Followers

Wednesday, July 08, 2009

Petronas diarah menjelas isu royalti minyak Kelantan

UMNO semakin gelisah di Manik Urai. Tak tahan berdebat secara terbuka dengan PAS kini UMNO dikatakan mula mempromosi kempen yang baik dan bersopan santun.

Apakah ajakan UMNO ini boleh dipercayai. Apakah UMNO akan berkempen secara bersopan santun dan mengikut peraturan pilihanraya ? Rasanya jika itulah UMNO, jauh panggang dari api.

Lihatlah dalam menghadapi kempen PAS yang 'membakar api' royalti minyak, UMNO jelas kepanasan dan kelam-kabut sehingga kabinet hari ini mengarahkan Petronas membuat penjelasan mengenai royalti minyak untuk Kelantan.

Nampaknya Petronas bakal diperalatkan UMNO dan bolehkah Petronas berkempen untuk UMNO ?

Nasharudin Mat Isa minta PM jelaskan tekanan terhadap umat Islam di Xinjiang

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dalam kenyataannya hari ini melahirkan rasa bimbangnya atas tekanan terhadap umat Islam di Xinjiang, China.

Beliau menggesa Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang baru saja mengadakan lawatannya ke China, menjelaskan secara terperinci situasi ummat Islam yang berada di Wilayah Xinjiang, khususnya di kawasan Urumqi.

Menurut Nasharudin, perkembangan di China yang membabitkan pergeseran sengit antara kaum Han dan Uighur yang majoritinya beragama Islam di Wilayah Xinjiang, China.

Katanya lagi, pergeseran ini telah menyebabkan sehingga beratus orang terkorban dan lebih seribu orang ditangkap oleh pihak berkuasa China sungguh membimbangkan.

"Dalam hal ini, sebagai parti yang mempertahankan dan memperjuangkan Islam dan umatnya, kami meminta Perdana Menteri memaklumkan keadaan keselamatan masyarakat Islam Malaysia yang menetap di sana, sekiranya ada," kata Nasharudin dalam kenyataannya. Menurut maklumat yang diterima, pihak berkuasa komunis China mengawal ketat semua sumber berita di negara berkenaan, agensi media asing melaporkan pertelingkahan kaum telah dicetuskan oleh puak pemisah Islam Uighur bersenjatakan pisau dan kayu belantan sehingga membabitkan sekurang-kurangnya 140 orang terbunuh dan kira-kira hampir 1,000 orang tercedera.

Malah, pihak polis China juga sedang menjalankan operasi menangkap secara besar-besaran suspek rusuhan sekitar 1,500 orang, kebanyakannya kaum Uighur yang dikatatan menjadi punca rusuhan berlaku.

Katanya lagi, "Selaras dengan lawatan rasmi Perdana Menteri ke China pada bulan Jun lalu dengan maksud memperluaskan hubungan Malaysia-China, menyambung tradisi yang pernah dilakukan oleh Allahyraham Tun Abdul Razak sebelum ini, Dato’ Seri Najib bertanggungjawab memberikan penjelasan di Parlimen jika boleh, rusuhan yang telah membunuh dan mencederakan umat Islam di Xinjiang yang mendukacitakan umat Islam di seluruh dunia."

Sehubungan itu, kata Nasharudin, kerajaan perlu menilai semula hubungan diplomatiknya dengan China jika China tidak dapat menjelaskan kedudukan yang sebenarnya termasuklah memanggil Duta China untuk memberikan penjelasan kepada Kerajaan dan rakyat Malaysia.

Jelasnya, "Konsep “One Malaysia” Dato Seri Najib yang menghimpunkan pelbagai kaum dan agama di Malaysia tidak akan menjadi realiti dan hanya retorik politik sahaja jika beliau tidak dapat memberikan gambaran sebenar apa yang sedang berlaku di Xinjiang pada masa kini."

Sumber: mstar

PPSMI mansuh, Mahathir pertikai

PPSMI akhirnya dimansuhkan kerana desakan majoriti rakyat yang melihat dasar tersebut sebenarnya merugikan dan menyusahkan rakyat.

Walaupun pemansuhan dibuat setelah majoriti rakyat mendesak hingga mereka turun berdemonstrasi di jalan raya, kita tetap mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran kerana memberi kenyataan kajian terjadap PPSMI secara tidak berbelit-belit. Yang kita menyampah menteri yang lalu sentiasa berbelit-belit terhadap keputusan kajian PPSMI dan proses pembelitan dan kelintong yang paling besar ialah persidangan meja bulat yang entah apa-apa itu.

