaman mereka. Sepatutnya UMNO lah yang saman Anwar kerana mendakwa Anwar pengkhianat bangsa. Inilah UMNO selalu buat kerja tak cerdik dan pelik kerana terlalu berpolitik. Untungkah orang Melayu agaknya dengan cara UMNO bermain politik ?

Nampaknya UMNO sentiasa berusaha menutup buruk dan busuk sendiri dengan mendongengkan buruk dan busuk orang lain.

Lihatlah begitu hebat UMNO Johor memperjuangkan laungan 'Anwar pengkhianat' dalam keadaan orang Melayu Johor bakal tenggelam dan lemas dalam Wilayah Iskandar:

KUALA LUMPUR 9 Ogos – UMNO Bahagian Johor Bahru yang bersidang hari ini sebulat suara melabelkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ‘pengkhianat bangsa.’

Ketetapan berkenaan disuarakan Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Shahrir Abdul Samad sambil disambut dengan tepukan gemuruh oleh 398 perwakilan pada Persidangan Perwakilan UMNO bahagian di sini.

Suasana mesyuarat bertukar dramatik apabila perwakilan mula bangun satu persatu sambil mengangkat tangan dan melaungkan Anwar pengkhianat bangsa sebaik sahaja isu itu dibangkitkan oleh Shahrir dalam ucapan alu-aluannya.

Shahrir kemudian meminta kesemua mereka bangun lalu melaungkan kata-kata ‘Anwar pengkhianat bangsa!’ secara serentak dengan penuh bersemangat.

“Mari kita bangun dan melaungkan Anwar pengkhianat bangsa supaya Anwar boleh sama-sama ambil tindakan undang-undang kepada kita.

“Biar Anwar Ibrahim saman kita semua kerana kita pun sanggup untuk menentang dia,” katanya semasa menyampaikan ucapan berkenaan di Hotel New York di sini hari ini.

Sementara itu Perwakilan Pemuda UMNO yang bersidang hari ini sebulat suara bersetuju agar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengemukakan sebarang permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka juga berjanji akan berdiri teguh di belakang Muhyiddin dalam menghadapi apa juga tindakan yang bakal diambil oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang disifatkan sebagai pengkhianat besar perjuangan orang Melayu.

Di Hulu Selangor, Pergerakan Pemuda UMNO bahagiannya menyatakan sokongan padu terhadap tindakan Timbalan Perdana Menteri dengan mengemukakan memorandum.

Ia diserahkan oleh Ketua Pemuda UMNO bahagiannya, Mahmud Karim kepada Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Syahrin Md. Jamaludin pada Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor 2009 di Dewan Komuniti Serendah di sini.

Sokongan daripada Perwakilan UMNO Bahagian ini tercetus berikutan ketegasan Timbalan Presiden UMNO itu yang tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya ke atas Anwar walaupun pemimpin pembangkang itu bakal mengambil tindakan saman RM100 juta ke atasnya dan Utusan Malaysia.

Ini berikutan tindakan Ketua UMNO Bahagian Pagoh itu menggelar Anwar sebagai pengkhianat perjuangan orang Melayu ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading, Ahad lalu.

Mengulas mengenai memorandum itu, Mahmud berkata, Anwar selayaknya digelar pengkhianat kepada kaum Melayu kerana tindakannya yang terbukti bersifat talam bermuka-muka demi mencapai kepentingan politiknya.

“Kami menyeru supaya Timbalan Perdana Menteri jangan sesekali memohon maaf kepada Anwar secara terbuka mahupun tertutup dan mendesak saman yang difailkan ditarik balik,” kata beliau.

Di Pulau Pinang, Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau mengemukakan Memorandum Menentang Pengkhianat Melayu yang ditandatangani lebih 160 ahlinya kepada Muhyiddin.

Memorandum itu diserahkan oleh Ketuanya, Aziaan Ariffin melalui Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya pada Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO bahagian itu di sini.

“Kami menyeru dan merayu kepada Muhyiddin supaya tidak sesekali memohon maaf kepada Anwar secara terbuka mahupun tertutup dan pada masa sama mendesak saman yang difailkan ditarik balik,” katanya.

