Followers

Friday, August 07, 2009

Ooo....baru aku tahu kenapa pelabur tak masuk....!

Rakyat silap asyik marahkan kerajaan UMNO/BN sahaja bila ekonomi merosot. Pada hal para pemimpin UMNO/BN yang 'sangat putih bersih' itu telah membuat yang terbaik untuk negara. Rakyat apa tahu !!!

Pemerintahan UMNO/BN 'berjaya' menyelesaikan kes Altanthuya sehingga mengharumkan nama negara di mata dunia. Kerana berjayanya kes ini, rakyat tak nampak raaamaaaiii pelabur masuk selepas itu !!!

Pemerintahan UMNO/BN juga berjaya membawa masuk pelabur ke dalam negara berjaya 'menghapuskan rasuah' dalam pemberian tender dan projek. Mana ada UMNO/BN minta persen-persen!!! Tak adalah! Bodoh... menuduh sahaja tau !

Pemerintahan UMNO/BN sentiasa menjaga kedaulatan undang dan dan keluhuran perlembagaan. Kes Anwar dulu dan sekarang berjaya diuruskan oleh Ghani 4 tail dengan mematuhi prinsip keluhuran perembagaan!!! Ramai pelabur luar negara sokong kerajaan UMNO/BN dalam kes-kes besar macam ni !!! Sebab inilah pelabur ramai suka melabur di Malaysia !!! Itu pun tak tahu !!!

Sebenarnya pelabur tak masuk ke Malaysia selama ini bukan kerana itu semua tetapi kerana demonstrasi anti ISA GMI yang tiga jam itu. Itulah puncanya. Bodoh !!!!!!

Kamu ingat menteri wilayah yang memang bodoh itu bodoh ke ?

Thursday, August 06, 2009

Undian ISA zalim: Tuntut dimansuhkan

Majoriti pengunjung laman web berita Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggesa akta ISA dimansuhkan kerana ia disifatkan sebagai kejam.

Daripada 522 responden, setakat ini, 481 atau 92 peratus mahu Akta Kementerian Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, sementara hanya 36 responden bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk menyemak akta kontroversi itu.

Undian yang bermula hampir jam 9 malam tadi memuatkan lima soalan, masing-masing dengan tiga pilihan jawapan, bermula dengan "pada pandangan anda, ISA adalah...".

Semakan Malaysiakini mendapati 597 responden atau 88 peratus menganggapnya "kejam", manakala 51 responden atau 9 peratus menyifatkan akta itu sebagai "undang-undang pencegahan" daripada kegiatan mengancam keselamatan negara.

Majoriti responden, kira-kira 89 peratus daripada 621 responden, yang menentang akta itu menyatakan mereka "faham dan tahu sepenuhnya mengenai ISA", 51 responden menjawab "saya keliru" dan selebihnya memilih "saya tidak tahu dan tidak faham."

Mereka, 599 responden atau 89 peratus, juga mengetahui isu ISA melalui bahan bacaan dan hanya 51 responden "tangkap muat" berhubung isu tersebut, sementara 22 lagi melalui "cakap-cakap" pihak lain.

Ditanya soalan Amerika Syarikat dan Britain mempunyai akta menentang keganasan masing-masing yang "dirujuk daripada pelaksanaan ISA di Malaysia", 324 responden atau 48 peratus menyatakan mereka mengetahui perkara itu.

Manakala 328 responden lagi atau 49 peratus menjawab soalan itu "tidak memberi apa-apa makna kepada mereka", selebihnya memilih jawapan "saya tidak tahu."

Berdasarkan undian topik-topik yang lepas, tempoh tinjauan di potal berita KDN itu dijalankan selama seminggu.

Akta ISA sering menjadi topik perbahasan hangat antara pemimpin kerajaan dengan pembangkang dan aktivis hak asasi.

Demonstrasi anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bersama Pakatan Rakyat, Sabtu lalu, mencipta rekod perhimpunan terbesar dalam sejarah negara menentang akta kontroversi itu.

sumber : Malaysiakini

DAP termasuk DAPSY perlu kerja keras membentuk YB-YB mereka

Ulasan dan pandangan DAPSY Pulau Pinang yang merasakan kecaman YB Parlimen Jelutong Jeff Oii terhadap seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang, MOhd Razali, jujur atau sekadar mahu mengambil hati ?

Perasan kecewa yang begitu mendalam dapat dirasakan dengan kerenah dan sikap segelintir YB DAP (Jeff dan Ronnie) yang nampaknya jahil menjaga hati orang lain. Mereka telah menunjukkan sikap perkauman yang mendalam walaupun bersama-sama mendokong perjuangan politik baru Pakatan Rakyat. Pantang disentuh orang berbangsa Cina walaupun orang itu salah maka dengan membabi buta dan tanpa usul periksa serta tanpa memikir sensitiviti, YB-YB DAP yang segelintir ini tampil membela.

Apakah ini sikap yang betul bagi ahli politik dalam politik baru Malaysia yang dirintis oleh Pakatan Rakyat? Apakah sebenarnya yang YB Jeff Oii dan YB Ronnie Liu mahu ajar kepada kita ?

Apakah dua YB ini tidak berfikir apakah yang akan berlaku kepada Pakatan Rakyat sekiranya semua YB-YB Pakatan bermulut dan bersikap seperti mereka yang tidak pandai-pandai menjaga prinsip kesepakatan Pakatan Rakyat. Atau mereka berdua ini merasakan Pakatan Rakyat sebenarnya 'nothing'.

Begitu juga dulu sikap YB ADUN Kota Darul Aman. Secara bodoh, habis 'dibogelnya' Pakatan Rakyat Kedah dalamTV 3 yang dia sendiri tahu media itu sentiasa bekerja merosakkan Pakatan Rakyat.

Dalam soal ini nampaknya DAPSY Pulau Pinang mahupun pusat perlu lebih aktif membentuk wajah YB-YB DAP ini agar berwajah Pakatan Rakyat bukan berwajah bodoh sombong seperti Jeff Oii dan Ronnie Liu.

Wednesday, August 05, 2009

Kejar, sembur, pukul dan tangkap: usaha tegar tutup mulut rakyat.

