Followers

Saturday, August 01, 2009

Mansuhkan ISA...Mansuhkan ISA....Mansuhkan ISA !!


ISA asalnya untuk komunis dan subversif.

Selepas tidak ada lagi komunis, ISA disalahgunakan oleh UMNO. UMNO/BN menggunakan ISA untuk menangkap sesiapa sahaja yang menggugat kuasa dan cuba menghakis dominasi pengaruh mereka yang semakin hilang moral dan kualiti kemanusiaan.

UMNO yang mendominasi pemerintahan menyalahgunakan ISA. Lalu ISA menjadi akta zalim. ISA kejam. ISA telah digunakan tangkap sesiapa sahaja tanpa bicara. ISA telah digunakan tangkap sesiapa sahaja di mana-mana. ISA digunakan untuk tangkap sesiapa sahaja tanpa sesiapa pun tahu yang ditangkap itu berada di mana. ISA mendera dan menyiksa kerana hanya syak sahaja tanpa bukti dan tanpa bicara.

ISA memisahkan suami dan isteri. ISA memisahkan ayah dan anak-anak. ISA meruntuhkan rumahtangga yang dulunya bahagia.

Huu...zalim sungguh ISA. ISA memang zalim. ISA jahat. Kalau UMNO kata orang yang ditangkap itu bahaya, maka ISA akan digunakan. Kata-kata Perdana Menteri atau menteri UMNO menjadi kata-kata suci memutuskan seseorang itu bersalah, jahat atau tidak.

PDRM hanya melaksanakan arahan dalam membuat keputusan tangkapan ISA dan ISAkan seseorang. Pemerintah UMNO/BN lah segala-galanya dalam urusan jahat dan kejam ISA ini.

ISA zalim. Hapuskan ISA yang haram ini!

Mansuhkan ISA.....mansuhkan ISA.....mansuhkan ISA !!


Thursday, July 30, 2009

Woit...JJ dah duta !!!!

Woit....JJ jadi dutalah. Duta bertaraf menteri katanya. Banyaklah yang JJ dapat buat untuk Malaysia khususnya untuk Rompin agaknya. Bangga kawan-kawan di Rompin. Ahli Parlimen mereka jadi duta ! Ke Amerika pulak tu ! Bukan duta ke Uganda! TPM aje yang layak bermesyuarat di Uganda. JJ bermesyuarat di Washinton DC lah...Uganda apa barang !!

Tapii....ahli parlimen patutnya jaga kawasan kan? PM yang suruh tu! Tapi rasanya JJ tak payah, dikecualikan kerana JJ JJ!

Dah....kalau macam tu apakah nanti orang Rompin akan hanya jumpa dengan wakil rakyat mereka sebaik parlimen dibubar? Bilalah parlimen akan dibubar agaknya?

Oo...ya...ya....kawan-kawan di Rompin cakap, tak apa JJ jadi duta ke Amerika kerana JJ akan balik seminggu sekali dengan heli yang selalu dinaiki dulu dari Washinton DC !!! Lagipun kata-kata kawan-kawan totok di Rompin, JJ tak balik pun tak apa asalkan JJ wakil rakyat Rompin!! Janganlah suruh-suruh JJ balik, kesian JJ ,dia sibuklah...naya dia ! Pembangkang tahu apa, buka kesian belas kat JJ ! Tahu nak menyusahkan JJ aje !! Hidup JJJJ !!

Amboi-amboi, sukalah tu, mesti banyak dan macam-macam kawan-kawan di Rompin dapat kerana JJ duta ke Amerika. Senanglah....bahagialah...kayalah....tak susahlah anak-anak nak sekolah kawan-kawan di Rompin kerana JJ duta, bukan duta ke Uganda tapi ke Amerika!

Kawan-kawan di Rompin memang bagus-bagus, cool aje kerana mereka jenis suka berjauhan dengan wakil rakyat. Setakat duduk di Kuala Lumpur buat apa? Kalau setakat duduk di Kuala Lumpur baik tak payah jadi wakil rakyat Rompin !

Tahniahlah kawan-kawan totok di Rompin kerana kawan-kawan semua hebat-hebat kerana berjaya menghantar wakil rakyat kawan-kawan duduk di Amerika! Wawasan anda sesungguhnya memang jauh.... sampai ke Amerika! Nampaknya anda tidak macam orang-orang di parlimen lain yang tiada wawasan !!!!! Huhuhu !!!

Pilihlah JJ lagi...pilih...pilih !!