Beliau menjelaskan, pemimpin seperti Anwar ingin menghancurkan negara ini kerana kerakusan kuasa serta sanggup memperguna anak muda hanya kerana dendam politiknya pada UMNO.

Di Kuantan, Pergerakan Pemuda UMNO Pahang berikrar akan menyokong Muhyiddin berhubung kenyataannya terhadap Anwar yang dianggap pengkhianat Melayu.

Ketuanya, Abu Jimi Samat berkata, kira-kira 38,000 ahli dari seluruh negeri ini sanggup menjadi saksi bahawa kenyataan Muhyiddin itu adalah benar.

“Pemuda sanggup menjadi saksi bahawa Anwar adalah pengkhianat orang Melayu kerana beliau merupakan individu yang bertanggungjawab menganjurkan reformasi dan demonstrasi.

“Timbalan Presiden UMNO itu tidak perlu memohon maaf sama ada secara tertutup atau terbuka kepada Anwar,” katanya kepada pemberita selepas menerima tandatangan daripada Pemuda UMNO Paya Besar berhubung memorandum berkenaan.

Di Kota Tinggi, Pemuda UMNO bahagian itu menyerahkan memorandum menyokong Muhyiddin berhubung kenyataannya terhadap Anwar.

Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Roszaini Jahari berkata, memorandum itu antara lain meminta agar Muhyiddin tidak tunduk kepada tekanan Anwar.

“Justeru kami Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi sepakat menyokong Timbalan Presiden UMNO dan bersedia berjuang menentang pengkhianat bangsa demi agama bangsa dan negara,” katanya semasa mengadakan demonstrasi secara aman di Dewan Sekolah Menengah Teknik, Kota Tinggi.


Itulah cara kita dulu kini dan selamanya.

Perjuangan untuk memansuhkan PPSMI bukan mudah. Ramai rakyat meluahkan bangkangan melalui pelbagai cara. Surat terbuka, email, blogs, memorandum, diskusi, kajian ilmiah dan akhirnya demonstrasi 1 juta rakyat.

Semua pihak berjuang agar kembalikan Bahasa Melayu yang juga Bahasa Malaysia sebagai bahasa Sains dan Matematik di Malaysia. Bekas Ketua Pengarah DBP Datuk Hassan Ahmad turun padang. Sasterawan Nagara, A Samad Said pedih biji mata disembur air gatal FRU sehingga beliau berkata lebih kurang bunyinya," Begini rupanya payah perjuangan mempertahankan dan memartabatkan bahasa ibunda."

Memang sukar. Perjuangan mahu memansuhkan PPSMI demi untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Sains dan Matematik yang dulunya telah terbukti mampu dan berjaya, dicemuh oleh sebahagian ahli-ahli parlimen BN, para pemimpin negara termasuk menteri sendiri sebagai golongan yang tidak sabar, degil, tidak maju, anti kemajuan dan macam-macam lagi. Tiada apa yang tidak dikatakan oleh mereka kepada rakyat bawahan yang menentang PPSMI dan pejuang-pejuang bahasa Melayu.

Kini, hanya segelintir kecil ibubapa yang berhimpun dan mahukan anak-anak mereka terus diajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilayan dengan lemah lembut dan baik sekali. Pihak jabatan pelajaran yang sentiasa melaksana dasar dan arahan kerajaan yang menghalang ibubapa itu bermesyuarat luar biasa untuk menentang dasar kerajaan dikecam oleh menteri pelajaran sendiri sebagai tidak patut dan tidak adil walaupun tiada apa salahnya Jabatan Pelajaran membuat tindakan menghalang EGM itu.! Kepada ibubapa-ibubapa itu Menteri Pelajaran dengan lemah lembut minta berbanyak-banyak maaf di atas tindakan Jabatan Pelajaran yang tidak salah itu.

Bagaimanakah agaknya layanan Menteri Pelajaran jika ada ibubapa di sekolah-sekolah ceruk kampung dan pendalaman berkumpul dan membuat undian di luar pagar sekolah, mahukan anak-anak mereka yang masih menjadi mangsa PPSMI sementara menunggu 2012, mahukan PPSMI dimansuhkan serta merta? Apakah Menteri berkenaan akan memohon maaf atau menteri berkenaan akan cap mereka itu sebagai anti kerajaan ?