Nampaknya pembohongan memang menjadi budaya. Menteri Wilayah kata kerugian dianggarkan rm200 juta. Manakala persatuan perniaga mengatakan mereka rugi sebanyak dalam lingkungan rm10 juta.

Mereka jelas memanipulasi kisah yang sebenar hingga tidak sukar untuk dianggap dan dijangka oleh yang berfikir dan menganalisis berita dan kisah demonstraasi itu, bahawa pembohongan menjadi budaya mereka.

Penganjur perhimpunan tidak pernah meminta peniaga-peniaga tutup premis perniagaan mereka tetapi polis yang arah tutup. Penganjur perhimpunan memberi jaminan bahawa perhimpunan itu aman tetapi menjadi kecoh dan lintang pukang apabila dikejar polis, dipukul polis dan disembur oleh polis.

Soalnya kenapa sembur, kenapa pukul, kenapa kejar ? Mereka hanya berjalan sahaja.

Sebabnya kerana mahu menakut-nakutkan para demonstran. Tak bolehkah biarkan demonstran itu berjalan dihanya jalan yang ditentukan dan polis mengawal. Jika sekiranya polis nampak berlaku kejahatan para demonstran ( pukul orang dijalanan, rusakkan harta benda awam, bawa senjata) maka semburlah air, tangkaplah demonstran itu. Tetapi kalau setakat mereka menjerit dan berjalan dengan membawa sepanduk apa bahayanya kepada ketenteraman awam.

Jadi ramai rakyat yakin polis yang menjadi punca huru-hara demonstran hari itu. Kalau polis tidak melampau seperti apa yang mereka lakukan hari itu keadaan tidak akan kecuh dan para peniaga tidak akan kerugian.

Apa yang jelas kekecuhan hari demonstrasi itu adalah usaha tegar pihak UMNO/BN melalui polis mahu menutup mulut rakyat daripada menyatakan kebenaran dan menentang kezaliman ISA.

ISA disalahgunakan, zalim dan kejam !

Antara 'jasa' UMNO yang sering diberi undi oleh orang Melayu !

Umno gadai agama dan ketuanan Melayu

Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my

TIADA siapa yang boleh memadam sejarah Malaysia bahawa Umno merupakan satu-satunya parti Melayu yang majoritinya penganut agama Islam, berjaya menerajui negara sejak sebelum merdeka lagi.

Umno yang memperjuangkan nasionalisme Melayu, menjadi peneraju utama kerajaan Barisan Nasional yang turut dianggotai beberapa parti nasionalis yang lain.

Asas utama kepada penyatuan BN yang diterajui Umno ialah penyatuan bangsa-bangsa Melayu-Cina dan India (terutamanya), untuk membentuk suatu perikatan atau gabungan daripada pelbagai kepentingan bangsa dan agama.

Parti-parti nasionalis ini begitu lantang memperjuangkan ideologi dan idealisme masing-masing, untuk mencapai matlamat asasi iaitu memelihara, memupuk dan mempertahankan kepentingan bangsa dan agama mereka.

Tidak dinafikan gabungan parti-parti nasionalis ini mendapat apresiasi rakyat, apabila mandat berterusan diberikan dalam tempoh yang agak lama iaitu lebih 50 tahun.

Lebih separuh kurun rakyat memberikan penguasaan mutlak BN terhadap negara. Dalam tempoh itu juga secara tidak disedari, ianya secara tidak sengaja membentuk minda diktator di kalangan pemimpin Umno-BN.

Mereka sering merasakan mereka terlalu kuat dan gagah dan tidak mampu ditumbangkan oleh sesiapa pun. Mereka turut mempunyai persepsi bahawa mereka adalah tuan kepada sistem politik, ekonomi, pembangunan, pendidikan dan segala-galanya dalam negara ini.

Dan dengan kekuatan penguasaan yang sekian lama itu menyebabkan pemimpin Umno lupa dan lalai untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai sebuah parti yang memelihara kepentingan agama Islam dan ketuanan orang-orang Melayu.

Sejak Umno-BN menguasai negara, populasi kependudukan orang Melayu merosot sedikit demi sedikit daripada lebih 70 peratus kepada 51 peratus sahaja. Kuasa Melayu dari sudut politik terhakis kerana populasi menurun.

Kuasa Melayu dari sudut ekonomi juga gagal diseimbangkan dengan kaum-kaum lain kerana Dasar Ekonomi Baru yang dilaksanakan gagal mencapai sasaran, akibat ketamakan segelintir pemimpin Umno.

Malah kekuatan orang Melayu yang majoritinya beragama Islam juga, tidak dapat mencapai suatu tahap yang boleh dibanggakan kerana Umno mengambil dan melaksanakan agama secara berpilih-pilih.

Dalam ertikata lain, Islam pada Umno, hanya akan dilaksanakan, pada aspek-aspek yang menepati kepentingan politik, untuk mengekalkan kuasa politik mereka, bukan untuk melaksanakan Islam yang syumul sebagaimana tuntutan syarak.

Hari ini kuasa politik Umno yang menjadi tonggak kekuatan politik Melayu dicanangkan semakin terhakis. Hakikatnya kuasa politik Melayu terhakis bukan kerana banyak kawasan yang ditandingi Umno, kini sudah dikuasai PAS atau KeADILan.

Sebaliknya ia berpunca daripada, kesilapan pemimpin Umno yang hanya mementingkan kuasa politik lebih daripada kepentingan bangsa yang menjadi asas perjuangan selama ini.

Dengan kuasa majoriti lebih dua pertiga di Parlimen Umno-BN membahagi-bahagikan kerusi melalui persempadanan kawasan pilihan raya sehingga menyebabkan kerusi majoriti Melayu dan bukan Melayu sama banyak.

Negeri-negeri di mana ramai penduduk minoriti bukan Melayu, diperbanyakkan kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, manakala negeri majoriti Melayu tidak ditambah kerusi Dun dan Parlimen.

Persempadan semula kawasan pilihan raya yang dikuatkuasakan pada 2003 misalnya, memecahkan banyak kawasan majoriti Melayu dengan memasukkan jumlah pengundi bukan Melayu yang agak besar, untuk mengalahkan PAS dan KeADILan.

Jelas Umno mahu mengekalkan kuasa mereka, dengan hanya semata-mata bergantung kepada manipulasi politik terhadap bukan Melayu yang dianggap akan tetap setia dengan Umno-BN khususnya.