Siapa ajar Tok Guru tidak boleh......UMNO kena 'tembak' lagi...huhuhu...!

Hujah 'pergi jahanamlah Umno' wajar - Nik Aziz

Salmah Mat Husain | Foto Rizal Tahir
Wed | Jul 29, 09 | 8:39:25 pm MYT

KETEREH, 29 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan menarik kenyataannya sebelum ini yang menyebut 'pergi jahanamlah dengan Umno' kerana ia dianggap wajar.

Menteri Besar Kelantan berkata, pemimpin Umno kelihatan kalut dengan kenyataan itu tanpa memikirkan tindakan pemimpin parti itu sendiri yang mencerminkan perkara tersebut.

"Umno langsung tidak pernah fikir ketika pemimpin parti itu memburukkan nama saya sebelum ini.

"Namun setelah pemimpin mereka ditegur sedikit riuh rendah jadinya," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 215 mangsa ribut di Kampung Buloh Poh dan Kampung Lancang petang tadi.

Beberapa pemimpin Umno termasuk Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Dr Awang Adek Hussin sebelum ini dilaporkan kesal dengan kenyataan Mursyidul Am PAS berkaitan isu terbabit.

"Takkan saya mengeluarkan kenyataan yang agak keras tanpa sebarang sebab," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan pemimpin Umno yang mendakwa seorang tok guru yang bergelar ulama tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Siapa ajar tok guru tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan Allah sendiri dalam al-Quran menyumpah manusia macam binatang.

"Ada juga ayat di mana Allah mengumpamakan manusia ini pekak, tuli, buta.

"Jadi sekiranya ada orang menghina kita, kita senyap tak berbuat apa-apa itu bukan merendah diri, tetapi menghina diri sendiri," tambahnya. - mj _

Harakah Daily

Wednesday, July 29, 2009

Pemimpin dan pencacai UMNO 'terbakar' kerana tembakan Nik Aziz

'Pergi jahanamlah UMNO!'. Satu 'tembakan' Nik Aziz yang menjadikan UMNO kepanasan sekarang ini. Ramai pemimpin-pemimpin UMNO berbagai peringkat dan NGO-NGO UMNO yang berfikiran sempit yang 'terbakar' dengan 'tembakan' itu.

Antara yang terbakar hari ini Zahid Hamidi yang baru-baru ini berjumpa dan berkenalan dengan Ehud Barak Yahudi laknat itu. Naib Presiden UMNO itu berkata Nik Aziz tidak berhak mengeluarkan kenyataan yang bersifat seolah- olah tidak bertamadun. Ahmad Zahid menambah, jika Nik Aziz atau kerajaan negeri Kelantan mahu berbaik-baik dengan kerajaan Pusat hanya kerana ada udang di sebalik batu.

OO...Nik Aziz tidak bertamaduun....!! Orang yang berjumpa dan berbincang dengan Menteri rejim zionis, pembunuh berjuta umat Islam, bertamadun ?

Nik Aziz mahu berbaik-baik dengan kerajaan pusat kerana ada udang di sebalik batu !!? Tu...yang Nik Aziz cakap kerjasama antara pusat dengan negeri, UMNO pergi kata Nik Aziz kata mahu kerjasama antara UMNO dengan PAS itu, ada apa di sebalik batu ?

Lagi yang 'terbakar' kerana tembakan Nik Aziz kepada UMNO ialah Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamad yang berkata, Nik Aziz memang patut dilupakan bukan sahaja kerana beliau gagal membawa perpaduan dalam partinya sendiri tetapi juga tidak pernah ikhlas menjayakan perpaduan ummah.

Syed Nuar kata Nik Aziz memang patut dilupakan. Dah...selama ini Nik Aziz suruh UMNO ingatkan dia ke ? Inilah orang yang mengigau di siang hari, Nik Aziz tembak UMNO dia yang latah dan terbakar.

Seorang lagi yang lebih parah terbakarnya ialah Ahli Jawatankuasa Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, sikap terbaru Nik Aziz itu amat dikesali apabila Mursyidul Am Pas itu lebih mementingkan kehendak politik berbanding perpaduan Islam dan Melayu yang mendesak kini. Menurutnya, Nik Aziz sepatutnya sedar apakah bekerjasama dengan DAP dan PKR bagi menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mampu menjamin pemerintahan negara ini terus ditunjangi kepimpinan Islam dan Melayu.