Usaha pemansuhan PPSMI ini begitu cepat dipertikai oleh Dr Mahathir orang yang malahirkan PPSMI ini. Adalah diharapkan pihak KPM jangan peduli kritikan Dr Mahathir tersebut dan biarlah dia menceceh seorang diri.

Cukuplah Dr Mahathir !

UMNO buleh sakit di Manik Urai; Peraih ikan 'mengamuk'

Oleh kerana mempunyai Ketua Penerangan yang terlalu petah bercakap akhirnya UMNO buleh sakit di Manik Urai. Punya hebat berceramah tak sedar Ahmad Maslan, bahawa kata-katanya itu memperlekehkan peraih ikan di Manik Urai atau mungkin seluruh negara agaknya.

Akibatnya baca laporan dari malaysiakini....huhuhu... !!

Kira-kira 1,000 peraih dan peniaga ikan akan mengadakan perhimpunan Jumaat ini untuk membantah tindakan Umno yang didakwa telah memperlekehkan profesyen mereka.

Mereka mendakwa, Umno dalam ceramahnya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai, telah perlekehkan profesyen peraih dan peniaga ikan.

Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, juga seorang peraih ikan.

Kenyataan yang dianggap memperlekehkan mereka itu, didakwa dibuat oleh ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan dalam ceramahnya malam tadi.

Perkara itu dinyatakan oleh penasihat jentera pilihanraya PAS Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam satu sidang akhbar pagi tadi.

Ketika ditemui kemudiannya, beliau berkata, bantahan tersebut akan diketuai oleh Presiden Persatuan Peraih dan Peniaga Ikan Kelantan, Ahmad Tarmizi Salleh.

Mereka akan berkumpul mulai jam 5 petang di pasar Laloh.


Oi Ahmad Maslan ! Tahutak sekarang ramai peraih ikan lulusan universiti, boleh 'speaking' lagi !
Peraih ikan calon di Manik Urai tu lagi hebat mampu bina surau sendiri, jadi imam, mandi jenazah dan memberi tazkirah lagi.

Ahmad Maslan ? Huhuhu....pandai kata kat orang aje kot ?

Khir Toyo tahu....!!

Khir Toyo tahu orang Malaysia akan tahu bahawa dia ada membuat rumah baru macam istana.

Khir Toyo tahu orang Malaysia akan tahu berapa juta harga rumahnya yang dikitakan orang mencecah RM 24 juta itu.

Khir Toyo tahu orang Malaysia akan bising terhadap rumah yang dikatakan berharga RM24 juta itu.

Khir Toyo tahu orang Malaysia sejak dari dulu mudah di tipu; rumah itu hanya 3.5 juta sahaja bukan 24 jutalah !

Khir Toyo tahu orang Malaysia akan percaya bahawa dia tidak pernah menipu.

Khir Toyo tahu akan ada orang buat laporan kepada SPRM

Khir Toyo lebih tahu siapa SPRM itu. SPRM 'komponan' BN juga !!

Khir Toyo tahu dia tak akan diapa-apakan kerana ramai senior-senior dia dalam UMNO relek je sampai hari ini ! Tak kena apa-apapun !

Khir Toyo tahu ada orang akan lindung dia macam dia lindung Zakaria Derus dulu !

Khir Toyo tahu Zakaria Derus telah meninggal dunia !

Khir Toyo tahu....!

MANSUHKAN PPSMI !!

Hari ini keputusan kerajaan BN terhadap PPSMI akan diketahui. Apakah Kerajaan BN akan mansuh atau pinda sahaja PPSMI ?

MANSUHKAN PPSMI BUKAN PINDA !!

Berita dari mStar:

Selasa Julai 7, 2009

Kabinet akan buat keputusan kedudukan PPSMI esok

PAGOH: Kabinet akan membuat keputusan muktamad berhubung kedudukan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) esok, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata Kabinet akan membuat keputusan itu selepas beliau membentangkan hasil pelbagai kajian terperinci dan menyeluruh mengenai kedudukan PPSMI kepada Jemaah Menteri.

"Saya telah pun mengemukakan memorandum kepada Kabinet berkenaan kedudukan PPSMI, apa yang telah dilaksanakan dan bagaimana kedudukan penguasaan bahasa Inggeris dan kedudukan mata pelajaran Sains dan Matematik sejak kita melaksanakan sistem PPSMI ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Gerak Bakti Ujian Pencapain Sekolah Rendah (UPSR) Amanah Raya Berhad di Dewan Seri Pekembar di sini, Selasa.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata beliau akan turut membentangkan beberapa cadangan dan perakuan bagaimana kerajaan hendak terus memartabatkan bahasa Malaysia dan memperkasa penggunaan bahasa Inggeris di semua peringkat sekolah rendah dan menengah.