Kesilapan ini amat besar sebenarnya. Percaturan Umno bahawa bukan Melayu akan kekal menyokong mereka, memakan diri. Apabila pengundi bukan Melayu beralih arah kepada Pakatan Rakyat, Umno semakin gusar. Umno mendakwa kuasa politik Melayu sudah semakin terhakis.

Umno sebenarnya hanya mahu memadamkan hakikat bahawa, terhakisnya kuasa politik Melayu adalah kerana kesilapan dan ketamakan mereka untuk mengekalkan kuasa.

Permainan politik Umno-BN ini sudah tidak boleh diterima rakyat. Pemimpin-pemimpin mereka sedang dilanca kecelaruan yang tidak berkesudahan akibat kekalahan besar dalam PRU ke 12 yang lalu.

Pada saat ini bukan sahaja Umno yang sedang celaru. Seluruh parti komponen BN juga turut dilanda kecelaruan. Mereka tidak sedar bahawa Umno, MCA, Gerakan, MIC dan seluruh anggota komponen BN sedang menerima hukuman yang berat iaitu penolakan yang berterusan daripada rakyat._

http://www.harakahdaily.net/


Tuesday, August 04, 2009

Ronnie Liu mencabar sensitiviti orang Islam

Ronnie Liu biadap jika benar beliau mengganggu usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mencegah orang-orang Islam minum arak. Sepatutnya sebagai Exco kerajaan PR yang menjaga urusan kerajaan tempatan, beliau perlu memberi tahu kepada peniaga berkenaan agar tidak sekali-kali menjual arak kepada mana-mana pelanggan Islam bukan membuat tindakan yang melukakan hati masyarakat di sekitar itu.

Jika Ronnie Liu benar-benar memahami pengharaman arak kepada umat Islam, beliau harus melakukan sesuatu secara bersopan bukan dengan cara mengarahkan majlis kerajaan tempatan tersebut memulangkan balik arak-arak yang dirampas. Tolong fahami sensitiviti umat Islam bukan semata-mata memikirkan untung rugi peniaga yang tidak bertanggungjawab itu sahaja.

Ronnie Liu, jika bukan merampas arak-arak itu, apakah tindakan yang patut kamu cadangkan untuk peniaga yang kurang adab itu tidak menjual kepada orang Islam ?

Jika ini perangai Ronnie Liu, dia benar-benar mencabar sensitiviti umat Islam. Gugurkan Ronnie Lie atau pecat sahaja jawatan exco YB yang menyusahkan ini.

Hoi..Pro ISA minta PDRM ISA-kan Tn Syed, Anwar, TG HJ Hadi dan Kit Siang !


Kumpulan pro-ISA menggesa polis supaya menahan pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh serta tiga pemimpin pembangkang, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, ekoran penganjuran demonstrasi besar anti-ISA Sabtu lalu.

Selain Syed Ibrahim dan Anwar, mereka juga menggesa polis menahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin popular DAP, Lim Kit Siang.

Gesaan itu dibuat oleh Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - gabungan lebih 50 NGO yang menyokong Akta ISA.

Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, keempat-empat individu itu patut ditahan di bawah ISA kerana mengamalkan "keganasan terancang" ketika menganjurkan perhimpunan mansuhkan akta itu kelmarin.

"Saya mendesak polis, kenapa polis kena takut (menahan)? Tugas polis menjaga orang awam seperti kami. Kami hendak berniaga, hendak jual jambu, buat burger, bawa teksi.

"Polis kena jaga kami, bukan memberi muka kepada Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya dalam GMI. Tangkap mereka ini! (Ini) hak kami," kata Mohd Khairul Azam dalam sidang media di ibu negara petang ini.

Huhuhu.... takut !!

Penasihat undang-undang Magaran ( Meragam kot ?) minta polis tahan ISA tokoh-tokoh Pakatan Rakyat tersebut kerana katanya menganjurkan "Keganasan Terancang".

Hehehe...nak tergelak aku.

Semua yang luka-luka bengkak masa demonstrasi hari itu kerana kena 'belasah' dek Anwar, Hj Hadi dan Kit Siang bersama Tn Syed ! Begitulah hebatnya mereka ini melakukan 'Keganasan terancang' yang lebih hebat dari Keganasan c4.

Kerana 'keganasan terancang' Anwar, Hj Hadi, Kit Siang dan Tn Syed yang mengalahkan keganasan C4-lah maka Penasihat undang-undang Magaran tidak boleh jual jambu, buat burger dan bawa teksi. Kesian !

Pro-ISA minta ISAkan perancang 'keganasan terancang' demonstrasi rakyat, perancang keganasan C4 macam mana ?


Hah...penceramah tiada nama dalam permit pula dah !

Inilah kreatifnya polis 1Malaysia.

Sudah habis dah agaknya kerja-kerja menangkap penjenayah, perogol, penyamun, sekarang tangkap pula penceramah yang tiada nama dalam permit masa PRK Penanti. Aku bimbang nanti orang bercakap dengan sekumpulan kawan-kawan di tepi jalan akan tangkap kerana tiada nama dalam permit. Bercakap dengan kawan-kawan tak kan nak mohon permit juga!

Dah lah kelmarin kanak-kanak bawah umur yang ikut mak bapak pergi membeli belah di tangkap (konon dalam jagaan mak bapak tak selamat!). Dalam jagaan polis ............!?

Hah...1Malaysia kena tangkap !

Kes tangkapan Che Amat Hashim: Tindakan polis luar biasa

Mohd Sabri Said

PULAU PINANG, 3 Ogos (Hrkh) - Unit Ehsan Pulau Pinang kesal terhadap tindakan polis menangkap dan melokap Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Permatang Pauh merangkap Ahli Majlis Perrbandaran Seberang Perai (MPSP), Che Amat Hashim kerana tujuh kesalahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Timbalan Pengerusi Unit Ahsan Pulau Pinang, Amizudin Ahmat dalam kenyataan akhbarnya berkata, selama ini tangkapan dibuat kerana berceramah tanpa permit tetapi kali ini ditahan kerana kononnya penceramah tiada dalam senarai permit semasa pilihan raya Kecil Penanti.

"Tindakan polis dilihat luar biasa kali ini kerana menahan dan melokap kerana penceramah tiada dalam senarai permit semasa pilihan raya kecil Penanti," jelasnya.

