Followers

Friday, July 24, 2009

Dalam UMNO siapakah sebenarnya yang perlu 'cermin muka' ?

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin, katanya meminta ahli-ahli UMNO ‘cermin muka’ kerana sering kalah dalam pilihanraya. Dan katanya lagi “cara dan gaya politik kita kena berubah”.

"Kita kena nilai atau cermin muka (kenapa kalah dalam pilihanraya)...cara dan budaya politik kita kena berubah " katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Pokok Sena di Kedah hari ini, lapor Bernama.

Begitulah nasib ahli-ahli UMNO, diminta oleh pemimpin mereka ‘cermin muka’ kerana kalah dalam pilihanraya. Nampaknya, seolah-olah punca utama kekalahan UMNO kerana ahli-ahli UMNO, bukan kerana pemimpin-pemimpin UMNO dengan dasar kerajaan UMNO/BN yang banyak merugikan orang-orang Melayu dan ketuanan Melayu Islam..


Kata Muhyiddin ‘gaya politik kita kena berubah’.


Gaya politik macam manakah yang Muhyiddin mahu UMNO berubah?


Mampukah Muhyiddin membentuk UMNO Baru dengan gaya politik yang tidak lagi mengamal rasuah politik dalam setiap pemilihan UMNO dan pilihanraya ? Sanggupkah UMNO tidak mengamal projek 'mee segera' semasa kempen pilhanraya? Beranikah UMNO membuka songkok mengutip derma wang dari ahli-ahli yang datang ke mesyuarat dan ceramah UMNO sebagai infaq daripada ahli-ahli mereka?


Dan lagi beranikah UMNO membuang politik lapuk yang menggunakan dan mempergunakan media-media arus perdana, agensi dan jentera kerajaan dalam kempen-kempen pilihanraya mereka?


Bolehkah rakyat yang semakin cerdik dan celik politik, menerima sikap dan gaya politik Muhyiddin sebagai pemimpin UMNO, dalam membela orang Melayu di Manik Urai, apabila beliau berkata jambatan Manik Urai akan dibina hanya jika UMNO menang?


Bolehkah orang Melayu menerima gaya politik Muhyiddin yang satu masa dahulu mengubah cuti negeri Johor dari Jumaat dan Sabtu kepada Sabtu dan Ahad?


Entahlah.... melihat kepada kepimpinan UMNO yang ada kini daripada Perdana Menteri hingga ke menteri-menterinya dan termasuk Muhyiddin sendiri, rasanya cakap Muhyiddin 'gaya politik kita kena berubah' hanya retorik yang lumrah pemimpin-pemimpin UMNO lafazkan.


Sebenarnya cara dan gaya politik Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri UMNO-lah yang perlu berubah yang selama ini dan sekarang ini semakin ramai orang-orang Melayu menyampah dengan UMNO. Mereka terlebih dahulu perlu ’cermin muka’ !


Dan yang paling penting, beranikah agaknya Muhyiddin hulur 'cermin' kepada PM untuk 'cermin muka' kerana PM juga ahli UMNO ?

Thursday, July 23, 2009

Suruhanjaya Diraja Menyiasat Prosedur Siasatan?

Pelik yang dah terasa, bertambah pelik dengan para pemimpin negara kita ini. Cakap telus. Cakap berintegriti. Cakap ikhlas tapi nampaknya berbelit dan mmbelit nombor satu..

Masyarakat umum menggesa ditubuhkan suruhanjaya menyiasat punca dan siapa menyebabkan kematian Beng Hock jika ada. Tapi yang diumumkan Tok Jib Suruhanjaya menyiasat prosedur penyiasatan SPRM. Kalau itulah suruhanjayanya rasa-rasa tak akan terjumpa siapa yang menyebab dan punca kematian Beng Hock.

Dan belum mula apa-apa lagi, umum sudah terasa macam ada sesuatu nanti yang akan 'dikambing hitamkan'. Sebabnya dirasakan begitu, ialah apa salahnya kalau disebut oleh Tok Jib, Suruhanjaya Diraja yang akan ditubuhkan akan menyiasat punca dan siapa (jika ada) yang menyebabkan kemalangan itu sedangkan yang disebut suruhanjaya menyiasat prosedur siasatan.

Walau bagaimanapun kita lihatlah nanti. Semoga suruhanjaya itu tidak senasib Suhakam, SPRM, SPR dan PDRM !

Wednesday, July 22, 2009

Orang 'bakar jambatan' masuk semula UMNO; mentah atau tak empuk ?

Datuk Seri Rais Yatim berkata semalam, tindakan Zaid Ibrahim mempelawa Ku Li menyertai Pakatan Pembangkang seperti tidak memahami 'asam garam' politik sambil menyifatkannya masih mentah.

Hehehe.....nak tergelak pulak bila Datuk Seri Rais kata begitu.

Sebab, bagaimana pula taraf orang yang pernah 'bakar jambatan'nya dengan UMNO dengan begitu bersemangat, akhirnya masuk UMNO balik ? Bagaimana jugak taraf orang yang pernah mengkaji ISA itu sebagai zalim akhirnya mengatakan ISA ok apa !?

Bagaimana agaknya taraf orang itu ? Mentah jugakah ? Atau tak empuk namanya ?


Dipetik dari Utusan Online:

Kata Rais, tindakan Zaid itu dianggap seperti tidak memahami 'asam garam' politik sambil menyifatkannya masih mentah.


Tuesday, July 21, 2009

Merendahkan kewibawaan Tengku Razaleigh !!?

Berita dari mStar Online:

Zaid rendahkan kewibawaan Tengku Razaleigh - Muhyiddin

SEREMBAN: Tindakan bekas Menteri Undang-undang yang kini anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zaid Ibrahim mengajak Tengku Razaleigh Hamzah menyertai pembangkang sebenarnya cuba merendah-rendahkan kewibawaan veteran Umno itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hahahaa....Huhuhu....ajak Tengku Razaleigh Hamzah menyertai Pakatan Rakyat, merendah-rendahkan kewibawaan Tengku Raazaleigh....hahahaha.....hahahaha..... Muhyiddin....Muhyiddin !

Tan Sri, sebenarnya merendah-rendah kewibawaan orang apabila ada orang berkata undilah BN, kalau BN menang, BN akan bina jambatan di ManikUrai...kalau menanglah !

Kenyataan itu dan seumpamalah yang sebenar-benarnya merendahkan pemikiran dan keupayaan berfikir dan pendirian pengundi Manik Urai !!!


Monday, July 20, 2009

Nasib negara tercinta ini !

Beginilah nasib negara tercinta ini. Anwar pernah lebam biji mata.

Orang yang di siasat pernah dibogelkan. Perempuan pula tu!

Seorang India baru-baru ni mati, katanya kena belasah semasa disiasat.

Ini cina pula, mati jatuh dari Pejabat SPRM. Tak kan budak Cina ni mengingau semasa tidur di sofa pejabat SPRM ?

Sesungguhnya kematian ini sangat mencurigakan. Memang patut ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes kematian ini.

Dulu tengok muka Musa Hasan, gerun. Kali ni tengok muka Ahmad Said pula rasa ngeri !

SPRM macam PDRM juga.

Inilah wajah negaraku tercinta kini ! Sedih dan sangat menyedihkan.

Lebih menyedihkan lagi melihat wajah negara tercinta ini apabila dengar berita Zahid bertemu Ehud Barak ? Inilah antara pemimpin 1Malaysia yang tidak faham al-Quran.

Betullah kata Tok Guru tentang UMNO. Memang sah !