Followers

Saturday, July 04, 2009

Realiti sebenar 'PAS for all'.

Melihat kepada kemelut politik yang berlaku sekarang terutama di Kedah, segala pakatan politik kelihatannya lemah dan seperti akan runtuh dan roboh lambat launnya, kerana masing-masing akan sampai masanya tidak akan setia lagi kepada pakatan mahupun barisan. Setiap parti politik di Malaysia, akhirnya akan membuat keputusan sendiri walaupun berada dalam pakatan atau barisan demi menjadi juara emosi dan politik kaum masing-masing. Mereka beberubut-rebut kepentingan untuk kaum masing-masing. Maka itu menjadi terlalu fanatic dan amat cemas, bimbang hak kaum mereka dirampas.


UMNO, MCA, dan MIC adalah parti politik berasaskan kaum. MCA dan MIC berjuang untuk kaum masing-masing manakala UMNO yang konon berjuang untuk kaum Melayu, kini hanya sebenarnya untuk ahli-ahli UMNO yang berpolitik demi perut dan demi kepentingan para pemimpin mereka. Gerakan, PPP dan DAP pula walaupun dikatakan parti pelbagai kaum tetapi jelas terbukti mereka berjuang untuk kepentingan kaum yang mendominasi parti-parti itu.


Sejak akhir-akhir ini jelas politik perkauman meresap dengan penuh emosi dalam amalan berpolitik itu sendiri. Cuma lagak luaran parti-parti tersebut seolah-olah mahu menyembunyikannya. Semua ini memberi gambaran yang jelas bahawa kaum yang lemah berpolitik dan tidak cekap politik perkauman akan terperosok akhirnya.


Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebagai antara pemain utama dalam politik pelbagai kaum negara ini harus melihat politik perkauman dan lemah berpolitik sebagai ancaman kepada perjuangan parti jika PAS tidak mampu untuk lahir sebagai parti politik pelbagai kaum. PAS adalah sebuah parti politik yang berpegang kepada tuntutan Islam yang adil lagi universal. Maka itu PAS perlu berani dan cepat membuka ruang kepada bukan Islam yang sanggup menerima dasar dan perjuangan parti PAS.


Untuk menjadi lebih dominant dalam politik Malaysia, PAS harus lebih laju untuk tampil ke khalayak bukan Islam sebagai parti yang memperjuangkan keadilan untuk semua kaum. Di samping mantap menjaga kepentingan Islam, PAS harus lebih baik daripada DAP, MCA, MIC, PPP, UMNO dan parti-parti lain kepada semua kaum di negara ini. Jika PAS mampu menjadi begitu, PAS tidak akan mudah diserang ‘virus DAP Kedah’ dan 'virus Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO' dalam menjayakan misi “PAS for All”. Buat masa ini PAS masih dilihat sebagai parti orang Melayu walau apapun yang PAS ucapkan.


Jika memerintah Malaysia sebagai antara matlamat utama ,yang mana PAS memang mempunyai peluang, PAS harus memikir untuk memerintah Malaysia sendirian dengan panduan Islam. Soalnya mampukah PAS memerintah bersendirian jika masih dilihat sebagai parti Melayu untuk orang Islam sahaja ? Atau PAS tidak kisah bersaing dalam politik pelbagai kaum di Malaysia sebagai parti Melayu untuk orang Islam ?

Friday, July 03, 2009

Biasiswa Nasional: Ramai anak Melayu bakal melopong ?

Sorry biasiswa nasional tidak akan dapat dirasai oleh anak-anak Melayu. Buat anak-anak Melayu hanya PTPTN. Setelah tamat belajar anak-anak Melayu akan terus terjajah menjadi si penghutang. Kesian mereka.

Itulah kesungguhan UMNO dalam menolong dan membela anak-anak Melayu dan anak-anak orang miskin. Biasiswa Nasional hanya untuk mereka yang cemerlang akademik yang lain sorry !

Jika mereka cemerlang sahsiah, cemerlang akhlaq, cemerlang budi bahasa, cemerlang kokurikulum tetapi tidak cemerlang akademik, mereka pun sorry ! Jangan harap biasiswa nasional untuk kamu ! Untuk kamu hanya pinjaman.... Pinjam dan mesti bayar. Kerja ? Kerja kamu cari sendiri bodoh ! Memang ramai anak-anak kita diperbodohkan.

