Followers

Wednesday, July 15, 2009

Projek beretorik ...!

Satu lagi projek seumpama projek Islam Hadhari dan PLKN ! Projek bercakap banyak dan beretorik dan kemudiannya entah apa-apa....tengokla nanti kalau tak percaya....

Berita dari utusan online:

Yayasan 1Malaysia telah dilancarkan semalam. Ianya katanya bertujuan bagi membangun, menyokong dan mengetuai kegiatan-kegiatan serta program yang melbatkan semua rakyat Malaysia ke arah perpaduan nasional dan konsep 1Malaysia.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanahnya, Dr. Chandra Muzaffar berkata, yayasan berkenaan dinaungi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Datuk Seri Idris Jala, bekas Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Dr. Ismail Ibrahim, Presiden Mercy Malaysia, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tun Razak, Prof. Emeritus Datuk Dr. K.J. Ratnam. Ahli lain ialah Pengerusi Institut Kebangsaan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, Ketua Pengarah Institut Pengajian Antarabangsa dan Strategik (ISIS), Dr. Mahani Zainal Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad, Datuk Seri Tony Fernandes.

"Setiap anggota lembaga telah pun melibatkan diri dalam masyarakat sivil dan tekun dengan tugas dan peranan masing-masing," kata Dr Chandra.

Kata beliau, Yayasan 1Malaysia adalah satu badan bebas yang tidak berasaskan keuntungan bagi menyokong inisiatif-inisiatif kerajaan dan sektor swasta dalam membangun serta menyokong perpaduan nasional.

"Kita tidak terikat dengan mana-mana parti politik," katanya.

Tuesday, July 14, 2009

5283 pengundi MU tuntut jambatan !

Hah...UMNO/BN pasti akan kalah lebih teruk dalam pilihanraya ke 13 nanti, jika UMNO/BN tidak membina jambatan di Manik Urai. Nampaknya ugutan Tan Sri Muhyiddin Yasin benar-benar makan diri.

Oleh kerana mahu juga UMNO/BN bina jambatan di Manik Urai, pengundi-pengundi Manik Urai bertindak bijak dengan berpakat mewujudkan hanya 65 majoriti. Ditugaskan 5348 pengundi menangkan PAS kerana tetap mahu calon PAS yang bersih terus kekal sebagai wakil rakyat dan diamanahkan kepada 5283 pengundi menuntut pembinaan jambatan ! Mereka tidak bimbang dengan majoriti tipis kerana ini hanya PRK.

Manakala UMNO/BN pasti sudah pucat muka. Janji Muhyiddin mesti ditunaikan jika tidak 5283 pengundi Manik Urai tidak akan memangkah UMNO/BN lagi dalam pilihanraya ke 13 nanti. UMNO/BN akan benar-benar terburai di Manik Urai jika mereka sanggup menghampakan pengundi-pengundinya yang ramai itu yang mengundi UMNO/BN kerana jambatan !

N41: MANIK URAI (12,293)

KEPUTUSAN

1.MOHD FAUZI ABDULLAH (PAS)........ 5,348

2.Tuan Aziz Tuan Mat (BN).......... 5,283

Jumlah mengundi................... 10,631

Peratus.............................. 87%

Undi rosak.......................... 117

Majoriti............................. 65


PAS menang majoriti tipis

Kemaskini 8.13pm

Keputusan rasmi
(setakat ini) PAS mendapat 3,092 undi, sementara BN pula 2,747 undi.

Majoriti setakat ini 345 undi.

http://www1.malaysiakini.com/news/108482


Monday, July 13, 2009

Jangan pangkah calon UMNO/BN di Manik Urai

Pengundi Manik Urai tidak sepatutnya memberi undi kepada calon UMNO/ Barisan Nasional. UMNO/Barisan Nasional telah awal-awal menunjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab dan berdendam. Jauh sekali dari bersikap ikhlas terhadap rakyat dan pengundi.

Sikap tidak ikhlas dan tidak patut itu jelas terserlah apabila Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan UMNO/BN akan membina jambatan di Manik Urai JIKA BN MENANG.

Adakah patut ?

Dengan sikap yang demikian sudah cukup untuk menjadi alasan yang kukuh untuk tidak memenangkan calon UMNO/BN tersebut.

Nak bagi pembangunan kepada rakyat ada syarat pulak ? Memang tak patut !

Sunday, July 12, 2009

Entahlah macam tak yakin !

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Nasional yang diumumkan Perdana Menteri merangkumi enam keberhasilan utama (KRA) termasuk usaha mencegah jenayah dan memerangi rasuah.

Sekali lagi Perdana Menteri kerajaan UMNO/BN menyebut usaha memerangi rasuah. Apakah Perdana Menteri UMNO/BN ini akan berjaya dalam usaha memerangi rasuah ? Siapakah sasaran utama peperangan rasuah ini ? Apakah peperangan ini akan bermula dengan kes-kes yang belum berlaku ?

Bagaimana pula dengan kes-kes lama ? Kes-kes lama apakah kes-kes yang berprofil tinggi atau kes rasuah seringgit dua ?

Entahlah rasa macam tak yakin !