Che Amat katanya, terpaka membayar wang ikat jamin maksima RM14 ribu dan bermakna setiap kesalahan di bawah Akta Polis 1967 beliau dikenakan RM2 ribu.

Baru-baru ini beliau dihadapkan ke Mahkamah Bukit Mertajam dan mengaku tidak bersalah pada setiap kesalahan.

Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan denda antara RM2 ribu sehingga RM10 ribu atau penjara setahun untuk setiap kesalahan.

"Unit Ehsan Pulau Pinang menyeru semua pendokong Pakatan Rakyat beramai-ramai ke Mahkamah Bukit Mertajam di Jalan Betik pada 27 Ogos ini untuk memberi sokongan moral terhadapnya serta berharap semua pimpinan KeADILan dan Pakatan Rakyat menghulurkan bantuan termampu untuk menanggung kos yang dikenakan," tambah beliau selanjutnya. - mns_

Monday, August 03, 2009

Muhyiddin 'serang' Tok Guru kena 'sumpah', 'serang' Anwar kena saman berjuta

Dulu Muhyiddin Yasin asyik 'serang' Tok Guru Nik Aziz. Bila Muhyiddin serang Tok Guru, hulubalang-hulubalang Muhyiddin pun menambahkan serangan. Antaranya Zahid Hamidi herot-herot mulut serang Tok Guru. NGO-NGO UMNO turut serang sama.

Tok Guru relek je! Sekali Tok Guru' tembak' "pergi jahanamlah UMNO!", senyap kelu Muhyiddin dan hulubalang-hulubalangnya.

Dah habis peluru hendak berperang dengan Tok Guru Nik Aziz, semalam Muhyiddin hala pula senapang gajah kepada Anwar Ibrahim. Dengan lantang Muhyiddin bertempik dalam kelambu UMNOnya, dalam mesyuarat UMNO bahagian Seri Gading di Universiti Tun Hussein Onn, "Anwar Pengkhianat !". Huh.... 'ganah' Muhyiddin !

Maka esoknya terpampang di dada akhbar pengampu UMNO, "Anwar Pengkhianat".

Hari ini dengar ceritanya Anwar Ibrahim nak saman Muhyiddin RM100 juta kalau tidak minta maaf dalam tempoh 7 hari. Lembek lutut pula Muhyiddin !

Memang malang nasib mu Muhyiddin ! Serang Tok Guru kena sumpah, serang Anwar kena saman ! Permatang Pasir PAS lagi lah jawabnya !

Sunday, August 02, 2009

Setelah rasa macam menang di MU, UMNO mahu rasa macam menang pula PP

Nampaknya UMNO begitu bersemangat mahu menghadapi PAS di DUN Permatang Pasir. Para pemimpin UMNO telah berbuih-buih mengulas bahawa mereka akan tetap meletak calon untuk menentang PAS. Kata pemimpin-pemimpin UMNO dalam TV 3 dan Awani tadi mereka yakin mereka akan berjaya seperti di Manik Urai.

Entahlah melihatkan gelagat pemimpin UMNO, terasa juga hendak ketawa. Mereka sedar atau tidak, tidak dapat dipastikan. Diulasnya keputusan PRK Manik Urai seolah-olah UMNO yang menang. Begitulah para pemimpin UMNO terlalu perasan, kalah pun dirasakan menang.

Kata Ketua Penerangan UMNO, UMNO akan menggunakan antara kaedah kempen di PRK Manik Urai. Kata pengulas politik yang entah datang dari mana itu, jika UMNO guna kaedah di Manik Urai, UMNO boleh menang !

Kalau itulah kaedah yang UMNO akan gunakan, sudah pasti wang akan 'mencurah-curah turun dari langit' ! Dan sudah tentu juga jambatan akan dijanjikan dibina di Permatang Pasir! Di Manik Urai, UMNO yakin janji membina jambatan Manik Urai oleh TPM menyebabkan mereka kalah tipis. Soalnya adakah jambatan yang perlu dibina diPermatang Pasir.

Satu kaedah lagi ialah DUN Permatang Pasir akan ditawarkan sebagai 'anak emas' kerajaan pusat sebagaimana Manik Urai ditawarkan dulu. Bertuahlah orang-orang Permatang Pasir kerana Permatang Pasir bakal menjadi anak emas kalau UMNO menang.

Akan mungkin ada nanti surau yang akan dirobohkan untuk dibina baru ? Di Manik Urai katanya ada surau yang d roboh untuk dibina baru tetapi ditolak oleh penduduk kampung.

Kaedah Manik Urai seterusnya yang akan digunakan di Permatang Pasir ialah menjemput Ibrahim Ali datang berkempen dan juga bagi melaksanakan satu strategi khas. Berahim Ali kan pakar strategi !

Seterusnya ialah Pondok Panas. Pondok Panas akan jadi macam iklan biskut, sekejap ada sekejap tak ada. Di Permatang Pasir ni rasa-rasa macam akan ditiadakan.

Dan UMNO juga akan menayangkan serta menjemput tokoh-tokoh dan prof-prof yang entah apa-apa, mengulas dalam rancangan khas medianya setiap hari kononnya Husam masih 'bergaduh' dengan Ustaz Nasa. Tok Guru Nik Aziz 'menguasai' PAS bukan Tok Guru Haji Hadi. PAS 'dikuasai' DAP. Dan langkah pertama media hari ini mengatakan PKR mahu bertanding di DUN Permatang Pasir. Perkara ini akan menjadi tajuk utama media perdana esok.

Akhirnya, siapakah yang akan diletak sebagai calon bebas ? Berapa ramai ?

Syarat baru kerjasama: jaga perasaan orang UMNO

Nampaknya bagi Perdana Menteri Malaysia perasaan orang-orang UMNO lebih dahulu perlu dijaga berbanding perasaan seorang ulama yang meminpin sebuah negeri Melayu dalam Persekutuan Malaysia, yang Najib sendiri sebut ulama itu dalam ceramah UMNO, sebagai Tok Guru !

Syarat baru Najib untuk kerjasama antara kerajaan Pusat dengan kerajaan Negeri Kelantan ialah , jaga perasaan orang UMNO.