Hebat sungguh pembelaan yang dikatakan satu-satunya parti politik Melayu itu terhadap orang-orang Melayu. Banyak manakah nanti, anak-anak Melayu terutama yang miskin akan dapat biasiswa nasional yang berdasarkan kepada meritokrasi itu. Kita saksikan nanti atau mereka hanya akan melopong dan terus menjadi penghutang PTPTN ?

Antara Abu Talib dan Shafee, Abu Talib tak layak, kata Nazri

Pahlawan cangkul si Nazri Aziz bersyarah di Parlimen mengatakan bahawa Tan Sri Abu Talib Othman tidak layak sebagai Pengerusi Suhakam. Tidak layaknya Tan Sri Abu Talib pada Nazri kerana pendirian bekas Peguam Negara itu apabila mengatakan bahawa rakyat Perak harus diberikan pilihan untuk menentukan kerajaan kehendak mereka.

Kalaulah hari itu bekas Peguam Negara itu kata rakyat Perak harus akur kepada keputusan rampasan kuasa di Perak, maka layaklah dia sebagai Pengerusi Suhakam, begitulah pada Nazri.

Dan Nazri berhujah lagi, "Antara Abu Talib dan Datuk Muhammad Shafee Abdullah, Abu Talib tidak layak sebagai Pengerusi Suhakam,".

Nampaknya tidak berat sebelah bagi Nazri ialah jika Datuk Muhammad Shafee Abdullah dilantik menjadi Pengerusi Suhakam bukan Abu Talib sedangkan Shafee itulah yang hadir Dewan Undangan Negeri pada 7 Mei lalu untuk memberikan nasihat dan bertindak bagi pihak Umno di mahkamah ?

Huhuhu....begitulah neraca tidak berat sebelah Nazri !! Piiirah !!!

Thursday, July 02, 2009

DAP Kedah robohkan Pakatan Rakyat kerana babi

DAP Kedah memulakan retak Pakatan Rakyat. Selepas ini kerana DAP Kedah, Pakatan Rakyat akan pecah dan menjadi sejarah. Ini adalah kerana langkah yang diambil oleh DAP Kedah besar kemungkinan mendapat restu dari DAP Pusat ? Ini akan mampu dilihat tidak berapa hari lagi.

Gaya politik DAP agaknya gaya politik tembolok sendiri? Mereka kelihatannya menganut politik mengugut. Mereka seperti suka dilihat sebagai sebuah parti politik yang tidak tahu belajar untuk bertolak-ansur. Bagi mereka tiada tolak ansur terutama dalam isu babi walaupun memberi sensitif kepada kaum lain. Apakah DAP begitu ? Sudahlah parti UBAN (UMNO Barisan Nasional) sentiasa mengugut, apakah DAP mahu mengajar parti-parti lain juga mengamalkan politik mengugut. DAP ajar mengugut, PKR ugut dan PAS ugut. Puaslah hati DAP!

DAP masih belum belajar dan DAP semacam mahu kembali bersendirian. Itulah DAP hari ini. Kalau tak percaya tengoklah nanti......

DAP kini diposisi terbaik menyumbang untuk memenangkan 'Kerajaan Perpaduan' UBAN. Satu sumbangan besar DAP kepada proses pembentukan 'Kerajaan Perpaduan' tajaan UBAN itu. DAP kecam PAS mengemukakan idea Kerajaan Perpaduan kepada UMNO, sebaliknya DAP awal-awal, telah memberi sumbangan menjayakan 'Kerajaan Perpaduan' UMNO. Tahniah DAP ! Jika itu kamu mahu lakukan, teruskanlah usaha merobohkan Pakatan Rakyat sebagaimana robohnya kandang babi di Kedah itu...!!!!

Kita akan lihat apakah 'virus' DAP Kedah seperti selsema babi virus H1NI akan merebak ke Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan seluruh negara !

Wednesday, July 01, 2009

DAP Kedah hendak Pakatan apa lagi ?

DAP Kedah dilaporkan keluar Pakatan Rakyat petang tadi. DAP Kedah membuat keputusan keluar Pakatan Rakyat kerana perobohan pusat penyembelihan babi. Mungkin ada isu mengenai pusat penyembelihan itu tetapi kalau kerana perobohan pusat penyembelihan babi itu mereka mebuat keputusan keluar Pakatan Rakyat, jelas kelihatan DAP Kedah lebih sayangkan babi dari Pakatan Rakyat.

Mungkin DAP Kedah lebih bahagia selepas pilihanraya 13 nanti apabila UBAN ( UMNO/ Barisan Nasional) kembali memerintah Kedah. Kalau itu hasrat DAP Kedah teruskanlah berada di luar Pakatan Rakyat. Jangan masuk-masuk lagi. DAP Kedah perlu sedar politik ugut mengugut sudah tidak relevan kini. Sekarang politik bersemuka dan berbincang.