"Saya sebutkan ini (bentang) selepas kita menemui pelbagai kumpulan yang berkepentingan dalam soal pendidikan. Banyak badan pertubuhan yang kita hubungi, mengadakan perbincangan, mengadakan meja bulat, pertemuan dan sebagainya," katanya.

Muhyidin berkata kerajaan akan membuat keputusan mengenai kedudukan PPSMI tidak berdasarkan kepada desakan dan tekanan daripada mana-mana pihak.

"Saya kira kita sudah dapat gambaran yang jelas. Kita tidak membuat keputusan ini terburu-buru, kita tidak membuat keputusan ini atas desakan dan tekanan manamana pihak.

"Kita akan buat keputusan berdasarkan kepentingan pelajar dan mustahaknya kita pertingkatkan sistem pendidikan dalam negara kita ini," katanya.

Ditanya adakah keputusan Kabinet itu akan menjadi satu dasar, Muhyiddin berkata apa pun keputusan pastinya merupakan satu dasar sama ada kerajaan hendak teruskan atau membuat satu keputusan baru cuma beliau tidak berhak untuk mengumumkannya sehingga Kabinet membuat keputusan secara muktamad.

Beliau berkata banyak pihak sedang menunggu keputusan daripada kerajaan mengenai kedudukan PPSMI itu.

Beliau berkata antara pihak yang ditemui untuk mendapatkan pendapat dan pandangan mengenai PPSMI ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan anggota Majlis Tertinggi Umno.

Sementara itu, Projek Gerak Bakti UPSR Amanah Raya Berhad adalah projek membekalkan akhbar bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bersama sisipan DIDIK kepada sekolah di luar bandar, pada setiap Isnin.

Projek itu melibatkan kos keseluruhan lebih RM500,000 dan lebih 16,000 pelajar berbilang bangsa akan mendapat manfaat.

Hadir sama Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Pengerusi Kumpulan Amanah Raya Berhad Datuk Dusuki Ahmad, Pengerusi Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan Khairy Jamaluddin. BERNAMA



Tuesday, July 07, 2009

Khairy dengan sebuah drama lapok !

Si Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO yang tidak dilantik menjadi menteri mahupun timbalan menteri telah 'berjaya membongkar' berita 'dahsyat' tentang Pemuda PAS !

Kata Khairy ramai pemuda-pemuda PAS (apakah termasuk ustaz Nasruddin Tantawi?) kecewa kerana kegagalan Kerajaan Perpaduan maka itu ramai di antara meraka telah memberi isyarat untuk beralih arah (maksudnya menyokong UMNOlah tu).


Khairy kata tidak dapat mengumumkan secara mendalam buat masa ini kerana sedang berunding dengan mereka. (jaga-jaga ustaz Nasruddin !)

Mungkin Khairy akan umumkan beralih arah pemuda-pemuda PAS ini dalam satu lakonan sehari sebelum PRK Manik Urai.

Pemuda-pemuda manalah agaknya yang akan berlakon dalam menjayakan skrip lapok itu. Huhuhu!!

Aku kenal Pemuda PAS lah !!!

Monday, July 06, 2009

Seru Sharizat, pengundi Manik Urai bagi isyarat !

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyeru pengundi-pengundi DUN Manik Urai menolak calon Pas dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sebagai isyarat bahawa mereka tidak mahu terus hidup dalam serba kekurangan di bawah kerajaan negeri Kelantan yang tidak mampu menjaga kebajikan rakyat negeri itu.

Bagaimana pula jika pengundi Manik Urai menolak calon UMNO ? Apakah itu juga satu isyarat? Dan apakah makna isyarat itu ?

Tidakkah boleh kita katakan, itu merupakan isyarat bahawa mereka tetap tidak mahu hidup ditipu dan dipermain UMNO yang serba pandai manabur janji di bawah kerajaan BN yang tidak berintegriti ?

"Pusing-pusing saja di Kelantan, lihat sendiri, Manik Urai lagi teruk. Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai ini peluang untuk rakyat beri isyarat bahawa mereka tidak mahu lagi berterusan begini," kata Sharizat yang hanya senator itu.

Sharizat kata " Manik Urai lagi teruk....".

Orang Manik Urai boleh terimakah....datang datang je ke Manik Urai, Sharizat kata macam tu ? Tak kecil hatikah? Selama ini Sharizat nampakkah Manik Urai ?