Nampaknya, perasaan rakyat yang bukan UMNO tidak ada nilai untuk dijaga kerana Malaysia ini hak UMNO tahu! Orang lain siapa hendak kata apa, kata, tetapi UMNO jangan kata, kerana perasaan orang-orang UMNO perlu dijaga !

Najib kata lagi "buatlah cara baik, buatlah cara menghormati orang lain."

Ayat indah orang-orang UMNO itulah dia. Kalau kena kepada batang hidung dia begitulah bunyinya. Kalau kena kat orang bukan main lagi dia....diculik, disorok diruntuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat Perak secara tidak berperlembagaan. Speaker sah Perak, Sivakumar diusung dan dihumbannya secara kurang ajar. Itulah UMNO ! Kita perlu jaga hanya perasaan orang -orang UMNO !!! Pergi jahanamlah UMNO (Ulang kata Tok Guru ) !!!

Bahagialah orang-orang UMNO dapat parti yang pandai jaga hati orang-orang UMNO. Orang UMNO tak kisah tanah rezab Melayu berkurangan, Pulau Batu Putih dapat kat Singapura, ISA berlaku kejam dan zalim kepada orang yang tidak tentu bersalah dan orang-orang UMNO tak kesah anak-anak mereka jadi penghutang apabila tamat belajar. Orang UMNO tak kisah kualiti anak-anak Melayu merosot kerana kerana pemimpin UMNO mahir menjaga hati !!

Nampaknya habislah Kelantan, tiada kerjasama... selagi tidak menjaga perasaan orang UMNO (sebenarnya bukan 'orang UMNO' tetapi 'pemimpin UMNO' ) !!!!


Sabtu Ogos 1, 2009

PM minta Nik Aziz jaga perasaan Umno kalau mahu kerjasama

KOTA BAHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjaga perasaan dan sensitif kepada anggota Umno jika mahu membentuk kerjasama antara kerajaan Kelantan dan kerajaan pusat.

Presiden Umno berkata, beliau mengucapkan kata-kata itu kepada Nik Abdul Aziz ketika Mursyidul Am PAS menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra hari ini.

"Ada peristiwa saya tidak duga... antara pemimpin yang sambut saya (di lapangan terbang) adalah tok guru Nik Aziz. Saya terima bila tok guru sambut saya dalam pada itu saya sebut kepada tok guru tolong jaga perasaan orang Umno. Tapi saya rasa tok guru faham apa yang saya maksudkan," katanya semasa berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Baharu di sini.



Ibrahim Libya, pejuang anti ISA yang sejati!

H Fansuri

"IBRAHIM Libya is the real fighter!" kata saudara Ahmad Lutfi Othman kepada saya pada suatu malam di rumahnya di Ampang. Entah kenapa dan bagaimana dengan tiba-tiba hal itu diangkat menjadi tajuk bualan kami, saya sendiri tidak begitu pasti.

1985 kami sekeluarga berhijrah dari Pengkalan Hulu, Perak, lalu menetap di tempat kini di Kedah. Pengkalan Hulu nama aslinya Keroh adalah tempat yang hampir kepada Baling di mana kami mesti melalui tanah perkuburan Memali ketika balik beraya di kampung.

1985 boleh dikatakan satu tempoh waktu kemuncak di mana ahli-ahli jemaah Islam telah berkobar-kobar semangat mereka berikutan peristiwa pembunuhan Ibrahim Libya itu.

Segala kaset ceramah, rakaman video bersepah di rumah bersama timbunan pita rakaman video debat antara Ahmad Deedat dengan paderi Jimmy Swaggart pada ketika itu. Orang tua saya saat itu, amat ligat mendengar ceramah, menghadiri mukhayyam, khemah ibadat anjuran jemaah dan ketika pulang, memang bertimbun segala kaset di rumah.

Rakaman pembunuhan ke atas Ibrahim Libya itu diulang-ulang banyak kali di rumah dan saya pun tidak faham kenapakah Ibrahim Libya diperlakukan sedemikian rupa.

Fitnah ke atas beliau jangan cakaplah. Memang menimbun fitnah yang tercetak di corong radio, tetuang udara dan televisyen. Nak buat macam mana? Semua media bagai koleksi harta khazanah mak bapak depa! Ruang untuk kita beri penjelasan sikit habuk pun tak dak!

Gambaran video tentang kekejaman dan kezaliman askar kerajaan yang merempuh dalam perkampungan itu tidak menumpukan dengan jelas kepada saya mengenai latar belakang Ibrahim Libya, apakah yang dia lakukan sehingga beliau diperlakukan sebegitu rupa.

Semua gambaran kisah ini akhirnya tenggelam begitu sahaja ditelan waktu. Saya dewasa dengan campur aduk peristiwa lain hingga pernah menganggap ISA ini masih diperlukan untuk kununnya menjaga keselamatan awam.

Sedikit demi sedikit, hasil bualan bersama Ahmad Lutfi, wawancara bersama Abu Urwah dan wawancara bersama Said Zahari telah berjaya mencerahkan pemikiran gelap tentang ISA ini. Maka, bermula era baru melawan ISA sampai mati!

Apabila saya tahu kegelapan ISA ini, saya tetap protes secara peribadi terhadap tindakan Anwar yang pada malam beliau ditahan di rumahnya di Damansara dahulu.

Pasukan itu datang pada waktu malam dengan lengkap bersenjata. Mereka tendang pintu rumahnya, menyerbu secara kasar saat beliau membuat sidang media. Kata orang, Anwar tidak dijadikan tahanan politik sebaliknya diperlakukan sebagai 'penjenayah'.

Tak kisahlah apa sahaja kata-kata orang terhadap Anwar. Saya mungkin salah kerana hal mencari jawapan ini bukanlah suatu hal yang mudah. Kita hanya bercakap mengenai hal yang kita tahu saja. Yang kita samar-samar dan tak tahu itu, kita debatkan kemudian.

Perhatikan betul-betul kepada isu menahan orang pada waktu malam dengan kasar. Kalau seseorang itu penjenayah, setidak-tidaknya polis akan membaca pertuduhan ke atasnya sebelum dibawa ke balai untuk soal siasat. Begitu saya difahamkan.

Rumusan awal yang saya simpul secara peribadi ialah, DSAI itu hakikatnya tetap tahanan politik dan tuduhan ke atasnya dijadikan sebagai tuduhan yang bukan bersifat politik.