Ini seorang lagi, nama kata Prof tapi tak faham, dan sedang merusakkan konsep 1 Malaysia Najib. Nik Aziz sudah lama sebut bahawa dia tidak memperjuangkan bangsa Melayu tetapi dia memperjuangkan Islam . Dah (?), apa peliknya kalau Nik Aziz lebih mengutamakan prinsip Islamnya kerana dia dah sebut selalu, dia bukan pejuang bangsa tetapi pejuang agama Allah ?

Nampaknya pemimpin-pemimpin dan pencacai-pencacai UMNO penat dan kalah lagi lawan Nik Aziz. UMNO baru mula 1 Malaysia zaman Najib, tapi Nik Aziz sudah mula 1 Malaysianya sejak mula berpolitik. Nampak sangat lapoknya UMNO dari segala segi berbanding dengan Mursyidul Am Pas itu.

Siapa lagi yang akan terbakar esuk dan seterusnya, kerana tembakan yang Nik Aziz lepaskan kelmarin itu ?

Tuesday, July 28, 2009

1 Malaysia yang celaru.

1 Malaysia yang celaru.

1. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengesahkan ir Nizar sebagai Menteri Besar Perak, Mahkamah Persekutuan tangguh.

2. Mahkamah Tinggi membenarkan Anwar mendapat dokumen bukti pendakwaannya, Mahkamah mengangguh juga.

3. Pergi sebagai saksi membantu penyaiasatan kes di SPRM, akhirnya mati, katanya jatuh walaupun lusanya hendak kahwin. Hee...takut rasa nak jadi saksi polis dan SPRM.

4. Rakyat minta ditubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat punca kematian dan penyebab kematian, ditubuhnya Suruhanjaya Diraja menyiasat prosedur siasatan !

5. Dulu setiap kali keputusan peperiksaan awam seperti PMR, SPM dan STPM diumumkan prestasi katanya mencanak tapi sebaik PPSMI dimansuhkan katanya semua keputusan yang lalu merosot ?

6. Tok Guru kata kerjasama antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan negeri Kelantan, difahamnya kerjasama antara UMNO dengan PAS. Bodoh memahami bahasa Melayu Tok Guru kerana dulu terlalu kalut dengan PPSMI.

7. 1 Ogos 2009, GMI dengan 84 NGO hendak berdemonstrasi anti ISA zalim, puak Berahim Pewaris dengan NGO yang entah datang dari mana hendak buat juga demonstrasi pada hari yang sama. Macam tak ada tarikh lain !

8. Sepatutnya PM yang banyak keluar TV tapi sebaliknya bini PM pulak hari-hari keluar TV. Entahlah Malaysia....entah-entah siapalah yang memerintah agaknya !

9. Dulu masa Pakatan Rakyat tolak kerajaan Perpaduan, Najib sertamerta memberi respon, UMNO/BN tidak perlu Kerajaan Perpaduan tapi pantang terkeluar dan tersebut dari mulut 2 Tok Guru akan perkataan 'perpaduan atau kerjasama' maka akan dihebohkan UMNO dan kuncu-kuncu sebagai PAS sudah hendak berpadu dengan UMNO. Ya ke ? Hehe...tak malu ! Tenat benar UMNO agaknya, PAS yang selama ini dipandang UMNO bagai anjing buruk kepala hari ini sangat bernilai buat UMNO.

Demikian antaranya 1 Malaysia yang kian bercelaru.

Sunday, July 26, 2009

'Ustaz' Muhyiddin kata: TG Nik Aziz telah menunjukkan satu sikap muslim yang baik ! Hehehe..

Mula-mula Tok Guru bersalam dengan Tok Pa kerana program apa tak tahu di Kuala Luampur. Dengar ceritanya program antara kerajaan bukan parti. Dalam sidang akhbar Tok Guru bagi pendapatnya tentang kerjasama antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Kelantan bukan tentang PAS-UMNO pun!

Lepas itu Zahid Hamidi yang katanya baru bertemu Ehud Barak meminta agar Tok Guru ikhlas. Zahid Hamidi minta Tok Guru ikhlas ...hehek !

Hari ini pula lagi kelakar. 'Ustaz' Muhyiddin yang berada di Munyonyo, Uganda, kata Tok Guru telah menunjukkan 'satu sikap muslim yang baik' kerana hanya Tok Guru menyebut tentang kerjasama yang perlu disokong.

Nampaknya UMNO mula menghantar 'bom-bom jangkanya' kepada PAS. Dulu Kerajaan Peraduan idea Tok Guru Haji Hadi diputar-belitkan media UMNO/BN sehingga PAS berantakkan sesama sendiri. Hari ini sekali-kali lagi komen dan ulasan Tok Guru berkaitan kerjasama antara kerajaan diputar-belitkan.