Bertuah anak-anak di SMK Hartamas, kerana ibubapa mereka adalah ibubapa yang menghantar anak-anak mereka di SMK Hartamas, bukan anak-anak yang ibubapa mereka adalah ibubapa yang menghantar anak-anak di SMK di Hulu Trengganu !!

Nampaknya konsep rakyat didahulukan bermaksud rakyat seperti ibubapa pelajar-pelajar SMK Hartamas akan dilayani dan didahulukan! Itulah cara kita dulu kini dan selamanya!

Dari Malaysia kini:

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sri Hartamas ekoran tindakan jabatan pelajaran menarik balik kebenaran untuk mereka mengadakan mesyuarat agung luarbiasa (EGM) membantah perubahan dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) semalam.

Beliau yang juga menteri pelajaran berkata, pegawai jabatan tersebut tidak sepatutnya berbuat demikian.

"Kami bersikap terbuka. Mereka (jabatan) tidak harus bersikap demikian, maafkan saya,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja lima hari beliau ke Perth yang berakhir hari ini, lapor Bernama.

“Saya minta maaf. Saya fikir tidak adil (untuk menarik balik kebenaran itu)," katanya.

Semalam, Malaysiakini melaporkan, ibubapa pelajar SMK Seri Hartamas naik berang terhadap arahan yang melarang mereka mengadakan EGM tersebut untuk menyuarakan bantahan terhadap keputusan untuk memansuhkan PPSMI..

PIBG sekoleh tersebut dijadual diadakan di sekolah itu pagi semalam, tetapi Jabatan Pendidikan, melalui pihak sekolah, memutuskan ianya tidak sah untuk diadakan.

Oleh kerana keputusan tersebut disampaikan secara lisan kepada pihak PIBG lewat petang semalam, maka ramai ibubapa yang tidak mengetahuinya dan berhimpun di pintu pagar sekolah.

Walaupun tidak dapat mengadakan mesyuarat tersebut, mereka mengadakan undian di kalangan ibubapa sama ada mereka mahu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris diteruskan di sekolah tersebut.

Sebanyak 553 undi dikira dan 97 peratus menyokongnya. Sebanyak 1,310 kertas undi diedarkan kepada pelajar untuk diserahkan kepada ibu bapa mereka.


http://malaysiakini.com/news/110202


Sunday, August 09, 2009

Walaupun H1N1 menjadi ancaman kepada negara marilah kita terus membilang jumlah kematian kerana kita sudah tidak tahu hendak buat apa-apa!!

Setakat ini telah disahkan 26 orang meninggal dunia kerana pandemik virus H1N1. Nampaknya kita akan terus membilang jumlah kematian hari demi hari dalam keadaan pihak Kerajaan Pusat kelihatan semacam tidak risau dan bimbang.

Apakah akan menjadi keseronokan untuk terus membilang jumlah kematian. Memang hidup mati seseorang adalah urusan Tuhan tetapi usaha ikhtiar adalah di tangan manusia. Kelihatannya manusia yang memerintah Malaysia semacam tidak tahu apa hendak dilakukan dan belum kelihatan benar-benar runsing kerana hanya menganggap pandemik ini satu ancaman kepada negara semata-mata, bukan kepada rakyat yang menghuni dalam negara.

Rakyat masih lagi tidak mendapat rawatan yang sempurna. Rakyat di kampung hanya mendapat antibiotik dan panadol. Ada juga rakyat di kawasan luar bandar takut hendak pergi mendapat rawatan terutama jika demam pada waktu malam kerana takut dimarahi dan dileter oleh yang 'bijak pandai' di klinik dan hospital. Penutup mulut dan hidung tidak mencukupi di dalam negara. Perhimpunan awam masih dianjurkan.

Sudah sampai masanya pihak kerajaan mewajibkan dan membekalkan secara percuma kepada institusi pendidikan, setiap keluarga dan semua rakyat yang berada di luar rumah untuk memakai mask. Pasukan perubatan dan penerangan kesihatan bergerak perlu digerak ke seluruh ceruk negara.