Asas rumusan itu ialah.. tahanan dan corak tangkapan terhadap Anwar itu dilakukan pada waktu MALAM dan ia diperlakukan dengan zalim dan kejam sekali. Ingat betul-betul hal yang ingin dijelaskan di sini, iaitu tangkapan itu dilakukan pada waktu MALAM.

Insya Allah, nanti akan diceritakan kenapa hal itu amat penting untuk dibincangkan..

ISA warisan Namrud, Fir'aun dan King Herod yang zalim dan kejam!

ISA itu lanjutan undang-undang puaka, perundangan drakonian, hukum drakula, unjuran ilham sang penguasa zalim dan kejam yang gemar meratah tulang berkuahkan darah saat menghukum rakyatnya.

Kira-kira 4,000 tahun yang lalu, Namrud bin Kan'an adalah raja yang suka memenjarakan rakyatnya sendiri lalu mereka dibunuh dengan kejam. Dia merampas apa-apa sahaja hasil tuaian rakyat. Maka, rakyat menyembahnya semata-mata kerana takut kekuasaannya.

Allah Maha Besar! Dikirimkan suatu pengenalan isyarat kepada raja yang zalim itu lewat mimpi. Seorang anak lelaki melompat ke atas singgahsana lalu merampas takhta Namrud. Baginda berpeluh dan keesokannya, isi mimpi itu menggegarkan seluruh isi istana.

"Seorang anak lelaki akan lahir tak lama lagi," seorang peramal istana memberi komen ke atas mimpi sang raja. "Dia akan dijadualkan untuk merampas takhta tuanku kelak!"

Malam itu juga, satu undang-undang baru didekrekan, peraturan kejam yang baru digazet melalui titah perintah Namrud!

"Malam ini, seluruh angkatan tentera harus segera ke kampung-kampung, di seluruh ibu kota dan di pinggir kota. Cari setiap bayi lelaki dan kalian wajib bunuh mereka!"

Malam itu kota Urr bermandikan darah. Keesokan paginya, banjirlah air mata mencurah-curah, melimpah di segenap pelusuk desa dan kota kerana nyawa setiap bayi lelaki telah dirampas haknya untuk lahir sebagai lelaki yang merdeka.

Serangan dan pembunuhan beramai-ramai terhadap bayi lelaki itu dilakukan pada waktu malam. Ini sebetulnya warisan sikap Iblis dan syaitan ketika melakukan kejahatan.

Terdapat beberapa ciri persamaan antara Namrud, Fir'aun dan Raja Herod di Rom itu.

Seperti yang termaklum, Fir'aun juga mengalami mimpi yang lebih kurang sama. Seorang bayi lelaki melompat ke arah singgahsananya lalu merampas takhtanya.

Lalu, pada waktu malamnya, bala tentera Fir'aun telah masuk ke seluruh perkampung dan setiap bayi lelaki yang ditemui telah dibunuh, ditetak dan dihempaskan ke tanah!

Fir'aun enggan muhasabah, kenapakah Tuhan mengirim kelahiran bayi lelaki untuk hadir menggugat kekuasaannya? Ini kerana dinasti Firaun itu telah memperalat dan menjadikan Bani Israel itu sebagai hambanya guna melancarkan program pembangunan di Mesir.

Pada era King Herod, diriwayatkan dalam Bible, bahawa mimpi yang sama menyinggah ke dalam mimpi sang raja. Sekali lagi, buat kali ketiga, seorang kanak-kanak lelaki hadir untuk menggugat kekuasaannya seperti yang berlaku ke atas Fir'aun dan Namrud.

Negara Israel saat itu telah berada di bawah naungan empayar Rom. Dinasti Herod telah mengamalkan dasar yang menindas rakyatnya sendiri. Kadar cukai yang tinggi dan cukai yang tidak munasabah itu telah membebankan rakyat sendiri.

Seorang peramal memberitahu, seorang anak lelaki akan hadir membunuh kekuasaannya itu. Tetapi, sebagai biasa, peramal cuma memberitahu kehadiran pihak yang menentang raja-raja, tetapi tidak menyatakan kenapakah Tuhan mengirim seseorang yang melawan kekuasaan mereka yang zalim itu.

Anak-anak lelaki telah lahir sebagai penentang dasar, hukum dan peraturan yang kejam, zalim dan menindas masyarakat mereka sendiri. Mereka adalah Ibrahim yang melawan Namrud, Musa seteru Fir'aun dan Isa a.s yang melawan penindasan cukai raja-raja.

Ketiga-tiga pemuda ini bagaimanapun, bukan melawan kezaliman penguasa semata-mata malah turut mengirim mesej Tauhid, menumbangkan berhala, mengajak umatnya supaya tidak menyembah lembu sapi, dan menyeru rabai pendeta Yahudi agar tidak memandang ke arah kesenangan pangkat dan keduniaan.

Jika mahu dicoretkan kisah ketiga-tiga nabi ini, nescaya tidak sampai maksud pengenalan artikel ini yang mahu meriwayatkan kekejaman penguasa pada zaman mereka yang sama kejamnya dengan pemerintahan masa kini, khasnya yang terkait dengan ISA itu.

ISA, penahanan, serangan dan dibunuh pada waktu malam

Sekarang, entah bagaimana, setiap tahanan ISA diburu pada waktu malam. Baca memoir Said Zahari, Kassim Ahmad dan beberapa orang mantan tahanan ISA, mereka ditahan itu pada waktu malam, dinihari ketika sedang tidur, persis serangan tentera Namrud, Fir'aun dan Raja Herod yang membunuh bayi-bayi lelaki tak berdosa ketika malam.

Maka, cara yang sama telah dilhamkan oleh Tuhan ke atas nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Iaitu, larilah daripada musuh itu pada waktu malam.

Nabi Lut dan para pengikutnya telah melarikan diri daripada negeri Sadum kerana Tuhan mahu membinasakan penduduk negeri yang mengamalkan amalan seks bebas dan amalan seks sesama jantina itu. Hukuman Tuhan itu juga dijatuhkan pada waktu malam.