PAS perlu berhati-hati, UMNO sekali lagi berusaha 'menjahatkan' imej PAS.

Nampaknya UMNO betul-betul memerlukan PAS untuk menyambung jangka hayatnya, hinggakan ulasan Tok Guru itu akan dibincang dalam mesyuarat MT UMNO pada 31 Julai nanti. Selepas mesyuarat tersebut UMNO pasti akan menggerakkan media massanya untuk merangkap PAS.

Cabaran debat Tok Guru kepada Tok Jib tidak bersahut, ini pula minta perpaduan.

Kita lihat apa yang berlaku seterusnya dalam 'game' ini.

Sebak hok buak tu Berahing, dok pelik pung!

Memanglah dia ni ! Berahing ali kang !

"Ibrahim Ali Mengetuai Pembahagian Wang kepada Pengundi di Manek Urai


SETIU Pengerusi Kelab Veteran PAS Terengganu, Ustaz Kassim Ahmad berkata walaupun UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengerahkan seluruh jentera kerajaan untuk menghadapi PAS dalam pilihanraya kecil DUN manek Urai, namun parti tu tetap gagal mencapai kemenangan.

Katanya, beliau yang turut pergi bertugas dan memberi sokongan moral dalam pilihanraya kecil itu menyaksikan dengan jelas betapa UMNO/BN telah menggunakan wang untuk membeli undi.

Katanya ada maklumat yang mengatakan BN telah membelanjakan wang sebanyak hampir RM100 juta dalam pilihanraya kecil tersebut.


Beliau mendedahkan, Ahli Parlimen Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali mengetuai pembahagian wang tersebut.

”Saya telah didatangi oleh seorang tuan punya bengkel kereta yang muda, katanya beliau bersama-sama golongan pemuda seramai lebih kurang 30 orang didatangi oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen Pasir Mas, saudara (Dato’) Ibrahim Ali,

”(Ibrahim Ali) rupa-rupanya mengetuai pembahagian wang, tiap-tiap seorang ahli (pemilik) bengkel itu memperolehi RM300,”kata Ustaz Kassim ketika berucap dalam Majlis Kesyukuran Meraikan Kemenangan DUN Manek Urai di Kampung Merang, dekat sini, semalam.

ADUN Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah (Abe Uji) yang menjadi tetamu dalam majlis diatas, mengesahkan dakwaan Ustaz Kassim keatas Dato’ Ibrahim Ali.

Menurutnya Ibrahim telah menjalankan kegiatan mengagih-agihkan wang tersebut terutamanya di Peti Undi Laloh.


“Di Manek Urai baru ni, memanglah dari segi cula kita menang hampir 2,000 (undi) dua hari sebelum itu (hari mengundi), apabila dia (UMNO) nampak cula dia sudah kalah 2,000, dia mula bergerak dengan pitih (wang),


”di kawasan (Peti Undi) Laloh, (Dato’) Ibrahim Ali lah yang jaga di Laloh, membawa dua butir bag (berisi wang) untuk diagih-agihkan,”jelasnya.


Beliau berkata, nilai pembahagian wang tersebut bukan hanya RM300, bahkan RM3000 dan hingga mencapai RM10,000, terutamanya kepada ‘kepala-kepala’.

Katanya cara pembahagian wang tersebut bukan rumah kerumah tetapi Ibrahim akan mencari seorang ‘kepala’ (ketua) dan meminta ketua itu membawa pengundi kedalam kawasan kebun getah atau belukar berhampiran.

”Trend (kaedah) dia kali ini, bukan ‘style’ (cara) pergi kerumah orang, (tapi) style di panggil kedalam ‘rok’ getah, kut dalam ‘rok’, pergi jumpa dengan dia (Ibrahim),

”dia (Ibrahim) cari seorang kepala, dia tunggu didalam rok mana-mana, (kepala) bawa mari 10 orang, dia akan bayar hok kepala lebih sikit, orang rakyat (bawahan) ni ada (terima) RM300, 500 dan ada RM1000,”tegasnya.

Oleh sebab itulah, kata Abe Uji, majoriti undi yang diperolehi PAS dalam pilihanraya kecil itu menurun.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Yang DiPertua PAS Setiu, Ustaz mohd Pauzi Muda dan Timbalannya, Tengku Ahmad Hussin.

http://www.buletinonline.net/





Nik Aziz hulur salam ?