Jangan berperangai macam budak-budak, kerana babi sanggup musnahkan Pakatan Rakyat. Habis DAP Kedah hendak Pakatan apa lagi ?

SPRM itulah juga ?

SPRM akan dedah kes besar tidak lama lagi - Pengarah Perisikan

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan mendedahkan beberapa kes besar termasuk yang melibatkan sindiket rasuah tidak lama lagi, kata Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai keskes besar yang sedang dirisik kerana menurutnya SPRM tidak akan mendedahkan sebarang kes tanpa terlebih dahulu mempunyai bukti kukuh.

"Pendedahan ini penting untuk memenuhi tuntutan rakyat yang hendak melihat keberkesanan peranan SPRM sebagai sebuah Suruhanjaya berintegriti tinggi, selepas dinaik taraf dari Badan Pencegah Rasuah," katanya kepada pemberita pada majlis serah dan terima tugas Pengarah SPRM Kedah, di pejabat SPRM di sini hari ini.-mStar.

Suspen....!!!! Besar manalah kes tu ?

PM ?

TPM?

Menteri ?

MB / KM ?

Pengarah-pengarah ?

Atau seperti kes Norza ?

Atau serupa dulu-dulu, acah-acah aja, tiada apa-apa, kambing hitam juga ?

Monday, June 29, 2009

MB: Laksana PPSMI 'tidak beretika'

Kata MB Johor, laksana PPSMI 'tidak beretika'. Sebenarnya laksana PPSMI bukan sahaja tidak beretika malah juga bodoh, tidak cerdik, tidak patriotik, tidak menghormati dan mempersenda-lekehkan bahasa Melayu oleh segelintir pemimpin haprak Melayu yang jumud dan terjajah!

Tulisan: Jimadie Shah Othman


Tidak wajar sesuatu dasar pendidikan negara – seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) – diputuskan berasaskan emosi dan persepsi, tanpa kajian dan perancangan rapi, kata menteri besar Johor.

"Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya," kata Datuk Abdul Ghani Othman.

"Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru, melainkan Malaysia."

Abdul Ghani, juga pengerusi Permuafakan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), mengulas dasar kontroversi tersebut sewaktu merasmikan kolokium mengenai PPSMI anjuran NGO itu di Shah Alam pagi tadi.

Ucapan ringkasnya itu dibacakan oleh Pengerusi Eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin.

Turut hadir, Prof Diraja Ungku Aziz dan seniman Datuk Jins Samsudin.

Abdul Ghani juga berkata, Pembina berpendirian bahawa sebarang perubahan dasar pendidikan mestilah dibuat berdasarkan perancangan rapi, tidak secara tiba-tiba, serta berlandaskan fakta dan data yang sah.

Tambahnya, kajian badan tersebut – yang disokong ahli akademik dari tujuh universiti awam – mendapati PPSMI menyebabkan berlakunya "kepupusan generasi akibat bertambah ramai murid gagal (dalam matapelajaran) Sains dan Matematik" di pelbagai peringkat.

Sementara Ungku Aziz dalam ucapannya selepas itu menyifatkan masalah dalam sistem pendidikan berlaku disebabkan terlalu banyak kompromi pemimpin politik.

"Banyak pemimpin politik luar dan dalam kabinet tentu hendak mencari kompromi. Orang politik suka berkompromi. Bila banyak komporomi, dia tidak boleh berpikir dengan rasional.

"Tambahan lagi, orang politik hendak cepat. Bagi saya, jalan singkat tidak ada," katanya yang kerap bercerita dan berjenaka dalam ucapannya.

Ungku Aziz menegaskan, tindakan kerajaan memperkenalkan PPSMI enam tahun lalu sebagai "tindakan gila" kerana Matematik menggunakan "bahasa simbol" – melalui angka, nombor dan penggunaan rumus tertentu.

"Apa bahasa matematik? Bahasa simbolik, angka, semua simbol. Matematik ini bahasa simbolik. Kalau guna bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, pilih bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, (itu tindakan) gila.

"Kalau hendak belajar bahasa Inggeris dengan bahasa matematik, bagaimana boleh belajar?" katanya di hadapan 150 pendidik sekitar Selangor.

Selain menyokong saranan Pembina supaya PPSMI dimansuhkan di semua peringkat, Ungku Aziz mencadangkan masa pengajaran bahasa diajar secara tetap tiga hingga empat jam seminggu, selain menggunakan kaedah pembelajaran terkini.