Nabi Musa juga diperintahkan membawa Bani Israel keluar dari Mesir pada malam. Dan, Rasulullah s.a.w juga ketika melarikan diri daripada kepungan musuh-musuhnya, hal itu dilakukan pada waktu malam.

Kenapakah tangkapan ke atas tahanan ISA itu dilakukan pada waktu malam. Pertama, ini adalah sikap kejam dan zalim Namrud, Fir'aun, Herod yang diwarisi secara tidak sengaja oleh Umno dan BN melalui 'guru' penjajah mereka; British. Tapi, Umno tidak menyedari bahawa mereka telah terikut-ikut dengan gaya kepimpinan Namrud dan Fir'aun ini.

Sebetulnya, setiap orang yang dapat menghidu, atau dicurah ilham bahawa kemungkinan mereka akan ditahan ISA pada waktu malam perlu segera melarikan diri sebagai Musa a.s melarikan diri daripada buruan bala tentera Fir'aun.

Zaman Musa menjadi 'fugitive' dan pelarian ini terhenti setelah baginda menjadi menantu kepada Nabi Syu'aib a.s. Setelah menikah, baginda terima wahyu di Bukit Tursina waktu malam ketika melihat api di bukit.

Sejak itu, tamat zamannya menjadi pelarian. Bermula episod barunya sebagai pejuang pembebasan ke atas Bani Israel yang dijajah Fir'aun!

"Ibrahim Libya tidak menyerah walaupun arwah Ustaz Fadhil Noor minta dia menyerah," kata Ahmad Lutfi kepada saya lagi pada malam itu. "Ini bermakna, Ustaz Ibrahim enggan menerima konsep tahanan tanpa bicara ini."

Sememangnya pada zaman-zaman itu, tahap pemikiran masyarakat ke atas ISA ini belum lagi hangat dan panas seperti yang terjadi pada saat ini khasnya pada 1 Ogos ketika bahan ini sedang digodam.

"Sebab itu Pas pada zaman itu tidak memberontak ke atas penahanan pimpinan al-Arqam di bawah ISA," kata Saari Sungib dalam suatu temubual di rumahnya di Ukay.

"Ini kerana, tahap pemikiran orang-ramai belum tiba ke tahap sekarang. JIM pernah beri ucapan dasar kepada pihak cawangan khas sebelum muktamar berlangsung," kata beliau lagi. "Ini menunjukkan bahawa ketakutan kita terhadap ISA itu masih wujud."

Tetapi, kisah-kisah 'kekalahan' orang-ramai pada saat itu boleh dimaafkan, diterima sebab kesedaran ke atas wajah gelap ISA masih belum hadir seperti zaman ini.

Ketika mendengar cerita-cerita lampau ini, baru saya terfikir bahawa kenapakah Ibrahim Libya ini perlu dirakam sebagai 'the real fighter', khasnya dalam usahanya melarikan diri kerana enggan ditahan di bawah ISA itu.

Pemikiran dan kesedaran Ibrahim Libya telah maju ke depan mendahului kita pada 1985, sejak zaman saya terkebil-kebil kebodohan menafsirkan sendiri, kenapakah orang seperti beliau ini ditahan. Video itu tidak menceritakan secara jelas kepada saya bahawa Ibrahim Libya adalah orang yang bakal ditahan di bawah ISA sebenarnya!

Dan, Ibrahim tidak mengalah sehingga sanggup menolak 'arahan' pimpinan jemaah pusat untuk menyerahkan dirinya kepada undang-undang zalim tersebut! Benar, Ibrahim Libya is the real fighter! (Mohon disebutkan di sini dengan izin GMP dan rakyat yang bencikan PPSMI!)

Wujudkan perkampungan ISA, tanah ladang ternakan ISA

Atas sebab ini, kita terfikir sendirian kenapakah dalam Surah al-Kahfi (gua), antara ramai watak wira dalam surah itu, maka surah itu dinisbahkan namanya dengan kumpulan anak muda yang bersembunyi di dalam gua?

Walhal, bukan tiada watak-watak hebat seperti Zulkarnain yang menguasai belahan dunia Barat dan Timur yang patut diabadikan namanya sebagai nama surah itu. Selain raja tersebut bukan tiada diperihalkan watak Musa dan Khidhir yang berbalah mengenai tiga persoalan yang melibatkan kerohanian mereka.

Namun, antara sekian watak-watak yang terselit di dalam Surah al-Kahfi itu, Allah s.w.t telah menggerakkan kita untuk menamakan surah itu dengan al-Kahfi, merujuk ceritera pemuda yang ditidurkan Tuhan dalam tempoh yang begitu lama.

Mereka ini mungkin berlari dari tahanan penjara seperti ISA guna menyelamatkan aqidah dan perjuangan mereka. Tidak disebutkan bahawa mereka melancarkan serangan ke atas raja yang zalim itu dari gua itu seperti Osama ben Laden. Sebaliknya, mereka cuma tidur sahaja.

Malah, sebaliknya mereka telah ditidurkan Tuhan dalam beberapa tempoh yang panjang dan mereka akhir tersedar semula lalu mereka menjadi bukti kepada generasi kemudian mengenai wujudnya sekumpulan insan yang memegang aqidah Tauhid sejak dinasti raja yang zalim dahulu.

Dan, kini telah wujud dinasti raja yang adil pula ketika mereka baru tersedar daripada tidur yang panjang itu. Tidurnya para pemuda al-Kahfi pun diangkat sebagai suatu perjuangan kerana berusaha menyelamatkan aqidah mereka.

Ertinya, yang dinamakan perjuangan ini bukan semata-mata angkat pedang dan mengangkat mata pena. Tidur pun diiktiraf sebagai perjuangan juga! (Tapi, hal ini hanya kes-kes khasnya dalam kes Ashabul Kahfi saja agaknya)

Tidurnya seseorang yang bercita-cita untuk menjadi demonstran jalanan ketika kemuncak revolusi di ibu kota, masih ada ruang untuk didebatkan dengan lebih lanjut lagi.

Nama-nama nabi seperti Ibrahim diangkat sebagai surah lantaran perjuangan menentang kezaliman raja puaka yang kejam zalim sebagai penguasa yang mempertahan ISA.

Kita perlu menamakan mereka yang telah berjuang melawan ISA ini dengan meletakkan nama mereka sebagai pengabadian seperti mana Tuhan mengabadikan nama kumpulan al-Kahfi ke atas surah yang disunatkan kita membacanya pada setiap Jumaat itu.