Bila membaca Berita Minggu pagi ini, rasa nak tergelak dengan satu tajuk berita "Nik Aziz hulur salam".

Hahaha.....hahaha.....hahaha....!

Sampai tiga orang wartawan menulis sebuah cerita yang sangatlah pendeknya.

Memanglah Tok Guru bersalam dengan Tok Pa sebab mereka berjumpa. Dengan Lee Kuan Yew pun, Tok Guru hulur salam samasa Lee jadi tetamu Tok Guru tempoh hari.

Inilah dia media perasan UMNO yang 'gila talak'.

Yang aku dengar dalam TV, Tok Guru kata lebih kurang, kita berbeza idealogi politik tetapi dalam soal membangun dan membantu rakyat kita boleh berkerjasama. Itulah bijaknya Tok Guru berpolitik.

Yang aku faham dari cakap-cakap Tok Guru itu selagi ideologi UMNO tidak sama seperti perjuangan PAS yang menjulang kesucian dan kemuliaan Islam sepanjang masa...ampunlah hendak jolok Tok Guru untuk menyambung hayat UMNO yang kian tenat! Ibrahim Ali sudah ajar Tok Guru supaya 'jangan lepas anjing tersepit'.

Betulkah Tok Guru melupakan sengketa politik dengan UMNO yang memerintah pusat? Rasanya tidak. Tidak pernah dan tidak akan Tok Guru lupa. Kerana ingatlah, maka habis Tok Guru Haji Hadi dan Ustaz Nasa kena amuk hari itu.

Tok Guru berharap perselisihan pendapat yang timbul di kalangan pemimpin politik terutama antara Umno dan Pas sewaktu kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, baru-baru ini dilupakan dan kedua-dua pihak kembali semula kepada semangat persaudaraan sesama Islam supaya jambatan Manik Urai yang Muhyiddin janji hari itu dibina segera ! Bijak Tok Guru !

"Nik Aziz hulur salam

Oleh Nazura Ngah, S Anand Kumar, Haspaizi Mohd Zain
bhnews@bharian.com.my

Mursyidul Am Pas sedia lupa sengketa demi perpaduan Islam.

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedia menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri Pas dengan Kerajaan Pusat demi menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas, berharap perselisihan pendapat yang timbul di kalangan pemimpin politik terutama antara Umno dan Pas sewaktu kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, baru-baru ini dilupakan dan kedua-dua pihak kembali semula kepada semangat persaudaraan sesama Islam. "

Nik Aziz hulur salam ? Kahkahkahkahkah...!!

Raja Katak kembali

Katanya Tok Guru Nik Aziz akan turut sama dalam demonstrasi mansuhkan ISA akta zalim itu. Beliau katanya akan diiringi sama oleh Anwar dan Tok Guru Haji Hadi Awang.

Manakala di sebelah sana rasa-rasanya demonstrasi pro-ISA akan diketuai oleh Raja Katak. Sebabnya baru-baru ini Raja Katak berbunyi nyaring mengatakan jika kumpulan GMI tidak batalkan demontrasi itu, dia (RajaKatak) dan gerombolannya akan turut sama berdemonstrasi bersama puak-puak pro-ISA walaupun berlaku huru hara.

Kalau kenangkan sejarah Kelantan dulu-dulu, Raja Katak ini rasanya memang pakar huru-hara. Orang lain tak sebut pun huru hara tetapi Raja Katak yang sebut dulu. Agaknya perkataan huru hara memang sinonim dengan pemikiran Raja Katak.

Pengurusi GMI dan Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub dalam sidang media sebaliknya mengalu-alukan gerombolan Raja Katak dan kumpulan pro-ISA buat demonstrasi, jika hendak buat sangat pada tarikh itu, cuma buatlah demonstrasi elok-elok jangan buat provokasi.

Percayakah kita Raja Katak tidak akan membuat provokasi? Heh..muka dia pun muka provokasi. Mengancam akan berlaku huru-hara itu pun dah provokasi! Tengoklah nanti apa yang akan diprovok kepada Tok Guru Nik Aziz orang yang meletakkannya di parlimen Pasir Mas buat menyambung hayat politiknya tatkala orang UMNO melihat dia macam anjing buruk kepala, sewaktu terserempak dengan Tok Guru dalam demonstrasi nanti .

Akan besarlah kemaluannya si Raja Katak jika kumpulan anti-ISA tidak melayan sepatah dan sedikitpun provokasi Raja Katak dan gerombolannya ! Orang dah kenal siapa Raja Katak !