"Masa untuk belajar bahasa tidak cukup. Itu kunci kepada semua sekali, perkara pokok sekali. Dalam sistem pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan universiti, masa untuk belajar bahasa itu diberi sedikit sahaja.

"Pendekatannya pun salah. Banyak orang (pemegang) PhD bawa teori lapuk sepuluh tahun lalu. Dia lupa, apa dia belajar dulu orang lain sudah tukar (hari ini)," katanya.

Pembina pertama kali mengedarkan dan membentangkan kajian PPSMI mereka kepada umum hari ini. Dokumen itu pernah diedarkan kepada peserta Kongres Melayu ke-2 penghujung Mac lalu di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.

Selain laporan itu setebal 200 halaman, dua lagi kajian berhubung pelaksanaan dasar kontroversi itu yang dihasilkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) turut dibentangkan.


Alahai Najib

Sewaktu melawat Kolej Perindu di kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata mahasiswa UiTM, yang majoritinya beragama Islam, perlu membentuk diri menjadi Muslim yang baik kerana perwatakan itu secara tidak langsung akan menjadikan mereka warganegara yang baik dan memberi gambaran sebenar mengenai Islam kepada masyarakat bukan Islam.

Kata Datuk Najib lagi, ini adalah satu bentuk dakwah yang boleh dilakukan pelajar selain daripada peranan kerajaan membangunkan syiar Islam seperti melatih dan menggaji guru-guru agama, mendirikan masjid dan surau serta menubuhkan Lembaga Tabung Haji bagi menguruskan jemaah haji ke Tanah Suci Mekah dan Madinah.

Najib turut menasihatkan para mahasiswa supaya tidak menggadaikan masa depan mereka dan terpedaya dengan dakyah-dakyah pembangkang kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dahulu lagi menitikberatkan pendidikan dan UiTM merupakan aset terbesar kerajaan dalam bidang ini.

Persoalannya:

1. Apakah harapan Najib untuk melihat mahasiswa UiTM dibentuk menjadi muslim yang baik menjadi kenyataan, jika Naib Canselor UiTM masih Tok Misai itu yang merupakan seorang yang kuat 'menjerit' assabiyyah Melayu ?

2.Apakah jenis Islam jika Najib meletak harapan Naib Canselor UiTM itu sebagai mampu mendidik pelajarnya memberi gambaran sebenar Islam kepada bukan Islam ? Yang diyakini oleh seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum untuk mendidik bagi memberi gambaran sebenar Islam kepada bukan Islam ialah Tok Guru Nik Aziz ! Tok Misai serabut itu mampukah kerana dia bukan Tok Guru tetapi hanya Tok Misai!

3. Najib kata peranan kerajaan membangunkan syiar Islam seperti melatih dan menggaji guru-guru agama, mendirikan masjid dan surau serta menubuhkan Lembaga Tabung Haji bagi menguruskan jemaah haji ke Tanah Suci Mekah dan Madinah. Persoalannya, apakah Najib mampu dan ikhlas untuk memantapkan penghayatan Islam, jika bagi Najib, Islam yang syumul itu hanya apa yang disebut di atas? Bina masjid, banyak masjid kosong. Menggaji guru agama tetapi pengajarannya terhad. Menubuh Tabung Haji tetapi tambang haji semakin mahal. Itu je Islam Najib ?

4. Apakah harapan Najib akan tercapai untuk melihat pelajar universiti menjadi Islam yang baik, jika Najib menganggap kritikan parti-parti pembangkang yang bernas, munasabah dan berfakta sebagai dakyah yang boleh memperdayakan mereka?

5. Apakah harapan Najib akan tercapai jika menggesa pelajar agar melihat pembangkang yang bertanggungjawab lebih merbahaya dari dadah, pergaulan bebas, Islam glokal/global (Islam yang sama dengan agama-agama lain), sekularisme dan seumpamanya?

6. Yang terakhir apakah benar sejak dari dulu lagi Barisan Nasional menitik beratkan pendidikan sedangkan PPSMI masih belum berjaya dimansuhkan, biasiswa sudah tidak membantu pelajar miskin yang ramai, pelajar-pelajar luar bandar dipaksa menjadi penghutang melalui PTPTN, Bahasa Inggeris hendak diwajibkan dalam SPM dan macam-macam idea mengarut BN lagi. Titik beratkan rakyatkah itu ?

Alahai Najib !