Tetapi nampaknya keadaan masih bersahaja walaupun jumlah kematian terus bertambah setiap masa. Apakah jika begini keadaannya ramalan yang menganggarkan 5000 hingga 25000 rakyat Malaysia akan maut kerana virus ini menjadi kenyataan? Sehingga hari ini 26. Esok? Kita tunggu!

Kerajaan kita seperti sudah tidak tahu hendak buat apa-apa, cuma hanya sekadar membilang jumlah maut H1N1! Tahniah !!!!


Inilah padahnya PPSMI

Inilah padahnya dasar PPSMI Mahathir UMNO, yang dulunya disokong amat oleh semua ahli UMNO bandar mahupun kampung dan hulu...Mahathir bagus....Mahathir cerdik....Mahathir berwawasan....! Itulah orang UMNO dulu sampai sekarang. Fikir dulu sebelum nak sokong tu. Kan dah besar masalahnya!

Siapa peduli lagi bahasa Melayu ? Bahasa Melayu tidak standard untuk ajar anak kami Sains dan Matematik! Kami tak mahu Bahasa Melayu, nanti anak kami gagal menjadi bijak Sains dan Matematik.

Dasar Bahasa Melayu dalam pendidikan dah elok dah tak ada orang pun pertikai sebelum PPSMI Mahathir UMNO dulu.

Tapi bila setiap pemimpin UMNO naik jadi PM, haru dasar-dasar negara. Buat dasar sendiri ikut pemikiran sendiri yang entah terilham di manapun tak tahu. Mungkin dalam tandas atau sambil bersembang dengan isteri depan pintu rumah. Akhirnya keluarlah PPSMI, Islam Hadhari, dan sekarang ni sibuk pulak 1Malaysia.

1Malaysia hari ini juga semua ahli-ahli UMNO sokong baik di bandar, di kampung mahupun di hulu-hulu negeri dan kampung. Sana sini riuh 1Malaysia tidak sama dengan Malaysian Malaysia. Eso- esok tiba-tiba 1Malaysia menjadi macam sama Malaysian Malaysia, riuh pulak...punah pulak....makin ramai pulak rakyat menjadi keliru!

Yang peliknya di Jepun dan Korea yang jaauuuhh lebih maju dari Malaysia siapapun jadi Presiden atau Perdana Menteri tiada pulak dasar pemimpin secara individu dipaksa menjadi dasar negara. Malaysia sahaja yang peliknya. Sudahnya rakyat haru dan keliru macam dalam berita di bawah ni.

Bantah tukar bahasa, PIBG dilarang adakan EGM

Ibubapa pelajar SMK Seri Hartamas naik berang terhadap arahan yang melarang mereka menyuarakan bantahan terhadap keputusan untuk memansuhkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Mesyuarat agung luar biasa (EGM) Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) dijadual diadakan di sekolah itu pagi tadi, tetapi Jabatan Pendidikan, melalui pihak sekolah, memutuskan ianya tidak sah untuk diadakan.

Oleh kerana keputusan tersebut disampaikan secara lisan kepada pihak PIBG lewat petang semalam, maka ramai ibubapa yang tidak mengetahuinya dan berhimpun di pintu pagar sekolah.

Walaupun tidak dapat mengadakan mesyuarat tersebut, mereka mengadakan undian di kalangan ibubapa sama ada mereka mahu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris diteruskan di sekolah tersebut.

Sebanyak 553 undi dikira dan 97 peratus menyokongnya. Sebanyak 1,310 kertas undi diedarkan kepada pelajar untuk diserahkan kepada ibu bapa mereka.

Presiden PIBG, Salmah Abu Bakar berkata keputusan undian itu akan diserahkan kepada perdana menteri dan menteri pelajaran bersama dengan rayuan.

"Kami mahu memberitahu mereka bahawa pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris adalah baik untuk sekolah ini. Kami mahu dikecualikan," katanya.

Menurut Salmah, ramai ibubapa menghantar anak mereka ke sekolah berkenaan kerana standard pengajaran bahasa Inggeris yang tinggi dan oleh itu PIBG mahu ia dikekalkan.

Manakala timbalan presiden PIBG, Azimah Abd Rahim berkata urusan untuk mengadakan EGM itu dibuat mengikut peraturan dan oleh itu tiada sebab bagi pihak berkuasa untuk melarang ia diadakan.