GMI dengan wang-wang sumbangan rakyat yang semakin sedar terhadap kebajingan ISA itu mungkin boleh digunakan untuk membeli tanah ladang agar dapat diusahakan kaedah membela kehidupan ahli-ahli keluarga tahanan ISA.

Kita boleh usahakan sektor perladangan, ternakan kambing Jamnapari, ikan pari-pari dan apa-apa saja. Hasilnya boleh dimanfaatkan guna menaja gerakan menekan BN sebelum PRU ke-13 yang bakal menyaksikan kejatuhan mereka kelak, insya Allah.

Pakatan Rakyat dengan empat negeri yang telah ditawan, mungkin boleh wartakan tanah-tanah di kawasan tertentu sebagai kawasan perkampungan dengan menamakan kampung itu dengan nama mantan-mantan tahanan ISA; Ibrahim Libya, A Samad Ismail.

Semoga hal seperti ini menjadi suatu bentuk tekanan kerajaan negeri PR ke atas kerajaan persekutuan BN pula. Orang ramai dan masyarakat telah menekan kerajaan melalui suatu perhimpunan di Sogo baru-baru ini. Hal tekanan seperti ini telah lama kita lakukan.

Dengan wujudnya tanah sebagai lambang kekuatan dan isyarat kepada bangkitnya modal, wang dan harta sebagai aset perjuangan, maka akan bertambah kuatlah perjuangan rakyat untuk memansuhkan ISA ini kelak.

Mana-mana pihak yang dapat berasakan dirinya sedang dalam buruan ISA, diperhatikan gerak langkah oleh SB-SB di cawangan khas Bukit Aman, wajib melarikan diri sebagai pelarian dan pelarian mereka sendiri bukan bererti takut, malah mereka sedang mengikuti jejak langkah Musa, Muhammad, Ibrahim dan Isa yang diburu penguasa zalim.

Rajin-rajinlah menonton drama bersiri Prison Break dan drama bersiri The Fugitive untuk mengkaji cara-cara menekan pihak polis, FRU dan kerajaan persekutuan BN.

Wajiblah ke atas kita mencari dan mencetak pelbagai kaedah untuk menyusahkan BN dan jangan sesekali kita memberi ruang supaya mereka berasa senang hati ketika meneruskan hal kezaliman mereka itu, khasnya dalam hal ISA ini.

Syahadan, awasilah malam-malam anda. Kerana bermula saat ini dan malam-malam yang berikutnya sesiapa pun boleh ditahan di bawah ISA dengan beberapa si pertuduhan boleh direka-reka dan dipaksakan ke atas anda termasuk orang yang sedang menggodam bahan ini.

Umno dan BN adalah watak-watak pendendam teragung. Mereka seboleh-bolehnya mahu menangkap musuh mereka sehingga dapat. Sebab itulah juga mereka akan menahan pada waktu malam ketika anda sedang berehat bersama keluarga.

Oleh itu, segala tuduhan mereka selalunya tidak rasional dan tidak masuk akal. Sebab itu juga anda tidak akan dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.

Maka, jika kita bijak, apakah kita ingin menyerah leher untuk dipenggal pendendam yang busuk hati, atau mahu melarikan diri untuk memberi tekanan ke atas mereka ini? Jawapan bijaksana sebenarnya sudah ada di tangan anda.

9:30 p.m, 1 Ogos
Sekolah Pemikiran Kg Baru
(Cawangan Pendang)

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=022010&Itemid=35



Himpunan yang sepatutnya aman menjadi kecoh dan kacau: Siapakah pencetusnya ?

Apa yang berlaku kepada Himpunan ISA di Kuala Lumpur semalam benar-benar memperlihatkan PDRM diperalatkan oleh pihak lain. Kalau PDRM tidak diperalatkan pun, tindakan PDRM semalam menggambarkan satu tindakan yang tidak bijak. Menghalang, mengejar, menyerang dan menyembur demonstran bukan satu tindakan bijak dan betul.

Para demonstran itu bukan kumpulan komunis, bukan kumpulan gangsters , bukan kumpulan yang sedang meraikan detik 12 malam, sebaliknya mereka terdiri dari rakyat akar umbi yang berbilang kaum bersama para ulama, ustaz, pemimpin agama dan para pemimpin Pakatan Rakyat yang dikenali seluruh dunia. Kata-kata bahawa para demonstran ini sebagai pengacau dan pengganggu yang mahu membuat huru-hara adalah kata-kata pihak polis dan tuannya yang tidak masuk akal langsung. Mereka memperjuangkan nasib rakyat, mana mungkin mereka mengkucar-kacirkan kehidupan rakyat ?

Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang seorang ulamak dunia Islam tidak mungkin turun berdemonstrasi untuk menyusahkan rakyat sebaliknya Tuan Guru itu turun padang untuk membela nasib rakyat yang dizalimi oleh akta kejam ini. Tuan Guru tidak mampu untuk mempengaruhi mana-mana pegawai keselamatan menggunakan C4 untuk letupkan sesiapa kerana Tuan Guru Presiden PAS sentiasa bersama dengan denyut nadi rakyat bawahan. Apakah Tuan Guru yang seperti ini pencetus huru-hara? Demonstrasi tidak sekali-kali akan menjadi huru-hara jika tidak dihuru-harakan oleh PDRM !

Oleh kerana hasutan dari pihak yang berjiwa kecil dan lemah maka semalam PDRM sekali menjadi pencetus huru-hara di Kuala Lumpur bukan para demonstran. Pihak PDRM sepatutnya benarkan mereka berarak mengikut jalan yang telah ditentukan. Jika mereka rosakkan kemudahan awam dan membuat kacau barulah boleh ditangkap dan bicarakan. Tetapi apa yang berlaku semalam pihak GMI menawarkan satu perhimpunan yang bersih di Kuala Lumpur, ditolak oleh PDRM dengan memulakan tangkapan dan kekecohan yang tidak perlu.

Sekali lagi semalam, PDRM terus menjadi alat dan perkakas kepada kerajaan yang di perintah oleh parti yang lemah dan berjiwa kerdil yang tidak Islamik. ISA akta haram ! Sudah-sudahlah berada dipihak haram