"Kami faham bahawa banyak PIBG di seluruh negara mahu mengadakan EGM yang sama dan mereka juga berdepan dengan masalah yang sama. Kami harap mereka dibenarkan berbuat demikian," katanya.

Mengikut Azimah lagi, tiada arahan bertulis dikeluarkan untuk menghalang mereka daripada mengadakan mesyuarat tersebut.

Seorang ahli jawatankuasa PIBG, Mazidah Mohd Zin berkata beliau bimbang anaknya yang telah belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, terpaksa bertukar mengguna bahasa Malaysia hanya dua tahun sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Beliau bimbang anaknya akan menghadapi masalah menyesuaikan diri dalam tempoh masa yang singkat dan berharap kerajaan akan menimbang rayuan PIBG sekolah tersebut.

Seorang lagi ibubapa, Yee Li Li berkata dua orang anaknya belajar di sekolah tersebut dan yang paling kecil, kini dalam Tingkatan 1, telah mendesaknya supaya bertindak kerana dia sudah enam tahun belajar dua subjek tersebut dalam bahasa Inggeris.

"Saya mewakli anak-anak saya yang membantah pertukaran bahasa itu," katanya. Berita asal

Setuju ! Sudah-sudahlah berpenglipulara.

Hentikan penglipurlara tujuh wasiat raja Melayu

Abdul Aziz Mustafa

Sat | Aug 08, 09 | 6:13:33 pm MYT

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Hrkh) - Hentikan penglipurlara mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu selagi tidak ada keberanian menuntut institusi-institusi Melayu dibebaskan dari kekuasaan Perdana Menteri, tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Membangkitkan perkara itu hanya menjadi bahan gelak ketawa sahaja jika tidak berani bersuara sepatah pun supaya institusi-institusi Melayu dibebaskan dari kekuasaan Perdana Menteri.

"Kalau benar mahu menghentikan rasa tidak puas hati orang-orang Melayu, tuntut supaya peneraju-peneraju institusi-institusi yang dilihat sebagai institusi orang-orang Melayu seperti Mara, Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera dilantik sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong dan bertanggungjawab secara langsung kepada Jawatankuasa Parlimen," katanya.

Pihak yang membangkitkan penglipurlara tersebut hakikatnya melakukan kerja sia-sia kerana setelah 52 tahun Umno menerajui pemerintahan negara ini, kata Mahfuz, ketujuh-tujuh wasiat tersebut telah dicabuli habis-habisan.

"Hanya Rejimen Askar Melayu sahaja yang boleh dianggap masih berbaki ciri-ciri asal," kata Ahli Parlimen Pokok Sena.

Menurut beliau, Islam yang diisytiharkan sebagai agama persekutuan pun diperlecehkan.

"Siapa boleh melupakan kenyataan (Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) terhadap Islam?" kata Mahfuz.

Menurut beliau, pada 20 April 1983, Najib memberitahu wartawan bahawa "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".

Selepas itu, katanya lagi, pada 20 April 1992, Najib sekali lagi memberitahu wartawan bahawa "kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

"Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik.

"Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu".

Mahfuz mengingatkan, kalau ajaran Islam yang paling tinggi di hati orang-orang Melayu pun dihina, tidak perlu ada sebarang percubaan untuk membuai orang-orang Melayu dengan isu-isu tanah rezab Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.

"Tidak sedarkah pihak berkenaan bahawa di bawah pemerintahan Umno selama 52 tahun hampir 44 peratus tanah rezab Melayu telah pupus di mana tiga juta hektar tanah rezab Melayu pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995?

"Itu belum lagi kita bangkitkan hartanah orang-orang Melayu yang pupus teruk terutama di kawasan bandar," katanya.

Kepada Mahfuz, tindakan membangkitkan perkara itu tidak lebih dari sekadar mengulang-ulang harapan palsu kepada orang-orang Melayu.

"Lebih baik bercakap tentang gerakan bersama untuk menuntut usaha intensif bagi mewujudkan pusat-pusat pengajian termasuk pusat-pusat pengajian tinggi kepada orang-orang Melayu," katanya._